26 April 2011

KAUNTER ADUAN AWAM DI PPR

DARI BERITA HARIAN

2011/04/26
KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar akan membuka kaunter aduan awam di 25 Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam pada setiap Ahad bermula 8 Mei ini.

Timbalan Menteri berkenaan, Datuk M Saravanan, berkata kaunter yang dibuka mulai jam 10 pagi hingga 2 petang itu adalah untuk mengenalpasti masalah serta kesulitan yang membelenggu penghuni PPR di bandar raya ini serta menerangkan dasar-dasar kerajaan.
"Kita terima pelbagai aduan daripada penghuni PPR seperti sewa tertunggak yang tidak dibayar sehingga 10 tahun akibat gaji yang kecil yang akan menyebabkan mereka boleh diusir keluar dari unit yang mereka tinggal. "Kita buka kaunter ini dan saya sendiri akan turun padang dan bersemuka dengan penghuni untuk melihat sendiri dan cuba mencari jalan penyelesaian terhadap kesulitan yang dihadapi," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyampaikan anugerah kepada 855 pelajar cemerlang Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2010 dari 45 sekolah dalam Parlimen Titiwangsa anjuran Yayasan Pendidikan Titiwangsa (YPT) di sini hari ini.

Turut hadir Pengerusi YPT Datuk Astaman Abd Aziz.

Saravanan turut meminta menyeru pemimpin parti di peringkat akar umbi supaya lebih proaktif dalam menjaga kebajikan rakyat supaya bantuan serta dasar kerajaan sampai kepada pengetahuan golongan sasar.
"Saya ada terima aduan, ada penghuni PPR tidak tahu bahawa mereka layak menerima bantuan RM2,500 menerusi Skim Prihatin 1Wilayah Persekutuan jika anggota keluarga meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Astaman berkata YPT mengeluarkan dana sebanyak RM186,800 bagi meraikan pelajar cemerlang berkenaan. - BERNAMA

23 April 2011

Balasan Meninggalkan Solat







Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis.

Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.”

Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.

Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya :

- Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
- Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
- Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

Maka inilah balasannya.

19 April 2011

Mudahnya Wanita Masuk Syurga

Kupasan oleh Ustaz Kazim Elias tentang bagaimana wanita dapat masuk syurga dengan mudah

18 April 2011

DBKL Mula Operasi Sita Motorsikal



Kepada tuanpunya motorsikal yang dibawa naik ketingkat atas, diminta berhati2 kerana DBKL akan melakukan operasi menyita motor2 yang diletakkan dikoridor kakilima diluar rumah. Ramai yang bukan sengaja nak bawa naik tapi kerana selalu sangat kena vandalism / kena curi bahagian2 motor jika diparking ditingkat bawah. Minta DBKL bertimbangrasa dengan kami. Bahkan tempat meletak motorsikal pun tak disediakan dengan mencukupi. Elok DBKL bertindak atas mat2 motor yang menjadikan tingkat atas sebagai worksyop atau tempat melerai motosikal curi, itu lebih "afdal".


