28 September 2009

Jamuan Hari Raya / Pembukaan Gelanggang Silat Seni Gayong

Jawatankuasa surau al hijrah bercadang untuk mengadakan aktiviti berikut pada
25 Oktober 2009 mulai jam 10.00 pagi, Ahad.

1. Jamuan Hari Raya
2. Majlis Pembukaan Gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia


Tapak gelanggang silat dihadapan blok D

3. Penyampaian Sijil Kem Ihya Ramadhan

Tarikh diatas masih diperingkat cadangan. Kami akan maklumkan semula bila tarikh itu sudah disahkan.

Kuliah Subuh

Pada minggu ini, kuliah subuh adalah pada hari Ahad, 4 Oktober 2009 oleh Ustaz Adlin. Semua jemaah dijemput hadir.

26 September 2009

Pandu Guna Akal Bukan Nafsu



Statistik oleh PDRM menunjukkan bahawa 17.5 orang meninggal setiap hari kerana terlibat dalam kemalangan jalanraya diseluruh Malaysia dalam musim perayaan hari raya pada tahun ini. Kita merasa bimbang dengan angka ini kerana jalanraya sudah menjadi satu tempat untuk ramai rakyat Malaysia menemui ajal.

Menurut Jabatan Keselamatan Jalanraya Malaysia (JKJRM), terdapat 3 faktor utama yang menyumbang kepada faktor kemalangan ini iaitu:_

1. Mengantuk
2. Hujan
3. Tidak mematuhi peraturan jalanraya

Sikap rakyat Malaysia adalah salah satu puncanya. Rakyat Malaysia memang bersopan santun di luar tetapi bila masuk saja kedalam kenderaan, sikap mereka berubah dengan sekelip mata. Tambah pula jika kereta mereka ada 'power' sikit, mulalah nak tunjuk kuasa dijalan raya.

Pengalaman saya sendiri setelah lebih 20 tahun memegang stereng kereta, dah banyak kali saya melihat cara pemanduan rakyat Malaysia yang berbagai-bagai. Ada yang berdisiplin dan ada yang sikit bermasalah. Ramai juga yang sengaja mencari masalah.

Salah satu saja cara untuk kita kurangkan risiko kemalangan, pemanduan secara defensif. Pemanduan secara defensif bermaksud kita sentiasa mengambil pendekatan secara pasif dan bukan agresif.

Contoh pemanduan secara defensif:-

1. Menjarakkan kenderaan kita dengan kenderaan dihadapan supaya ada ruang untuk membrek jika ada kecemasan.
2. Di traffic light, jangan ikut undang2 100%. Walaupun lampu hijau sudah menyala, bergerak hanya jika laluan sudah clear dari laluan lain sebab mungkin ada kenderaan yang melanggar lampu merah.
3. Memandu dengan kelajuan yang munasabah mengikut keadaan jalan dan cuaca serta keadaan trafik.4. Keadaan kenderaan yang kita pandu kena diambil kira. Kalau kereta tua dan banyak skru dah tertanggal, janganlah laju sangat.
4. Buat tak peduli jika ada yang sengaja mencabar kita untuk berlumba.


Tetapi malang tak berbau. Ia datang tanpa diundang.

23 September 2009

Solat Sunat Aidil Fitri di Surau Al Hijrah

Hampir 400 orang penduduk PPR Pantai Ria menunaikan solat sunat aidil fitri di surau al hijrah. Sebahagian jemaah terpaksa bersolat diluar surau setelah ruang didalam surau telah penuh. Terlebih dahulu diadakan adalah laungan takbir sebelum solat diadakan pada jam 8.30 pagi. Khutbah dibacakan oleh imam merangkap Pengerusi surau, Tn Hj Kairom dan seterusnya mengimamkan solat pada pagi tersebut. Selepas solat selesai, diadakan jamuan ringan dengan kuih-muih yang dibawakan oleh jemaah,


Sebahagian penduduk yang tidak balik ke kampung mengambil kesempatan mengerjakan solat sunat aidil fitri di surau al hijrah


