28 April 2012

Penerima Anugerah Cemerlang SPM 2011


Penerima-penerima anugerah cemerlang SPM 2011 bersama tetamu VIP, Setiap seorang  menerima hadiah wang tunai RM250.00, hamper, sijil penghargaan, buku sumbangan PERKIM. Peserta paling cemerlang menerima hadiah tambahan sebatang pen berjenama.

27 April 2012

Majlis Kesyukuran Penggunaan Surau Baru


Semasa pembacaan yassin

Jemaah wanita

Jemaah wanita dibahagian luar surau

 Majlis Kesyukuran sempena bermulanya menggunakan surau baru telah diadakan pada hari Khamis, 26 April 2012 selepas solat maghrib. Serentak dengan itu juga diadakan majlis bacaan yassin / doa selamat, majlis penyampaian kem motivasi serta hadiah pelajar cemerlang SPM.

Senarai tetamu jemputan yang hadir
1. Dato' Raja Nong Chik - Menteri Wilayah Persekutuan
2. Dato' Hj Che Mat Che Ali - Pengarah JAWI
3. Dato' Hasbullah L Isa - Pen Setiausaha Agung Kehormat Perkim
4. Datuk Zulkifli Ismail - Pengerusi Masjid Khadijah
5. Dato' Ibrahim Thamby Chik
6. Tn Hj Musa Ranli - Pen Pengarah JAWI - Bhg Pembangunan

Terimakasih kepada semua yang hadir. Dianggarkan hampir 400 orang penduduk hadir sehingga sebahagian terpaksa solat diluar surau.





19 April 2012

Ustaz Azhar Idrus di Taman Medan Sabtu Depan !

Kepada peminat-peminat ceramah Ustaz Azhar Idrus bolehlah berkira-kira untuk menyerbu Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan (8 km saja dari Pantai Ria) yang akan mengadakan ceramah perdana pada :-

Hari: Sabtu
Tarikh: 28 April 2012
Jam: 8.00 malam
Tempat: Masjid Nurul Ehsan, Taman Medan, PJS

Kerana populariti Ustaz Azhar, dimana-mana beliau membuat ceramah, pasti ribuan jemaah yang akan hadir walaupun akan terjadi kesesakkan jalan yang teruk. Terdapat mereka yang fanatik terhadap ceramah ustaz, sanggup kemana-mana sahaja Ustaz berada.

Ini sesuatu yang agak jarang berlaku kepada seseorang pendakwah di Malaysia. Syabas kepada Ustaz Azhar Idrus, membawa suatu definasi baru di Malaysia tentang kepopularan ceramah agama.

Tips Kesihatan Menurut Islam

TIPS PENJAGAAN KESIHATAN MENURUT ISLAM
Tahukah anda mengamal minum secawan air teh "O" setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. Isyaallah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan. (memang terbukti keberkesanan). Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt :-

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.

Rasulullah SAW mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit.

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang
tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud makan darah akan mengalir keruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil dan boleh merosakkan usus kita.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah
menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis
alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

18 April 2012

KULIAH USTAZAH ZAWIAH HASAN

KELAS FEKAH USTAZAH ZAWIAH (MANTAN PENOLONG PENGARAH KANAN JAKIM DAN MURSYIDAH USTAZAH PILIHAN - ASTRO )) AKAN DIADAKAN PADA HARI:
HARI: SABTU
21 APRIL 2012
JAM: 11.15 PAGI
TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PANTAI RIA
SEMUA MUSLIMAH DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

17 April 2012

Hadiah Pelajar Cemerlang SPM 2011

Semua pelajar-pelajar berikut yang telah mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam peperiksaan SPM 2011, anda akan diraikan dalam satu majlis bersama-sama dengan penyerahan Sijil Kem Motivasi pada 26 April 2012, Khamis Jam 7.00 petang di surau Al Hijrah.

Anda mestilah hadir bersama-sama ibubapa anda. Hadiah akan disampaikan oleh Datuk Hasbullah L Isa, Pemangku Setiausaha Agung Perkim Kebangsaan.

1. NUR AQILA BT MD NOR SPM 9A2B RUMAH D-10-1
2. NUR AISYAH FAZIANTY BT JAMALUDIN SPM 8A1B RUMAH C-9-10
3. NURUL NADIAH BT JAMIL SPM 7A4B RUMAH C-5-2
4. SITI HAJAR BT AHMAD SPM 6A1B2C1D RUMAH B-1-3
5. NURSHAHIRAH ATHIRAH BT ROHMAN SPM 6A3B1C D-10-16
6. MAISARAH BT ZAHARI SPM 6A1B2C1D

Perhatian: Sdr Maisarah diharap dapat menghubungi s/u surau segera untuk memberi nombor rumah. Kepada mereka yang telah mendapat 6A keatas dan telah menghantar slip SPM kesurau tetapi nama tiada, sila hubungi s/u juga dengan segera.

Program COMBI Ahad Ini

Semua ketua tingkat / wakil tingkat yang telah dicalonkan oleh Ketua Blok anda sebagai peserta COMBI untuk tingkat anda, sila hadir pada tarikh berikut:-

Hari: Ahad
Tarikh: 22 April 2012
Masa: Jam 8.30 pagi
Tempat: Kawasan Berbumbung Surau Al Hijrah

Kami akan membekalkan anda dengan beg / vest / lampu suluh serta borang pemeriksaan aedes. Tugas anda mudah sahaja iaitu periksa setiap rumah ditingkat anda, samada terdapat sarang pembiakkan aedes atau tidak dan tandakan dalam borang yang disediakan. Borang yang telah diisi, sila kembalikan kepada pegawai DBKL yang akan memantau tugas anda pada hari berkenaan.

Sama-samalah kita semua bekerjasama demi untuk memusnahkan sarang aedes seterusnya mengelakkan denggi di tempat kita.

16 April 2012

Pemberian Sijil Kem Motivasi di Janda Baik serta Hadiah Pelajar Cemerlang SPM

Kami akan mengadakan majlis pemberian sijil Kem Motivasi Hala Tuju Pelajar yang telah diadakan baru-baru ini di Janda Baik, Pahang.

Semua peserta2 kem yang telah menyertai Kem tersebut serta ibubapa dijemput ke surau pada tarikh berikut:-

Tarikh: 26 April 2012
Hari: Khamis
Masa: Mula jam 7.00 petang hingga solat Isyak.
Tetamu Jemputan: Datuk Hasbullah L. Isa (Pemangku Setiausaha Agung Perkim Kebangsaan)

Aturcara

7.00 petang Berkumpul disurau
7.25 malam Solat Maghrib
8.00 malam Bacaan Doa Selamat
Ucapan Aluan Pengerusi Surau
Ucapan Ketua Fasilitator = En Fakhruddin
Ucapan Datuk Hasbullah L Isa
Penyampaian Sijil Penyertaan Kem Halatuju Pelajar- Janda Baik
Penyampaian Hadiah Pelajar Cemerlang SPM 2011
Solat Isyak
Jamuan Makan
Bersurai

Semua peserta yang telah mengikuti Kem tersebut dijemput hadir. Begitu juga para penerima hadian pelajar cemerlang SPM, perlu hadir bersama ibubapa masing-masing.
Semua jemaah dijemput hadir bersama-sama.

Bila Surau Baru Boleh Guna?

Bekalan air telahpun disambungkan pada minggu lepas.

Kami masih menunggu CF dari pihak berkuasa serta kebenaran dari pihak JAWI sebelum surau baru dapat digunakan.

10 April 2012

Surau Baru Menunggu Kelulusan dari JAWI






Untuk pengetahuan semua penduduk Islam Pantai Ria yang bertanya kenapa surau baru belum lagi digunakan, kami ingin memberitahu anda bahawa surau baru tersebut telahpun siap 100%, cuma menanti 3 perkara sebelum ia dapat mula digunakan untuk solat, iaitu
a) Bekalan air - belum masuk
b) Kelulusan dari JAWI
b) Kelulusan dari Menteri Wilayah Persekutuan
Kami dimaklumkan oleh pihak kontraktor bahawa bekalan air akan masuk minggu ini. Kelulusan dari JAWI dan Pejabat Menteri sedang diusahakan oleh AJK surau.
Harap anda semua dapat bersabar dan berdoa semoga surau baru akan dapat digunakan dalam masa terdekat.
Tarikh perasmian surau berkemungkinan besar akan dibuat pada bulan Mei ini.

06 April 2012

SENARAI PELAJAR CEMERLANG SETAKAT 6/4/2012


kEPUTUSAN SPM SDR AZALI DARI SMKA YAN, KEDAH YANG MENCATAT REKOD MALAYSIA DENGAN MENDAPAT 201A DAN 1 2A BEBERAPA TAHUN LEPAS

Result SPM kini ada A+, A dan A-

Setakat hari ini, inilah senarai pelajar2 cemerlang yang telah menghantar salinan slip SPM mereka kepada kami. Kami memanjangkan tempoh menghantar slip SPM sehingga 15 hb April ini.

1. NUR AQILA BT MD NOR SPM 9A2B RUMAH D-10-1
2. NUR AISYAH FAZIANTY BT JAMALUDIN SPM 8A1B RUMAH C-9-10
3. NURUL NADIAH BT JAMIL SPM 7A4B RUMAH C-5-2
4. SITI HAJAR BT AHMAD SPM 6A1B2C1D RUMAH B-1-3

Maklumat Terkini Denggi Pantai Ria ! Masih Serius!

Kementerian Kesihatan Malaysia,
Aras 12, Blok E7, Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan
Persekutuan,
62590 Putrajaya
Tel : 603-8883 2545
Faks : 603-8889 5542
E-mail : hasar@moh.gov.my

DARI
KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA
DIRECTOR GENERAL OF HEALTH MALAYSIA

SITUASI SEMASA DEMAM DENGGI DI MALAYSIA

Bagi Minggu 13/2012 (25 hingga 31 Mac 2012) Pada minggu ke -13 tahun 2012 iaitu bagi tempoh 25 hingga 31 Mac, sejumlah 466 kes demam Denggi dilaporkan berbanding 477 kes pada minggu sebelumnya (Lampiran A). Sebanyak empat (4) negeri menunjukkan peningkatan kes berbanding minggu sebelumnya iaitu Johor meningkat sebanyak 15 kes (63%), Melaka 9 kes (100%), P.Pinang 3 kes (23%) dan Sabah meningkat sebanyak 1 kes (0.2%). Pada tahun 2012, bermula dari 1 Januari hingga 2 April, sebanyak 6,607 kes dilaporkan, meningkat sebanyak 1,256 kes atau 24% berbanding 5,351 kes bagi tempoh yang sama tahun 2011. Pada tempoh yang sama juga, sebanyak 17 kematian akibat demam Denggi dilaporkan berbanding hanya 9 kematian pada tahun 2011.

Sejumlah 97 lokaliti daripada 18 daerah mengalami wabak pada minggu lepas berbanding 91 lokaliti pada minggu sebelumnya di mana 66% lokaliti wabak adalah di negeri Selangor manakala 23% lokaliti wabak adalah di WP Kuala Lumpur. Antara faktor yang menyebabkan lokaliti di sesuatu kawasan menjadi wabak adalah kerana masalah kebersihan yang menjadi punca pembiakan nyamuk Aedes membiak.

Untuk makluman, semburan kabus yang dijalankan hanya dapat membunuh nyamuk Aedes dewasa manakala jentik-jentik Aedes hanya dapat dimusnahkan dengan cara bergotong royong iaitu menghapuskan tempat pembiakan atau dengan memasukkan ubat pembunuh jentik-jentik (Abate) bagi takungan air yang berjumlah besar.

Terdapat satu (1) lokaliti hot spots pada minggu ke-13 iaitu di PPR Pantai Ria, zon Klang Lama, WP Kuala Lumpur dengan jumlah kes yang dilaporkan adalah 16 kes dan lima (5) daripadanya merupakan pelajar sekolah.

Sebanyak enam (6) aktiviti gotong royong telah dijalankan di lokaliti tersebut sepanjang tempoh wabak yang telah memasuki tempoh dua bulan, namun penyertaan masyarakat setempat dalam setiap siri gotong royong yang dianjurkan amatlah mendukacitakan apabila hanya 96 orang atau 8% daripada keseluruhan anggaran sasaran 1,200 orang penduduk yang sepatutnya hadir bagi aktiviti tersebut.

Daripada jumlah keseluruhan kes Denggi bermula Januari sehingga 31 Mac 2012, sebanyak 56% daripada kes yang dilaporkan merupakan golongan pekerja yang berusia di antara 20 hingga 49 tahun manakala 24% merupakan golongan pelajar berusia 8 hingga 17 tahun. Golongan ini keluar untuk bekerja atau belajar pada awal pagi (5 hingga 7 pagi) dan pulang lewat petang (5 hingga 7 petang) iaitu waktu nyamuk Aedes sedang aktif menggigit.

Oleh itu, golongan ini dinasihatkan supaya mengambil langkah-langkah pencegahan seperti memakai baju berlengan panjang dan memakai repelen bagi menghindari digigit nyamuk Aedes. Kementerian Kesihatan juga menyeru kepada semua masyarakat agar meluangkan masa bersama-sama dengan jiran tetangga untuk menjalankan aktiviti gotong royong bagi membersihkan kawasan persekitaran rumah masing-masing.

Jawatankuasa Penduduk juga perlu memastikan tempat-tempat tumpuan awam seperti taman permainan, surau, masjid serta balai raya bebas daripada pembiakan Aedes. Tindakan yang mudah ini dapat mencegah diri anda, ahli keluarga serta jiran tetangga dari risiko dijangkiti demam Denggi. Jiran sepakat membawa berkat, jauhi Denggi.

DATO’ SRI DR HASAN ABDUL RAHMAN Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia 2 April 2012

Gotong Royong Basmi Denggi

Gotong royong untuk membersihkan kawasan PPR Pantai Ria dari menjadi sarang nyamuk aedes telah dibuat pada 1 April 2012 yang lalau. Program dirasmikan oleh Dato Raja Nong Chik.

Hampir 150 orang penduduk hadir. Ia dimulakan dengan taklimat oleh Pegawai Jabatan Kesihatan DBKL, DR Umi tentang kitaran hidup aedes, bahaya denggi serta situasi terkini kes demam denggi di Pantai Ria.

Menurut Dr Umi, denggi telah bertapak di Pantai Ria sudah lebih 60 hari, satu rekod Malaysia tentang wabak denggi. Sejak itu, lebih 20 orang penduduk telah terkena demam denggi.


Di Blok B


Blok B


Blok A


Blok A


Blok A


Punca longkang tersumbat, batu2 kecil


Pembersihan sedang berjalan


Blok B





Blok B


Blok B


Masih Blok B




Dato Raja sedang berucap


Pengerusi Surau, Hj Kairom berucap
Penduduk yang mengambil berat masalah denggi
Doa selamat
Dr Umi dari Jabatan Kesihatan DBKL











Jamuan ringan

03 April 2012

Kesilapan Umat Islam Pada Hari Jumaat

oleh : Amru Alhaz Bin
Adnan

Hari Jumaat merupakan penghulu segala hari. Umat Islam disarankan supaya memperbanyakkan ibadah-ibadah sunat yang lain di samping memenuhi kewajiban menunaikan solat fardhu Jumaat. Pada hari Jumaat juga Umat Muhammad diharuskan untuk melakukan segala aktiviti termasuklah mencari rezeki yang dikurniakan oleh Allah.

Kebebasan ini tidak dikecapi oleh kaum Bani Israil terdahulu di mana syariat Nabi Musa melarang sama sekali kaumnya daripada mencari rezeki pada hari kebesaran mereka iaitu hari Sabtu sebaliknya mereka diperintahkan supaya memperuntukkan masa tersebut melaksanakan ibadah.
Berbeza dengan syariat Nabi Muhammad, Allah S.W.T memberi kebebasan dan ruang yang cukup luas kepada hambanya untuk mencari rezeki dengan apa cara sekalipun termasuklah berniaga dan berjual beli.

Namun begitu, terdapat beberapa keadaan dan waktu khusus yang dilarang oleh Allah S.W.T menjalankan sebarang bentuk perniagaan dan jual beli pada penghulu segala segala hari ini. Allah S.W.T berfirman di dalam surah al-Jum’ah ayat 9: Yang Bermaksud,
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila dikumandangkan seruan mengerjakan Solat Jumaat, maka bersegeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah S.W.T dan tinggalkanlah jual beli (pada saat itu) ; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu , jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya). Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing) dan carilah dari limpah kurnia Allah S.W.T, serta ingatlah akan Allah S.W.T banyak-banyak (dalam segala keadaan) supaya kamu berjaya ( di dunia dan di akhirat).


Ayat tadi jelas menunjukkan larangan Allah S.W.T terhadap Umat Islam yang melakukan urusan jual beli ketika mana azan Jumaat telah dikumandangkan. Larangan ini ditujukan kepada mereka yang ditaklifkan kefarduan Solat Jumaat sama ada peniaga lelaki dan pembeli lelaki yang kedua-duanya memenuhi syarat-syarat wajib Jumaat seperti sihat, baligh, berakal dan tidak bermusafir. Larangan ini membawa maksud haram urusan jual beli dijalankan ketika azan Jumaat telah dilaungkan.

