30 April 2010

KELAS FEKAH WANITA

KELAS FEKAH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

HARI: AHAD
TARIKH: 2 MEI 2010
MASA: 11.00 PAGI

PENGAJAR: USTAZAH HJH ZAWIAH BT HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SOSIAL
JAKIM, PUTRAJAYA


TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TINGKAT BAWAH, BLOK C

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

MAKLUMAT AM: INI ADALAH KULIAH BULANAN USTAZAH DI PPR PANTAI RIA BERMULA BULAN FEBRUARI 2010. BOLEH MERUJUK KEPADA USTAZAH UNTUK MENDAPATKAN KITAB YANG DIGUNAKAN SEMASA PENGAJIAN.

23 April 2010

Toyol di PPR Pantai Ria ?


SEPERTI TOYOL ATAU .........?
(Sila klik atas gambar untuk membesarkan foto)

Menakutkan? Cuba anda lihat gambar diatas dengan teliti, gambar siapa agaknya? Jika dilihat secara dekat, anda dapat melihat matanya, hidung, mulut serta tangannya memangku kepalanya dalam posisi merenung ke kamera tetapi dalam keadaan yang tidak begitu jelas. Tetapi itulah namanya mahkluk halus.

Mungkin ada yang tak percaya tetapi inilah gambar seperti makhluk halus yang dirakam oleh seorang penduduk secara tak sengaja. Beliau sebenarnya hendak mengambil gambar lain dalam rumahnya tetapi terlihat objek ini (seperti rupa toyol ?) dalam skrin telefon kameranya pada petang hari Khamis, 22 April 2010 (sebelum maghrib). Beliau juga mengatakan pernah kehilangan wang sebelum ini dalam rumahnya yang kemungkinan adalah perbuatan makhluk halus ini.

Pada waktu yang sama juga, penghuni sebuah rumah lain juga mengadu terlihat kelibat makhluk halus yang melintas dalam rumahnya. Bahkan beberapa hari lepas ada penduduk terlihat rupa seperti pochong dihadapan lif pada tengahmalam.

Walaubagaimanapun, makhluk ini tetap mahkluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai kelemahannya sendiri. Kita tidak boleh mengalah.

Antara ayat2 Al Quran berkaitan dengan kewujudan jin dan syaitan ialah:-

1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :

Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

3. Surah Al-‘Araf ayat 12 :

Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Pihak jawatankuasa surau memandang serius perkara ini kerana ia akan mendatangkan ketakutan dan kerisauan kepada penduduk. Kami akan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini . Akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin untuk menghindarkan mahkluk ini dari terus mengganggu, InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut tentang makhluk halus, lihat dalam laman web dibawah :-

http://members.fortunecity.com/pgssajkm/artikel.htm

http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF

http://www.smartgeneration.com.my/index.php/artikel/init/Misc/862

21 April 2010

Mohon bas, bina jejantas - Sinar Harian

artikel Sinar harian 21 April 2010

KAMPUNG PANTAI DALAM – Penduduk flat Projek Perumahan Rakyat (PPR) Pantai Ria dekat sini memohon pihak berwajib menyediakan kemudahan pengangkutan bas awam selain membina jejantas merentasi Lebuhraya NPE bagi memudahkan orang ramai ke pusat bandar.

Penduduk, Mazlan Abdullah, 57, berkata, penduduk meminta supaya jejantas dibina merentasi lebuh raya bagi memudahkan mereka menunaikan solat Jumaat di Masjid berdekatan selain ke pusat bandar.

“Mereka yang mempunyai kenderaan sendiri tidak mempunyai masalah, tetapi bagi penduduk yang tiada kenderaan, mereka bergantung sepenuhnya kepada kenderaan awam.

“Jadi, saya rasa jika pihak berwajib menyediakan bas untuk masuk ke kawasan flat ini, ia akan memudahkan penduduk khususnya warga tua dan orang kurang upaya (OKU) yang sering berulang ke hospital,” katanya.

Beliau mendakwa, stesen komuter yang terletak bertentangan rumah penduduk menjadi laluan utama untuk keluar memandangkan terdapat perhentian bas di sebelahnya.

“Disebabkan stesen ini laluan utama penduduk, ada segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab terutamanya warga asing menaiki komuter tanpa tiket.

“Pekerja stesen pun susah hendak halang kerana jika ditanya, mereka (warga asing) ini beritahu hendak pulang ke rumah. Jadi mereka terlepas begitu sahaja,” katanya.

Menurutnya, jika jejantas dibina, ia sekali gus menyelesaikan masalah parkir yang berlaku setiap kali solat Jumaat.

“Penduduk tidak mahu berjalan jauh jadi mereka ke masjid menggunakan kenderaan dan menyebabkan kesesakan setiap kali waktu solat,” katanya.

Seorang penduduk, Jarinah Bharakathali menyokong supaya pihak berwajib menyediakan kemudahan pengangkutan awam.

