31 July 2009

Acara Sempena Majlis Gotong Royong 16 Ogos 2009

Ada 3 pertandingan yang akan dijalankan pada hari tersebut:-


Menganyam Ketupat Untuk Wanita- satu kumpulan 10 orang mewakili satu blok
- paling banyak buat ketupat dalam 10 minit, kumpulan itu akan menang
- setiap kumpulan akan dapat hadiah, tapi Johan mestilah dapat hadiah yang paling mahal



Pertandingan Mewarna Untuk Kanak2
Kategori A: 6 hingga 8 tahun
Kategori B: 9 hingga 12 tahun
Masa diberi: 1 jam
Pensil Warna: Bawa sendiri
Kertas Lukisan - akan disediakan
Hadiah: Johan hingga Tempat ke 3 serta 5 hadiah saguhati


Pertandingan Tarik Tali Antara Blok A, B, C dan D- Satu kumpulan 15 ahli mewakili satu blok
- Setiap kumpulan akan berlawan sebanyak 3 kali setiap pusingan
- Kumpulan yang paling banyak menang akan diistihar Johan
- Hadiah akan diberi kepada semua kumpulan yang bertanding dari Johan hingga tempat ke 4

Pendaftaran akan dibuka pada jam 8.00 pagi hari pertandingan bergantung kepada siapa cepat. Untuk pertandingan mewarna, jumlah peserta dihadkan kepada 30 orang untuk setiap kategori.


Nota: Gambar2 diatas adalah gambar2 hiasan sahaja. Terima kasih
kepada pemilik2 yang berkenaan.

28 July 2009

Majlis Gotong Royong Perdana PPR Pantai Ria

Surau Al Hijrah dengan kerjasama Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria, Persatuan Penjaja Kecil PPR Pantai Ria, DBKL dan Perkim akan menganjurkan satu majlis gotong royong perdana pada tarikh berikut:-

Hari: Ahad
Tarikh: 16 Ogos 2009
Masa: 8.30 pagi hingga 1.30 tengahari
Tempat: Kawasan Lapang Hadapan Blok D, PPR
Pantai Ria

TENTATIF PROGRAM

8.00 pagi - Penduduk berkumpul di kemah
8.15 pagi - Ketibaan VIP / Tetamu Jemputan
8.30 pagi - Demonstrasi Silat Seni Gayong Malaysia
- Bacaan Doa Selamat
- Ucapan Pengerusi Surau
- Ucapan Pengerusi Persatuan Penduduk
- Ucapan Datuk Hasbullah L. Isa – Penolong
Setiausaha Agung Kehormat PERKIM
- Ucapan dan Perasmian oleh Dato’ Raja Nong Chik
bin Dato' Raja Zainal Abidin – Menteri Wilayah
Persekutuan

9.00 pagi - Gotong Royong bermula
9.30 pagi - Pertandingan mewarna - kanak2
10.30 pagi - Pertandingan mewarna tamat
11.30 pagi - Gotong royong tamat
11.30 pagi - Jamuan / Pertandingan tarik tali / pertandingan menganyam ketupat
12.00 tgh - Ceramah Kesihatan - H1N1 oleh Jabatan Kesihatan
12.30 tgh - Penyampaian hadiah Pertandingan Mewarna /
Tarik Tali / Menganyam Ketupat
Cabutan Bertuah
1.30 tgh Sembahyang Zohor Berjemaah / Bersurai


Diharap semua penduduk tanpa mengira kaum akan bersama-sama dalam majlis ini.



Sekian.

26 July 2009

PPR PANTAI RIA

Mempunyai 4 Blok 17 Tingkat, BLOK A B C dan D. Setiap blok ada 300 unit rumah. Telah hampir penuh diduduki sejak 2 tahun lepas. Ia dibangunkan oleh kerajaan melalui MTEN tetapi diuruskan oleh DBKL. Majoriti penduduk adalah Melayu dengan bakinya adalah India dan China.


PPR Pantai Ria dilihat dari NPE Highway


Dilihat dari Masjid Khadijiah, Pantai Dalam





Dari NPE Highway, dari Subangjaya menghala ke Jalan Bangsar selepas membayar tol di Plaza Tol Pantai Dalam

Sihat Cergas Ceria Bersama Perkim


Program ini berlangsung dengan jayanya pada 25 Julai 2009 yang lepas di taman Tasik Titiwangsa. Silat lihat gambar2 untuk maklumat lebih lanjut.


Para peserta program dari PPR Pantai Ria




Terserempak dengan satu game yang makin popular, 2 orang masuk kedalam belon gergasi dan digolekkan. Kalau tak salah nama game ni "zurbball".



Bergambar ramai selepas majlis tamat



Berbaju hitam tu ialah Master Tai Chi, namanya Azman Abdullah, berasal dari China tapi sedang menuntut di UM mengambil master. Disebelah kiri ialah Dr Izzuddin dan kanan ialah Datuk Hasbullah dari Perkim.



