21 February 2010

Pertunjukan Silat di Kenduri Kahwin

Ahli silat muda PPR Pantai Ria dijemput untuk mengadakan pertunjukan dihadapan pengantin pada hari Ahad, 21 Februari 2010. Pengantin lelaki adalah anak kepada Pak Rosli.

Tahniah pada Pak Rosli dan isteri yang menerima menantu perempuan, nun dari kedah nu! Majlis berlangsung dengan meriah sekali serta dibantu oleh para penduduk secara gotongroyong dari mula hingga majlis selesai.



Pertunjukan dibuat jam 2 petang semasa ketibaan pengantin. Masa tu cuaca panas terik dan pesilat2 muda kita pula tak berkasut, ada yang mengadu tapak kaki melecet tak tahan panas jalan. Saya kata tak apa, ini baru sikit ujian, dan cek gu pun belum ajar lagi macamana nak tahan berjalan atas panas jalan. Nanti masa latihan akan ada latihan yang lebih sukar. Syabas pada anak-anak muda kita yang sangat bersemangat.




Mengiringi pengantin dengan selawat nabi


Penanggah wanita sedang bertugas

19 February 2010

Sebat Ka Tak Sebat ?


Kedua-dua gambar ini menunjukkan hukuman sebat ke atas seorang wanita yang berzina di Acheh, Indonesia. Ia dibuat depan khalayak ramai





Isu sebat jadi hangat semula setelah 3 orang wanita Islam disebat baru-baru ini. Yang buat komen pula memberi berbagai2 alasan seperti zalim, tak beradab, undang2 zaman kuno dan sebagainya. Yang kita pelik kenapa pihak yang bukan islam pula memandai-mandai nak bagi komen tentang hukuman Islam? Apa kelayakkan mereka untuk bagi komen yang menghina hukuman dalam agama kita ? Ada pula NGO Islam yang turut menyokong !

Kita lihat video ini yang memaparkan bagaimana hukuman sebat untuk pesalah lelaki di penjara malaysia dijalankan. Adakah ia zalim ? Ada fikirlah sendiri dengan iman dan akal dan bukan dengan hawa nafsu.

15 February 2010

Sekitar Sambutan 50 Tahun PERKIM



Majlis sambutan hari PERKIM telah berlangsung pada hari Rabu yang lepas dengan meriah. Dianggarkan lebih 500 orang hadir. Majlis yang dimulakan dengan solat maghrib, diikuti dengan bacaan Yassin, Tahlil serta solat Isyak. Tun Dr Mahathir selaku Yang Di Pertua PERKIM berucap dan merasmikan pelancaran Pusat Aduan PERKIM.


Semasa jamuan selepas selesai majlis perasmian oleh Tun Dr Mahathir

Senarai menu


Tun Dr Mahathir semasa majlis perasmian


Sebahagian dari penduduk PPR Pantai Ria yang turut hadir

14 February 2010

Latihan Silat Seni Gayong

Latihan silat gayong telah bermula sejak 4 bulan yang lepas. Diadakan digelanggang sepaktakraw antara Blok C dan D sebagai gelanggang sementara. Setakat ini, seramai 120 orang anak-anak remaja PPR Pantai Ria dari yang berumur 7 tahun hingga 18 tahun telah mengikuti latihan yang diadakan setiap minggu, hari Jumaat, jam 9.00 hingga 11.00 malam.



12 February 2010

Keajaiban Alam Bukti Kebesaran Allah SWT

Setiap kejadian alam yang berlaku ada manafaatnya kepada manusia. Allah SWT tidak menjadikan sesuatu itu sebagai sesuatu yang sia-sia melainkan kepada mereka yang mahu berfikir.

Surah Al Hajj Ayat 18 (Maksud)

"Tidakkah engkau mengetahui bahawa segala yang ada di langit dan di bumi tunduk sujud kepada Allah dan (di antaranya termasuklah) matahari dan bulan, dan bintang-bintang, dan gunung-ganang, dan pokok-pokok kayu, dan binatang-binatang, serta sebahagian besar dari manusia? Dan banyak pula (di antara manusia) yang berhak ditimpa azab (disebabkan kekufurannya dan maksiatnya); dan (ingatlah) sesiapa yang dihinakan oleh Allah maka ia tidak akan beroleh sesiapapun yang dapat memuliakannya. Sesungguhnya Allah tetap melakukan apa yang dirancangkanNya."

Ayat 63 "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah menurunkan hujan dari langit, lalu menjadilah bumi ini hijau subur (dengan sebabnya)? Sesungguhnya Allah Maha Halus serta lemah-lembut (urusan tadbirNya), lagi Maha Mendalam pengetahuanNya (akan hal-ehwal sekalian makhlukNya)".

Ayat [64] "Segala yang ada di langit dan di bumi adalah kepunyaanNya. Dan sesungguhnya Allah, Dia lah jua Yang Maha Kaya, lagi Maha Terpuji."

