29 June 2011

Ceramah Isra' Mikraj di Masjid Khadijah, Pantai Dalam

Masjid Khadijah akan mengadakan ceramah Isra' Mikraj pada hari Khamis, 30 Jun 2011, selepas solat maghrib.

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Jamuan akan disediakan.

Jemputan Untuk Warga Emas

Pihak pelajar Universiti Malaya akan datang ke PPR Pantai Ria pada hari Jumaat, 1 Julai 2011, jam 8.30 pagi . Mereka memerlukan 30 orang warga emas (lelaki dan perempuan) berumur 55 tahun keatas.

Tujuannya ialah untuk membuat kajian tentang kerusi yang sesuai untuk golongan ini. Pada semua warga emas, silalah datang ke surau pada hari Jumaat ini untuk terlibat dalam kajian mereka. InsyaAllah, cenderahati akan diberi kepada yang sudi hadir.

28 June 2011

Ceramah Khas Isra' Mikraj



semua muslimin dan muslimat dijemput hadir. Kalau ada kuih lebih silalah bawa ke surau, boleh dinikmati semua. InsyaAllah.

Hati unta sama dilapah
Hati ayam sama dicicah

Pilihan Anda - 8 atau 20 ?

Gambar Hiasan


Solat Tarawih: 8 atau 20 rakaat?

InsyaAllah, pada tahun ini, jawatankuasa surau Al Hijrah menetapkan akan membuat solat sunat Tarawikh sebanyak 20 rakaat seperti tahun-tahun yang lepas juga. Pada tahun lepas, kita berjaya mengkhatamkan Al Quran pada penghujung Ramadhan. Walaupun demikian, ada juga para makmum yang meminta supaya bacaan-bacaan dalam solat sunat Tarawikh pada tahun ini dipendekkan sedikit. Sebabnya, untuk memudahkan makcik2/pakcik2 yang telah berumur mengikuti solat ini tanpa berdiri terlalu lama.

Saya berpendapat, apa pun pilihan kita, nak buat 8 atau 20, nak baca surah pendek atau panjang, pilihan yang diambil biarlah memuaskan hati sebahagian besar jemaah. Ini hanya solat sunat, biar semua orang merasa selesa beribadat kepada Allah dengan khusyuk dan tawadduk.

Rencana.

“seringkali berlaku perbalahan dan pertelingkahan dalam melaksanakan ibadah-ibadah sunat dalam bulan Ramadhan terutamanya mengenai bilangan rakaat solat sunat Tarawih. Di samping itu, terdapat pula masyarakat Islam yang begitu beria-ia dan berduyun-duyun ke masjid dan surau untuk mengerjakan solat sunat Tarawih, pada masa yang sama mereka meninggalkan solat fardhu seperti Maghrib dan Subuh. Mengapa perkara begini boleh berlaku, adakah masyarakat kita masih tidak boleh membezakan mana yang lebih utama antara sunat dan fardhu?

Perbalahan dalam perkara-perkara khilaf seperti bilangan rakaat solat tarawih telah menyebabkan ada yang bermasam muka dan tidak bertegur sapa. Tidakkah mereka terfikir bahawa bermasam muka dan tidak bertegur sapa itu adalah haram, sedangkan puncanya datang daripada persoalan sunat yang menjadi khilaf di antara ulama?. Syeikh Dr. Fadl Hassan ‘Abbas telah menyatakan bahawa lebih elok ditutup pintu masjid agar tidak ditunaikan solat sunat tarawih sekiranya perbalahan tentangnya menyebabkan perpecahan berlaku di antara umat Islam! Manakah yang lebih penting, solat sunat atau persaudaraan Islam?

Ada pula masyarakat Islam yang memang seronok melihat perbalahan dan pergeseran berlaku di kalangan jemaah di masjid dan di surau. Lalu mereka sentiasa membawa serta membesar-besarkan isu ini dan mengapi-apikannya. Sedangkan mereka sendiri hanya menunaikan dua rakaat solat tarawih sahaja, lantas terus ke kedai kopi untuk berbual dan membuang masa. Sebagai umat Islam, kita hendaklah menghindarkan diri daripada perbalahan yang tidak berfaedah, sebaliknya hendaklah kita menumpukan sepenuh perhatian kepada ibadah yang patut dilakukan pada bulan Ramadhan yang mulia ini.

Solat Tarawih ialah solat sunat muakkad. Sekiranya seseorang itu meninggalkan solat Tarawih, dia tidak berdosa, akan tetapi seseorang itu akan mendapat dosa sekiranya mewujudkan perbalahan tentang bilangan rakaatnya sehingga menimbulkan pergeseran di antara umat Islam di masjid. Solat Tarawih bermula sebaik sahaja seorang itu selesai daripada mengerjakan solat fardhu ‘Isya (seeloknya selepas mengerjakan solat sunat Ba‘diyah ‘Isya’ kerana solat tersebut juga adalah sunat muakkad). Waktu untuk menunaikan solat Tarawih berkekalan sehingga terbit fajar. Ia dikerjakan dengan dua-dua rakaat. Jika dikerjakan solat Tarawih itu empat rakaat dengan satu salam, maka tidak sah solatnya, kerana menyalahi yang disyariatkan. (lihat kitab Al-Majmuk).

Persoalan mengenai jumlah raka’at solat Tarawih, sebenarnya ia merupakan perkara lama yang telah pun dibincangkan oleh ulama-ulama mu’tabar, tetapi malangnya ia sentiasa diungkit-ungkit dan ditimbulkan kekecohan oleh pihak-pihak yang masih tidak berpuas hati. Bilangan rakaat solat Tarawih adalah perkara yang termasuk di dalam perbezaan pendapat Ulama. Seseorang Muslim tidak boleh bersikap bersikap keras dalam perkara yang ada perbezaan pendapat di kalangan ulama.

Mengikut Syeikh Dr. Abdul Malik al-Sa’di, tidak terdapat dalil yang benar-benar pasti tentang bilangan rakaat solat tarawih yang dilakukan oleh Rasulullah saw kerana terdapat pelbagai riwayat tentang bilangan rakaatnya. (Lihat buku al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq, halaman 119). Oleh itu, semakin banyak Ibadah yang dilakukan pada malam-malam Ramadhan, maka semakin banyaklah pahala yang akan diperolehi.

Terdapat segelintir umat Islam bersikap keras dengan menyatakan bahawa solat Tarawih hanya 8 rakaat, dan sesiapa yang melakukan lebih daripada 8 rakaat merupakan suatu perkara bid’ah. Hujahnya ialah hadis daripada Abu Salamah bin Abdul Rahman yang bertanyakan Sayyidatuna Aisyah r.a : “Bagaimanakah solat Nabi s.a.w. di dalam bulan ramadhan?” Maka jawab Sayyidatuna Aisyah: “Nabi tidak melebihkannya di dalam Ramadhan dan di luar Ramadhan melebihi 11 rakaat …(11 rakaat ialah setelah dicampur 3 rakaat Witir)” (Hadis Riwayat Imam Bukhari).

Kalau diteliti hadis ini, ia hanya menunjukkan kebiasaan Nabi s.a.w. menunaikan solat malam di dalam bulan Ramadhan dan selainnya dengan 11 rakaat. Namun begitu, dalil-dalil yang jelas menunjukkan bahawasanya solat malam ini termasuklah solat tarawih tidak terikat dengan bilangan tertentu, sepertimana hadith yang diriwayatkan daripada Ibnu ‘Umar, seseorang bertanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, Maka jawab baginda : “Solat malam itu dua rakaat, dua rakaat, jika seseorang kamu bimbangkan masuknya waktu subuh maka dia solatlah satu rakaat sebagai solat witir.” (Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Justeru apabila dilihat pendapat para ulama yang mu’tabar, akan didapati bahawa bilangan rakaat solat Tarawih tidak terikat dengan bilangan tertentu. Menurut Jumhur ulama’ pula iaitu yang terdiri daripada ulama’ aliran mazhab Syafie, Hanafi, yang rajih di sisi Imam Ahmad, al-Thauri, Daud dan sebagainya, mereka menyatakan bahawa bilangan solat Tarawih ialah 20 rakaat berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan selainnya yang bermaksud: “Bahawasanya mereka (sahabat-sahabat) nabi, mendirikan solat (Tarawih) dalam bulan Ramadhan pada zaman Umar bin al-Khattab dengan 20 rakaat.” (Telah mensahihkannya al-Hafiz al-’Iraqi dan al-Subki).

