30 December 2010

Pakatan Walimatul Urus



AJK surau melalui Biro Kebajikan ingin menjemput semua jemaah untuk sama-sama berbincang pada malam ini , khamis, 30 Disember 2010 selepas solat Isyak tentang cadangan penubuhan Pakatan WalimatulUrus PPR Pantai Ria. Tujuan ia diwujudkan adalah atas sebab2 berikut:-

1. Membantu jemaah yang akan mengadakan kenduri kahwin dari segi kewangan dengan setiap ahli menyumbang sejumlah sumbangan wang kepada tuanrumah setiap kali kenduri kahwin.

2. Menetapkan jumlah sumbangan yang sesuai.

3. Mendaftarkan keahlian secara sistematik.

4. Membantu tuanrumah dengan tenaga kerja / lain-lain bantuan yg perlu

5. Membentuk ajk sendiri untuk menguruskan pakatan ini.

Kita berpendapat dengan kos mengadakan kenduri kahwin yang melambung2 sekarang ini, kenapa tidak kita ujudkan satu pakatan kerjasama antara penduduk2 yang berminat. Kos mengadakan kenduri kahwin sekarang ini pun paling kurang mencecah hampir RM10,000.00 untuk makanan, kemah, pelamin, baju pengantin, mak andam, cenderahati utk tetamu dan sebagainya.

Dengan adanya sumbangan dari ahli pakatan ini, ringanlah sikit beban tuan rumah. Itulah tujuan utamanya. Jika anda ada pendapat, sila letakkan diruangan komen dibawah ini.

28 December 2010

Masakan Kenduri Paling Sedap di Lembah Pantai?

YB Nurul Izzah dalam Facebooknya telah memberi pujian kepada makanan yang dihidangkan semasa kenduri kahwin di PPR Pantai Ria Ahad lepas, 26 Disember 2010 sebagai yang paling sedap di Lembah Pantai. Ini adalah satu pujian yang ikhlas dan penghargaan memang patut diterima oleh semua petugas masakan terutama tukang masak dikawasan kita yang bertukus lumus memastikan kesedapan masakan untuk dihidang pada tetamu. Biarlah tetamu yang menjamu selera pulang dengan kekenyangan kerana makanan yang sedap.
Saya rasa tukang masak pada hari Ahad lepas (kenduri kahwin anak kepada En Abdul Hadi dan Puan Ira) ialah Pak Rabu, Aliudin dan rakan2. Kepada tukang2 masak yang berkenaan, teruskan skill dan kebolehan anda kerana YB sendiri pun kata paling sedap! Memang makanan hari tu ramai yang kata sedap. Rugi siapa yang tak makan.

27 December 2010

STICKER KERETA RUMAH PPR


Kawasan parking di PPR Pantai Ria antara blok B dan C ,
sentiasa padat dan ramai terpaksa buat double parking


MAKLUMAN DARI DBKL

PELEKAT KERETA JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN


Jabatan Pengurusan Perumahan akan mengeluarkan pelekat kereta bagi tahun 2011/2012 untuk kegunaan penghuni di semua kawasan Perumahan Awam DBKL. Hanya sekeping pelekat kereta dikeluarkan bagi setiap unit rumah dan ianya berharga RM 5.00 sekeping. Penghuni yang layak dikehendaki mendapatkan pelekat kereta tersebut di Pejabat Kecil Perumahan di kawasan perumahan masing-masing bermula pada 20 Disember 201 dengan mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan. Penggunaan pelekat kereta tersebut berkuatkuasa pada 20 Disember 2010.

Tindakan penguatkuasaan akan diambil terhadap kenderaan yang gagal mematuhi peraturan serta melakukan halangan lalu lintas di dalam kawasan Perumahan Awam DBKL.

KOMEN

1. Tidak diketahui bagaimanakah penguatkuasaan terhadap sticker nak dibuat
2. Tambahan sticker untuk kereta ke 2 dan 3 bagaimana? Diberitahu bahawa sticker tersebut boleh didapati dengan tempoh sah 1 minggu sahaja. Selepas itu kena renew balik kat pejabat kecil. Bayaran? Tak diketahui
3. Kalau DBKL nak betul2 kuatkuasakan sticker ini dan supaya tak ada kereta luar masuk, baiklah dibuat "boom gate" dan ada pengawal yang jaga.
4. Pihak DBKL memang boleh saman/kompaun kereta yg tak ada sticker. Tapi saman itu akan dibayar atau tidak tidaklah diketahui.