Sebahagian jemaah yang lain



19 September 2009

Senarai Rumah Terbuka

1. Dato' Seri Najib 20 September 2009 Ahad
Jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang
Sri Perdana, Putrajaya

2. Menteri Besar Selangor 20 september 2009 Ahad
Jam 10.00 pg hingga 3.00 petang
SACC Convention Center, Shah Alam

18 September 2009

Sumbangan Hari Raya

Satu majlis sumbangan hari raya telah diadakan disurau al hijrah pada hari Khamis, 17 September 2009 bersamaan 27 Ramadhan. Seramai 40 orang ibu tunggal yang tinggal di PPR Pantai Ria yang tidak bernasib baik menerima sumbangan yang disampaikan oleh AJK Surau iaitu Puan Zaitun Ariffin dengan disaksikan oleh Pengerusi, Tn Hj Kairom. Sumbangan yang berupa makanan asas seperti beras, minyak, gula dan makanan dalam tin itu adalah sebagai memenuhi tuntutan agama yang menggalakkan kita bersedekah semasa bulan puasa. Walaupun nilai barangan mungkin tidak seberapa tapi pihak surau berharap ia sedikit sebanyak dapat menceriakan aidilfitri kepada penerimanya.


Puan Zaitun sedang menyerahkan sumbangan hariraya kepada ibu tunggal


Sebahagian dari ibu2 tunggal yang hadir di surau



Pengerusi sedang memantau pembungkusan barangan yang akan disumbangkan kepada penerimanya

17 September 2009

Solat Sunat Aidil Fitri



Muslimin dan muslimat dijemput untuk menunaikan solat sunat aidil fitri di surau al hijrah PPR Pantai Ria mulai jam 8.00 pagi pada hari Ahad ini (jika 1 Syawal jatuh pada hari berkenaan). Anda digalakkan untuk membawa sedikit juadah hari raya supaya kita semua dapat menikmatinya selepas solat selesai.
Mengambil kesempatan ini, saya bagi pihak Jawatankuasa Surau Al Hijrah mengucapkan selamat hari raya aidil fitri, maaf zahir dan bathin kepada semua muslimin dan muslimat terutama kepada para jemaah PPR Pantai Ria.

Wassalam.

15 September 2009

Qiamullail di Masjid Wilayah


Pemandangan indah bahagian kubah dalam Masjid Wilayah Persekutuan di dewan solat utama.


Untuk makluman anda semua, Masjid Wilayah Persekutuan Jalan Duta, KL mengadakan program Qiamullail pada setiap hari mulai jam 3.00 pagi dari 20 Ramadhan hingga 28 Ramadhan. Bersahur juga disediakan. Pada para jemaah yang sedang mencari Lailatul Qadar dan ingin beriktikaf di masjid sambil ber Qiamullail , mungkin dapat meluangkan masa ke sana. Dari tempat kita ke Masjid Wilayah tak jauh pun, hanya 15 minit boleh sampai.

Wassalam.

14 September 2009

Majlis Berbuka Puasa - 13 Sept 2009

Majlis tersebut telah berjaya dilangsungkan pada hari Sabtu yang lepas. Kehadiran lebih dari 200 penduduk termasuk bekas peserta2 kem Motivasi dan Ihya Ramadhan sangat menggalakkan. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran Datuk Hasbullah serta En Azizan yang sudi bersolat tarawikh dan mendengar tazkirah bersama-sama para jemaah. Majlis ini telah berjaya mencapai matlamatnya supaya semua bekas2 peserta dapat berkumpul bersama-sama fasilitator dalam satu majlis berbuka.