Kaum ibu, wakil dari PPR Pantai Ria

Terimakasih kepada Perkim terutama Datuk Hasbullah serta Ustaz Amran yang memberi peluang kepada penduduk2 dan jemaah Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria untuk turut serta.

23 July 2009

Kejamnya Peragut Kini

Salah seorang penduduk PPR pantai Ria telah menjadi mangsa kepada satu kejadian ragut beberapa hari yang lepas. Beliau, seorang wanita, telah terjatuh dari motosikal setelah ditendang oleh peragut yang juga menunggang motosikal. Kejadian berlaku di Petaling Jaya pada waktu tengahari. Selepas beliau terjatuh, subang dan rantainya telah diragut. Beliau mengalami kecederaan di telinga, tangan dan kaki. Nampaknya, peragut tidak lagi mempunyai perasaan belas sehingga sanggup menendang motosikal yang dinaiki oleh seorang wanita. Kaum wanita diseru supaya lebih berhati-hati supaya tidak menjadi mangsa ragut. Kata Kak Engku (KE), sediakan payung sebelum hujan. Tapi naik motor tak bolehlah nak bawa payung!



Gambar hiasan (atas): 2 orang peragut yang ditangkap di Taman Tasik Titiwangsa
dan bawah, peragut yang ditangkap di Jalan Raja, KL. Inilah dikatakan orang, sepandai2 tupai melompat akhirnya jatuh ketanah jua !

Gerhana Matahari


Gerhana matahari baru saja berlaku beberapa hari yang lalu tapi kita di Malaysia hanya dapat melihat sebahagian sahaja. Ini adalah salah satu keajaiban alam dan betapa Allah dapat melakukan apa saja yang Dia mahukan. Menurut pakar astronomi, fenomena gerhana ini akan berlaku setiap 18 bulan. Gerhana dalam gambar ini berlaku di Assam, India.


Gambar atas, Bandaraya Shanghai sebelum gerhana, Gambar bawah, semasa gerhana

22 July 2009

Ceramah Israk dan Mikraj - 19 Julai 2009 -malam


Hadirin sedang mendengar ceramah



Para hadirin



Penceramah, Ustaz Mohd Afandi Che Harun merupakan Ketua Imam
Masjid Ikhlasiah, Kerinchi menyampaikan ceramah bertajuk
"Peristiwa Agung"



Antara jemaah yang hadir

Majlis Penilaian Kem Motivasi - 19 Julai 2009 - pagi

Jawatankuasa Surau Al Hijrah mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang hadir menjayakan program ini termasuk para ibubapa, peserta, para penduduk dan jemputan khas terutama kepada Datuk Hasbullah dari Perkim, Tuan Hj Idris Ahmad, Pengurus Perumahan DBKL Zon 2 dan lain-lainnya.


Persembahan Kumpulan Nusantara sebagai penutup majlis


Ustaz Faizal Mohd Sapri , penceramah Motivasi sedang mengendalikan
sesi penilaian motivasi



Jemputan menikmati makan tengahari


Para hadirin dan bekas peserta Kem Motivasi



Kumpulan Remaja PPR Pantai Ria membuat persembahan




Gotong-royong memotong daging dan sebagainya





Kumpulan Nasyid Kanak2 Surau Al Hijrah sedang menyampaikan
lagu nasyid



Jemputan khas terdiri dari Datuk Hasbullah L Isa, Penolong Setiausaha Agung Perkim (tengah berbaju putih) bersama Ustaz Mohamad, kanan serta wakil YB Ahli Parlimen Lembah Pantai.


Penduduk sedang melapah daging

21 July 2009

Program Cergas Malaysia Bersama Perkim

Satu aktiviti cergas Malaysia akan diadakan seperti berikut:-

Aktiviti: Senaman, ceramah kesihatan, pemeriksaan kesihatan percuma
tarikh: 25 Julai 2009
Tempat: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Hari: Sabtu
Masa: 7.30 pagi hingga 10.30 pagi
jamuan: 10.00 pagi
Anjuran: Perkim bersama DBKL
Terbuka kepada semua.

Semua jemaah dan penduduk PPR pantai Ria dijemput untuk bersama-sama dalam program tersebut. Sila beri nama anda kepada AJK surau jika anda berminat untuk turut serta. Kita akan cuba mengatur pengangkutan kesana. InsyaAllah.

wassalam.

Kelas Tajwid Ustaz Khoirudin

Marilah kita ke surau malam ini, 21 Julai 2009, untuk belajar tajwid dengan Ustaz Khoirudin. Waktunya, selepas solat maghrib.

