29 October 2012

Solat Hajat Untuk Pelajar SPM / STPM

Kami akan mengadakan 2 program serentak pada hari Khamis ini, 1 November 2012 bermula pada waktu maghrib.

1. Program Solat Hajat, Yassin dan Tahlil untuk pelajar2 yang akan ambil SPM dan STPM 2012.   Semua pelajar Pantai Ria yang berkenaan serta ibubapa dijemputlah datang ke surau khamis ini.

2. Pada malam yang sama, kami akan adakan Majlis Kesyukuran sempena selesainya program Ibadah Korban semalam yang berjalan lancar dari awal hingga akhir. Kami menjemput semua petugas korban muslimin dan muslimat untuk hadir ke surau.

InsyaAllah, pihak surau akan menyediakan juadah pada malam tersebut untuk dimakan bersama-sama. Semua jemaah turut dijemput hadir beramai-ramai.

27 October 2012

Kenapa Ibadah Korban Amat Di Tuntut Islam ?

DALIL PENSYARIATAN

Firman Allah S.W.T dalam surah Al-Kautsar ayat 2 : Maksudnya : "Maka kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata dan sembelihlah korban sebagai bersyukur".

Allah S.W.T.telah berfirman dalam Surah Al-Haj ayat 37 : Maksudnya: "Daging dan darah binatang korban atau hadiah tidak sekali-kali akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadaNya ialah amal yang ikhlas berdasarkan taqwa dari kamu".

Sabda Rasulullah S.A.W.: Maksudnya : "Aku diperintahkan dengan menyembelih korban itu dan ia adalah sunat ke atas kamu". (Hadis riwayat Tirmidzi)

FADHILAT IBADAH QURBAN

Fadhilat yang diperolehi daripada ibadah korban ini amat besar antaranya:

Menambah amal kebajikan.

Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya: "Korban itu bagi tuannya dengan setiap bulunya adalah kebajikan". (Hadis riwayat Tirmidzi, Ibnu Majah dan al-Hakim)

Sebagai penebus dosa Sabda Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam kepada Sayyidatina Fatimah:

Maksudnya: "Hai Fatimah,berdirilah di sisi korbanmu dan saksikanlah ia, sesungguhnya titisan darahnya yang pertama itu pengampunan bagimu atas dosa-dosamu yang telah lalu". (Hadis riwayat al-Bazzar dan Ibnu Hibban)

Mendapat tempat yang mulia di sisi Allah.

Sabda Rasullah Sallahahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya: "Wahai manusia, sembelihlah korban dengan mengharapkan pahala daripada Allah dengan darahnya, bahawa sesungguhnya darah korban itu jika ia tumpah ke bumi maka ia akan mengambil tempat yang mulia di sisi Allah Azza Wajalla." (Hadis riwayat Thabrani)

Rasullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda: Maksudnya : "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai oleh Allah Ta'ala daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih." (Hadith riwayat Tirmidzi)

Ancaman terhadap orang yang mampu melakukan qurban tetapi tidak melaksanakannya.

Daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu katanya, sabda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam: Maksudnya: "Barangsiapa yang ada kemampuan untuk berqurban tetapi tidak melakukannya, janganlah dia hadir bersama kami di tempat sembahyang kami".

26 October 2012

Solat Sunat Aidil Adha di PPR Pantai Ria

Hampir 600 jemaah selesai menunaikan solat sunat aidil adha di Surau Al Hijrah. Cuaca yang baik membolehkan ibadah dapat dibuat dengan sempurna. Solat dimulakan jam 8.30 pagi. Disusuli dengan khutbah Aidil Adha bertajuk Tetamu Illahi.

24 October 2012

Hujan dan Ribut Petir Pada Aidiladha - Jumaat

 
Hujan dan ribut petir dijangka berlaku di beberapa buah negeri semasa sambutan Aidiladha Jumaat ini, menurut Jabatan Meteorologi.

Jabatan itu dalam portal rasmi menyebut, Sarawak akan mengalami ribut petir di satu dua buah kawasan di sebelah pagi dan petang sementara malam dijangka hujan.

Sabah pula dijangka hujan di sebelah pagi dan mengalami ribut petir di satu dua buah tempat di sebelah petang.

Bagi Semenanjung, negeri-negeri seperti Terengganu, Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Pahang akan mengalami hujan pada sebelah pagi dan ribut petir di sebelah petang.