24 December 2010

Nak Sertai Ibadah Korban 2011?


Jawatankuasa surau al hijrah kini telah membuka pendaftaran untuk penduduk yang ingin menyertai ibadah korban pada tahun hadapan tetapi tidak mampu untuk menyediakan wang RM350.00 (1 bahagian) sekaligus.Kini anda boleh membayar secara ansuran RM35.00 sebulan selama 10 bulan sehingga bulan Oktober 2011.

Sila hubungi Bendahari, En Kahar atau Penolong Bendahari En Aris untuk maklumat lanjut serta mendaftarkan diri melaului borang yang disediakan. Anda boleh klik atas borang untuk membesarkannya dan juga boleh print dari sini.
Semoga lebih ramai yang akan menyertai program korban pada tahun hadapan serta lebih ramai penduduk yang akan mendapat merasa daging korban. Ingatlah bahawa ramai penduduk di tempat kita adalah golongan kurang berkemampuan dan tidak tahulah berapa kali mereka dapat membeli daging lembu segar dalam setahun.

Kelebihan Korban:
Sangat banyak hadis Rasulullah saw yang menerangkan tentang keutamaan berkorban,
dan di dalamnya terdapat pelbagai rahsia dan hikmah yang sangat besar.
Hadis-hadis tersebut di antaranya: "Tiada suatu amalanpun yang dilakukan oleh manusia pada Hari Raya Korban, lebih dicintai oleh Allah swt selain dari
menyembelih haiwan korban. Sesungguhnya haiwan korban itu nanti di hari kiamat akan datang berserta tanduk-tanduknya, bulu-bulunya, kuku-kukunya dan sesungguhnya sebelum darah korban itu menyentuh tanah, pahalanya telah diterima di sisi Allah, maka beruntunglah kamu semuanya dengan pahala korban itu". (HR. Tirmidzi dan Ibn Majah)

"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: "Ya Rasulullah, apakah Ud-hiyyah (korban) itu?". Rasulullah menjawab: "Itulah sunnah ayahmu Ibrahim". Para sahabat kembali bertanya: "Apakah yang kita akan peroleh dari Ud-hiyyah itu?". Rasulullah menjawab lagi: "Pada setiap helai bulu (dari binatang yang dikorbankan itu) kita akan mendapat satu kebajikan". (HR. Ahmad dan Ibn Majah)

"Barangsiapa yang diberi kemudahan, sehingga ia mampu berkorban akan tetapi tidak mahu berkorban, maka janganlah ia mendekati tempat solat kami ini". (HR.
Ahmad dan Ibn Majah)

Daripada penjelasan beberapa hadis di atas, maka jelaslah bahawa amalan korban itu adalah amalan yang sangat dianjurkan dalam Islam dan juga sunnah yang diwarisi dari Nabi Ibrahim a.s. Bagi orang-orang yang melaksanakan korban, ia akan dapat satu kebajikan daripada setiap helai bulu haiwan yang telah dikorbankan itu. Selain itu juga korban tersebut akan memperoleh manfaat atau faedahnya jika sekiranya korban tersebut benar-benar dilaksanakan kerana Allah dengan tujuan untuk menegakkan sunnah dan terlepas dari maksud dan tujuan yang lain. Sebagaimana firman Allah yang bermaksud: "Dan binatang-binatang korban itu Kami jadikan buat kamu sebagai sebahagian dari upacara-upacara (agama) Allah. Padanya ada kebaikan bagi kamu. Oleh kerana itu sebutlah nama Allah ketika menyembelihnya dalam keadaan berbaris-baris. Maka apabila gugur (sembelihan-sembelihan itu), makanlah daripadanya dan berilah makan fakir yang menjaga kehormatan dan fakir yang meminta. Demikianlah Kami mudahkan
(binatang-binatang) itu untuk kamu agar kamu bersyukur".