Utusan Online -- KUALA LUMPUR 13 April – Sebanyak tujuh buah motosikal telah disita dalam Operasi Angkut oleh Jabatan Pengurusan Perumahan dan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Muhibbah, Puchong, awal pagi semalam. Tindakan itu diambil kerana pemilik motosikal terbabit didapati melanggar peraturan iaitu meletakkan motosikal mereka di tingkat atas rumah PPR tersebut. Ia dilakukan di bawah Akta Jalan Parit dan Bangunan 1974 Seksyen 46, bertujuan memindahkan halangan yang menyusahkan penduduk. Penolong Pengarah Jabatan Pengurusan Perumahan DBKL, Kamel Idham Ibrahim berkata, tindakan yang dilaksanakan itu bukan bertujuan menyusahkan penduduk tetapi untuk memberi peringatan kepada mereka. Katanya, pihaknya telah banyak kali menerima aduan mengenai tindakan sesetengah penduduk membawa motosikal mereka ke tingkat atas sehingga menyusahkan penghuni lain. Selain itu, katanya, motosikal yang dibawa naik menggunakan lif juga menjadi antara punca kerosakan kemudahan itu sekali gus menyusahkan penduduk terutama golongan orang kurang upaya (OKU) dan warga emas. “Tindakan mereka juga telah memberi kesan kepada DBKL kerana terpaksa mengeluarkan kos yang tinggi untuk membaiki lif yang rosak,” katanya kepada pemberita selepas operasi tersebut di Blok A, PPR Muhibah. Turut menyertai operasi tersebut adalah Ketua Inspektor Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan DBKL, Julia Thamby bersama 40 anggota kedua-dua jabatan itu. Kamel Idham berkata, motosikal yang disita itu dibawa ke Depot Kenderaan Jabatan Keselamatan dan Penguatkuasaan di Jinjang dan pemiliknya hendaklah membuat tuntutan di depot tersebut. “Mereka (pemilik motosikal) perlu membawa dokumen kenderaan dan dokumen insurans di samping membayar kompaun sebanyak RM155,” jelasnya. Beliau menambah, operasi itu akan diadakan dari semasa ke semasa di semua PPR di ibu negara bagi membendung tindakan penghuni yang mementingkan diri sendiri.

16 April 2011

Rumah Setinggan Jalan Kubur Terbakar




Rumah setinggan yang terbakar

Sudah lama tak dengar cerita rumah setinggan terbakar di Pantai Dalam sejak kejadian kebakaran besar pada tahun 2006. Pada masa itu hampir 100 rumah yang terlibat dan hampir kesemua keluarga terlibat telah dipindahkan ke PPR Kg Muhibbah, Puchong. Patutlah masa balik kerja semalam semasa di Subang Jaya dah nampak asap hitam tebal dikawasan Pantai Dalam. Difahamkan kebanyakkan mangsa adalah warga Indonesia. Rupa-rupanya masih banyak lagi rumah setinggan kat Pantai Dalam, bila terbakar barulah tahu.

Dari Utusan Online
KUALA LUMPUR 15 April - Sebanyak 12 buah rumah setinggan di Jalan Kubur, Pantai Dalam, di sini, musnah dalam kebakaran hari ini, mengakibatkan kerugian lebih RM500,000.

Kejadian pukul 5.20 petang itu bagaimanapun tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.

Menurut Penolong Penguasa Balai Bomba dan Penyelamat Wilayah Persekutuan, Wahid Mahad, seramai 60 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat dari Jalan Hang Tuah, Pantai Dalam, Taman Desa, Sentul dan Taman Tun Dr. Ismail terlibat memadam kebakaran.

"Bomba mengalami masalah apabila bekalan air tidak cukup, manakala untuk memperoleh sumber air agak jauh iaitu satu kilometer dari lokasi kejadian.

"Api berjaya dikawal sepenuhnya pukul 6.30 petang. Sebanyak 24 buah rumah setinggan yang lain berjaya diselamatkan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati api mula merebak dari dapur salah sebuah rumah tersebut, bagaimanapun punca sebenar masih disiasat.

15 April 2011

Kelas Pengajian Terbaru - Tasawuf

Surau AlHijrah menambah satu lagi kelas pengajian seperti berikut:-

Kelas: Tasawuf
Hari: Setiap hari Ahad malam Isnin
masa: Selepas solat maghrib
Ustaz: Helmi bin Yahya
Tempat: Surau

Pada kuliah pengenalan minggu lepas, ustaz Helmi memberi penjelasan tentang makna tasawuf dan kenapa ia penting untuk dipelajari oleh umat Islam selain akidah. Dan siapakah ulama yang memperkenalkan tasawuf dalam dunia Islam - beliau ialah Imam AlGhazali.

Semua muslimin/muslimat dijemput hadir. Gunalah masa lapang yang ada sebelum datang masa sibuk, gunalah masa sihat yang ada sebelum sakit menjelma.

12 April 2011

Peragut Ditangkap CCTV Kereta !

Kejadian yang berlaku di Seksyen 16, Petaling Jaya ini semasa jalanraya sedang sesak. 2 orang pemuda bermotosikal dengan selamba dan pantas memecahkan cermin dan melarikan barang berharga dalam beberapa saat sahaja.