Cuaca di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan dan Kelantan dijangka baik pada sebelah pagi namun hujan di beberapa buah tempat sebelah petang.

Melaka dan Johor pula diramal mengalami ribut petir pada sebelah petang.

- Bernama

23 October 2012

PROGRAM IBADAH KORBAN DAN JAMUAN MESRA AIDILADHA

ATURCARA PROGRAM SEMPENA IBADAH KORBAN SERTA AIDILADHA 1433H


KHAMIS - 25 OKTOBER 2012
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
YAASIN / TAHLIL / TAKBIR


JUMAAT - 26 OKTOBER 2012  BERSAMAAN 10 ZULHIJJAH 1433H
TAKBIR    MULAI JAM 7.0 PAGI
SOLAT SUNAT AIDIL ADHA  JAM 8.00 PAGI
KHUTBAH / IMAM: USTAZ MOHAMAD HJ ADAM (PENASIHAT SURAU)

AHAD - 28 OKTOBER 2012
PROGRAM IBADAH KORBAN  MULAI JAM 8.00 PAGI

 
INSYAALLAH, 8 (LAPAN)  EKOR LEMBU AKAN DIKORBAN PADA TAHUN INI.

JAMUAN MESRA AIDILADHA - AHAD  28 OKTOBER 2012
JAM: 12.00 TENGAHARI
TEMPAT:  PERKARANGAN SURAU ALHIJRAH

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMIN SERTA KELUARGA DIJEMPUT HADIR.



UNTUK ANDA YANG INGIN MENJADI PETUGAS KORBAN, SILA DAFTARKAN NAMA DENGAN MANA-MANA AJK SURAU.  HANYA PETUGAS BERDAFTAR DIBENARKAN UNTUK MENGURUSKAN LEMBU KORBAN. SILA PERALATAN YANG SESUAI UNTUK MELAPAH/MEMOTONG DAGING.

TIADA KUPON UNTUK AGIHAN DAGING KORBAN. DAGING KORBAN AKAN DIAGIHKAN SEBUNGKUS UNTUK 1 RUMAH. SILA NANTIKAN PENGUMUMAN DARI SURAU BILA MASA PENGAGIHAN DAGING BERMULA. DAGING AKAN DIAGIHKAN HINGGA HABIS BERDASAR SIAPA CEPAT.

21 October 2012

Chua Soi Lek Hina Islam ?

Dalam ucapannya sempena Persidangan MCA hari ini, Chua Soi Lek dianggap telah menghina agama Islam apabila beliau memperlekehkan hukum Hudud . Beliau berkata negara Islam yang telah mengamalkan hukum Hudud dalam pemerintahan mereka adalah negara yang korup.

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata, lapan daripada 11 negara yang melaksanakan hudud dianggap sebagai antara negara paling korup, tidak stabil dan tidak selamat.

Sebagai umat Islam, kita patut bertegas dengan keadaan ini.  Umat Islam mesti menyuarakan bantahan terhadap perkataan menghina seperti itu. Kita umat Islam ada maruah, dan siapakah beliau untuk mempertikaikan hukum Allah ? Allah SWT lebih mengetahui apa yang diperintahkannya kepada kita.

Kita berharap Chua Soi Lek berhenti dari memperkatakan tentang hukum hudud jika beliau sendiri tak paham. Kerana mulut badan binasa ! 

20 October 2012

En Kahar Dibenarkan Balik ke Rumah

En Kahar telahpun agak sihat dan dibenarkan oleh Dr Hospital Pantai untuk pulang kerumah petang tadi. Alhamdulillah.

Beliau akan kembali ke hospital  minggu depan untuk pemeriksaan susulan.

En Kahar Masuk Wad

Setiausaha - Jamil Hj Omar

Bendahari Surau kita, En Kahar Abdullah telah dimasukkan ke Hospital Pantai, Jalan Bukit Pantai pada hari Kamis lepas kerana penyakit darah tinggi. Doktor sedang memantau penyakit beliau. Buat masa ini, beliau sudah sedar dan boleh bercakap seperti biasa. Beliau mungkin akan dipindah ke wad biasa selepas pemeriksaan selesai.

Kepada jemaah yang ingin melawat beliau, bolehlah datang we Wad C123, Blok D Hospital Pantai - Wad CCU  (Unit Rawatan Jantung).

Kami berdoa semoga En Kahar akan pulih seperti biasa, InsyaAllah.

17 October 2012

Kursus Pengurusan Jenazah



Sesiapa yang nak pergi ke program ini, sila beri nama dengan segera kepada ajk surau atau kepada setiausaha di talian 0126663361 Jamil untuk urusan pengangkutan.

Maklumat lain:

Terbuka kepada semua muslimin dan muslimat berumur 10 tahun ketas. Penyertaan adalah percuma.

14 October 2012

Pagar Surau Berjaya Dibaiki

Lebih 40 orang hadir bergotong royong memperbaiki pagar surau yang rosak sejak jam 8 pagi lagi.  Tanggungjawab memasak diserah pada kaum wanita. Semua kerja berjaya disiapkan jam 1 petang. Terimakasih kepada semua yang hadir membantu, cuma Allah SWT sahaja yang dapat membalas jasa anda semua. Kos keseluruhan membeli pagar baru, simen serta pasir  mencerah ratusan ringgit.












 




13 October 2012

Kerja Pembinaan Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 Sedang Giat Dijalankan

PEMBINAAN LOJI RAWATAN KUMBAHAN SERANTAU PANTAI 2, WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR

. Projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 ( Pantai 2 Sewage Treatment Plant :P2 STP) merupakan sebuah projek di bawah Rancangan Malaysia ke-10 bagi menaiktaraf kapasiti rawatan kumbahan di kawasan tadahan Pantai dari kapasiti sediada sebanyak 550,000 PE kepada 1.423 juta PE. Kawasan tadahan seluas 6,700 hektar ini meliputi Bandar Baru Sentul, Sentul Raya, sebahagian dari pusat komersial Bandaraya Kuala Lumpur, Bangsar, kawasan rekreasi Bukit Kiara, sebahagian Jalan Klang Lama dan Petaling Jaya dan lain-lain.

Projek yang berinovatif ini bertujuan bagi menariktaraf loji kolam pengudaraan (aerated lagoon) sediada kepada sebuah loji bermekanikal sepenuhnya mengaplikasikan teknologi Advanced A2O yang sebahagian besarnya akan dibina di bawah tanah manakala sistem rawatan enapcemar yang moden dan tertutup sepenuhnya akan dibina di bahagian atas tanah.

Dijangkakan teknologi rawatan ini akan dapat menghasilkan tahap efluen terawat Standard A sebagaimana dikehendaki oleh Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kumbahan) 2009). Disamping berupaya menghasilkan efluen berkualiti tinggi, loji ini juga mampu menghapuskan kandungan fosforus dan nitrogen di dalam efluen.

Teknologi Advanced A2O ini juga mempunyai beberapa kebaikan termasuk penggunaan tanah yang berskala kecil (small footprint) serta operasi yang stabil dan fleksibel. Saiz tapak seluas 16.8 hektar ini juga akan dibina tempat rekreasi dan sukan termasuk sebuah dewan komuniti di bahagian atasnya bagi kegunaan penduduk sekitar.

Kemudahan sukan yang akan disediakan adalah termasuk padang bola sepak, gelanggang tenis, bola keranjang, bola tampar dan 4 buah gelanggang futsal.

Pelbagai elemen teknologi hijau telah diserapkan ke dalam rekabentuk projek Loji Rawatan Kumbahan Pantai 2 ini dan di antaranya adalah penggunaan semula efluen terawat dan penjanaan tenaga elektrik melalui enjin biogas (biogas diperolehi melalui rawatan enapcemar).








 
kerja-kerja pembinaan sedang dibuat
 
proses "dewatering" di tapak loji
 
 

12 October 2012

Gelanggang Futsal di PPR Pantai Ria

Gelanggang futsal sedang disiapkan

 
DBKL sedang membina gelanggang Futsal di kawasan lapang Blok D - tidak jauh dari lokasi Surau baru. Hendaknya kemudahan futsal ini akan memberi faedah kepada remaja di sini untuk menggunakan kemudahan ini dengan sebaik2nya.  Semoga para remaja dapat mengisi masa lapang mereka dengan kegiatan sukan seperti futsal .

11 October 2012

Jom Bergotong Royong

Pagar surau kita banyak yang dah rosak dek kerana budak2 yang suka mengambil jalan pintas melalui kawasan surau. Ini menyebabkan anjing juga berkeliaran dalam kawasan surau.

Oleh itu, kami akan mengadakan gotong-royong pada:-

Ahad
14 Oktober 2012
Mulai jam 8.00 pagi

Semua muslimin dijemput hadir beramai-ramai untuk memperbaiki pagar surau serta lain-lain kerja yang berkaitan surau. Tenaga anda amat kami hargai. Sarapan pagi dan makanan tengahari akan disediakan ( nasi beriani serta daging kambing - sumbangan individu dermawan , terimakasih )

Wassalam.

10 October 2012

FAKTA MENGGERUNKAN TENTANG KENCING MANIS

Jika anda peminat air berkarbonat, minuman yang manis, kek, gula-gula, kuih yang manis-manis atau apa saja makanan yang manis, awas ! Peluang untuk mendapat penyakit kencing manis adalah cerah ! Tahniah untuk anda.....lihatlah statistik dibawah dan bersedia untuk berubah, kurangkan gula dalam makanan harian !

 
Ngeri
 
Ganggren akibat kencing manis
 
Berpunca dari penyakit kencing manis
 
Tapak kaki berlubang !
 
Pilihan terakhir, potong kaki !

Mengikut statistik yang di keluarkan oleh pihak kementerian , 1 daripada 7 rakyat Malaysia menghidap diabetes ataupun penyakit kencing manis. Rata-rata ianya di kaitkan dengan gaya hidup dan amalan hidup yang tidak sihat.

 
  • Berdasarkan Kajian Pengambilan Makanan di Kalangan Orang Dewasa Malaysia 2002/2003, pengambilan gula yang ditambah dalam minuman di kalangan orang dewasa ialah sebanyak 7 sudu teh sehari (51g) iaitu 4 sudu teh (21g) gula pasir dan 3 sudu teh (30g) susu pekat manis.

  •  
    Pada hari ini, bilangan penduduk Malaysia yang menghidap kencing manis telah meningkat kepada 1.7 juta daripada 310,800 orang pada tahun 1982. Bilangan itu meningkat lima kali ganda dalam tempoh 15 tahun. Penyakit ini paling banyak membabitkan kaum India(13%), diikuti kaum Melayu(10%) dan kaum Cina(8%).

    Dalam tempoh tersebut, mengambilan gula kita turut meningkat. Penduduk Malaysia merupakan pengguna gula yang tertinggi di Asia Tenggara. Pada tahun 1970-an setiap penduduk memakan kira-kira 86 gram (17 sudu teh) gula sehari. Kini, setiap seorang daripada kita memakan purata 120 gram (24 sudu teh)gula sehari bermakna 3.6kg gula sebulan.

     Peringkat - peringkat Perkembangan Kencing Manis yang Sungguh Menyedihkan!

    Peringkat Pertama: Darah Yang Pekat dan Gelap

    Kandungan gula dan toksik yang semakin meningkat di dalam darah akan menyebabkan sel-sel darah merah melekat bersama dan menjadi gelap dan lekit yang menghalang pengaliran darah yang lancar.

    Gout Thick Blood

    Peringkat Ke-2: Kerap Rasa Panas dan Dahaga

    Kepekatan gula yang semakin bertambah di dalam darah akan meningkatkan tekanan osmosis darah dan menyebabkan air 'diserap' keluar daripada sel-sel badan. Sel-sel yang menjadi semakin layu inilah yang menghantar signal dahaga kepada otak untuk meminta bekalan air.

    diabetis

    Peringkat Ke-3: Kerap Rasa Letih dan Mengantuk

    Darah yang telah menjadi pekat dan mengalir dengan perlahan tidak boleh mengangkut oksigen dan nutrien ke seluruh badan dengan efektif. Apabila otak anda tidak terima bekalan oksigen yang mencukupi, anda akan kerap rasa letih dan mengantuk. Kualiti tidur anda turut terganggu. Tidur 8 atau 9 jam satu hari (lebih daripada cukup), tetapi masih senang rasa letih dan ngantuk, khasnya pada waktu petang.
    Gout Tired Sleepy

    Peringkat Ke-4: Lemah Tenaga Batin atau Mati Pucuk. Persembahan Tidak Tahan Lama

    Tidak kira lelaki atau perempuan, masalah kencing manis akan mengganggu sistem hormon dan pengaliran darah badan anda dan boleh menjejas nafsu seks anda.
     

    Peringkat Ke-5: Tompok atau Bintik Mula Muncul Pada Kulit, Rasa Gatal atau Kebas-kebas

    Ini merupakan tanda sel-sel badan mula merosot akibat daripada kekurangan bekalan sumber tenaga, iaitu glukosa yang terapung di dalam saluran darah kerana tidak dapat masuk ke dalam sel. Kandungan gula yang terlalu pekat dalam darah akan menyebabkan kesesakan pengaliran darah yang akhirnya mengeras menjadi gumpalan yang muncul dalam bentuk tompok-tompok.
    diabetes 2

    Peringkat Ke-6: Bahagian Kulit, khasnya pada Kaki Mula Mati dan Menjadi Hitam dan Gelap.

    Pengerasan darah pada tompok-tompok tadi menyekat bekalan oksigen dan nutrien kepada sel-sel kulit. Sel-sel kulit akan mula mati dan keadaan akan bertambah semakin cepat.
    hiperglisemia

    Peringkat Ke-7: Gangrene Bernanah Mulu Muncul di Hujung Jari Kaki

    Jari-jari kaki merupakan bahagian yang paling jauh daripada jantung, darah yang sampai dekat sana sudah pun kehilangan daya tolakan. Tambahan lagi darah bergula yang pekat. Makanan dan oksigen tidak dapat sampai dan sisa toksik tidak dapat diangkut keluar, keadaan yang 'perfect' untuk pertumbuhan bakteria. Ini adalah kerana sel darah putih yang bertugas untuk bunuh bakteria tidak dapat sampai ke tempat dijangkit. Tentera bakteria boleh merebak dalam masa sangat singkat...
    daibetis

    Peringkat Ke-8: Jakitan Gangrene Merebak, Bakteria Sudah Makan Daging Sampai Tulang Terdedah!

    Jangkitan bakteria yang tidak terkawal, penyelesaian (sementara) adalah... Potong! Mula-mula potong tapak kaki dulu. Kalau jangkitan masih merebak naik, potong betis, kemudian paha...
    diabetes type 2

    Peringkat Ke-9: Penglihatan Menjadi Semakin Kabur

    Kapilari yang terdapat pada mata adalah yang paling halus, apabila pengaliran darah (yang pekat) terjejas. Sel-sel mata akan semakin merosot dan akhirnya menjadi katarak atau... Buta!
    mata kabur

    Peringkat Ke-10: Masalah Buah Pinggang, Pertumbuhan Batu Karang, Tekanan Darah Tinggi, dan lain-lain Penyakit Sekunder.

    Buah pinggang menjadi semaking lemah kerana beban yang semakin bertambah. Bukan sahaja ia perlu menanggung penapisan glukosa yang banyak, ia juga perlu berkerja keras untuk menyingkirkan sisa-sima kimia yang berasal daripada ubat-ubat yang anda makan itu.
    Gout Kidney Failed

    Peringkat Kesembilan: Peringkat Terakhir?

    Pergi ke hospital dan lihat dengan mata sendiri, bagaimana nyawa mangsa-mangsa kencing manis berakhir... Sungguh menyedihkan!
    Gout Game Over
    Pilihan ditangan kita, jika kita masih tidak sedar tentang bahaya gula berlebihan dalam badan, janganlah menyalahkan makanan jika kita adalah mangsa seterusnya! Manusia diberikan akal untuk berfikir dan membuat pilihan


    Membeli gula dikedai Zakaria
    Dengan senyuman towkey mengira
    Manisnya gula membawa sengsara
    Manisnya senyuman membawa bahagia
     

     

    Kuliah Ustaz Adlin Salleh Malam Ni

    Muslimin dan muslimat dijemput untuk hadir mengikuti pengajian Tafsir AlQuran oleh Ustaz Yassir Salleh, Pensyarah UNISEL, pada malam ini , selepas Solat Maghrib di surau Al Hijrah.

    Pada kuliah yang lepas, kupasan tentang surah Al Qadr.