Imam Ibn Kathir al-Syafie menyebut:
Ertinya : Para ulama bersepakat berkenaan pengharaman jualbeli selepas azan yang kedua. ( Tafsir Ibn Kathir, 4/367) Jika disoroti sejarah, berniaga dan berjual beli pada hari Jumaat juga dilakukan pada zaman baginda Rasulullah saw tetapi bezanya aktiviti jual beli itu itu ditangguhkan setelah berkumandangnya azan, atau dengan lebih tepat lagi ketika khatib sedang berkhutbah di mimbar. Hal ini tidak berlaku sama sekali di masjid-masjid di negara kita. Lihatlah bagaimana keghairahan si peniaga melariskan jualannya, si pembeli sibuk membeli belah sedangkan pada waktu tersebut khatib sedang berkhutbah.

Perlu diingat walaupun hukum jual beli tetap sah tetapi ia dilakukan dalam waktu yang diharamkan.
Perkara inilah yang menjadi punca ayat al-Quran di atas tadi diturunkan. Imam Ahmad, Bukhari, Muslim dan Tirmizi mengemukakan riwayat sebuah hadith daripada Jabir r.a katanya: Sewaktu Nabi Muhammad SAW sedang berkhutbah pada hari Jumaat, tiba-tiba datang satu rombongan perniagaan.

Lalu kebanyakan sahabat pergi kepada mereka sehingga yang tinggal bersama Nabi Muhammad SAW ketika itu hanya 12 orang sahaja.
Lalu Allah S.W.T menurunkan ayat yang bermaksud “ Malangnya apabila mereka Nampak perniagaan atau hiburan, mereka lantas menggapainya. Mereka meninggalkan engkau ( wahai Muhammad) bersendirian tegak berkhutbah. Istimewanya Solat Jumaat berbanding dengan solat lain ialah kerana terdapatnya khutbah. Justeru tidak sempurna solat Jumaat seseorang itu tanpa mendengar khutbah. Malahan menurut jumhur ulamak, khutbah merupakan antara syarat sah solat Jumaat.

Sa’id bin Jubair berpendapat bahawa khutbah menyamai 2 rakaat solat zuhur, seandainya khutbah ditinggalkan dan mengerjakan Solat Jumaat sahaja bererti kita telah meninggalkan dua rakaat solat Zuhur.
Realiti yang berlaku, ramai di kalangan jemaah tidak berminat untuk masuk ke dalam masjid mendengar apa yang ingin disampaikan oleh khatib, sebaliknya mereka rasa lebih selesa berada di luar masjid.

Lebih menyedihkan lagi ada yang sempat berbual-bual kosong ketika khatib sedang berkhutbah.
Sikap ini jelas mencerminkan sifat sombong kita kepada Allah S.W.T. Allah S.W.T memberi ganjaran yang besar kepada mereka yang sering berusaha datang awal ke Masjid pada hari Jumaat terutama sebelum khatib berkhutbah.

Dalam sepotong hadith Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Apabila tiba hari Jumaat, maka pada setiap pintu masjid terdapat malaikat yang mencatat orang-orang yang masuk mengikut urutan. Apabila imam / khatib telah duduk di atas mimbar, maka malaikat menutup buku catatan mereka dan datang untuk mendengar khutbah.”
Kesimpulannya, seluruh Umat Islam sama ada penjual, pembeli dan para jemaah lelaki hendaklah berlapang dada dan mengambil berat isu yang telah menjadi wabak yang perlu ditangani kerana ia melibatkan hukum haram dan tidak sahnya solat Jumaat seseorang.

Justeru beberapa pendekatan dicadangkan :
Pertama: Aktiviti jual beli hendaklah ditagguhkan sementara waktu ketika mana azan kedua berkumandang.
Kedua: Perniagaan boleh diteruskan dengan syarat urus niaga tersebut dijalankan antara penjual wanita dan pembeli wanita sahaja.
Ketiga: Para jemaah lelaki disarankan agar menangguhkan urusniaga di samping mengambil peluang masuk awal ke dalam masjid mendengar khutbah .

01 April 2012

Mencari Pelajar Cemerlang SPM 2011

Kepada pelajar cemerlang SPM 2011 yang mendapat sekurang2nya 6A adalah dipelawa untuk menghantar slip keputusan SPM anda ke surau dengan segera. kami akan memberikan hadiah menarik kepada anda pada satu majlis khas nanti.

Tarikh tutup ialah 7 April 2012.