Ayat [65] "Tidakkah engkau melihat bahawa Allah telah memudahkan apa yang ada di bumi untuk kegunaan kamu, dan (demikian juga) kapal-kapal yang belayar di laut dengan perintahNya? Dan Ia pula menahan langit daripada runtuh menimpa bumi, kecuali dengan izinNya; sesungguhnya Allah Amat melimpah belas kasihanNya dan rahmatNya kepada umat manusia."

Surah Annur Ayat 45]

Dan Allah menciptakan tiap-tiap haiwan yang bergerak itu dari air; maka sebahagian di antara mereka menjalar atas perutnya, dan sebahagian di antaranya berjalan dengan dua kaki, dan sebahagian lagi berjalan dengan empat kaki. Allah menciptakan apa sahaja yang Ia kehendaki (selain dari yang tersebut), kerana sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu".

Demikianlah beberapa firman Allah SWT yang berkaitan dengan kewujudan alam dan segala isinya.


Kawah berapi di Turkeministan, merupakan bekas kawasan carigali gas asli yang gagal. Kelebaran kawah berapi ini 60 batu
















Salah satu tumbuhan di laut dalam

Hubungan manusia, haiwan dan alam saling melengkapi


Gambar2 dari National Geography

10 February 2010

Kepolisan Masyarakat - Community Policing



Beberapa hari lepas, telah diadakan dialog antara ajk Persatuan Penduduk, Ajk Surau Al Hijrah serta Rela. Ketua Balai Polis Pantai, Cif Inpektor Mat Sharizan memberikan penerangan tentang cadangan penubuhan Community Policing (Kepolisan Masyarakat) dikawasan kita.

Dalam erti kata yang lain, akan ada satu komuniti yang bertindak sebagai pemantau serta menjadi mata dan telinga kepada Polis. Badan ini akan terdiri dari Pengerusi, Timbalan Pengerusi serta ajk yang terdiri dari wakil Persatuan Penduduk, Rela, Surau dan Rukun Tetangga. Ia akan dilantik tidak lama lagi.

Ini adalah langkah pertama dalam memastikan cadangan penubuhan Community Policing ini berjalan dengan baik. Jika berjalan lancar, pertemuan kedua dengan polis akan dibuat dalam masa terdekat bagi memberi penjelasan lanjut tentang fungsi badan ini.

Manafaat yang boleh diperolehi adalah:-

a) Mengurangkan kadar jenayah
b) Membantu polis mengelakkan jenayah dari berlaku
c) Mengeratkan hubungan antara polis dan masyarakat dengan bertukar2 nombor telefon dan sebagainya
d) Memberi satu perasaan selesa dan lebih selamat kepada masyarakat
e) Cuba memahami punca kejadian jenayah di kawasan sekitar
f) Membolehkan polis bertindak dengan cepat dengan adanya maklumat yang lengkap tentang sesuatu kejadian jenayah
g) Masyarakat mesti menghubungi pihak polis dengan segera jika terdapat kegiatan yang mencurigakan atau ada orang yang disyaki akan melakukan jenayah.



Cuba lawati website berikut untuk maklumat lanjut

http://cops.org.my/Faq.php

http://www.be-safe.org/css_com/community_policing/index.html

09 February 2010

Ulangtahun ke 50 Perkim







PERKIM rupanya sudah 50 tahun berbakti kepada masyarakat. Dalam tempoh itu, banyak sumbangan yang telah diberikan kepada masyarakat Islam terutama dalam mengadakan usaha dakwah.

Sempena dengan ulangtahunnya itu, satu masjlis sambutan 50 tahun PERKIM akan diadakan pada tarikh berikut:-

Hari: Rabu
Tarikh: 10 februari 2010
Masa: 6.00 pm hingga 10 malam.
Tempat: Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta KL
Tetamu Khas: YAB Tun Dr Mahathir Mohamad

Aturcara:

7.20 Solat Maghrib
Bacaan Yassin
Tahlil
8.40 Solat Isyak
Jamuan Makan
Bersurai

Jawatankuasa surau Al Hijrah ingin mengajak penduduk2 PPR Pantai Ria untuk sama-sama menyambut hari ulangtahun PERKIM dengan menghazirkan diri dalam majlis tersebut. Sila beri nama anda kepada ajk surau jika anda berminat untuk hadir. Insyaaalah, pengangkutan akan disediakan.

