31 January 2010

JADUAL KULIAH BULAN FEBRUARI 2010

JADUAL KULIAH BULAN FEBRUARI DAN SETIAP BULAN

SETIAP MINGGU - HARI SELASA-
KELAS TAJWID AL QURAN - USTAZ DRS KHOIRUDIN LUBIS
TERBUKA KEPADA SEMUA

MINGGU PERTAMA DAN KE TIGA SETIAP BULAN , HARI RABU
KELAS TAFSIR FEKAH - USTAZ YASSIR SALLEH
TERBUKA KEPADA SEMUA

MINGGU KEDUA DAN KE EMPAT SETIAP BULAN , HARI RABU
KELAS TAFSIR ALQURAN - USTAZ ADLIN
TERBUKA KEPADA SEMUA

SEMUA KULIAH DIATAS DIJALANKAN SELEPAS SOLAT MAGHRIB

MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN, HARI SABTU
KULIAH SUBUH OLEH USTAZ ADLIN
TERBUKA KEPADA SEMUA

MINGGU PERTAMA SETIAP BULAN , HARI SABTU, SELEPAS SOLAT ZOHOR
KELAS FARDHU AIN OLEH USTAZAH ZAWIYAH DARI JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN,
TERBUKA KEPADA JEMAAH WANITA SAHAJA

NOTA: SEMUA KELAS DIADAKAN DISURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA. SUMBANGAN DIALU-ALUKAN DARI PARA JEMAAH UNTUK MEMBIAYAI SEBAHAGIAN KOS PARA PENGAJAR. SEMOGA SUMBANGAN KITA DIBERKATI ALLAH S.W.T.

30 January 2010

Apa Itu Mat Salai ?



Saya pernah mendengar tentang Mat Salai sebelum ini tapi hari ni ceritanya keluar lagi dalam akhbar Metro. Ia adalah berita tentang satu perusahaan Bumiputera yang menjalankan perniagaan buger secara franchise dan berpejabat di Bandar Puteri Puchong dan menggunakan nama komersial Mat Salai. Semua makanannnya menggunakan nama Mat iaitu Mat Bif, Mat Chicken dan sebagainya. Minuman pun ada.

Saya belum dapat merasa kesedapannya makanannya bagaimana. Kalau stallnya ada kat Pantai Dalam ni mahu juga cuba try.

Ini adalah satu perniagaan yang menarik untuk diceburi oleh para lepasan sekolah atau mereka yang berminat berniaga secara sambilan atau sepenuh masa. Kalau anda nak tahu lebih lanjut kenalah masuk dalam laman webnya http://www.matsalaisb.com

Kita sebagai muslim patut membantu menyokong perusahaan yang dimajukan oleh bangsa seagama.


Nampak macam sedap


Nampak menarik



Kiosk Mat Salai

Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria Mula Nak Bergerak !

Beberapa hari lalu, saya menerima 2 borang pendaftaran sebagai ahli persatuan penduduk PPR Pantai Ria. Yurannya adalah RM10 sekali bayar serta RM12 lagi sebagai yuran tahunan. Jumlah semua adalah RM22.00 seorang. Suami atau isteri atau kedua2nya boleh mendaftar sebagai ahli.
Nama rasmi mereka adalah PERSATUAN PENDUDUK BLOK A, B, C DAN D PPR PANTAI RIA. Pengerusi Penajanya adalah En Radzi (Blok B), Timbalan Pengerusi Imam Jani Bin Imam (Blok C) manakala Bendaharinya ialah En Kahar Abdullah (Blok D) yang juga merupakan Bendahari Surau Al HIjrah.

Namun ramai yang bertanya kepada saya tentang beberapa persoalan yang tak mampu saya jawab. Ini kerana dalam borang tersebut terdapat beberapa perkara yang memerlukan maklumat lanjut.

Saya masih menunggu beberapa maklumat yang sahih sebelum saya sendiri mendaftar sebagai ahli. Saya sendiri menyokong penubuhan Persatuan Penduduk untuk kepentingan kita semua dan tidak ada halangan untuk saya menyokong semua aktivitinya selagi prinsip pimpinannya (yang bertaraf Penaja) untuk berjuang bagi faedah penduduk2 didokong dengan jujur dan beramanah.