Pengajaran dari video ini ialah jangan sesekali meletakkan barang berharga anda diatas tempat duduk atau tempat yang terdedah pada pandangan mata.

08 April 2011

Awas Telur Ayam Palsu !!

Cara2 Pembuatan Telur Ayam Palsu



Cara Bezakan Telur Ayam Asli dan Palsu


Macam-macam benda palsu boleh dibuat oleh manusia yang diberi akal oleh Allah SWT tetapi menyalahgunakan akal untuk tujuan tertentu. Kes terbaru ialah telur ayam yang kita makan sehari-hari itu telah didapati palsu di Pulau Pinang. Risau juga kalau-kalau termakan telur palsu kerana risiko kesihatan.

Ikuti video cara buat telur palsu di China.

PETIKAN BERITA HARIAN GEORGETOWN: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) merampas 270 biji telur ayam, dipercayai tiruan dalam pemeriksaan di Pasar Pulau Tikus. Telur berkenaan yang dijual pada harga 35 sen hingga 38 sen sebiji, dirampas jam 10.45 pagi oleh sepasukan pegawai penguat kuasa KPDNKK diketuai Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, Md Nasir Mohamed.

Ketua Pegawai Penguat Kuasa KPDNKK negeri, M Gunaselan, berkata pemeriksaan itu dibuat ekoran aduan diterima daripada Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berhubung penjualan telur tiruan di pasar itu. Semua telur ayam itu akan dihantar ke Jabatan Veterinar untuk pemeriksaan bagi memastikan telur ayam berkenaan adalah tiruan atau sebaliknya.

Siasatan akan dilakukan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972 dan jika sabit kesalahan boleh didenda RM100,000 atau tiga tahun penjara atau kedua-duanya sekali bagi kesalahan individu. CAP mendedahkan ada telur ayam yang dijual di pasaran tempatan adalah telur tiruan yang diperbuat daripada bahan kimia yang boleh menjejaskan kesihatan pengguna.Bentuk telur tiruan agak luar biasa dan bersaiz lebih besar berbanding telur biasa dan baunya juga tidak sama.

Telur tiruan juga tidak mengandungi khasiat atau nutrisi dan penuh dengan bahan kimia berbahaya. Putih telurnya dipercayai diperbuat daripada sodium alginat, alum, gelatin, asid benzoik dan kalsium klorida. Di samping air dan pewarna makanan, kuning telur adalah hasil campuran buah lemon yang diperah dan pewarna makanan. Kulit telur pula diperbuat daripada kalsium karbonat, serbuk gipsum, parafin dengan beberapa bahan campuran lain. Berita Disunting Daripada Sumber : Berita Harian

05 April 2011

Operasi Tunda DBKL di Pantai Ria

DBKL hari ini melakukan operasi menunda semua kereta2 yang tersadai sejak sekian lama di tempat parking PPR Pantai Ria. Penduduk telah lama mengadu kepada DBKL tentang kenderaan2 lama ini yang terbiar dan menyebabkan kereta lain tak dapat parking. Diharap ia dapat diteruskan dari masa kesemasa.











01 April 2011

KULIAH MAGHRIB KHAS - TSUNAMI



AKAN DIADAKAN DISURAU ALHIJRAH PADA WAKTU BERIKUT:-

AHAD, SELEPAS SOLAT MAGHRIB 3 APRIL 2011

TAJUK: GEMPABUMI DAN TSUNAMI DIJEPUN.
ADAKAH IA AMARAN DARI ALLAH SWT?

PENCERAMAH: USTAZ HELMI YAHYA

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR. JAMUAN DISEDIAKAN.

KELAS FEKAH WANITA

KELAS FEKAH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

HARI: SABTU
TARIKH: 2 APRIL 2011
MASA: 2 PETANG

PENGAJAR: USTAZAH HJH ZAWIAH BT HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SOSIAL
JAKIM, PUTRAJAYA


TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TINGKAT BAWAH, BLOK C

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI