31 July 2012

Zakat Fitrah Tahun Ini RM7.00

Anda boleh membayar zakat fitrah kepada amil yang dilantik oleh MAIWP iaitu Ustaz Mohammad, imam surau kita. Waktunya ialah selepas solat Zohor setiap haru mulai esok, Rabu, 1 Ogos 2012 di surau alhijrah. Bayaran tahun ini ialah RM7.00 seorang. Tunaikan kwajipan anda sebelum Aidilfitri menjelang. Segala amalan kita pada bulan puasa ini akan tergantung dan hanya naik menemui Allah selepas kita membayar fitrah.

Dato' Raja Nong Chik Berterawikh di Surau AlHijrah Malam Ini

Dimaklumkan bahawa Dato' Raja Nong Chik akan hadir ke surau alhijrah pada malam ini, Selasa, 31 Julai 2012 untuk bersolat terawikh. Muslimin dan muslimat dijemput untuk bersama-sama DRNC pada malam ini. InsyaALLAH.

30 July 2012

JADUAL TAZKIRAH RAMADHAN

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMIN DIJEMPUT MENDENGAR TAZKIRAH OLEH USTAZ2 JEMPUTAN SEMPENA BULAN RAMADHAN INI. TAZKIRAH DIBUAT SELEPAS 4 RAKAAT TARAWIKH.
HARI RAMADHAN NAMA USTAZ DARI
JUMAAT UST HAIRUDDIN HJ OTHMAN JAWI
SABTU 1 UST ABD FATAH MOHD YUSUF JAWI
AHAD 2 UST HELMEY YAHYA MAIWP
ISNIN 3 PROF DR NAZARI UM
SELASA 4 UST KHOIRUDIN  LUBIS GOMBAK
RABU 5 UST ADLIN SALLEH UNISEL
KHAMIS 6 UST MOHD HARIRI HJ DAUD JAKIM
JUMAAT 7 UST DR FAIZAL UM
SABTU 8 UST MOHAMMAD  IMAM SURAU
AHAD 9 UST HELMY YAHYA MAIWP
ISNIN 10 UST M TAIP PA
SELASA 11 UST KHOIRUDIN  LUBIS GOMBAK
RABU 12 UST NIK ISMAIL JUNOH JAKIM
KHAMIS 13 UST SHAHRIL IMAM MASJID KHADIJAH
JUMAAT 14 UST KALAM MAZAD ABD RAHMAN JAKIM
SABTU 15 UST FADULLAH  USIM
AHAD 16 UST HELMY YAHYA MAIWP
ISNIN 17 UST M TAIP PA
SELASA 18 UST KHOIRUDIN  LUBIS GOMBAK
RABU 19 UST AFENDI  CHE HARUN JAKIM BHG HALAL
KHAMIS 20 UST MOHD HARIRI HJ DAUD JAKIM
JUMAAT 21 UST NIK AZLAN JAKIM
SABTU 22 UST MOHD YUNUS USIM
AHAD 23 UST HELMEY YAHYA MAIWP
ISNIN 24 UST ADLIN SALLEH UNISEL
SELASA 25 UST KHOIRUDIN  LUBIS GOMBAK
RABU 26 UST HJ BAHARUDDIN
KHAMIS 27
JUMAAT 28
SABTU 29 MALAM RAYA
AHAD 1 SYAWAL HARI RAYA

29 July 2012

Bubur Lambuk Agong Jadi Tumpuan

Bubur Lambuk Agong Masjid Kg Baru, Kuala Lumpur menjadi tumpuan orang ramai untuk dijadikan juadah berbuka puasa. Ini terbukti dengan ramainya yang beratur panjang sematamata untuk merasai bubur lambuk Masjid Kg Baru. Untuk yang kurang sabar beratur lama, mereka boleh saja membeli bubur lambuk digerai sekitar masjid yang dijual dengan harga RM2 sebungkus.

Dimaklumkan, bahawa para peniaga yang berniaga bubur lambuk ini dahulunya adalah petugas2 yang memasak bubur ini di Masjid Kg Baru dan mereka menggunakan resepi yg sama. Tetapi mungkin kerana keberkatan bubur lambuk Masjid Kg Baru yang dimasak menggunakan wang sumbangan orang ramai, rasanya mungkin lebih lazat dan penuh keberkatan bila sama-sama dikongsiberamai-ramai. Disamping itu, usaha masjid ini memberi sedekah bubur lambuk sepanjang Ramadhan ini sangat dipuji. Sapa nak derma, silakan Sorang sebungkus saja tau

Tiada Bubur Lambuk Hari INI - ahad

Makluman kepada semua, tiada bubur lambuk pada hari ini, Ahad, 29 Julai dimasak di surau. Tukang masak berehat.

Tabung Rohingya RM1550.00

Terimakasih kepada semua jemaah yang sejak 3 malam yang lepas telah menghulurkan sumbangan kepada Tabung Iftar Ramadhan Rohingya surau kita. Pengiraan hasil derma mendapati sebanyak RM1550.00 telah berjaya dikumpul dari para jemaah yang hadir. Jumlah kutipan ini amat besar ertinya kepada saudara muslim kita di Myanmmar iaitu kaum Rohingya yang sedang menderita ditindas dinegara mereka sendiri. Wakil GPM atau Global Peace Mission atau NGO yang menganjurkan tabung ini akan hadir ke surau kita pada hari Selasa ini untuk menerima sumbangan tersebut.

Tazkirah Ustaz Helmy Malam INI

InsyaAllah, malam ini, Ahad, ialah giliran Ustaz Helmy Yahya, Pegawai Hal Ehwal Islam MAIWP untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan pada waktu pertengahan tarawikh nanti.

27 July 2012

Tazkirah Ustaz Mohd Hariri Mohd Daud

Beliau adalah Penolong Pengarah di JAKIM Putrajaya, masih muda, baru 28 tahun namun mempunyai kebolehan memberi tazkirah yang berjaya menarik minat para jemaah. Beliau juga mempunyai suara yang baik ketika memimpin solat Tarawikh malam tadi. Itulah kebolehan Ustaz Mohd Hariri, dari Bahagian Dakwah JAKIM yang dijemput untuk membuat tazkirah malam tadi. Pengisian tazkirah Ustaz Hariri banyak menyentuh tentang kelebihan puasa serta amalan yang patut dibuat semasa bulan iabadat ini. Beliau juga berpesan kepada umat Islam untuk sentiasa menambah ibadah sunat dibulan puasa ini seperti membaca AlQuran dan sebagainya. Allah SWT memberi fadilat 10 kali ganda bagi setiap huruf Alquran yang dibaca. Bayangkan nilainya jika kita membacanya setiap malam. Bagi kaum wanita, mereka paling mudah masuk syurga hanya dengan melakukan perkara iaitu 1. menjaga solat 2. menjaga puasa 3. taat kepada suami mereka boleh masuk kesyurga dari mana-mana pintu yang mereka suka

25 July 2012

TABUNG IFTAR RAMADHAN ROHINGYA

Kami akan mengadakan kutipan untuk tabung mangsa kekejaman kaum Rakhine di Myanmar mulai hari khamis semasa Tazkirah. Sumbangan akan disalurkan kepada GPM seperti maklumat diatas.

Bantulah Pelarian Rohingya

RAKHINE, MYANMAR, 20 Julai 2012 -- Pasukan Keselamatan Sempadan (Border Security Force - NaSaKa), tentera dan polis Myanmar telah melakukan proses pembersihan secara habis-habisan ke atas saki-baki masyarakat Rohingya di wilayah Rakhine (Arakan). Ratusan daripada mereka telah ditangkap, tidak dibenarkan sebarang komunikasi dan dikenakan pelbagai bentuk siksaan.

Seorang etnik Rakhine menganggap Rohingga adalah bangsa Benggali India dan merupakan musuh negara, agaknya itulah punca utama mereka bencikan kaun Rohingya

Seorang gadis Rohingya dengan solekan tradisional

Satu keluarga dalam sebuah bot menangis kerana dihalang oleh tentera dari memasuki perairan Bangladesh

Seorang etnik Rakhine memegang parang setelah selesai membakar rumah orang Rohingya

Pelarian Rohingya dihalang dari masuk ke Bangladesh

Dalam satu kenyataan media yang disiarkan pada 20 Julai 2012, Amnesty International menyebut bahawa keganasan masih berterusan di wilayah Rakhine walaupun pemerintah Myanmar mengenakan perintah darurat sejak 10 Jun lalu. Malahan penguatkuasaan perintah berkurung itu tidak dikenakan kepada masyarakat Rakhine yang lain.
"Mengenakan perintah darurat bukanlah menjadi suatu kebebasan untuk mencabul hak asasi manusia", kata Benjamin Zawacki, seorang penyelidik tentang Myanmar di Amnesty International. "Ia adalah menjadi kewajipan pasukan keselamatan untuk mempertahankan hak-hak semua pihak tanpa diskriminasi", jelas beliau lagi. Sebaliknya, penangkapan ke atas masyarakat Rohingya jelas dibuat secara diskrinimasi dan sewenang-wenangnya atas alasan agama, dengan melanggar semua hak mangsa-mangsa.
rohingya2-02Amnesty International turut menerima laporan yang kredibel tentang pencabulan hak ke atas masyarakat Islam Rohingya, termasuk penderaan fizikal, rogol, pemusnahan harta benda dan pembunuhan kejam yang dilakukan oleh masyarakat Buddha Arakan dan pasukan keselamatan Myanmar sendiri. "Pihak berkuasa sepatutnya menghentikan perbuatan ini dan menghalang orang lain daripada melakukannya", tegas kenyataan tersebut.
Pihak berkuasa Myanmar juga menghalang kemasukan pemerhati dan media bebas daripada memasuki wilayah berkenaan, menyebabkan percanggahan dalam angka-angka kematian, penangkapan mahupun kemusnahan harta. Agensi-agensi PBB menganggarkan sehingga 90,000 orang Rohingya kini menjadi mangsa.

Undang-undang 1982 Kewarganegaraan Myanmar tidak mengiktiraf Rohingya sebagai warganegara, sedangkan sejarah membuktikan mereka menjadi penduduk di wilayah Rakhine (ketika itu dikenali sebagai Arakan) lama sebelum dijajah oleh British. Pembunuhan beramai-ramai kali pertama ke atas masyarakat Rohingya telah berlaku pada tahun 1942 apabila penjajah British ditewaskan oleh pejuang pembebasan dan meninggalkan wilayah tersebut. Pemerintah Myanmar menggunakan sentimen agama bagi menghasut masyarakat Buddha membunuh dan menghalau Rohingya, sebagaimana yang pernah berlaku pada tahun 1942, 1962, 1978, 1988, 1994, 2000 dan yang terakhir awal Jun 2012. Sejak 1942 hingga sekarang beratus ribu Rohingya telah dibunuh dengan kejam.
"Di bawah undang-undang dan standard antarabangsa hak asasi manusia, tiada siapa yang boleh dibiarkan atau dikelaskan sebagai tidak mempunyai kerakyatan. Hak asasi manusia di Myanmar telah dicemari sekian lama akibat penafian berterusan kerakyatan bagi Rohingya dan pelbagai amalan diskriminasi terhadap mereka," kata Banjamin Zawacki.
Pondok pelarian Rohingya yang sangat daif

Surau alhijrah akan menjalankan kutipan tabung khas bagi  membantu saudara kita Rohingya pada malam ini

Tazkirah Prof Dr Nazari - Malam ke 4

Dalam tazkirahnya, Prof telah menggariskan beberapa peranan yag perlu dimainkan oleh umat Islam supaya mereka menjadi lebih kuat.

Setiap umat , samada beliau seorang pemandu, ketua atau menteri sekalipun, tetap mempunyai tugas disisi Allah untuk menjadi umat Islam yang bertakwa dan berakhlak mulia.

Semua umat Islam perlu menyedari tentang tugas masing2 untuk menegakkan agama Allah dan tidak menjadikan jawatan didunia ini sebagai halangan.

23 July 2012

Tazkirah Malam Ini - Prof Dr Nazri dari UM

Saudara semua dijemput untuk meramaikan solat sunat Tarawikh kerana kami berusaha mengadakan Tazkirah pada setiap malam. Kami telah menjemput Ustaz2 yang berkebolehan untuk mengadakan tazkirah Ramadhan . Aktiviti ini antara kelainan yang kami cuba bawakan pada bulan puasa tahun ini.

Malam ini ialah giliran Prof Dr Nazri dari UM untuk memberikan tazkirah beliau. Sama-samalah kita mengimarahkan surau.

MENCARI PESERTA TADARUS AL QURAN

Alhamdulillah, kita telah masuk hari ke 3 berpuasa. Begitu dengan dengan aktiviti surau sepanjang bulan Ramadhan ini.

Antara aktiviti yang sedang berlangsung ialah tadarus Al Quran. Setakat hari ini, terdapat 11 orang yang telah mendaftar sebagai peserta lelaki. Bagi perempuan pula, terdapat lebih 20 orang yang mendaftar.

Kepada jemaah yang berminat untuk menyertai tadarus AlQuran , silalah hadir bersama-sama kami pada malam ini, selepas solat sunat Tarawikh.

BUBUR LAMBUK ALHIJRAH

Sukacita kami maklumkan, kami menyediakan bubur lambuk pada setiap petang mulai hari semalam, Ahad. Bubur lambuk mula diagihkan kepada penduduk mulai jam 5.30 petang. Saudara di minta membawa bekas sendiri untuk mengisi bubur lambuk kerana kami tidak menyediakn plastik. Kita perlu mengurangkan penggunaan plastik demi untuk alam sekitar.

Untuk menampung kos membuat bubur lambuk yang dianggarkan hampir RM200.00 untuk satu periuk besar, kami memohon kepada tuan/puan yang ingin bersedekah, bolehlah menghulurkan sumbangan samada berupa  beras ataupun wangtunai. Sumbangan boleh dihulur kepada Bendahari surau, En Kahar Abdullah.

Bubur lambuk akan disediakan  setiap hari sehingga 15 Ramadhan ini.

 Bersedakah sambil merasa.

GILIRAN MORE SURAU ALHIJRAH

Berikut adalah jadual giliran more bagi setiap blok/tingkat/rumah PPR Pantai Ria. Jadual ini dibuat untuk memberi peluang kepada semua penduduk untuk menyumbang kuihmuih atau makanan ke surau mngikut giliran. Kami suba mengelakkan pembaziran serta untuk memudahkan pihak surau mengelolakannya. Kerjasama semua jemaah d perlukan supaya perjalanan more kita pada tahun ini berjalan lancar. Bersedekah di bulan puasa amat besar rahmatnya.

 
TARIKH HARI RAMADHAN BLOK TINGKAT 
JULAI  2012 TERLIBAT TERLIBAT
20 JUMAAT
21 SABTU 1 A 15,    16 ,    17
22 AHAD 2 B 15,    16 ,    17
23 ISNIN 3 C 15,    16 ,    17
24 SELASA 4 D 15,    16 ,    17
25 RABU 5 A 12,   13,    14
26 KHAMIS 6 B 12,   13,    14
27 JUMAAT 7 C 12,   13,    14
28 SABTU 8 D 12,   13,    14
29 AHAD 9 A 10,     11
30 ISNIN 10 B 10,     11
31 SELASA 11 C 10,     11
1     OGOS RABU 12 D 10,     11
2 KHAMIS 13 A 8,       9
3 JUMAAT 14 B 8,       9
4 SABTU 15 C 8,       9
5 AHAD 16 D 8,       9
6 ISNIN 17 A 6,      7
7 SELASA 18 B 6,      7
8 RABU 19 C 6,      7
9 KHAMIS 20 D 6,      7
10 JUMAAT 21 A 4,      5
11 SABTU 22 B 4 ,    5
12 AHAD 23 C 4 ,    5
13 ISNIN 24 D 4 ,    5
14 SELASA 25 A 1,     2,     3
15 RABU 26 B 1,     2,     3
16 KHAMIS 27 C 1,     2,     3
17 JUMAAT 28 D 1,     2,     3
18 SABTU 29 MALAM RAYA
19 AHAD 1 SYAWAL HARI RAYA

Tazkirah Malam ke 3 - Ustaz Helmey Yahya

Ustaz Helmey Yahya, yang memberi tazkirah Ramadhan pada malam ke 3 , memberikan beberapa  amalan yang patut dibuat oleh kita demi meningkatkan keimanan kepada Allah SWT.