29 January 2010

Alat Mengambil Wudhu Otomatik




Alat ini dah mula dipasarkan oleh penciptanya sejak tahun 2007 lagi tapi baru dilancarkan semalam oleh PM. Penciptanya ialah Anthony Gomez, seorang bukan Islam tapi mungkin sangat prihatin dengan cara umat Islam mengambil wudhu. Kita merasa agak kurang selesa jika peralatan yang diguna dalam ibadat kita direka oleh orang bukan Islam.

Harganya adalah RM10,000 seunit ! Sangat mahal kalau dibandingkan dengan kos penjimatan air menggunakan alat ini. Bagaimana pula dengan kos penyelenggaraannya dan jangkahayat. Alat ini banyak menggunakan alat sensor dan benda ini agak sensitif.

Saya berpendapat tak perlulah kita membazir RM10K semata2 nak guna alat canggih seperti ini. Apa yang saya saya rasa perlu ialah bagaimana kita nak memperbaiki tempat mengambil wudhu di masjid2 dan surau supaya lebih mesra pengguna. Contohnya dengan rekabentuk tempat mengambil wudhu yang selesa serta memikirkan bagaimana kita boleh kurangkan penggunaan air tanpa menjejaskan air sembahyang.



Sila lawati laman web pembuatnya di http://www.aace.com.my/wuduwasher.htm

27 January 2010

Lagi2 Kepala Babi !

Biadap dan melampau ! Itulah perasaan kita umat Islam bila dapat tahu ada 2 kes terbaru kepala babi (babi hutan pula tu !) dibuang dalam kawasan masjid di Taman dato Harun dan Taman Sri Sentosa, Jalan Klang Lama pada pagi tadi. Kes ini memang serius sampai Tan Sri Musa Hassan (KPN) sendiri turun padang buat lawatan.

Apa motif orang2 yang buat macam ni? Dah hilang akal ke ? Tak ada benda lain nak buang dalam kawasan masjid. Dijumpai bersama-sama kepala babi ialah duit RM36 dan RM40. Kalaupun nak derma kat masjid, dermalah elok2?

Biarlah pihak polis menyiasat perkara ini. Kedua-dua masjid ini terletak hampir dengan kawasan penduduk. Jadi kita berharap ada pihak yang dapat jadi saksi siapakah sebenarnya yang buat kerja terkutuk ini.

Kelihatan kepala ______ disalah sebuah masjid

Pasuka polis sedang menyiasat disatu lagi masjid

21 January 2010

Bubur Asyura - Siap Dimasak!



Gotong-royong memasak bubur asyura berjaya diadakan pada hari Ahad yang lepas. Lebih dari 30 orang penduduk hadir membantu dalam menyiapkan 4 kawah bubur tersebut.

2 jenis bubur dimasak iaitu bubur Kelantan dan bubur Kedah. Kos untuk memasak bubur ini adalah sumbangan dari penduduk dan jemaah surau alhijrah. Kami mengucapkan terimakasih kepada semua yang terlibat.

InsyaAllah, tahun depan kita akan buat lebih banyak supaya lebih ramai penduduk dapat merasa.

Bubur Kedah ambil masa 5 jam untuk masak manakala bubur Kelantan hampir 8 jam. Amboi, macam masa kita ambil nak balik kedah dan kelantan.

Petugas2 sedang posing





Memasukkan bubur dalam bekas

Bubur Kedah



Bubur kelantan - beras sedang dimasak



20 January 2010

Kisah Penjualan Rumah PPR

Menurut beberapa orang penduduk PPR Pantai Ria yang telah mendapat surat tawaran dari DBKL untuk membeli rumah, mereka telah mengembalikan borang tersebut kepada DBKL dan diminta mencari sendiri bank untuk membuat pinjaman.

Apa yang mengejutkan mereka ialah tiada bank yang dapat memberi pinjaman 100% seperti yang dijanjikan oleh Menteri. Sesetengah bank hanya dapat beri pinjaman antara RM21,000 hingga RM31,000. Ini bermaksud kita perlu mencari lagi RM4,000 untuk mencukupkan RM35,000 harga rumah berkenaan.
Bila dicampur dengan duit peguam, stem, pindah hak milik, bayaran penyelenggaraan sebanyak RM5,000 lebih, maka jumlah tunai yang kita perlu sediakan adalah sebanyak lebih RM9,000. Ini adalah jumlah yang terlalu besar untuk dicari dalam masa terdekat.