"Tidak akan sampai kepada Allah daging-dagingnya dan tidak pula darah-darahnya.
Tetapi akan sampai kepada Allah ialah ketaqwaan dari kamu. Demikianlah dipermudahkannya korban-korban kepada kamu supaya kamu mengagungkan Allah terhadap
hidayah-Nya kepada kamu. Dan hendaklah kamu gembirakan orang-orang yang berbuat kebajikan ". (al-Hajj : 36-37)

23 December 2010

Pelajari Tajwid Dengan Penggunaan Projektor

Teknologi IT jika dimanafaatkan, pasti akan membawa kemudahan dan kelebihan kepada kita jika kita tahu menggunakannya. Atas dasar itu juga dan memberi pengajaran kepada jemaah secara lebih baik, Ustaz Khoirudin Lubis kini menggunakan bantuan dari LCD projektor disurau ini yang memaparkan ayat-ayat Al Quran dalam pelajaran tajwid pada setiap hari Selasa, selepas solat maghrib. Pengajaran tajwid kini lebih mudah difahami oleh semua yang hadir. AJK surau mengharapkan lebih ramai penduduk dapat hadir dalam kelas tajwid ini yang diadakan secara percuma untuk lelaki dan wanita.

Menggunakan laptop menggantikan Al Quran biasa


Ayat2 Al Quran dipaparkan didinding, senang diikuti

22 December 2010

Nurul Izzah Sampaikan Bantuan Beg Sekolah

Pada hari Sabtu lepas, 18 Disember 2010, wakil rakyat kawasan Lembah Pantai, YB Nurul Izzah bermurah hati menyampaikan 30 beg sekolah kepada pelajar2 sekolah dari kalangan penduduk miskin PPR Pantai Ria. Sumbangan ini ialah dari pejabat YB sendiri. Turut menerima sumbangan ialah 10 orang ibu2 miskin yang menerima susu formula untuk bayi mereka. Terimakasih kepada YB yang masih sempat datang ke tempat kami walaupun sentiasa sibuk.

Perlu dinyatakan bahawa penduduk2 miskin ditempat kami memerlukan pihak yang prihatin dan dermawan untuk memberi bantuan setakat yang termampu. Bantuan yang dihulur walau dari parti politik manapun tetap diterima dan dihargai kerana ia mampu meringankan beban yang ditanggung penduduk terlibat.


Penerima sumbangan beg


YB bersama penduduk yang hadir


Menyampaikan sumbangan pada pelajar



Bersama penduduk





Menyampaikan susu formula


Lagi penerima sumbangan susu


Penerima beg sekolah

Bersama penduduk

Pelajar India turut menerima sumbangan YB

20 December 2010

GERHANA BULAN SABTU INI - 1 JANUARI 2011

Rakyat Malaysia akan dapat melihat satu lagi tanda kebesaran Allah SWT pada hari Sabtu awal pagi, 1 Januari 2011 mulai jam 1.17 pagi, fenomena gerhana bulan.

Kali ini ia agak istimewa kerana berlaku pada hari pertama tahun 2011, seolah2 menyambut kedatangan tahun baru. Bagi umat Islam, kita digalakkan mengadakan solat sunat gerhana. Ia boleh diadakan disurau atau secara sendirian.

Gerhana bulan separa kali ini akan bermula pada jam 01.17 minit pagi dimana bulan akan mula memasuki bayang penumbra bumi (P1 pada rajah 2). Ingin diingatkan disini bahawa bayang penumbra adalah bayang bumi yang separa gelap. Maka bayang yang akan bakal kelihatan di permukaan bulan berkemungkinan tidak dapat dikesan oleh mata kasar disebabkan oleh kontras yang kurang ketara.

Maka ingin saya cadangkan anda memulakan cerapan dengan mula melihat bulan ketika ianya sedang ingin masuk ke bayang umbra bumi pada jam 02.52 minit pagi (U1). Bermula dari detik ini, anda akan melihat sebahagian kecil dari permukaan bulan akan dimamah secara perlahan2 oleh bayang umbra bumi.

Keadaan ini akan berterusan sehinggalah kemuncak gerhana iaitu pada jam 03.23 minit pagi. Seterusnya bulan akan terus berada dalam bayang umbra sehinggalah ia keluar secara keseluruhannya dari bayang umbra pada jam 03.52 minit pagi (U4).