    08 October 2012

    PMR Bermula

    481,424 calon akan menduduki PMR mulai esok

    KUALA LUMPUR 8 Okt. - Sebanyak 481,424 calon akan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang bermula esok sehingga 16 Okt ini di 3,560 pusat peperiksaan di seluruh negara.
    Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran hari ini, mereka melibatkan 448,436 calon sekolah kerajaan, bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, manakala 5,846 calon adalah dari sekolah di bawah agensi kerajaan seperti Maktab Rendah Sains Mara (MRSM).
    Seramai 10,051 calon lagi adalah dari sekolah menengah agama negeri, 13,728 calon sekolah swasta, 1,151 calon persendirian dan 2,212 calon sekolah menengah agama rakyat.

    Semoga semua pelajar PMR dari PPR Pantai Ria sudah bersedia untuk menghadapi exam ini dengan hati yang tenang setelah membuat persiapan sejak awal tahun ini. Kami mendoakan semoga anda semua berjaya dengan keputusan yang cemerlang. InysaAllah, bagi pelajar yang mendapat sekurang2nya 6A, pihak surau menyediakan hadiah khas untuk anda.

    07 October 2012

    Bisnes Pelaburan Emas Secara Islam - Panduan Majlis Fatwa





    Parameter Pelaburan Emas

    Keputusan:

    Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter Pelaburan Emas.

    Muzakarah telah membuat keputusan seperti berikut:

    Setelah mendengar taklimat dan penjelasan daripada Y. Bhg. Prof. Dr. Ashraf Md. Hashim dan Y. Bhg. Ustaz Lokmanulhakim bin Hussain daripada Akademi Penyelidikan Syariah Antarabangsa Dalam Kewangan Islam (ISRA), Muzakarah bersetuju menerima dan memperakukan Parameter Pelaburan Emas seperti berikut:

    Syarat Umum Jual Beli

      1. Transaksi jual beli emas mestilah memenuhi semua rukun jual beli yang digariskan oleh Syarak, iaitu pihak yang berakad, item pertukaran, dan sighah menurut ’uruf yang diamalkan. Jika sekiranya suatu transaksi tidak memenuhi salah satu rukun jual beli, transaksi tersebut dikira tidak sah.

    Pihak Yang Berakad
     
    2. Pihak yang berakad mestilah orang yang mempunyai kelayakan melakukan kontrak (Ahliyyah al-Ta’aqud) iaitu dengan memenuhi kriteria berikut:
    i. Baligh, berakal dan rasyid
    Jika sekiranya pihak yang berakad seorang yang gila atau kanak-kanak samada mumayyiz atau tidak mumayyiz, maka jual belinya adalah tidak sah. Akad oleh kanak-kanak yang mumayyiz adalah tidak sah kerana jual beli ini melibatkan barang yang tinggi nilainya.
      ii. Keredhaan Akad jual beli mestilah dimeterai oleh dua pihak yang saling reda-meredhai, tanpa ada unsur paksaan, tekanan dan eksploitasi. Harga Belian (al-Thaman)

      3. Harga belian (al-Thaman) hendaklah diketahui dengan jelas oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Barang Belian (al-Muthman)

    4. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang wujud, dan dimiliki sepenuhnya oleh pihak yang menjual ketika berlangsungnya kontrak jual beli. Oleh itu, jual beli suatu yang tidak wujud secara fizikalnya dan juga jual beli suatu yang tidak dimiliki oleh pihak yang menjualnya adalah tidak sah.

    5. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang boleh diserahkan kepada pembeli atau wakilnya. Jika barang belian tidak dapat diserahkan kepada pembeli, ataupun penjual mensyaratkan tidak menyerahnya kepada pembeli, maka akad tersebut tidak sah.

    6. Barang belian (al-Muthman) hendaklah suatu yang diketahui oleh kedua-dua pihak yang berakad ketika sesi jual beli. Ia boleh terlaksana melalui kaedah-kaedah di bawah: i. Melihat sendiri barangan yang hendak dibeli ketika akad jual beli, atau sebelum akad jual beli dalam tempoh yang tidak menjejaskan sifat-sifatnya. ii. Melihat sampel barangan yang hendak dijual beli. Ini biasanya berlaku semasa proses pemesanan sebelum akad dilaksanakan. iii. Menentukan sifat-sifat dan kadar barang belian secara terperinci yang secara urufnya tidak menimbulkan pertikaian. Dalam konteks emas, penentuannya adalah dengan mengenalpasti tahap ketulenan emas samada mengikut standard lama berasaskan karat (seperti emas 24 karat), atau standard baru berasaskan peratusan (seperti emas 999). Penentuan sifat juga mestilah mencakupi bentuk emas, samada dalam bentuk syiling, wafer, jongkong dan sebagainya. Timbangan emas secara tepat juga adalah suatu yang disyaratkan dalam penentuan sifat emas. Sighah
     