Nampaknya harapan kebanyakkan dari penduduk untuk mempunyai rumah sendiri akan hanya tinggal impian. Berapa ramai yang mampu sediakan RM9,000 ? Diberitahu bahawa pada peringkat pertama ini, hanya 300 orang penduduk yang mendapat surat tawaran. Yang bakinya bagaimana? Mungkin DBKL nak test tengok berapa ramai yang betul2 nak beli atau berapa ramai yang ada duit ?

Saya menganggap apa yang berlaku adalah sesuatu yang tak disangka. Bagaimana Menteri Dato Raja Nong Chik semasa sesi penerangan di kawasan kita berkata yang loan 100% boleh dapat. Bukan saja loan 100%, tapi duit tambahan peguam dan sebagainya yang lebih RM5,000 tu pun boleh dimasukkan sekali dalam loan rumah. Tapi sekarang apa dah jadi?.

Nampaknya kerajaan telah membuat keputusan untuk menjual rumah PPR dengan tergesa-gesa tanpa membuat kajian dan perancangan dengan teliti. Banyak berlaku kepincangan sejak dari pengumuman oleh PM lagi. Pada hari Rabu yang lepas, 20/1/10, Dato RNC beritahu surat tawaran penjualan rumah yang telah dihantar itu mempunyai kesilapan fakta dan akan ditarik balik dan akan diganti oleh surat tawaran lain. Tempoh sebulan untuk membeli rumah PPR yang dinyatakan dalam surat itu juga silap, bakal pembeli dimaklumkan yang mereka tidak diberikan sebarang tempoh untuk membuat keputusan membeli rumah PPR. Mereka boleh membeli bila-bila masa atau bila mereka sudah ada wang !

Bagaimana pula janji DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan untuk memperbaiki kecacatan rumah yang sangat teruk seperti lantai bocor, berlumut dan sebagainya. Aduan dah dibuat berkali-kali , dah naik jemu pergi ke pejabat kecil tapi tiada tindakkan juga.
Kita berharap supaya kerajaan dapat berbuat sesuatu supaya masalah pembelian rumah PPR ini tidak akan menjadi isu yang serius hingga menghakis kepercayaan rakyat terutama rakyat berpendapatan rendah, miskin, ibu tunggal, yang telah menghuni rumah PPR sekian lama dan amat berharap untuk mempunyai tempat berteduh yang dianggap sebagai rumah sendiri.

16 January 2010

Jom Masak Bubur Asyura

Semua penduduk PPR Pantai Ria dijemput untuk bergotong-royong memasak bubur Asyura pada hari Ahad ini, 17 Januari 2010 mulai jam 8.00 pagi di kawasan surau.

Kos untuk membuatnya adalah kutipan dari para penduduk. Sumbangan wang untuk membeli bahan2 mentah adalah dialu-alukan. Kita akan masak 2 jenis bubur asyura iaitu versi utara dan pantai timur.

Bubur Asyura Versi Pantai Timur (Resipi)

Bahan-bahan
1 kg beras
200 gm kacang hijau
1 kg santan
50 gm kerisik
satu sudu kecil serbuk jintan manis, serbuk jintan putih dan halba
10 keping gula melaka
10 ulas bawang merah-dimayang
5 ulas bawang putih-dimayang
1 inci halia-dimayang
500 gm jagung
100 gm gula pasir
sedikit rempah kurma,kari
2 liter air

Cara Buat

Masak nasi sehingga pecah. Kacau sentiasa.
Masukkan kacang hijau dan jagung kacau hingga kacang hijau kembang
Masukkan bawang, kerisik, halia dan rempah serta rempah kurma. Kacau lagi.
Masukkan gula melaka dan gula.
Akhir sekali masukkan santan dan kacau sehingga adunan pekat.
Sejuk adunan dalam dulang berlapik daun pisang.