Antara menu yang disediakan


Fasilitator2 menunggu waktu berbuka


Para tetamu yang hadir


Mendengar tazkirah dari Ustaz Khoirudin tentang kelebihan bersedekah dibulan Ramadhan


Berbuka puasa


Para fasilitator sedang berbuka puasa


Penulis bersama AJK surau - En Rabu

10 September 2009

Mencari Lailatul Qadar




Dosa itu merangkumi sama ada dosa kecil ataupun dosa besar. Tetapi menghidupkan malam Qadr mempunyai fadilat yang amat banyak kerana Allah SWT menjadikan malam itu lebih baik dari seribu bulan. Sebagaimana diriwayatkan oleh Abu Hurairah bahawa Ar-Rasul SAW telah bersabda:
Sesiapa yang berpuasa dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan dosanya yang akan datang, sesiapa yang menghidupkan qiyamullail dengan penuh keimanan dan keikhlasan akan diampunkan dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.
Pendapat yang terkenal mengenai hadith ini menunjukkan kepada dosa kecil sahaja yang akan diampunkan. Dosa besar tidak akan diampunkan kecuali dengan taubat nasuha serta memenuhi syaratnya iaitu menyesal di atas perbuatan itu, berazam tidak tidak akan mengulangi untuk melakukan dosa dan memulangkan hak sesiapa yang diambil. Imam Nawawi berkata: Telah maklum bahawa pengampunan dosa hanyalah untuk dosa-dosa kecil sahaja.
QiyamullailMenghidupkan malam Qadr boleh dilakukan dengan mendirikan solat terawikh, membaca Al-Quran, bertahajjud, berzikir dan berdoa.
Solat adalah merupakan bekal. Bila dilakukan di keheningan malam, maka ia semakin memperkaya bekal. Bangun pada waktu malam merupakan mujahadah untuk memperkuat tekad dan kehendak, mengalahkan syaithan, dan melatih jiwa untuk tunduk kepada Allah. Zikir kepada Allah dan membaca tasbih pada waktu malam merupakan santapan ruhani dan bekal bagi ruh serta hati.
Setiap kita pernah melakukan dosa dan tidak sempurna dalam melakukan kewajipan. Kerananya sangat tepat bila kita mengetuk pintu Allah pada waktu sahur untuk meminta keampunan dan rahmatnya. Sebab waktu itu adalah merupakan saat terkabulnya doa. Doa pada waktu malam yang paling menyenangkan dan paling afdal; di tengah malam yang hening seorang hamba merendahkan diri untuk meminta kepada Tuhannya, agar memperkenan permintaannya.
Abu Umamah ra. telah berkata bahawa seseorang bertanya telah bertanya; "Wahai Rasulullah, do'a apakah yang paling didengar oleh Allah? Rasulullah menjawab: Doa di malam yang terakhir dan di setiap solat wajib." [HR Muslim]
Doa pada waktu sujud itu amat penting, kerana waktu sujud adalah detik seseorang dekat dengan Tuhannya. Oleh itu, sangat tepat bila seorang Muslim bersungguh-sungguh berdoa saat itu. Dari Abu Hurairah ra., bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Sedekat-dekat hamba tuhan pada tuhannya adalah saat ia bersujud, kerana itu perbanyakanlah berdo'a (waktu sujud.) [HR Muslim, Abu Dawud dan An-Nasa'i]
Dari Abu Hurairah ra. bahawasanya Ar-Rasul saw. bersabda: Ketika malam sudah sampai sepertiganya yang terakhir, Allah turun ke langit dunia lalu berkata: Siapa yang berdoa kepadaku akan Aku perkenankan, dan siapa yang memohon ampun-Ku, akan Aku ampuni. [HR Bukhari dan Muslim]
Apakah patut kita menunda-nunda dan bermalas-malasan setelah janji yang menggiurkan seperti itu? Andai kata diumumkan kepada manusia: sesiapa yang datang pada malam tertentu, akan mendapat harta, daging segar, atau kekayaan dunia lainnya, tentu mereka akan segera datang dan berebut-rebut.
Rumah yang selalu dihidupkan dengan qiyamullail adalah rumah yang selalu dikunjungi malaikat, diliputi rahmat, dan dipenuhi kebahagiaan yang hakiki.
Hal yang dapat membantu kita untuk melakukan qiyamullail ialah:
• Keikhlasan niat,
• Memperkuat tekad,
• Memperbaharui taubat,
• Menghindari maksiat pada siang harinya,
• Segera tidur,
• Melakukan tidur siang hari, dan
• Memohon bantuan dari Allah SWT.
Malam itu tidak ditetapkan dan ditentukan masanya, bahkan cuma diberitahu secara umum pada sepuluh malam yang terakhir yang terdiri dari malam-malam ganjil bulan Ramadan.
Ubadah bin al-Samit berkata bahawa pada suatu malam ar-Rasul saw. keluar untuk memberitahu kami mengenai malam Qadr. Tiba-tiba dua orang Islam sedang bertelagah. Lalu baginda bersabda, maksudnya:
Saya keluar untuk memberitahu kamu mengenai qiyamullail. Tiba-tiba sipolan dan sipolan telah bertelagah, lalu diangkat malam itu. Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu. Oleh itu carilah ia pada malam ke sembilan, ketujuh ataupun kelima.
Sebenarnya lailatul Qadr bukanlah diangkat disebabkan pertelagahan itu, tetapi yang diangkat itu ialah mengetahui dengan tepat, bila berlakunya malam Qadr. Ini dibuktikan melalui sabda baginda: Carilah ia.
Diikuti selepas itu dengan suatu peringatan bahawa pengangkatan ketentuan malam berkenaan itu adalah lebih baik melalui sabdanya: "Boleh jadi ianya lebih baik bagi kamu."
Ungkapan ini menjelaskan bahawa tidak memberi ketetapan malam tersebut adalah galakan untuk menghidupkan seluruh malam pada bulan itu ataupun sepuluh malam yang terakhir.
Malam... tanda-tanda dan waktunya
Allah swt. menetapkan bahawa waktu sebenar berlakunya malam Qadr tidak diberitahu secara jelas supaya manusia tidak bersikap malas. Sebaliknya Allah swt. menyembunyikan waktu terjadinya malam berkenaan supaya orang-orang Islam terus menghidupkan sebanyak masa yang mungkin sama ada pada waktu siang ataupun malam agar berterusan melakukan ibadat. Hal yang demikian juga berlaku di dalam banyak perkara. Allah SWT menyembunyikan saat kematian dan waktu sampainya ajal supaya takut pada Allah berterusan dan seorang Muslim juga mentaati Tuhannya tanpa henti.
Ibnu umar ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw. bersabda:
Carilah ia (malam Qadr) pada 10 malam terakhir. Sekiranya seseorang daripada kamu merasa lemah atau letih, maka janganlah lagi dia ditewaskan pada tujuh malam terakhir.
Malam Qadr mempunyai banyak tanda dan alamat. Di antara tanda-tandanya ialah matahari terbit dengan sifat yang ia tidak mempunyai sinaran yang terik. Malamnya nyaman, tidak panas dan tidak pula sejuk, waktu pagi matahari terbit dalam warna kemerah-merahan.
Perkara utama yang sepatunya diingati ialah bahawa Malam Qadr adalah suatu malam yang penuh kelebihan dan kemuliaan. Setiap daripada kita perlu mengambil kesempatan untuk melakukan ibadat dan jangan sekali-kali menahan dirinya daripada menadah tangan untuk berdo'a. Dengan menyebut:
اللهم إنك عفو تحب العفوفاعف عني
"Maksudnya: Ya allah! Engkaulah yang Maha Pemaaf dan Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah diriku."
Imam Al-Sawi menyebut dalam kitab tafsirnya: Sebaik-baik doa yang dipinta pada malam itu ialah keampunan dan kesihatan.
Akhir kata, sama-samalah kita memohon kepada Allah agar memberi manfaat kepada kita dengan nilai-nilai kebaikan Ramadan serta bekal yang ada di dalamnya. Semoga Allah menjadikannya bermanfaat untuk kita.
[Daripada tulisan Abu Salman Said]

09 September 2009

MAJLIS BERBUKA PUASA


Majlis berbuka puasa akan diadakan seperti berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 12 September 2009
Tempat: Surau Al Hijrah
Masa: Sila hadir sebelum jam 6.00 petang di surau untuk membuat persiapan yang perlu. Ahli2 kelab Syabab Surau Al HIjrah dimestikan hadir membantu.

Semua peserta kem (Kem Motivasi dan Ibadah serta Kem Ihya Ramadhan) dimestikan hadir kesurau bersama-sama ibu bapa masing2. Para fasilitator yang pernah membimbing peserta2 akan turut hadir bersama-sama. Insyaallah, kita akan menjemput Datuk Hasbullah untuk turut serta.

07 September 2009

Kem Ihya' Ramadhan di masjid Wilayah Persekutuan

Seramai 86 peserta terdiri dari para remaja dari PPR Pantai Ria yang berumur antara 10 hingga 15 tahun hadir dalam program ini. Bermula dari 9 pagi Sabtu, 5 Sept 2009 dan berakhir jam 3.30 petang Sabtu 6 September 2009. Pengisian program kali ini ialah memberi penekanan kepada asas fardhu ain seperti solat, mengambil wuduk, mandi, pengertian surah fatihah serta sesi motivasi serta qiamullail. Kami berharap supaya anak-anak remaja telah didedahkan dengan ilmu2 asas fardhu ain dan akan dapat mengamalkannya selepas balik ke rumah nanti.

Program ini mengambil keberkatan sempena bulan Ramadhan al mubarak, dan dengan mengadakannya di masjid, kita dapat menunaikan solat berjemaah, bertarawikh bersama2 jemaah lain.


Gambar kenangan semasa majlis penutup Kem Ihya' Ramadhan di Masjid Wilayah Persekutuan dari 5 hingga 6 September 2009


Datuk Hasbullah menyerahkan tugas kepada Pengerusi Surau untuk menyambung amanah bagi terus mendidik anak2 remaja


Antara jemaah yang bersolat dengan berkerusi roda disaf paling depan
dimasjid wilayah. Jemaah ini kelihatan berada di masjid ini pada setiap kali waktu solat.


Semasa bersahur



Sebelum sembahyang tarawikh - jemaah yang ramai di masjid wilayah


Semua peserta dan fasilitator dan urusetia bergambar ramai selepas qiamullail


Semasa qiamullail mulai jam 4.00 pagi


Semasa more


Aktiviti luar dalam kumpulan


Urusetia sedang bersahur


Sedang menyampai cenderahati pada penceramah sesi motivasi, Ustaz Faizal dari Dzal Consultancy


Para tetamu VIP - ditengah ialah Datuk Hasbullah, dikanannya Ustaz Hamizan Ibrahim, Pen Pengarah Masjid Wilayah dan dikirinya, Hj Kairom, Pengerusi Surau Al Hijrah serta En Azizan, Ketua Jurulatih Sedayu Event.

Kem tersebut telah selamat dijalankan selama 2 hari 1 malam. Terimakasih kepada Datuk Hasbullah dan Tuan Hj Hanif dari PERKIM Kebangsaan dan En Azizan Yunus dari pihak Sedayu Event Management serta para fasilitator2 yang berdedikasi dari KUIS dan UIA yang membimbing anak2 remaja kami. Kerjasama semua pihak membolehkan majlis ini dilangsungkan dan dijayakan dengan lancar. Juga kepada pihak pengurusan Masjid Wilayah terutama Ustaz Hamizan Ibrahim yang menyediakan tempat penginapan dan dewan seminar yang selesa.

03 September 2009

SESI TAKLIMAT PESERTA KEM IHYA RAMADHAN

Satu sesi taklimat akan diadakan di surau al hijrah pada hari khamis, 3 September 2009 selepas solat sunat tarawikh. Semua peserta kem yang telah mendaftar diwajibkan hadir untuk mendengar taklimat oleh En Azizan, Ketua Jurulatih Kem.