    7. Sighah dalam jual beli adalah suatu yang menunjukkan kepada keredhaan kedua-dua pihak untuk memetrai kontrak jual beli. Ia boleh berlaku samada melalui pertuturan, atau suatu yang boleh mengambil hukum pertuturan seperti tulisan dan seumpamanya. Manakala jual beli secara Mu’ataah (serah-hulur) juga adalah dikira sebagai sighah yang muktabar oleh sebahagian fuqaha’.

      8. Di dalam sighah jual beli tidak boleh dimasukkan unsur penempohan. Contohnya, seseorang mengatakan, ” Saya menjual barangan ini kepada kamu dengan harga RM100 untuk selama tempoh setahun”.
     
    9. Ijab dan qabul mestilah bersepadanan dan menepati antara satu sama lain dari sudut ciri-ciri dan kadarnya. Syarat Khusus Jual Beli Emas Yang Bercirikan Item Ribawi

      10. Oleh kerana emas dan wang adalah dua item ribawi yang mempunyai illah yang sama, maka syarat tambahan bagi transaksi pembelian atau penjualan emas mestilah memenuhi syarat berikut:
    i. Berlaku taqabudh (penyerahan) antara kedua-dua item yang terlibat dalam transaksi sebelum kedua-dua pihak bertransaksi berpisah daripada majlis akad.
    ii. Jual beli emas hendaklah dijalankan secara lani, dan tidak boleh berlaku sebarang penangguhan. Syarat-syarat tersebut adalah khas bagi emas yang bercirikan item ribawi, seperti emas jongkong dan syiling emas. Syarat ini tidak termasuk barang perhiasan emas kerana ia telah terkeluar daripada illah ribawi. Perincian taqabudh dan urusniaga lani adalah seperti berikut:

    Syarat Pertama: Taqabudh
     
    11. Taqabudh (penyerahan) hendaklah berlaku terhadap kedua-dua item jual beli iaitu harga dan juga barang belian (emas), dan ia hendaklah terlaksana sebelum kedua-dua pihak berpisah daripada majlis akad.

    12. Penyerahan harga boleh dilakukan melalui kaedah-kaedah berikut:

    a. Pembayaran secara tunai
     b. Pembayaran secara cek yang diperakui (seperti banker’s cheque)
    c. Pembayaran secara cek peribadi
     d. Pembayaran secara kad debit
    e. Pembayaran secara kad kredit
     f. Pemindahan wang daripada akaun simpanan atau semasa.

    Secara urufnya, kesemua bentuk bayaran di atas kecuali (c) adalah dianggap sebagai pembayaran tunai oleh penjual. Pembayaran melalui kad kredit masih lagi dianggap tunai kerana pihak penjual akan mendapatkan harga jualan secara penuh dari pihak yang mengeluarkan kad kredit tersebut. Hutang yang berlaku, jika ada, adalah di antara pemegang kad dengan pengeluar kad dan bukannya dengan penjual barangan. Status tunai ini masih lagi diterima secara urufnya oleh penjual walaupun pada hakikatnya pihak penjual akan menerima secara fizikal atau dimasukkan ke dalam akaunnya beberapa hari selepas transaksi berlaku.
     
    13. Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

    a. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada pembeli.
    b. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila masa tanpa ada halangan.

    14. Majlis akad di dalam transaksi jual beli boleh berlaku dengan pertemuan secara fizikal, ataupun secara maknawi. Contoh majlis akad secara maknawi ialah ijab dan qabul melalui telefon, sistem pesanan ringkas (sms), emel, faksimili dan lain-lain. Tetapi disyaratkan dalam semua bentuk majlis akad tersebut, hendaklah berlaku taqabudh ketika majlis akad, contohnya melalui penyerahan secara wakalah. Perlu diberi perhatian bahawa majlis akad secara bertulis akan hanya bermula apabila ianya diterima oleh pihak yang berkontrak. Contohnya, pembeli menandatangani akad jual beli dan kemudian menghantarnya melalui pos kepada penjual. Selepas tiga hari, akad tersebut sampai ke tangan penjual. Maka majlis akad bermula pada waktu tersebut, jika pihak penjual bersetuju, maka akad tersebut perlu disempurnakan oleh penjual dengan menandatanganinya, dan barang belian hendaklah diserahkan kepada pembeli secara hakiki atau hukmi. Syarat Kedua: Secara Lani

      15. Transaksi jual beli emas hendaklah berlaku secara lani dan tidak boleh dimasuki sebarang unsur penangguhan, samada dalam penyerahan harga atau dalam penyerahan emas.