05 February 2010

Upacara Adat Perlimau Tapak / Seni - Silat Seni Gayong


Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman - Pengasas Silat Seni Gayong Malaysia


SLOGAN GAYONG
SeGayong, sekendi, seperigi, seperminum, sejalan, sejadi, sedarah, sedaging dan sepadu

Ini adalah adat yang wajib sekali seumur hidup bagi ahli baru silat gayong. Sebagai satu acara simbolik penerimaan murid baru untuk diterima sebagai pelajar baru silat seni gayong surau al hijrah, maka upacara adat perlimau tapak (lelaki) dan adat perlimau seni (perempuan) akan diadakan seperti berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 Februari 2010
Masa: Jam 2.00 petang hingga 11.00 malam
Tempat: Tempat Meletak Kereta Blok B dan C

Upacara Adat Perlimau Silat Seni Gayong - Tentatif Program

2.00 petang Peserta Silat Berkumpul di Khemah
2.15 petang Ketibaan Tetamu Jemputan
2.30 petang Doa Selamat oleh Ustaz Mohamad
2.45 petang Ucapan Aluan Pengerusi Surau – Hj Kairom Ahmad
3.00 petang Ucapan Wakil Pertubuhan Silat Seni Gayong Wilayah Persekutuan
3.30 petang Upacara Adat Perlimau Dimulakan
4.40 petang Solat Asar Berjemaah / Berhenti Rehat
5.15 petang Upacara Adat Perlimau disambung
6.30 petang Rehat / Persediaan Solat Maghrib
7.30 malam Solat Maghrib Berjemaah
8.00 malam Jamuan Ringan
8.45 malam Solat Isyak Berjemaah
9.00 malam Berkumpul semula di khemah
9.15 malam Ucapan Perasmian oleh Datuk Hj Hasbullah L. Isa
- Penolong Setiausaha Agung Kehormat PERKIM Kebangsaan
9.30 malam Upacara Perlimau bersambung
11.30 malam Penutup / Bersurai

Setiap peserta dikehendaki menyediakan wang RM17.00 sebagai bayaran untuk peralatan seperti buah limau, pengkeras, jamuan dan sebagainya yang akan disediakan oleh penganjur yang akan digunakan dalam majlis tersebut.

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL 1431H







Untuk tahun ke 3 berturut-turut, Jawatankuasa Surau Al Hijrah akan sekali lagi mengadakan majlis sambutan Maulidul Rasul Sempena keputeraan junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Kami ingin menjemput semua penduduk PPR Pantai Ria untuk sama-sama terlibat dalam majlis ini. Bawalah keluarga anda bersama-sama.

Hari: Sabtu
Tarikh: 27 Februari 2010
Tempat: Tempat meletak kereta antara Blok B dan C.
Masa: Mulai 8.00 pagi hingga 1.30 tengahari.

Tentatif Program

8.00 pagi Kehadiran hadirin / penduduk
8.30 pagi Ketibaan Tetamu VIP
8.45 pagi Bacaan Doa Selamat
Perarakkan dan Selawat Nabi
Bacaan Al Quran – Qari Jemputan
Persembahan Nasyid - Kumpulan Nasyid Kanak2 Surau Al Hijrah
Ucapan Pengerusi Surau – Hj Kairom Ahmad
Ucapan Perasmian – Datuk Hj Hasbullah L Isa – Penolong Setiausaha
Agong Kehormat Perkim Kebangsaan

Ceramah Agama – Penceramah Jemputan - Ustaz Meftah bin Anuar
Imam Besar Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya
Tajuk: Sejarah Rasulullah dan Perjuangannya Menegakkan Agama Allah

12.00 tengahari Jamuan Makan
1.20 petang Solat Zuhur Berjemaah

01 February 2010

Mencari Rezeki dari Sungai Klang

Siapa kata sungai Klang sudah mati. Buktinya ada sebilangan orang masih mampu mencari rezeki dengan khazanah dari sungai ini. Gambar ini diambil dari tingkat 5 blok C PPR Pantai Ria. Sungai ini mengalir dibelakang sahaja PPR ini. Airnya nampak hitam berkelodak tapi masih mempunyai penghuninya yang mungkin menjadi rezeki kepada sebahagian orang.





Menjala dipinggir Kuala Lumpur

Menambah Baik Surau

Sebahagian jemaah mengambil kesempatan dari cuti hujung minggu pada 31 Januari dan 1 Februari yang lepas dengan bergotong-royong memperbaiki bumbung surau, memasang pintu tambahan di ruang solat muslimah serta memasang jaring pada ruang solat tambahan untuk elakkan burung dari masuk.

Pihak kami mengucapkan terimakasih kepada mereka yang sudi hadir mengorbankan hari cuti dengan berbakti kepada surau untuk kerja amal seperti ini.



Pak Rabu, Sdr Hairi dan Nizam didalam gambar


Memasang jaring untuk mengelakkkan gangguan burung yang mengotorkan ruang solat tambahan



Bumbung tambahan ini selalu bocor kerana ada makhluk dari tingkat atas yang selalu membuang sampah sewenang-wenangnya. Bukan saja sampah, macam-macam ada seperti makanan, pampers dan sebagainya. Untuk mengatasinya, pihak surau terpaksa memasang kayu plywood diatasnya kemudian ditutupi dengan kain kanvas.




Sedang memasang pintu baru untuk kemudahan jemaah muslimah untuk keluar masuk dari surau tanpa perlu melalui ruang solat lelaki.