“Senang sikit kalau bas masuk ke kawasan flat ini sebab penat juga terpaksa berjalan jauh menaiki jejantas ke seberang semata-mata untuk menunggu bas,” katanya.

21,611 unit PPR layak dijual - Menteri

Petikan dari Harian Metro hari ini, 21 April 2010


2010/04/21 DARIPADA 29,562 unit Program Perumahan Rakyat (PPR) Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN) kelolaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), hanya 21,611 unit layak ditawarkan untuk dijual kepada penghuni sedia ada.

Ini kerana 2,056 unit masih kosong tanpa penghuni, 4,740 unit belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan 1,155 unit lagi diduduki setinggan transit yang tidak layak menerima tawaran.

Menteri Wilayah Persekutuan Dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, berkata daripada 21,611 penghuni sedia ada yang sudah ditawarkan membeli unit PPR sedang diduduki, hanya 14,450 yang berminat.


“Jawatankuasa Pemilihan sudah mengenal pasti 10,159 penghuni yang menepati syarat dan layak ditawarkan manakala 4,013 penghuni lagi layak bersyarat kerana mempunyai tunggakan sewa melebihi tiga bulan,” katanya.

20 April 2010

Amalan Minum Air Panas Lepas Makan


Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ....

Artikel ini berguna untuk semua.


Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Secara logik..., mungkin ada kebenarannya.. Orang-orang China dan Jepun mengamalkan minum teh panas sewaktu makan... dan bukannya air berAIS. Mungkin sudah tiba masanya kita meniru amalan minum air panas sewaktu menikmati hidangan!!!!
Kita tidak akan kehilangan apa-apa... malah akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita .
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik...adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur. Marilah kita berwaspada dan berhati-hati.
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup.....
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini.... ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.
**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi.....!!!!

16 April 2010

KELAS FEKAH USTAZAH ZAWIAH

AKAN DIADAKAN PADA TARIKH BERIKUT"-

SABTU, 17 APRIL 2010 JAM 11.00 PAGI DI SURAU ALHIJRAH

SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR

15 April 2010

Mesyuarat AJK Surau Al Hijrah

Assalamualaikum w.b.r.t

Kami menjemput semua jemaah untuk hadir dalam mesyuarat ajk yang akan diadakan pada malam ini, 15 April 2010, selepas solat Isyak. Ia akan membincangkan semua perkara yang melibatkan kepentingan dan aktiviti surau.

Kedatangan AJK adalah diwajibkan.

Sekian, wassalam

14 April 2010

Majlis Kesyukuran PERKIM

Pihak Perkim menjemput semua jemaah yang kelapangan untuk hadir ke majlis kesyukuran anjuran PERKIM. Ia akan diadakan di surau PERKIM, Bangunan Perkim Jalan Ipoh mulai jam 7.00 petang esok, Khamis, 15 April 2010 sehingga waktu Isyak.

Pantai Dalam Di Landa Ribut


Bumbung tercabut dibahagian tangki air


Kereta yang rosak teruk


Bumbung tercabut

Pada hari Ahad lepas, kawasan Pantai Dalam dilanda ribut yang kuat. Antara PPR yang teruk kena ialah PPR Sri Pantai dan PPR Kg Limau. Banyak juga kereta rosak terkena dahan pokok serta kayu2 bumbung yang jatuh. Bumbung bangunan juga boleh tercabut. Walaubagaimanapun, kita di PPR Pantai Ria bersyukur kerana tiada kerosakkan yang berlaku.

10 April 2010

Masalah Pengangkutan Awam

Masalah tiada bas yang masuk kekawasan PPR Pantai Ria dan PPR Sri Chempaka telah diberi liputan oleh akhbar Harian Metro. Penduduk yang tidak mempunyai pengangkutan sendiri merasa perit kerana terpaksa menyeberang landasan keretapi di stesen komuter Pantai Dalam untuk menunggu bas ke KL.

Kita mintalah pihak bas Rapid supaya dapat mengadakan perkhidmatan bas kekawasan kita dengan seberapa segera.


09 April 2010

LOGO RASMI SURAU


Logo ini akan menjadi logo rasmi surau al hijrah mulai sekarang.

07 April 2010

KELAS TAFSIR FEKAH MALAM INI

MALAM INI, KELAS TAFSIR FEKAH OLEH USTAZ YASSER SALLEH AKAN KEMBALI KESURAU KITA IAITU SELEPAS WAKTU MAGHRIB, RABU, 7 MAC 2010

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

02 April 2010

Denggi di PPR Pantai Ria


Tanda2 demam denggi


Kitaran nyamuk aedes


Seekor nyamuk aedes dewasa


Seorang penduduk Blok C PPR Pantai Ria dilaporkan telah dimasukkan ke hospital kerana demam denggi. Pagi tadi pihak DBKL telah datang membuat semburan asap di kawasan kita. Semua pihak perlu membantu memastikan tiada aedes membiak samada didalam rumah atau dikawasan sekitar.