Bubur Asyura Versi Kedah - Resipi

Bahan-Bahan:
1kg tepung beras
1kg gula pasir
½kg gula merah (masak dan ditapis)
½kg kacang kuda (direbus)
1kg kacang hijau (direbus)
½kg kacangtanah(digoreng tanpa minyak)
2kg ubi keledek (dipotong kecil dan direbus separuh masak)
2kg pisang
200g sagu
3 tongkol jagung segar
1kg pati santan
Garam secukup rasa
2 helai daun pandan

Cara Buat:

1.Bancuh tepung beras bersama 7 liter
air,kacau di atas api.
2.Masukkan pati santan dan daun
pandan.Kacau lagi sehingga pekat.
3.Masukkan gula pasir,gula merah dan
garam.
4.Masukkan kacang hijau,kacang kuda,
jagung dan keledek.
5.Masukkan kesemua bahan yang lain dan
kacau sehingga masak.
6.Bila sudah masak tuang ke dalam acuan
dan sejukkan sebelum dipotong.
Cadangan Hidangan:
Jika suka boleh juga dimasak dengan memasukkan isi durian.

15 January 2010

Penduduk Sendiri Repair Penutup Longkang

Setelah terlalu lama menunggu pihak DBKL untuk memasang semula besi penutup longkang yang telah patah sejak beberapa bulan dahulu berhampiran Blok C dan D, maka pihak surau terpaksalah berusaha sendiri untuk memasang balik besi tersebut sebelum lebih ramai orang jadi mangsa.

Selepas ini, pihak Surau akan menghantar bil pembaikkan kepada DBKL !


Penutup longkang yang telah hilang



Saudara Ali dengan segala skill yang ada berjaya juga akhirnya memasang semula besi penutup longkang


Sedang mewelding



Dikawasan ini, ramai dah jadi mangsa lubang yang tak diundang


Marhaban Semasa Majlis Perkahwinan

Semasa majlis perkahwinan anak kepada Saudara Fazil dari Blok C pada 10 Januari 2010 yang lepas, kumpulan marhaban Surau Al Hijrah telah dijemput untuk persembahan marhaban dan berzanji. Berikut adalah gambar2 semasa majlis tersebut.







Jika ada pihak yang berhajat menjemput Kumpulan Marhaban ini untuk mengadakan marhaban semasa majlis perkahwinan dan sebagainya, bolehlah menghubungi Ustazah Norbayah atau AJK surau yang lain.

09 January 2010

Bolehkah Kristian Guna Nama Allah ?


Lihat gereja ini dengan teliti. Kalimah Allah diatas bumbung itu pastinya mengelirukan. Mungkin gereja ini berada di Indonesia tetapi mungkin akan berlaku di Malaysia jika kita umat Islam tidak mempertahankan kesucian kalimah Allah.

Mukadimah

Berikutan isu penggunaan nama Allah oleh gereja Khatolik sebagai ganti nama Tuhan mereka, kita didedahkan dengan berbagai-bagai ulasan dan pendapat. Saya menemui sebuah artikel yang menarik yang mungkin dapat mengupas persoalan yang dibangkitkan. Selepas saya membaca sepenuhnya artikel tersebut, barulah dapat difahami kenapa kita patut menentang sekeras-kerasnya hasrat pihak Gereja Khatolik atau sesiapa sahaja yang bukan Islam untuk menggunakan perkataan Allah sebagai ganti nama Tuhan. Tiada kompromi bila melibatkan nama Allah S.W.T , ia adalah hak eksklusif / mutlak umat Islam dari dahulu dan selama-lamanya. Untuk artikel penuh, anda boleh lawati blog tersebut.

Petikan Artikel

Joseph Masilamany menulis dalam akhbar the Sun tentang temuduga yang dibuatnya dengan Paderi Lawrence Andrew, penyunting The Herald. Dalam akhbar tersebut, pihak mereka menyatakan bahawa menjadi hak kepada mereka untuk menggunakan nama Allah sebagai kata ganti perkataan ‘God’ di dalam Bible mereka yang diterjemahkan dalam Bahasa Melayu.

Mereka membawakan beberapa contoh penggunaan perkataan Allah dalam masyarakat Kristian di beberapa negara terutamanya negara yang majoritinya Muslim seperti Indonesia, Pakistan, negara-negara Timur Tengah,Malta dan Malaysia. Menurut makalah tersebut juga, buku-buku doa Kristian telah pun menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti Tuhan di dalam penerbitan mereka semenjak awal abad ke 19 lagi.