Sekian ,wassalam

18 July 2009

Jemputan untuk Gotongroyong

Sempena dengan majlis sambutan Israk dan Mikraj pada hari Ahad ini, 19 Julai 2009, kami menyeru kepada semua penduduk PPR Pantai Ria yang ada kelapangan untuk turun membantu dalam tugas2 memasak dan menyediakan bahan masakan.

Sabtu, malam, lepas Isyak - mengupas bawang, kentang dan lain2
Ahad, pagi, mulai 7 pagi - memotong daging (seekor lembu - telah
disembelih dan dilapah ) , tulang dan lain2
Memasak (pagi) - untuk makan tengahari
Memasak (petang)- untuk makan malam
Sila bawa bersama pisau yang sesuai.

Ramai2 lah kita membantu supaya kerja2 dapat dilaksanakan dengan lancar. Terimakasih atas bantuan anda semua.

16 July 2009

Ceramah Israk dan Mikraj

Ceramah Israk dan Mikraj akan diadakan di 2 tempat pada tarikh berikut:-

Tempat 1: Masjid Al Khadijah, Pantai dalam
Hari: Sabtu
Tarikh: 18 Julai 2009
Masa: 7.30 malam hingga 9.30 malam
Tajuk ceramah: Israk dan Mikraj - antara wahyu dan akal

Jamuan disediakan. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Tempat 2: dataran Kerinci, Flet Kerinchi
Waktu, Tarikh dan masa adalah sama spt diatas

13 July 2009

Mesyuarat Surau Al Hijrah

Dengan ini dimaklumkan bahawa mesyuarat AJK surau akan diadakan seperti berikut:
Hari: Selasa
Tarikh: 14 Julai 2009
Masa: Selepas solat Isyak

AGENDA MESYUARAT

1. Persiapan akhir Majlis Sambutan Israk dan Mikraj
2. Pembahagian Tugas AJK
3. Menu jamuan (seekor lembu)
4. Persiapan menghadapi bulan Ramadhan
5. Ruang solat tambahan surau

Semua jemaah dijemput bersama2 mengambil bahagian. Kedatangan AJK adalah wajib (bukan sunat tau!)

Dari Setiausaha Surau Al Hijrah

03 July 2009

Majlis Sambutan Israk dan Mikraj dan Majlis Penilaian Kem Motivasi

ANJURAN SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA DENGAN KERJASAMA DBKL DAN PERKIM

TARIKH: 19 Julai 2009
HARI: AHAD
TEMPAT: KAWASAN LAPANG ANTARA BLOK C DAN D
___________________________________________________

ATURCARA

PAGI
8.30 pagi Peserta dan ibubapa berkumpul di kemah
9.00 pagi - Persembahan Nasyid Kanak2 Surau Al Hijrah
- Persembahan Khas oleh Kumpulan Remaja PPR Pantai
Ria
- Bacaan Doa Selamat - Ustaz Mohamad
- Ucapan Pengerusi Surau - Hj Kairom Ahmad
- Ucapan Penolong Setiausaha Agung PERKIM – Datuk
Hasbullah
- Sesi ceramah motivasi oleh Ustaz Faizal kepada semua
peserta kem serta ibubapa masing2
- Penyerahan Sijil Penghargaan kepada semua peserta Kem Motivasi
- Persembahan Istimewa Kumpulan Nusantara
12.30 tgh - jamuan
1.30 ptg - solat Zohor berjemaah

MALAM
7.00ptg Berkumpul di surau
7.30 mlm Solat Maghrib Berjemaah
7.45 mlm Jamuan
8.40 mlm Solat Isyak Berjemaah
9.00 mlm Persembahan Nasyid oleh Kanak2 PPR Pantai Ria
9.15 mlm Ucapan Pengerusi Surau
Ucapan Tetamu VIP
Ceramah Israk dan Mikraj – Ustaz Affandi Che Harun
Imam Masjid Ikhlasiah, Kerinchi
11.00mlm Majlis berakhir

Nota: Semua bekas peserta Kem Motivasi diwajibkan hadir beserta ibubapa masing2 serta memakai baju T Shirt rasmi Kem.

01 July 2009

Kuliah Tafsir - Fekah

Kuliah Tafsir oleh Ustaz Yassir tentang fekah akan diadakan malam ini, Rabu, 1 Julai 2009, selepas solat maghrib, semua jemaah muslimin dan muslimat dijemput hadir. Topik pada malam ini masih lagi tentang binatang2 yang boleh dimakan/tak boleh dimakan serta hukum-hakam yang berkaitan.

Sekian.

Sesi Motivasi Bersama Pelajar / Ibubapa

Sesi Motivasi dan penyerahan Sijil Penyertaan Kem Motivasi ini adalah ditangguhkan ketarikh berikut:-

Hari: Ahad
Masa: 9 pagi
Tarikh: 19 Julai 2009

Harap maklum. Sebarang perkembangan terkini akan dimaklumkan kemudian.

Yang Menjalankan Tugas

Setiausaha Surau