Di samping itu, terdapat riwayat daripada para ulama’ salaf yang menunaikan solat sunat Tarawih lebih daripada 20 rakaat. Terdapat di kalangan mereka yang menunaikan sebanyak 46 rakaat, 41 rakaat, 39 rakaat, 36 rakaat, 34 rakaat dan 24 rakaat. Ada pula yang menunaikan 16 rakaat dan 13 rakaat. (Rujuk buku al-Bid’ah fi al-Mafhum al-Islamiy al-Daqiq, halaman 120).

Menurut Syeikh Muhammad bin Soleh al-’Uthaimin dalam kitabnya (Fatawa Syeikh Ibn ‘Uthaimin – 1/407), beliau berkata: “Dan perkara ini (bilangan rakaat Tarawih) adalah luas. Maka tidak diingkari ke atas siapa yang solat dengan 11 rakaat atau 23 rakaat….”, Katanya lagi: “Tidak sewajarnya bagi kita untuk berlebih-lebihan dan melampau-lampau. Sebahagian manusia ada yang melampau-lampau dalam bentuk (kononnya) beriltizam dengan Sunnah (Nabi) dalam bab bilangan (solat Tarawih), mereka mengatakan : “Tidak boleh ada tambahan atas bilangan (solat tarawih) yang datang dari sunnah. Mereka juga mengingkari dengan keengkaran yang keras terhadap sesiapa yang melakukan penambahan dalam perkara ini, mereka mengatakan perkara tersebut adalah dosa dan derhaka. Perbuatan ini tidak syak lagi kesalahannya. Bagaimana boleh jadi dosa dan derhaka, (kerana) telah ditanya kepada Nabi s.a.w. tentang solat malam, kemudian Nabi mengatakan : “Dua rakaat, dua rakaat”, dan baginda tidak menghadkan bilangan rakaatnya…. Maka apabila Nabi s.a.w. menerangkan kaifiat (cara solat) tanpa menghadkan bilangan (rakaat), telah diketahui bahawasanya dalam perkara ini adanya keluasan….”

Syeikhul Islam Ibn Taimiyyah pula berkata : “Dan solat tarawih itu bahawasanya solatnya sepertimana mazhab Abu Hanifah, al-Syafi’e, dan Ahmad dengan 20 rakaat, ataupun sepertimana mazhab Malik dengan 37 rakaat, atau 13 rakaat, atau dengan 11 rakaat, sesungguhnya (semua ini) baik, sepertimana yang telah dinaskan oleh Imam Ahmad dengan ketiadaan at-Tauqif. Maka boleh dilakukan dengan banyak rakaat dan sedikit berdasarkan panjang atau pendeknya qiam.”

Ibn Qudamah pula menyatakan : “Dan yang terpilih di sisi Abu Abdillah (iaitu Imam Ahmad) r.a. (solat malam) 20 rakaat, dan inilah pendapat at-Thauri, Abu Hanifah, as-Syafi’e, dan berkata pula Malik : “36 rakaat.” (Lihat kitab al-Mughni – 1/457). Imam al-Nawawi pula menyatakan: “Solat tarawih itu merupakan sunnah dengan ijmak para ulama. Mazhab kami (berpendapat) bahawasanya (bilangannya) 20 rakaat dengan 10 kali salam, boleh dilakukan sendirian dan berjemaah.” (Lihat kitab al-Majmu’ – 4/31).

al-Suyuti pula berkata : “Hadith-hadith yang sahih dan hasan dalam perkara qiyam Ramadhan dan galakan melakukannya tidak mengkhususkan bilangan (rakaat). Ia juga tidak juga thabit bahawasanya Nabi s.a.w. solat tarawih dengan 20 rakaat. Adapun solat malam ini, solat yang tidak disebutkan bilangannya. Baginda menghentikan (solat berjemaah) pada malam yang keempat kerana bimbang difardhukan ke atas umat, maka perkara ini akan menyusahkan mereka…..” (Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah – 27/142-145) .

Jelasnya, bilangan rakaat solat Sunat Tarawih termasuk dalam perkara khilafiah yang tidak sepatutnya diperbalahkan. Sebaliknya setiap umat Islam hendaklah menumpukan perhatian untuk mewujudkan kualiti dalam Ibadah yang dilakukan serta mengikhlaskan diri kepada Allah swt. Rebutlah peluang, bonus dan ganjaran besar yang disediakan oleh Allah pada bulan Ramadhan ini. Jauhilah pertelingkahan dan pergaduhan dalam perkara-perkara furu’ kerana ia hanya akan merugikan umat Islam.

petikan dari http://www.ustazshauqi.blogspot.com”

Seminar Mukjizat Al Quran anjuran PERKIM



25 June 2011

"Dome of the Rock" bukanlah Masjid Al Aqsa !



Gambar diatas adalah gambar yang disiarkan dalam Harian Metro hari ini dan didakwa sebagai Masjid Al Aqsa. Kesilapan ini tak sepatutnya dilakukan oleh sebuah akhbar yang berpengaruh dan mempunyai edaran terbesar di Malaysia seperti Harian Metro. Ramai yang akan menganggap itulah Masjid Al Aqsa sedangkan Masjid Al Aqsa sebenar adalah seperti dibawah.


Masjid Al Aqsa yang sebenar


Masjid Al Aqsa dari depan

Dome of The Rock atau Kubah Emas bukannya masjid apatah lagi ada yang kata ia adalah Masjid Al Aqsa. Ia sebenarnya satu binaan yang dibina oleh kalifah Islam pada zaman dahulu sebagai salah satu tempat untuk memperingati tempat bilamana Nabi Muhammad SAW naik ke langit dalam peristiwa Israk dan Mikraj. Didalam bangunan ini terdapat satu lapisan batu dikatakan tempat Nabi Muhammmad pijak sebelum Buraq terbang kelangit.


Diatas batu ini, terdapat dalam Dome of The Rock, dikatakan tempat bermula
pengembaraan Nabi Muhammad SAW ke langit.

Dome of The Rock atau Kubah Emas sering disalah anggap sebagai Masjid Al Aqsa. Bahkan dalam ruangan Variasari Harian Metro pada hari ini, 25 Jun 2011, dalam cerita tentang Israk dan Mikraj, pemberita merekapun keliru tentang manakah sebenarnya Masjid Al Aqsa, iaitu masjid yang terlibat dalam kisah Israk dan Mikraj Nabi Muhammad SAW.

Seperti kata Ustaz Adlin Salleh dalam siri kuliahnya di surau al hijrah, bangsa Yahudi Laknatullah menggunakan sepenuhnya kekuatan propaganda dan media mereka dan bertanggungjawab menyebarkan keseluruh dunia tentang gambar Dome of The Rock sebagai Masjid Al Aqsa.

Tujuannya ialah supaya masyarakat Islam mengabaikan tentang masjid sebenar Al Aqsa yang kini menghadapi masalah serius kerana kerja-kerja pengorekkan yang dilakukan oleh Yahudi disekitar Masjid Al Aqsa. Bangsa Yahudi juga bercita-cita untuk menukar Masjid Al Aqsa yang sebenar sebagai tempat ibadat bangsa Yahudi !. Sejarah membuktikan sejak sekian lama, Yahudi telah melakukan berbagai -bagai taktik kotor untuk menguasai Masjid Al Aqsa.


Kedudukan Masjid AlAqsa dalam Bandaraya Jurusalem


Kedudukan Masjid Al Aqsa dan Dome of The Rock




Masjid Al Aqsa


Jarak antara Masjid Al Aqsa dan Dome of the Rock lebihkurang 200 meter sahaja


Info tentang Masjid Al Aqsa .




