31 December 2012

Ustaz Syeikh Nuruddin di Masjid Ar Rahah, Kerinchi


Syeikh Muhammad Nuruddin bin Hj Marbu

CHIT CHAT BERSAMA SHEIKH NURUDDIN DI MASJID AR RAHAH, KERINCHI

PADA 4 JANUARI 2013 , JUMAAT MULAI JAM 8 HINGGA 9.30 MALAM
                    
                         TAJUK
"ADA CINTA DI TAMAN SYURGA"


BIOGRAFI RINGKAS PENCERAMAH

al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin bin Haji Marbu bin Abdullah Thayyib حفظه الله
berasal dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau dilahirkan di sebuah desa bernama Harus, Amuntai pada tanggal 1 September 1960M. Beliau anak yang ketiga dari tujuh bersaudara, dari sebuah keluarga yang taat beragama. Bonda beliau bernama Hajjah Rahmah binti Haji Muhammad Sobri adalah puteri dari seorang tokoh ulama besar di Kalimantan Selatan.

Berhijrah ke Tanah Suci Makkah

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan pengajiannya di madrasah Shaulathiah [sejarah penubuhan madrasah ini boleh didapati disini] sehingga tahun 1982. Selain itu beliau juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidiharam dan juga dirumah para masyaikh.

Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz (cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-‘Allamah Ismail Utsman Zain al-Yamani رحمه الله . Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuanguru beliau ke Madinah menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah صلى الله عليه وسلم.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak hairanlah kalau beliau mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut sahaja ulama’ yang ada di Mekah khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah Hasan al-Masyath yang digelar Syaikh-ul-Ulama’, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini menghafal kitab Minhajut Tholibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani dan masih banyak lagi. Kata pepatah arab “cakap sahaja tanpa perlu khuatir”. Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung sanad hingga kepada pengarang, masyaAllah betapa hebat dan beruntungnya umur beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990 .

MENABUR JASA & MENYANDANG GELAR AZHARUS TSANI

Setelah menamatkan pengajian di Universiti al-Azhar beliau menumpukan perhatiannya untuk mencurahkan ilmunya kepada ribuan para pelajar yang datang dari Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand yang menuntut di Universiti al Azhar sehingga beliau mendapat gelaran al Azharus Tsani (Azhar ke Dua) satu julukan yang terhormat dan tulus dari masyarakat universiti al Azhar sendiri.

Beliau mengadakan kelas pengajian yang diberi nama “Majlis Al-Banjari Littafaqquh Fiddin” semenjak tahun 1987 sehingga 1998 yang mana buat pertama kalinya diadakan di rumah pelajar Johor dan rumah pelajar Pulau Pinang, di dewan rumah Kedah dan di dewan rumah Kelantan dan juga di masjid Jamik al Path di Madinah Nasr. Di samping mengajar beliau juga menghasilkan kitab-kitab agama berbahasa Arab dalam pelbagai bidang yang banyak tersebar luas di Timur Tengah dan juga di negara Malaysia. Boleh dikatakan setiap para pelajar yang belajar di Al-Azhar Mesir semasa beliau berada di sana pernah menimba ilmu dari tokoh ulama’ muda ini. Dan memanglah semenjak dari awal keterlibatannya dalam dunia ta’lim beliau telahpun menazarkan diri beliau untuk terus menjadi khadim (orang yang berkhidmat) untuk penuntut ilmu agama. Semoga Allah Ta’ala mengurniakan kesihatan dan ke’afiaatan kepada beliau serta keluarganya dan memberikan kesempatan yang seluasnya untuk beliau terus mencurahkan ilmu dan terus menghasilkan karya ilmiah.

Ustazah Zawiah Hassan Sabtu ini - 5 Januari 2013


Uztazah Zawiah Hassan
Mursyidah rancangan Ustazah Pilihan Astro /
Mantan Penolong Pengarah Kanan JAKIM Bhg Keluarga Islam
Penceramah bebas / Pakar Motivasi Kekeluargaan Islam


Khas untuk semua muslimah yang tinggal di Pantai Ria serta kawasan berdekatan, anda dijemput untuk hadir dalam kuliah fekah bulanan Ustazah Zawiah khas untuk kaum wanita pada waktu berikut:-

Hari:         Sabtu
Tarikh:     5 Januari 2013
Masa:       2.30 petang
Tempat:   Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria

29 December 2012

Tebing Runtuh Di Puncak Setiawangsa

Kejadian tanah runtuh di Puncak  Setiawangsa mengejutkan penduduk2 dikawasan terbabit.  Ia berlaku lebihkurang jam 9 malam. Kawasan perumahan mewah ini sebahagiannya terpaksa dikosongkan sementara waktu kerana faktor keselamatan. Jalan keluar/masuk juga dilaporkan ditutup kerana keadaan amat merbahaya jika hujan.

Ini kejadian petama berlaku sejak mereka tinggal diperumahan elit ini pada  tahun 1987.


Keadaan dinding konkrit sebelum ia runtuh -  sudah ada tanda2 kesan lelehan air meresap ke dindingnya. Kelihatan bucu bumbung rumah banglo betul2 di tebing bukit........



Gambar terbaru - ia telah runtuh. Mujur tiada kemalangan jiwa.


Gambar dari sudut lain



Spesifikasi dinding ini tidak mengikut piawaian semasa . Menurut Datuk Bandar KL, ia dibina pada tahun 1987. Peraturan baru pembinaan dinding penahan cerun hanya berkuatkuasa 2 tahun lepas. Menimbulkan tandatanya kerana sepatutnya peraturan pembinaan yang lebih ketat telah dikuatkuasakan sejak dari tragedi Highland Tower lagi.



Rumah banglo yang sebahagiannya telah menyembah bumi. Gambaran menakutkan.
Manusia perlu berfikir semula jika ingin membina rumah di tempat yang berisiko tinggi seperti ini.


Keadaan runtuhan dari dekat. Perhatikan profail tanahnya yang halus dan peroi, memungkinkan lebih banyak runtuhan kan berlaku jika hujan lebat.


Rumah yang terlibat - hanya tinggal bahagian depan. Tuan rumah ini bernama Sheikh Maulana. Kebetulan beliau telah berpindah dan mengosongkan rumahnya 2 hari sebelum tanah runtuh terjadi kerana telah kelihatan tanda2 rekahan tanah dan perkara ini telah dilaporkan kepada DBKL. Begitulah kuasa Allah SWT, jika beliau mengkehendaki, maka ia akan terjadi. Dan bersyukur tuan rumah berkenaan telah diberi gerak hati oleh ALLAH untuk berpindah, jika tidak sudah tentu akan  berlaku sesuatu yang tidak diingini.



Bahagian belakang telah runtuh



Pandangan  dari rumah banglo yang terlibat - terletak betul2 dipuncak bukit terlibat

Rumah2 banglo yang terletak di Puncak Setiawangsa ini berharga RM5 juta sebuah manakala pemajunya ialah I&P Berhad.  Sebahagian besar telah berpindah kerana kedudukan rumah yang berhampiran dengan cerun yang runtuh. 



Tahniah Penerima Hadiah Pelajar Cemerlang Pantai Ria

Ceramah Motivasi Dr Aziz Sahat serta majlis anugerah pelajar cemerlang telah diadakan malam tadi di Surau Al Hijrah. Lebih 200 penduduk terdiri dari ibubapa serta pelajar2 telah hadir dalam program tersebut.

Majlis juga dimeriahkan dengan kedatangan Dato'  Ibrahim Thamby Chik, Pengerusi Majlis Permuafakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai yang mewakili Dato'  Raja Nong Chik serta Datuk Zulkifli Ismail, Pengerusi Masjid Khadijah. Terimakasih dari kami urusetia program kepada mereka berdua yang sudi hadir. Turut hadir ialah Sdr Ramlan Askolani dari pejabat Bahagian.

Majlis bermula dengan ceramah motivasi seterusnya penyampaian hadiah yang dilaksanakan oleh Dato' Ibrahim dan Datuk Zulkifli. Seramai 8 orang pelajar pada tahun ini menerima hadiah atas kecemerlangan masing2 iaitu 7 orang pelajar perempuan dan seorang saja lelaki.

Majlis berakhir dengan jamuan makan. Senarai hadiah seperti berikut:-

UPSR

Wangtunai RM100.00 +  Sijil

UPSRA

Wangtunai RM100.00 + RM50 Voucher buku + Sijil

PMR

Wangtunai RM150.00 + Sijil

Pelajar Terbaik

Tambahan Pen Parker sumbangan Pengerusi Surau

Dr Aziz bersama sebahagian urusetia program
 

Dari kiri, Zuhari, Kahar, Dr Aziz dan Jamil

Dari kiri, En Badrila, Dr Idris Musa, Dato' Ibrahim dan Hj Kairom

Penerima anugerah bersama ibu
 
Datuk Zulkifli menyampaikan hadiah




 

Nur Izzati Kamal, pelajar paling cemerlang  tahun ini dengan mendapat semua A dalam peperiksan UPSR dan UPSRA menerima hadiah dari Dato' Ibrahim. Beliau mendapat hadiah RM200.00 dari pihak surau, RM50.00    voucher buku sumbangan Sykt Metamorf, sijil anugerah serta jam parker dari Pengerusi Surau Al Hijrah. Tahniah kepada beliau.
 
 
Apa agaknya yang dibisikkan kepada Dato' Ibrahim ? Sebelah kiri sekali  ialah bapa Nur Izzaty iaitu En Kamal
 

Satu2nya pelajar lelaki yang tersenarai iaitu adik Aiman mendapat 5A UPSR bersama ayah dan ibu.
 


Dato' Ibrahim, mewakili Dato' Raja Nong Chik sedang menyampaikan amanatnya kepada para ibubapa serta anak-anak yang hadir.  Beliau  mengingatkan      kita semua betapa kerajaan telah membelanjakan wang yang banyak untuk membangunkan sistem pendidikan yang baik untuk semua orang.

Dr Aziz berjaya menarik perhatian semua yang hadir dengan ceramah motivasi beliau yang penuh dengan maklumat serta panduan kepada ibubapa dan pelajar tentang pemakanan yang baik serta bagaimana cara belajar yang betul. Ramai yang tidak puas dengan peruntukan masa yang terhad dan berharap Dr Aziz dalam kembali ke surau kami pada masa akan datang.
 



Dr Aziz Sahat - ceramah  menarik

Sebahagian hadirin tertarik dengan cara penyampaian Dr Aziz yang terselit lawak jenaka

28 December 2012

Larian Tahun Baru 2013


Rebat RM200 Telefon Pintar Mulai 1 Jan 2013

Belia Boleh Daftar Rebet Telefon Pintar 3G Mulai Selasa Depan - SKMM
        
KUALA LUMPUR: Belia yang berusia antara 21 dan 30 tahun boleh mula memohon rebet RM200 bagi pembelian telefon pintar 3G terpilih daripada pengedar berdaftar mulai Selasa depan.
Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) Datuk Mohamed Sharil Tarmizi berkata permohonan di bawah Pakej Komunikasi Belia itu boleh dibuat menerusi pendaftaran dalam talian di http://nbi.skmm.gov.my/.

Skim itu berasaskan siapa cepat dia dapat dan khas bagi 1.5 juta belia yang layak yang boleh mendapatkan telefon pintar itu selagi stok masih ada, katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.
Mohamed Sharil berkata belia yang layak menikmati rebet RM200 itu boleh membeli telefon pintar 3G terpilih berharga sehingga RM500 daripada pengedar terpilih dan ejen yang dilantik oleh penyedia perkhidmatan.

"Tujuannya ialah untuk memperluaskan insentif itu merangkumi belia daripada kalangan berpendapatan rendah yang masih belum menggunakan telefon pintar dan tidak mampu untuk menaik taraf telefon lama 2G mereka kepada telefon pintar 3G yang asas.
"Mereka yang mampu memiliki telefon berharga RM500 sebenarnya bukanlah kategori yang dihasratkan atau pasaran sasaran," katanya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan rebet RM200 sekali sahaja bagi pembelian telefon pintar 3G kepada 1.5 juta belia yang layak menerusi Pakej Komunikasi Belia ketika membentangkan Belanjawan 2013 pada September lepas dalam usaha memberi belia akses kepada gerbang maklumat.

Dengan rebet itu, mereka dijangka membayar tidak lebih daripada RM300 untuk memiliki sebuah telefon pintar 3G baharu, katanya sambil menolak dakwaan bahawa had harga RM500 adalah rendah memandangkan terdapat lebih 20 model telefon berjenama yang dilengkapi kemudahan 3G.

"Syarikat telekomunikasi yang mengambil bahagian dan operator rangkaian maya mudah alih akan menawarkan tidak lebih daripada lima dan mungkin sehingga 10 atau 12 model di bawah inisiatif itu menerusi kedai pengedar mereka.

"Oleh itu, belia seharusnya mencari logo 'Pakej Komunikasi Belia' yang akan dipaparkan pada kain rentang dan bunting di kedai itu atau mereka juga boleh menyemak laman web penyedia perkhidmatan bagi mendapatkan senarai telefon pintar dan kedai pengedar yang mengambil bahagian," katanya.

Kriteria Pemohon

1. Umur 21 hingga 3o tahun sahaja.
2. Gaji tak lebih RM3000 sebulan
3. Harga telefon tak lebih RM500 seunit
4. Boleh beli sekali sahaja
5. Beli dikedai yang berdaftar.
6. Untuk penguna jalur lebar sedia ada atau pengguna baru.

Contoh handphone dibawah harga RM500










 

Metamorf - Pasaraya Halal Anda di Pantai Dalam

 
wajarlah kita memberi sokongan kepada pasaraya yang mementingkan sesuatu barangan serta produk yang halal sahaja yang dijual kepada umat Islam seperti Metamorf. Tambahan pasaraya ini adalah pasaraya yang milik Bumiputera 100%.

26 December 2012

KWSP Benar Keluarkan RM3000 Tunai Haji

KWSP perkenal skim pengeluaran untuk biaya haji

KUALA LUMPUR 26 Dis. - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) hari ini memperkenalkan "Pengeluaran Haji" yang membolehkan ahli KWSP mengeluarkan simpanan mereka sehingga RM3,000 daripada Akaun 2 bagi membiayai kos ibadah haji berkuat kuasa 1 Januari ini.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Operasi KWSP Datuk Ibrahim Taib berkata permohonan mudah tanpa perlu mengisi borang itu boleh dibuat ahli berumur kurang 55 tahun dengan syarat mereka telah menerima surat tawaran menunaikan haji daripada Lembaga Tabung Haji (LTH).
"Bagaimanapun ahli diingatkan pengeluaran ini hanya boleh dibuat sekali seumur sehidup dan hanya layak bagi mereka yang tidak mempunyai simpanan yang cukup di LTH," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Untuk membuat permohonan pengeluaran haji itu, Ibrahim berkata ahli yang layak boleh berkunjung ke mana-mana cawangan KWSP dengan mengemukakan kad pengenalan, surat tawaran LTH dan buku akaun simpanan LTH yang telah dikemaskini.
"Ahli juga diingatkan agar mengemukakan permohonan haji selewat-lewatnya tiga hari bekerja sebelum tarikh akhir menjawab pengesahan menunaikan haji seperti ditetapkan LTH bagi memudahkan proses permohonan mereka," katanya.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, beliau berkata ahli yang berminat boleh mengunjungi laman web myEPF di di www.kwsp.gov.my atau menghubungi Pusat Panggilan KWSP di talian 03-89226000. - BERNAMA

 


24 December 2012

Tak Jadi Kiamat ?

Desas desus yang di war2kan oleh pihak barat tentang kemungkinan kiamat pada Jumaat, 21 Disember 2012 lalu nampaknya tidak menjadi kenyataan. Tiada apa-apa yang berlaku. Semua kehidupan berjalan seperti biasa.


Gambaran kiamat oleh filem Hollywood


Kita dan Suku Maya Hadapi 'Kiamat Lingkungan' (1)
Kalender Suku Maya yang meramal kiamat pada  21 Disember 2012

Mengikut Ustaz Adlin semasa kuliah maghrib tadi menerangkan tentang bahaya meramalkan tarikh tertentu sebagai hari kiamat. Jika ada umat Islam yang meramalkan hari tertentu sebagai hari kiamat, maka beliau boleh jatuh kufur dan terkeluar dari Islam.

Ini kerana tiada sesiapa yang tahu tentang kiamat kecuali Allah SWT. Bahkan Nabi Muhammad SAW sebagai kekasih Allah juga tidak mengetahui tentang tarikh sebenar kiamat.

Tetapi ada satu kiamat kecil yang pasti terjadi iaitu kematian. Ia pasti berlaku kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya. Setiap sehari semalam, malaikat maut mengintai kita selama 5 kali semata-mata untuk menunaikan arahan Allah jika diminta untuk mengambil nyawa seseorang yang dikehendakinya supaya tidak terlambat atau tercepat.

Sebagai orang Islam, kita perlu bersedia sentiasa untuk menghadapi sakaratul maut, tidak kira bila ia datang.

 Ada-ada saja cara mempersiapkan diri orang yang percaya kiamat bakal  terjadi pada 21 Disember 2012 lalu. Penduduk dari berbagai pelusuk  dunia bersiap-siap menghadapi kiamat dengan berbagai cara, termasuk membangun kapal hingga membuat bunker.
China

Seorang lelaki  telah menghabiskan tabungannya untuk membangun kapal seperti kapal yang pernah dipakai Nabi Nuh (konon2nya) . Kapal itu dibangun untuk menyelamatkan diri dari bencana yang mereka percaya dari ramalan Suku Maya.

Lu Zhenghai menghabiskan 1 juta yuan untuk membuat kapal dengan ukuran panjang 65 meter. Kapal tersebut akan memiliki berat hingga 80 ton.








Itali

Seorang pengacara di Itali memiliki sebuah bunker yang dibangun di bawah vila miliknya di Padova untuk melindungi dirinya dari  kiamat. Bunker itu berukuran 60 meter persegi yang mampu menahan gempa dan ledakan,


Bunker di Itali - ruang dalam


Rupa bunker dari luar

Dalam ruangan itu, terdapat generator yang dapat berfungsi  dengan minyak diesel dan panel solar matahari. Strukturnya berada tiga meter di bawah permukaan tanah, memiliki tempat tidur, kamar mandi, dan dapur. Stok makanan untuk pasangan dan anak-anak mereka dapat bertahan hingga enam bulan tanpa perlu keluar.


Bahtera Nabi Nuh Johan Huibers - Belanda



Johan berkata beliau membuat bahtera Nabi Nuh berdasar ukuran sebenar dalam kitab Bible.

Pria Ini Membangun Bahtera Nuh Ukuran Sebenarnya (© Bersiap Hadapi Kiamat?)


Bahtera 'Nabi Nuh" di China dalam pembinaan




Belanda

Di Belanda, seorang lelaki membina sebuah kapal istimewa untuk menghadapi kiamat seperti dibawah.

Hadapi 'Kiamat', Pria Belanda Siapkan Sekoci


Hadapi 'Kiamat', Pria Belanda Siapkan Sekoci

Hadapi 'Kiamat', Pria Belanda Siapkan Sekoci


Turki

Lain lagi persiapan yang dilakukan penduduk Turki. Orang-orang yang percaya kiamat pada 2012 datang ke Desa Sirince di Turki. Kota kecil itu dipercayai memiliki tenaga  positif yang mampu menyelematkan mereka dari  kiamat.


Jepun


Kosmo Power   - Kapal seperti bola tenis di Jepun untuk hadapi kiamat

Kapal ini berbentuk mirip bola tenis dalam ukuran  besar berwarna kuning menyala. Boleh  diisi hingga empat orang dewasa, dapat mengapung diair dan didakwa  tahan terhadap tsunami, gempa bumi bahkan taufan. Lubang dibahagian atas sebagai tempat bernafas serta tingkap   kaca di bahagian sisinya membuat penumpangnya nyaman dan merasa selesa untuk   mengetahui keadaan diluar.

Rumah Hadapi Kiamat



Lain-lain bahagian dunia

Ratusan orang dari seluruh dunia yang menyakini bahwa kiamat akan terjadi hari ini, Jumat (21/12/21012), berkumpul di empat lokasi yang dipercaya memiliki nilai magis.

Salah satu tempat yang didatangi adalah kota Merida, Meksiko, yang terletak satu setengah jam dari reruntuhan situs Maya, Chichen Itza. Tempat lain yang dikunjungi adalah Gunung Bugarach (Prancis), Kota Sirince (Turki) dan Gunung Rtani (Siberia, Rusia). Keempat tempat itu diyakini sebagai tempat berlindung untuk menghadapi hari akhir.

Perancis

Namun di Sirince, Prancis, jumlah orang yang bersiap menghadapi hari kiamat hampir sama  banyak dengan jumlah wartawan yang meliput aktiviti pengujung di Gunung Bugarach. Ratusan wartawan sejak pagi terus berkeliling di kota yang dihuni 570 oraang  itu.


Senarai Pelajar Cemerlang Pantai Ria

Berikut adalah pelajar2 PPR Pantai Ria yang setakat ini telah menghantar salinan slip peperiksaan kepada pihak kami. Jika ada yang belum menghantar, sila berbuat demikian dengan segera sebelum majlis anugerah pelajar cemerlang  pada hari Jumaat nanti. Atau jika anda telah hantar tetapi nama tiada disini, sila maklumkan setiausaha surau dengan segera.

UPSRA 2012

Nama                                       Keputusan                          No Rumah

1. Nur Ain Farhana bt Abdul Rahim  -  7A dan 2 Lulus Cemerlang      D-16-2
2. Nur Izzati binti Kamal   -                  7A dan 2 Lulus Cemerlang       C-5-1
3.Afiq Aiman bin Mohamad -               7A dan 2 Lulus cemerlang       A-2-19

UPSR 2012

1. Nur Izzati binti Kamal   -                   5A                                    C-5-1
2. Aiman Sorfina bt Munir Kasman      5A                                     B-16-7 

PMR 2012

1. Syarmin Amyza bt Ali    -                8A (5 cemerlang)                 B-3-20
2. Siti Aisyah bt Abd Aziz   -               8A (5 cemerlang)                C-10-12
3. Shamirah bt Abdul Wahab -            8A (5 cemerlang)                A-12-20
4. Nur Syuhada bt Shoib   -                 7A 1B (5 cemerlang)           C-6-8

23 December 2012

Tanggungjawab Ibubapa Beri Nama Anak Yang Baik

Islam tidak mewajibkan kepada keluarga Muslim untuk memberi nama anak baik lelaki mahupun perempuan dengan nama tertentu sama ada dalam bahasa Arab atau bukan bahasa Arab. Islam menyerahkan hal itu kepada keinginan keluarga tetapi dengan pertimbangan yang baik, sesuai syariat.

Antaranya, nama itu hendaklah nama yang baik supaya orang lain tidak memandang buruk dan apabila anak dewasa serta berakal, ia tidak merasa terhina dengan nama itu.

Justeru, hendaklah hindari daripada nama yang mempunyai maksud tidak baik, hina atau lambang kepada penjahat, penderhaka dan sebagainya. Nabi SAW biasanya mengubah nama yang buruk menjadi nama baik.

Orang yang bernama Qalil (sedikit) diubah dengan nama Kathir (banyak) dan orang bernama Ashiyah (wanita derhaka) diganti dengan Jamilah (wanita yang cantik).

Jangan menggunakan nama Abd (hamba) yang disandarkan kepada selain Allah seperti Abdul Ka’bah, Abdul Nabi, Abdul Husain dan sebagainya.
Hindari nama yang menunjukkan kesombongan dan menyanjung diri kerana Rasulullah SAW bersabda: “Sehina-hina nama di sisi Allah SWT pada hari kiamat ialah orang yang bernama Malikul Amlak (raja segala raja). Tidak ada raja (yang berkuasa) selain Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Begitu juga jangan menggunakan nama Allah daripada Asmaul Husna yang hanya khusus untuk Allah SWT seperti ar-Rahman, al-Muhaimin, al-Jabbar, al-Mutakabbir, al-Khaliq, al-Bari’. Nama lain yang tidak khusus untuk Allah boleh digunakan seperti Aziz, Halim, Rauf, Karim dengan syarat tidak memasukkan al (Alif Lam) seperti al-Aziz, al-Halim, ar-Rauf.

Islam sangat menggalakkan umatnya memberi nama dengan nama-nama nabi, orang soleh untuk mengabadikan kenangan kepada mereka dan menimbulkan kegemaran meneladaninya. Demikian juga digalakkan memberi nama Abd (hamba) yang disandarkan kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW: “Nama-nama yang paling disukai Allah ialah Abdullah dan Abdurrahman.” (Riwayat Muslim, Abu Daud dan lain-lain)

Islam tidak melarang menggunakan nama bukan Arab yang mempunyai erti yang baik menurut bahasanya. ramai orang Islam yang pada awalnya bukan Islam, masih tetap menggunakan nama asal mereka sama ada lelaki atau perempuan.

Contoh terdekat ialah Mariyah Qibthiyyah iaitu isteri Nabi SAW yang mempunyai anak bernama Ibrahim. Selain itu, jika kita perhatikan nama sahabat dan tabiin, nescaya kita dapati nama asalnya adalah nama tumbuhan seperti Thalhah, Salmah dan Hanzalah.

Atau nama benda-benda mati seperti Bahr (laut), Jabal (gunung) dan seumpamanya. Nama terdahulu yang patut diteladani seperti Ibrahim, Yusuf, Ismail, Maryam. Oleh itu, boleh saja menggunakan nama Arab atau bukan Arab bertepatan dengan tuntutan.
 
Dari Berita Harian

21 December 2012

Surau Di Guna untuk Majlis Perkahwinan Ahad Ini

Ingin kami maklumkan kepada semua jemaah bahawa surau serta kawasan sekitar akan digunakan oleh seorang ahli jemaah kita untuk mengadakan majlis walimatulurus anaknya pada hari Ahad, 23 Disember 2012.

Oleh itu, kami meminta kerjasama penduduk-penduduk untuk mengosongkan ruang parking di kiri dan kanan jalan yang berhadapan dengan surau supaya ia dapat digunakan oleh para tetamu majlis perkahwinan tersebut nanti.

Ini adalah kali pertama surau kita digunakan untuk majlis perkahwinan. Dan kami sangat mengalu-alukan jika ada antara penduduk yang mahu menggunakan kemudahan surau bagi majlis-majlis seperti perkahwinan, cukur jambul, akad nikah dan sebagainya.

Sumbangan untuk tabung surau bagi kegunaan seperti diatas  boleh dirundingkan dengan AJK surau yang berkenaan.

Terimakasih kepada semua.

20 December 2012

KELAS PENGAJIAN AKIDAH

PENCERAMAH:  USTAZ BAHARUDDIN

TARIKH:   21 DISEMBER 2012
MASA:       SELEPAS SOLAT MAGHRIB
HARI:         JUMAAT
TEMPAT:   SURAU ALHIJRAH


SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR

CERAMAH MOTIVASI IBUBAPA DAN PELAJAR

CERAMAH MOTIVASI IBUBAPA DAN PELAJAR
SERTA MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG UPSR/UPSRA DAN PMR 2012

HARI:              JUMAAT
TARIKH:       28  DISEMBER 2012
TEMPAT:      SURAU ALHIJRAH
MASA:           MULAI SOLAT MAGHRIB

ATURCARA PROGRAM:

7.10  MALAM     SOLAT MAGHRIB
7.30 MALAM     CERAMAH MOTIVASI OLEH DR AZIZ SAHAT
                             PAKAR MOTIVASI / PENCERAMAH TV
                             PENGURUS BESAR AKADEMI MINDA BESTARI

                           MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG

                           SOLAT ISYAK

                           JAMUAN RINGAN

SEMUA IBUBAPA DAN PELAJAR DIJEMPUT HADIR.

Biodata Dr Aziz Sahat - sila klik atasnya untuk besarkan
 

Dr Aziz Sahat - penceramah jemputan