Bulan akan keluar dari bayang penumbra pada jam 05.28 minit pagi (P4) yang menandakan berakhirnya peristiwa kali ini.


Rajah 2


Gambar kiri, gambar bulan semasa gerhana . Gambar kanan semasa sebelum gerhana.

Bukan Islam Tak Boleh Masuk Masjid/Surau?


Ruang dalam Masjidil Haram

Sampai hari ini, masyarakat Islam masih berbahas tentang apakah orang bukan Islam dibenarkan masuk kedalam masjid atau surau. Kalangan ulama sendiri berselisih pendapat.

Sekurang-kurangnya ada empat pandangan mengenai masalah ini.

a)Pertamanya: Mazhab Hanafi yang membenarkan bukan Islam memasuki semua masjid.

b)Keduanya: Mazhab Syafie yang membenarkan masuk kesemua masjid melainkan masjid Haram dan kawasan tanah haram Makkah.

c) Ketiganya: Mazhab Hanbali yang membenarkan untuk memasuki masjidil haram dan lainnya setelah mendapat kebenaran dari umat Islam atas tujuan-tujuan yang munasabah.

d)Akhirnya, Mazhab Maliki yang tidak membenarkan memasuki semua masjid melainkan kerana darurat kerja.

Beberapa peristiwa di zaman Rasulullah juga boleh dijadikan panduan. Baginda pernah membenarkan ramai orang-orang bukan Islam masuk dan tinggal lama di masjid. Rasulullah juga diriwayatkan pernah menerima tetamu Kristian dari Najran di dalam masjid Madinah, malah diizinkan oleh Nabi s.a.w untuk menunaikan sembahyang mereka di dalam masjid dan nabi menyebut kepada sahabat: "Biarkan mereka (untuk melunaskan sembahyang mereka)"

Kepelbagaian pandangan ini menggambarkan keluasan hukum Islam dalam persoalan yang digembar-gemburkan sebagai isu besar ini. Hakikatnya, majoriti ulama silam dan kontemporari jelas mengharuskan bukan Islam memasuki masjid-masjid biasa dengan syarat-syarat tertentu seperti keperluan mendapat keizinan umat Islam atau badan berkuasa Islam, mempunyai sebab yang munasabah dan menjaga adab-adab yang telah ditetapkan.

Oleh yang demikian, kita berpendirian bahawa adalah tidak wajar bagi siapa jua untuk menyempitkan sesuatu yang tidak jelas dari sudut nas-nasnya dan dalil-dalilnya. Apatah lagi jika kita sememangnya berpegang dengan mazhab al-Syafie sebagai mazhab rasmi umat Islam di Negara ini.

Lebih jauh lagi, sikap menghalang bukan Islam memasuki masjid ini adalah bertentangan dengan semangat yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-90 yang bersidang pada 1 Mac 2010 telah memutuskan bahawa pelancong bukan Islam diharuskan memasuki masjid dan ruang solat dengan syarat-syarat yang telah ditentukan.

Amalan menerima bukan Islam memasuki masjid atas tujuan yang murni juga telah diamalkan di beberapa negara lain. Ia terbukti memberi nilai positif kepada keberkesanan pemahaman mereka kepada agama Islam, mengelakkan salah faham dan menjana interaksi yang harmoni dalam perhubungan di antara umat Islam dan bukan Islam.

Petikan Malaysia Today :
Tulisan: DR MUHD NUR MANUTY

17 December 2010

PENYAKIT AKHIR ZAMAN - HASAD DENGKI



Ummah wajib bersyukur, lapang dada atas nikmat yang dianugerahkan

ALLAH memberikan nikmat-Nya pada semua hamba-Nya tetapi pembahagian itu tidak sama, ada yang diberi banyak dan ada pula sedikit. Semua itu bertujuan menguji hamba-Nya dalam kehidupan dunia ini.

Ujian ini bagaikan api yang membersih dan memisahkan emas daripada campurannya. Dengan berbuat demikian, maka dapatlah dilihat mana yang benar-benar beriman dan tidak. Alangkah ruginya jika kita tidak mampu menghadapi ujian itu.

Akibat daripada perbezaan, sering timbul sifat buruk seseorang terhadap orang lain. Permusuhan awal bermula antara Adam dan iblis. Iblis melanggar perintah Allah untuk sujud kepada Adam kerana hasadnya terhadap Adam.

Iblis berasakan Allah tidak adil dalam perintah itu. Menurut iblis, dirinya lebih baik dan lebih layak daripada Adam untuk mendapat kemuliaan, malahan diminta sujud padanya. Iblis berkata seperti mana firman Allah yang bermaksud:

“Aku lebih baik darinya, Engkau ciptakan aku daripada api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah.” – (Surah al-A’raf, ayat 12)

Permusuhan makhluk Allah yang kedua pula berlaku antara orang kafir terhadap kaum mukminin, sehingga mereka mengerahkan segala kekuatan dan daya upaya untuk menjauhkan kaum mukmin daripada keimanan.

Ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud:

“Sebahagian besar ahli kitab inginkan supaya mereka dapat mengembalikan kamu kepada kekafiran setelah kamu beriman, kerana dengki yang (timbul) daripada diri mereka sendiri setelah nyata bagi mereka kebenaran. Maka maafkanlah dan biarkanlah mereka, sampai Allah mendatangkan perintah-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu.” – (Surah al-Baqarah, ayat 109)

Hasad atau dengki diertikan sebagai sifat seseorang yang tidak suka orang lain lebih daripadanya atau tidak suka orang lain mendapatkan kenikmatan Allah. Ia ingin nikmat itu hilang daripada orang lain. Perasaan ini menghancurkan hasad tingkat tinggi dan paling jahat, seperti hasadnya iblis kepada Adam.




Contoh hasad ialah apabila tetangga kita memiliki kelebihan harta benda, anak atau isteri yang cantik jelita, kedudukan dan nama baik dalam masyarakat, lalu kita iri dan dengki kepadanya, berusaha untuk merosakkannya.

Sifat hasad dapat membuat orang berbuat zalim kepada tetangganya dengan menyebar gosip dan memburukkannya depan orang lain. Perbuatan itu sudah tentu akan menjadikan suasana bermasyarakat tidak kondusif dan buruk sekali.

Hasad sangat berbahaya dan mempunyai kesan buruk antaranya :
- Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka. Allah berfirman yang bermaksud: “Ataukah mereka dengki kepada manusia (Muhammad) lantaran kurnia yang Allah telah berikan kepadanya. Sesungguhnya Kami memberikan Kitab dan hikmah kepada keluarga Ibrahim, dan Kami telah memberikan kepadanya kerajaan yang besar.” (Surah an-Nisa, ayat 54)

- Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tidak sempurna iman salah seorang kamu sampai mencintai saudaranya sebagaimana mencintai dirinya.” (Hadis Muttafaqun ‘alaihi)

Bahkan lebih parah daripada itu, orang yang hasad merasa sangat gembira bila saudaranya celaka dan binasa.

- Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah. Seakan-akan ia ingin berperanan aktif dalam penentuan takdir Allah dengan merasakan bahawa ia lebih layak mendapatkan nikmat itu daripada orang lain.

- Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.

Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan pada orang lain.

- Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering. Ini yang dinyatakan Rasulullah SAW dalam sabdanya yang bermaksud: “Jauhkanlah (oleh kamu) dengki (hasad) kerana ia akan memakan kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.” – (Hadis riwayat Abu Daud)

- Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun. Allah sudah memberikan nikmat pada orang lain dan tidak akan terhalang oleh orang yang hasad walaupun ia berusaha, ia tidak akan mungkin mengubah takdir Allah.

- Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat. Ia selalu sibuk memikir dan melihat milik orang lain sehingga seluruh hidupnya hanya untuk memikirkan bagaimana datangnya kenikmatan pada orang lain dan bagaimana menghilangkannya.

- Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin. Sebab itu Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Janganlah saling hasad dan jangan mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah saling bermusuhan serta saling mendiamkan dan jadilah kamu bersaudara.” (Hadis riwayat Muslim)

- Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram, apalagi bahagia. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya. Alangkah ngerinya bahaya dan kerosakan yang diakibatkan oleh dengki (hasad). Sebab itu sudah semestinya kita berusaha menanggalkan dan menghilangkannya daripada diri kita.

Menyedari hakikat bahayanya perasaan hasad ini, maka sudah pasti kita harus berusaha menghindari dan menjauhkan diri dari sifat yang satu ini. Antara langkah mengatasi perasaan hasad ialah belajar dan memahami aqidah Islam sebenar.

Memahami konsep takdir menurut syariat Islam, sehingga faham bahawa segala kenikmatan dan rezeki tidak lepas daripada ketentuan takdir Allah serta meyakini kenikmatan diberikan kepada setiap orang sesuai dengan hikmah yang diinginkan-Nya.

Memandangkan dunia dengan segala perhiasannya sebagai sesuatu yang akan punah dengan cepat dan tidak seberapa dibanding akhirat. Demikian juga tujuan akhir kehidupan adalah akhirat yang kekal abadi.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah seperti air (hujan) yang Kami turunkan dari langit lalu tumbuhlah dengan suburnya kerana air itu tanaman di bumi, antaranya ada yang dimakan manusia dan binatang ternak. Hingga apabila bumi itu sudah sempurna keindahannya, dan memakai (pula) perhiasannya, dan pemiliknya mengira bahawa mereka pasti menguasainya, tiba-tiba datanglah kepadanya azab Kami di waktu malam atau siang, lalu Kami jadikan (tanamannya) laksana tanam-tanamannya yang sudah disabit, seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah Kami menjelaskan tanda kekuasaan (Kami) kepada orang yang berfikir, Allah menyeru (manusia) ke Darussalam (syura), dan menunjukkan orang yang dikehendaki-Nya kepada jalan yang lurus (Islam).” – (Surah Yunus, ayat 24-25)

Mengingat keutamaan zuhud dan lapang dada terhadap nikmat yang Allah anugerahkan kepada orang lain serta kewajipan bersyukur terhadap nikmat yang dianugerahkan, semua ini akan menimbulkan sifat menerima dan kaya hati.

Mudah-mudahan dengan selalu berusaha menjauhi dan meninggalkan sifat hasad ini kita semua dimudahkan mendapatkan kebahagiaan dunia dan akhirat.

INTI PATI
Kesan buruk hasad dengki:
◦Sifat orang Yahudi yang dilaknat Allah, siapa yang memilikinya bererti menyerupai mereka.
◦Orang yang memiliki sifat hasad tidak dapat menyempurnakan imannya, sebab ia tidak akan dapat mencintai saudaranya seperti mencintai dirinya sendiri.
◦Ada dalam sifat hasad ini rasa tidak suka terhadap takdir yang Allah berikan kepadanya. Bukankah yang memberikan nikmat hanya Allah.
◦Apabila orang lain mendapat kenikmatan, semakin besar dan kuat api hasad dalam dirinya, sehingga ia selalu kecewa dan duka serta hatinya terbakar akibat api hasad itu.
◦Menimbulkan sikap egois yang tinggi dan tidak menyukai kebaikan orang lain.
◦Hasad memakan kebaikan yang dimilikinya sebagaimana api membakar kayu yang kering.
◦Menyusahkan diri sendiri, sebab ia tidak mampu mengubah takdir Allah sedikitpun.
◦Hasad mencegah pemiliknya daripada berbuat kebaikan dan manfaat.
◦Hasad dapat memecahkan persatuan, kesatuan, dan persaudaraan kaum muslimin.
◦Hidupnya tidak pernah tenang dan tenteram. Orang yang hasad selalu dalam keadaan gundah gulana dan resah melihat orang lain lebih darinya.




PETIKAN DARI BLOG
http://nurjeehan.hadithuna.com/2008/05/hasad-dengki-sifat-orang-munafik/

15 December 2010

FORUM PERDANA MAAL HIJRAH PERKIM


Mari kita beramai-ramai mengimarahkan forum perdana ini dengan hadir ke surau perkim jalan ipoh pada hari ahad ini. Pada yang ingin hadir, sila beri nama kepada ajk surau. Jika ramai, kita akan cuba sediakan kemudahan pengangkutan.

14 December 2010

Gambar2 Kenduri Pengerusi Surau


Memotong ayam yang dah masak untuk dihidangkan


Tetamu dari KUIS - fasilitator kem spt Amar dan Hafiz. Terimakasih kerana datang



Ayam ni dah siap masak

Para petugas ayam golek
Budak2 basuh pinggan. Kecik2 dah rajin
Bahagian hidangan

Pengantin lelaki, anak kepada Pengerusi Surau


Datuk Raja Nong Chik serta tetamu2 VIP lain


Para petugas bahagian wanita
Petugas wanita


Penduduk bekerjasama membakar ayam golek untuk majlis tersebut

Tawaran Istimewa Rubee Enterprise Untuk Banner/Bunting


Mesin Inkjet Terbaru



Syarikat Rubbee Enterprise yang terletak di Pantai Dalam (berhampiran Stesen Komuter Pantai Dalam) merupakan sebuah syarikat yang menawarkan kemudahan membuat banner / bunting, kad perniagaan, printing T Shirt dan sebagainya dengan harga berpatutan. Ia baru menambah sebuah mesin inkjet printer 10 kaki untuk mencetak banner/bunting. Terbesar dan pertama di Kawasan Pantai Dalam.

Sila hubungi syarikat tersebut untuk pertanyaan lanjut.
--
Rubbee Enterprise
Lot 840-29, Jalan Pantai Dalam
59200 Kuala Lumpur
Tel : 019-293 6812 / 019-289 6812
Fax : 03-2284 1339 Email : rubbee2u@gmail.com

13 December 2010

Datuk Raja Nong Chik Menghadiri Majlis Perkahwinan Anak Pengerusi Surau Al Hijrah

Datuk Menteri Wilayah Persekutuan telah menghadiri majlis perkahwinan anak lelaki kepada Pengerusi Surau, Hj Kairom Ahmad pada hari Ahad, 12 Disember 2010. Majlis telah berlangsung semalam di perkarangan Blok C dan D PPR Pantai Ria.


Melihat agam golek sedang dimasak

Bersama Pengerusi Surau

Gambar2 ihsan dari facebook Datuk Raja Nong Chik


11 December 2010

KEM MOTIVASI INSANIAH REMAJA ISLAM


ANJURAN KELAB REMAJA MASJID, MASJID AL IKHLASIAH
BUKIT C2
PANTAI DALAM
KUALA LUMPUR

PENGANJUR BERSAMA
1) PUSAT JARINGAN MASYARAKAT UM
2) SURAU AL FALAH KAWASAN D PANTAI DALAM
3) SURAU AN NURHIDAYAH PERUMAHAN PANTAI PERMAI

TARIKH: 20 - 21 DISEMBER 2010
HARI: ISNIN DAN SELASA (2 HARI 1 MALAM)
TEMPAT: KOLEJ TUNKU KHURSIAH, UNIVERSITI MALAYA
BAYARAN PENYERTAAN: RM30 (TIGA PULUH) SEORANG

UNTUK PENDAFTARAN / PERTANYAAN LANJUT, SILA HUBUNGI:-

JASNI ABDULLAH 012 3647098
ABDUL NASIR HASSAN 013 6707717
KAMARUZZAMAN HUSSIN 016 2918415
HISHAMUDIN HAMID 013 3628853

TEMPAT UNTUK 100 PESERTA SAHAJA

08 December 2010

SEMINAR MENGHAYATI SOLAT RASULULLAH SAW- TEORI DAN PRAKTIKAL


USTAZ ZAMIHAN MAT ZIN

Masjid Khadijah Pantai Dalam akan mengadakan seminar DIATAS seperti berikut:-

Tarikh: 25 Disember 2010
Hari: Sabtu
Masa: 8.30 pagi hingga 3 petang
Tempat: Ruang Solat Masjid Khadijah

Penceramah: Ustaz Zamihan Bin Mat Zin Al Ghari
Penolong Pengarah Pusat Al Quran dan Ilmu Teras
Institut Latihan Islam Malasyia (ILIM)

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadiR

Kem Anak Soleh Masjid Khadijah Pantai Dalam

Sesiapa yang ingin menghantar anak ke Program Kem Anak Soleh anjuran Masjid Khadijah pada 11 hingga 12 Disember 2010 ini (Sabtu dan Ahad), sila hubungi pihak masjid dengan segera. Ia akan diadakan di masjid itu sendiri.