1. That, Masjidul Al Aqsa was the second Masjid on earth.
2. That, it was built 40 years after the Ka’ba in Makkah.
3. That, most scholars are of the opinion that Masjidul Al Aqsa was first built by Prophet Adam [as].
4. That, Ibrahim [as] rebuilt the Masjidul Al Aqsa in Jerusalem as he and Ismail [as] rebuilt the Ka’ba in Makkah.
5. That, Prophet Daud [as] began the rebuilding of Masjidul Al Aqsa.
6. That, it was Prophet Sulayman [as] who finally completed the building of Masjidul Al Aqsa.
7. That, Masjidul Al Aqsa built by Sulayman [as] was destroyed in 587 BC by Nebuchadnezzar King of Babylon.
8. That, the Jews call this same Masjidul Al Aqsa built by Sulayman [as] as their Temple.
9. That, the Jews re-built their Temple on them same site in 167 BC but was destroyed in 70 AD and Jews banished from Jerusalem.
10. That, the site of Masjidul Al Aqsa remained barren and was used as a rubbish tip for nearly 600 years until the Great Khalifah Umar bin Khattab liberated Jerusalem in 637/8 AD.
11. That, the Khalifah Umar bin Khattab began the foundation of Masjidul Al Aqsa and a timber mosque was built.
12. That, the Umayyad Khalifah, Abd’ al Malik ibn Marwan in 691/2 [72/73 AH] began the construction of, Dome of the Rock – today this is the Golden Domed Mosque.
13. That, the al Buraq wall or Western Wall where Prophet Muhammad [saas] tied his animal the Buraq on the night journey of al Isra is what the Jews call the wailing wall.
14. That, to Muslims it is the land or the Haram Sharif area which is most holy and important.
15. That, the Haram area of Al Aqsa has within it the Masjidul Al Aqsa [Black Domed Mosque] and Dome of the Rock [the Golden Domed Mosque].
16. That, Israel occupied Masjidul Al Aqsa in 1967.
17. That, the fundamentalist Jews have made 100’s of attempts to destroy Al Aqsa since 1967 when they occupied it. A fire in 1967 started by their help destroyed the 900 year old Mimbar installed by Slaudeen Ayub, the Great Muslim Hero.
18. That, the fundamentalist want to blow up and destroy Masjidul Al Aqsa and replace it with a Jewish Temple.


Perkim Anjur Sambutan Isra' dan Mikraj

24 June 2011

Penyerahan Sijil Penyertaan Kepada Peserta Silat










Baru-baru ini, satu majlis ringkas diadakan untuk menyerahkan sijil penyertaan kepada peserta2 silat dari Gelanggang AL Hijrah yang telah menyertai pertandingan silat di Gelanggang Azzahra, Puchong. Pertandingan itu adalah antara gelanggang2 silat seni gayung sekitar Kuala Lumpur. Peserta silat kita mendapat 2 pingat dalam bahagian bergu. Kita telah menghantar 16 peserta ke pertandingan tersebut. Sijil diserahkan oleh Penyelaras Silat Seni Gayung PPR Pantai Ria, En Aris Mohd Ali.


















22 June 2011

Kelas Ustaz Adlin Malam Ini Ditangguh


Ustaz Adlin Salleh - Pensyarah UM

Kepada semua jemaah, kelas Ustaz Adlin pada malam ni, Rabu, 22 Jun 2011, iaitu Tafsir AlQuran adalah ditangguhkan kerana ustaz ada urusan lain.

Kuliah ganti adalah seperti berikut:-

Isnin, 27 hb Jun 2011
Selepas solat maghrib

2 minggu lepas, Ustaz Adlin telah mengupas tentang Surah Abu Lahab - berkaitan bapa saudara nabi yang sangat memusuhi nabi. Beliau sangat berdendam dengan Nabi sehinggakan dimana Nabi pergi, beliau akan ikut dan akan melakukan apa saja untuk menggagalkan usaha dakwah nabi. Allah SWT kemudiannya menurunkan surah ini khusus untuk menggambarkan kebencian Allah pada perangai Abu Lahab.

KISAH ABU LAHAB

Kisah Abu Lahab tercantum dalam Al Qur’an surat Al Lahab (surat ke 111) ayat satu sampai dengan ayat lima yang artinya:

: Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

1.تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ Binasalah kedua tangan Abu Lahab dan sesungguhnya dia akan binasa.
2.مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ Tidaklah berfaedah kepadanya harta bendanya dan apa yang ia usahakan.
3.سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ Kelak dia akan masuk ke dalam api yang bergejolak.
4.وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ Dan (begitu pula) isterinya, pembawa kayu bakar.
5.فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ Yang di lehernya ada tali dari sabut.

Dalam surat Al-Lahab ini menceritakan Bahwa Abu Lahab dan isterinya menentang Rasulullah SAW. Keduanya akan celaka dan masuk neraka. Harta Abu Lahab tak berguna untuk keselamatannya demikian pula segala usaha-usahanya.

Abu Lahab adalah keturunan dari suku Quraisy yang memusuhi, menentang dan menghalang-halangi perjuanagn dakwah Rasulullah SAW dalam menegakkan agama Islam di Makah. Abu Lahab selalu menghasud para pengikut Nabi Muahammad SAW

supaya tidak mengikuti ajaran Nabi. Ia berusaha sedemikian rupa dalam menghalang-halangi dakwah nabi, ia berupaya merendahkan agama Islam.