Antaranya ialah solat tahajjud 2 rakaat yang boleh dibuat sebelum kita bersahur. Kemudian ditambah dengan solat taubat 2 rakaat serta ditutup dengan solat witir 1 rakaat.

Mengenai bersahur, makan ditengah malam tidak dikira sebagai bersahur. Tetapi bersahur dalam erti kata sebenar ialah lebihkurang 1 jam sebelum waktu  subuh. Untuk tempoh antara waktu imsak dan subuh, Ustaz Helmey menyatakan, mengikut sabda Nabi Muhammad SAW, perkiraan adalah seperti tempoh masa membaca 50 ayat AlQuran.

Terdapat kemuskilan dikalangan masyarakat tentang solat witir. Ada yang menganggap, jika kita sudah witir di surau, tidak boleh lagi berwitir di rumah. Ustaz Helmey menyatakan, tiada masalah untuk berwitir sekali lagi dirumah selepas kita melakukan solat2 sunat. Cuma  kita melakukan witir selepas solat sunat tarawikh ialah supaya kalaulah kita tidak terjaga untuk membuat solat tahajjud, kita telahpun membuat witir pada malam sebelumnya. Witir adalah penutup segala solat sunat dan rugilah bagi orang yang tidak melakukannya.

22 July 2012

Tazkirah Malam ke 2 Ramadhan

Ustaz jemputan malam ke 2, Ustaz Abd fatah Mohd Yusuf dari Bhg Penyelidikan Akidah, JAWI. Membawakan mesej pada malam ini bahawa:-

1) bulan puasa adalah bulan untuk mentarbiah diri
2) bulan untuk menghapus rasa riak
3) bulan untuk meningkat keimanan kepada Allah

Ustaz juga mengingat hadirin bahawa kita jangan mengharap orang surau untuk datang kerumah untuk tahlil contohnya, jika tuanrumah  sendiri tidak pernah mahu datang kesurau. Mereka sepatutnya menjaga hubungan dengan Allah, barulah Allah akan mempermudahkan hubungan mereka dengan manusia.

Amalan2 yang sangat dituntut semasa bulan Ramadhan
1) bersolat tarawikh
2) bersedekah
3) qiyamullail
4) membaca AlQuran

Paling senang ialah bersedekah. Tidak seperti solat, kita kena ambil air sembahyang dahulu, memakai pakaian yang bersih, kena hadap kiblat dan sebagainya. Tetapi fadilat sedekah pada bulan ramadhan amat besar ganjarannya. 

Ruang solat penuh, sebahagian menggunakan tikar dibahagian luar

Khemah Bagi Ruang Solat Tambahan

Surau kita agak kecil, hanya 250 orang dapat solat pada sesuatu masa. Terpaksa menambah 6 khemah untuk dijadikan ruang solat tambahan bagi 350 orang lagi jemaah. Alhamdulillah, berkat kerjasama dan gotong royong oleh jemaah, ruang solat tambahan dapat diselesaikan pada hari Jumaat lepas. Terimakasih kepada JAWI yang menyumbang papan plywood untuk dibuat lantai sementara. Terimakasih kepada penududk yang sudi membantu kami .




Malam Pertama Ramadhan

Hampir 600 jemaah hadir pada malam pertama Ramadhan di surau baru, Walapun kami telah menambah 6 khemah untuk menampung jemaah, namun tempat masih tidak mecukupi. InsyaAllah, pihak surau akan menambah 2 lagi khemah pada malam esok. Berharap supaya bilangan jemaah sentiasa ramai sehingga akhir Ramadhan nanti.
Tazkirah oleh Ustaz Hairuddin Osman dari JAWI

Tahun ini ada kelainan, kami adakan Tazkirah untuk mentarbiah diri oleh Ustaz jemputan pada setiap malam.

Jemaah lelaki









Jemaah wanita = walaupun didalam khemah dan kurang selesa, tapi keredhaan Allah yang kita minta