Menurut Reverend Mr. Herman Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja-Gereja Malaysia di dalam makalah (the Sun) tersebut, setiap komuniti agama mempunyai hak untuk menafsirkan isi kandungan kitab suci mereka. Menurutnya lagi, Umat Kristian yang tinggal di dalam mana-mana negara yang majoritinya Umat Islam, menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti Tuhan dalam mana-mana upacara keagamaan mereka. Dia juga menegaskan bahawa, walaupun pihak berkuasa tidak membenarkan penggunaan sesetengah perkataan, pihak gereja akan terus menggunakannya kerana ia ada kena mengena dengan kitab suci mereka.

Penegasan mereka yang tetap ingin menggunakan perkataan Allah sebagai kata ganti nama ‘God' dalam kitab-kitab terjemahan mereka dan upacara-upacara keagamaan mereka, hanya membuka kelemahan mereka menjadi tatapan umum. Tahukah anda bahawa umat Kristian tidak tahu nama sebenar Tuhan mereka?

Betul... memang mereka tidak tahu apa nama sebenar Tuhan mereka. Tanyalah kepada sesiapa saja dikalangan mereka termasuk Paderi-paderi mereka, nescaya jawapan yang pelbagai akan terpacul keluar dari mulut mereka. Ada yang akan menjawab Yesus, ada yang menjawab Jesus, ada juga yang akan menjawab Jeremiah, ada juga yang akan mengatakan Allah, ada juga yang menyatakan Yahweh, ada juga yang menyatakan Yehuwa, ada juga yang akan menyatakan Jehovah dan sebagainya. Jika ditanya apakah kamu pasti itu nama sebenar Tuhan kamu, pasti mereka akan menjawab bahawa mereka sendiri tidak pasti.

Mengapa saya katakan perkara ini sebagai lawak jenaka? Cuba anda bayangkan seorang anak yang kenal susuk fizikal ibunya, tapi tidak pernah tahu siapa nama sebenar ibunya walaupun telah lama dia tinggal bersama ibunya itu. Pelik bukan? Tapi itulah realitinya yang berlaku kepada umat Kristian dan Yahudi. Mereka tidak tahu apa nama sebenar Tuhan mereka. Ini kerana dalam kitab-kitab mereka yang telah banyak disunting, nama Tuhan mereka sangat tidak jelas.

Pihak Kristian sendiri mengakui bahawa mereka mengalami masalah besar untuk menentukan siapa nama Tuhan mereka yang sebenarnya. Menurut mereka, nama Tuhan mereka sebagaimana terkumpul dan tercatat dalam kitab-kitab suci yang berada di tangan mereka hanya mencatatkan perkataan YHWH (diromankan dari huruf-huruf dari bahasa Hebrew yang berbunyi Yod, He, Vau, He atau Yet, Huv, Wah, Huv).

Seperti Bahasa Arab, bahasa Hebrew jarang menggunakan huruf-huruf vokal untuk memudahkan cara pembacaan dan hanya fasih dibaca oleh mereka yang bertutur dalam bahasa tersebut, maka mereka tidak dapat mengagak apa bentuk sebutan sebenar bagi perkataan YHWH itu. Tetapi masalah tersebut dalam Bahasa Arab di atasi dengan penggunaan tanda baris yang dapat menggantikan huruf vokal bagi memudahkan ianya dibaca. Rabbi-Rabbi Yahudi mengharamkan mana-mana individu Yahudi dari menyebut perkataan YHWH tersebut kerana ketidak pastian yang timbul. Jadi sebagai alternatif, mereka memasukkan perkataan Adonai atau terkadangnya Elohim untuk diganti sebut bila saja ternampak perkataan YHWH dalam kitab mereka. Menurut mereka menyebut YHWH tanpa mengetahui cara sebutannya yang betul akan mengundang dosa.

Dalam kitab Perjanjian Baru pula yang bahasa asalnya Greek, nama Tuhan di sebut dengan perkataan Kyri.os yang diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai 'Lord' dan perkataan The.os diterjemahkan dalam Bahasa Inggeris sebagai 'God'.