Pada suatu ketika Rasulullah SAW naik ke Bukit Shafa sambil berseru: “Mari berkumpul pada pagi hari ini!” Maka berkumpullah kaum Quraisy. Rasulullah SAW bersabda: “Bagaimana pendapat kalian, seandainya aku beritahu bahwa musuh akan datang besuk pagi atau petang, apakah kalian percaya kepadaku?”

Kaum Quraisy menjawab: “Pasti kami percaya.” Rasulullah SAW bersabda: “Aku peringatkan kalian bahwa siksa Allah yang dahsyat akan datang.” Berkatalah Abu Lahab: Celakalah engkau! Apakah hanya untuk ini, engkau kumpulkan kami?”.

Istri Abu Lahab juga mengikuti jejak Abu Lahab yaitu menghalang-halangi Islam dengan menyebarkan duri-duri di tempat yang akan dilalui Rasulullah SAW. Abu Lahab dengan perlakuannya seperi itu amatlah rugi dan sangat celaka, amalnya sa-sia, usahanya untuk menghalang-halangi Islam percuma, harta, pangkat, kedudukan yang dibanggakan Abu Lahab tidak berarti apa-apa. Abu lahab kelak akan disiksa dengan api neraka yang sangat panas.

19 June 2011

Kem Smart Solat Selesai !

Akhirnya, Kem Smart Solat berjaya dilaksanakan dengan jayanya pada hari ini, berkat sokongan semua pihak termasuk pihak Perkim Kebangsaan terutama Datuk Hasbullah. Kami juga mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ustaz Arif Johari serta semua fasilitator dari Infitah Training & Consultancy yang membantu mengendalikan program kali ini.

Program berjalan lancar dari awal hingga akhir walaupun dengan ruang surau yang sempit. Kami juga terhutang budi kepada semua petugas dan ajk surau yang bertukuslumus memasak serta membantu menyediakan hidangan. Seramai 123 anak2 PPR Pantai Ria berjaya melalui program sehari suntuk, walaupun ramai lagi yang memohon tapi tak dapat dipenuhi kerana ruang surau yang terhad.


makan tengahari



dari kiri, En Badrul, En Mohd Noor dan Ustaz Arif dari Infitah serta
En Jamil dan En Zuhari dari Surau AlHijrah


Mengambil wudhu




AJK surau


Kaum ibu sedang menyiapkan bahan masakan


Hj Kairom menyampaikan cenderahati pada Datuk Hasbullah (kiri)


Datuk Hasbullah menyampaikan sijil penghargaan pada Ustaz Arif dan Infitah Training & Consultancy



Dari kiri, En Badrul, En Mohd Noor dan ustaz Arif sebagai fasilitator




Salah seorang peserta menghafal bacaan dalam solat



Ucapan Datuk Hasbullah




Jamuan petang



Solat Asar




Latihan dalam kumpulan




Peserta perempuan



LDK




Bukan mudah kalau tak ada minat kat budak2 ni untuk belajar




Solat Asar berjemaah




16 June 2011

Senarai Peserta Kem Smart Solat - Sila Semak

Penyertaan telah ditutup. Ini adalah senarai penuh peserta. Sila klik atas senarai untuk membesarkan tulisannnya.









Sila semak nama anda. Jika nama anda tiada / kesalahan ejaan, sila hubungi pihak ajk surau dengan segera.

PERINGATAN KEPADA PESERTA2
1. PESERTA LELAKI - BERBAJU MELAYU DAN BERSONGKOK /KOPIAH
2. PESERTA PEREMPUAN - BERBAJU KURUNG / BERTUDUNG /MEMBAWA TELEKUNG UNTUK SOLAT
3. HADIR JAM 7.30 PAGI DISURAU UNTUK PENDAFTARAN KEHADIRAN.
4. KERANA RUANG SURAU YANG TERHAD, IBUBAPA BOLEH BEREDAR SELEPAS PENDAFTARAN SELESAI UNTUK MEMUDAHKAN PENGURUSAN DAN TIDAK MENGGANGGU PROGRAM.

KERJASAMA SEMUA IBUBAPA AMAT DIPERLUKAN DEMI MENJAYAKAN KESELURUHAN PROGRAM DAN TERIMAKASIH KEPADA SEMUA YANG MEMBANTU PIHAK PENGANJUR.