Jadi apa nama sebenar Tuhan dalam kedua-dua kitab Perjanjian Lama dan Baru yang terkandung dalam Bible menjadi suatu ketidakpastian sehingga kini. Ia tetap satu misteri sebagaimana agama mereka sendiri yang penuh dengan misteri-misteri yang tidak boleh ditanyakan penganutnya. Jika ditanyakan juga, maka jawapan yang lebih misteri akan diberikan dan akan menimbulkan pula seribu macam misteri lagi yang langsung tidak merungkaikan masalah misteri awal yang ditanya.

Selepas dari abad ke 16, Terdapat usaha-usaha dari pihak-pihak Kristian untuk menyelesaikan masalah ini dengan memperkenalkan cara sebutan terbaik kepada perkataan YHWH. Setengah pihak membacanya dengan menyebut perkataan tersebut sebagai YaHWeH dengan memasukkan huruf vokal 'a' dan 'e'. Sesetengahnya pula menyebutnya dengan sebutan YeHuWaH. Entah apa yang terjadi, tiba-tiba perkataan YaHWeH dan YeHuWaH tersebut bertukar pula menjadi Jehovah dalam beberapa mazhab Kristian seperti Protestant dan Jehovah Witnesses.

Jadi bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, mereka cuba dengan sedaya upaya mengelak dari menggunakan perkataan tersebut. Sebagai langkah selamat, mereka menggunakan apa saja nama yang biasa digunakan masyarakat setempat bagi menggambarkan identiti Tuhan. Jadi dari sini timbulnya polemik sedemikian dengan Kristian di Malaysia dan negara-negara majoriti Muslim.

Jadi sekiranya pihak Gereja di Malaysia ingin menggunakan kata ganti bagi perkataan 'God' dalam terjemahan Bible dan upacara keagamaan mereka, seharusnya mereka menggunakan perkataan 'Tuhan' dan bukan 'Allah' sebagai kata ganti umum bagi 'God' dalam bahasa Inggeris. Jika mereka berkeras mahukan satu nama khusus bagi 'God' mereka dalam upacara keagamaan dan kitab Bible mereka, mengapa tidak saja gunakan Jehovah atau Yahweh atau Yehuwa atau YHWH dan banyak lagi nama yang disabitkan dengan Tuhan mereka yang sememangnya tercatat dalam kitab asal mereka dalam Bahasa Hebrew dan Greek?

Allah itu bukan kata atau nama yang boleh dipinjamkan dengan sewenang-wenangnya. Ini kerana Allah merupakan nama khas bagi Tuhan Yang Maha Esa atau kata ganti khas bagi Tuhan yang mempunyai kualiti-kualiti yang seharusnya dipenuhi terlebih dahulu sebelum boleh melayakkan setiap suatu yang cuba mendakwa dirinya sebagai Allah diterima.

Mereka menyatakan bahawa itu merupakan hak mereka untuk mentafsirkan Kitab suci mereka mengikut bahasa ibunda yang dituturkan mereka. Tapi kenapa Allah, tidak perkataan ‘tuhan’ mereka gunakan untuk menggantikan kata ganti diri ‘God’ dalam bahasa Inggeris. Bukankah Tuhan itu membawa maksud yang sama dengan ‘God’. Bukankah Tuhan itu Bahasa Melayu bagi perkataan ‘God’ dalam Bahasa Inggeris?

Jika masih ingin menggunakan perkataan Allah bagi menggantikan perkataan ‘God’ dalam terjemahan Bible dan upacara keagamaan mereka, mereka seharusnya memastikan yang ‘God’ mereka mempunyai kualiti-kualiti yang ada pada Allah.

Ini kerana sebagai Muslim, kita semua tahu bahawa Yahudi, Nasrani (Kristian) yang berpegang kepada kitab mereka yang asal dan tidak diubah serta orang Islam itu menyembah Tuhan Yang sama. Tuhan yang sama itu bermaksud, Allah Yang Maha Esa, tiada dua dan tiada tiga. Hanya Dia satu-satunya Tuhan yang selayaknya disembah.

Tetapi berlainan pula dengan majoriti Kristian yang ada di zaman sekarang termasuk dengan yang menganutnya di Malaysia. Mereka berpegang teguh dengan doktrin Trinity yang menyatakan bahawa Tuhan itu tiga dalam satu. Maka jika dibandingkan dengan ciri yang sepatutnya ada pada Allah sebagaimana yang Allah s.w.t. nyatakan dalam surah Al Ikhlas ayat 1 dalam perbincangan ini, maka Tuhan dalam Trinity tersebut tidak layak digelar atau dipanggil sebagai Allah.

Apakah saya berkata ini atas dasar lojik dan semantik semata-mata? Tidak, saya berkata sebegini berdasarkan ketidakrelaan Tuanpunya nama itu sendiri. Allah s.w.t. sebagai pemilik namaNya yang Maha Suci itu sendiri memberikan amaran kepada umat Kristian yang menyangkutkan perkara yang tidak benar iaitu Trinity dan mengaitkannya dengan namaNya.

Maksud ayat An Nisaa’ ayat 171

"Wahai Ahli kitab (Yahudi dan Nasrani)! Janganlah kamu melampaui batas dalam perkara ugama kamu, dan janganlah kamu mengatakan sesuatu terhadap Allah melainkan yang benar; sesungguhnya Al Masih Isa ibni Maryam itu hanya seorang pesuruh Allah dan Kalimah Allah yang telah disampaikanNya kepada Maryam, dan (ia juga tiupan) roh daripadaNya. Maka berimanlah kamu kepada Allah dan Rasul-rasulNya, dan janganlah kamu mengatakan: “(Tuhan itu) tiga”. Berhentilah (daripada mengatakan yang demikian), supaya menjadi kebaikan bagi kamu. Hanyasanya Allah ialah Tuhan Yang Maha Esa, Maha Suci Allah daripada mempunyai anak. Bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Dan cukuplah menjadi Pengawal (Yang Mentadbirkan sekalian makhlukNya)"

Jadi jika Tuan punya nama sendiri tidak merelakan namaNya digunakan, siapakah kita untuk merasionalkan tindakan majlis gereja Malaysia ini? Paling menyedihkan pada pagi ini, iaitu Selasa 8 January 2008, akhbar yang sama memuatkan sebuah makalah yang ditulis oleh seorang Melayu yang cuba memberikan rasional terhadap apa yang dituntut Majlis Gereja-Gereja Malaysia. Benar, itu haknya untuk bersuara dan saya menghormatinya. Tetapi ada baiknya jika dia meneliti terlebih dahulu perkara ini melalui aspek tauhid dan bukan bahasa.

Setelah menilai semua hujah yang dibentangkan di atas, nyata Tuhan yang digambarkan dalam Trinity itu tidak selayaknya digelar namanya sebagai Allah. Adalah lebih baik mereka menggunakan nama Jehovah atau Yehuwa atau sebagainya yang ada dicatatkan dalam kitab mereka. Atau jika mereka masih berkeras mahu menggunakan perkataan dalam bahasa Arab untuk menamakan 'God' mereka di dalam Bible yang diterjemahkan, boleh saja mereka gunakan perkataan 'ilah' yang juga membawa maksud 'God' atau 'Tuhan' dalam bahasa Inggeris dan Melayu.

Jadi apa motif mereka hendak menterjemahkan satu perkataan dalam bahasa Inggeris ke Bahasa Melayu tetapi menolak untuk menggunakan perkataan 'Tuhan' sebagai terjemahan 'God' bukanlah saya selayaknya untuk menghakiminya. Mungkin niat mereka baik atau mungkin juga ada udang disebalik batu.


Nukilan diatas adalah petikan dari:-

http://satuhala.blogspot.com/2008/01/mereka-ingin-meminjam-allah.html

07 January 2010

Klinik 1 Malaysia Dibuka di Pantai Dalam





PM dalam klinik 1Malaysia


PM sedang berucap merasmikan klinik 1Malaysia


Diluar khemah perasmian




Klinik 1Malaysia telah dibuka dengan rasmi hari ini oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib. Klinik ini terletak di Blok B, Apartment Pantai Permai (blok warna oren) , berhadapan dengan tapak Pasar Tani Pantai Dalam. Klinik ini akan diuruskan oleh seorang Pembantu Perubatan, Pembantu Jururawat serta Pembantu Perawatan Kesihatan untuk kes-kes biasa serta kes-kes rujukan. Bayaran adalah sama seperti klinik2 kerajaan yang lain iaitu RM1.

Jarak klinik ini dari PPR Pantai Ria adalah lebihkurang 2 km sahaja. Ia dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam setiap hari.