    16. Penangguhan penyerahan harga yang tidak dibenarkan adalah meliputi pembelian secara hutang secara keseluruhannya atau pembelian secara bayaran ansuran

    . 17. Kelewatan penyerahan emas yang melebihi tempoh tiga hari selepas akad jual beli dimeterai adalah tidak dibenarkan sama sekali. Manakala bagi kelewatan penyerahan emas dalam tempoh kurang daripada tiga hari, Muzakarah mengambil maklum bahawa terdapat perbezaan pandangan ulama di dalam hal ini. Namun Muzakarah lebih cenderung untuk mengambil pakai pendapat yang tidak membenarkan berlakunya kelewatan walaupun tempohnya kurang daripada tiga hari. Dengan kata lain, penyerahan emas mestilah di lakukan di dalam majlis akad tanpa ada penangguhan. Ini adalah kerana di dalam urusniaga emas, kelewatan tiga hari bukanlah suatu uruf, berbeza dengan isu tukaran matawang asing. Di dalam pertukaran mata wang asing, tempoh T+2 diperlukan kerana ianya melalui proses tertentu yang melibatkan tempoh masa bekerja yang berbeza antara negara, perpindahan wang elektronik, clearing house dan lain-lain lagi. Proses-proses yang disebutkan ini tidak terdapat di dalam perniagaan jual beli emas fizikal. Maka adalah tidak tepat untuk membuat qiyas ke atas proses pertukaran matawang asing. Namun secara praktikal, pihak penjual akan menyerahkan emas selepas amaun bayaran yang dibuat melalui cek dan sebagainya dikreditkan ke dalam akaunnya. Proses ini biasanya akan mengambil masa tiga hari bekerja. Di dalam menangani tempoh antara penyerahan cek dan penerimaan emas, maka pihak penjual dan pembeli bolehlah mengambil pakai aturan berikut: Pihak pembeli akan hanya membuat pesanan (order) kepada penjual dengan dinyatakan jenis dan berat emas yang ingin dibelinya. Pesanan ini akan disertai dengan pengiriman wang ke akaun penjual. Pada tahap ini, perkara berikut perlu diberi perhatian: i. Pada peringkat ini, akad jual beli emas masih belum berlaku. ii. Wang yang berada di dalam akaun penjual masih lagi bukan milik penjual tersebut. Ianya masih milik pembeli dan disimpan sebagai amanah oleh penjual. Di dalam hal ini, adalah lebih baik jika satu akaun khas yang bersifat amanah (trust account) dibuka oleh penjual. iii. Emas masih lagi kekal menjadi milik penjual dan ia bertanggungjawab penuh ke atas emas milikannya itu. iv. Di dalam peringkat ini, pembeli masih boleh membatalkan pesanan yang dibuat dan penjual hendaklah memulangkan wang kepada pembeli.

     Namun, jika berlaku kerugian sebenar disebabkan pembatalan tersebut, bolehlah dibuat syarat bahawa ia perlu ditanggung oleh pembeli. Contohnya, pembeli membuat pesanan 100gm emas 999 dengan harga RM20,000. Ketika ini, pihak penjual telah menyimpan emas tersebut dan tidak menjualkannya kepada pihak lain yang telah bersedia untuk membelinya. Selepas tiga hari, apabila penjual bersedia untuk membuat akad jual beli dan seterusnya menyerahkan emas tersebut kepada pembeli, pembeli membatalkan pesanannya. Pada hari tersebut harga emas telah jatuh kepada RM19,000. Dengan kata lain, penjual akan kerugian RM1,000 jika menjualnya kepada pihak lain. Di dalam hal ini, kerugian sebenar adalah sebanyak RM1000. Apabila wang pesanan sudah diberi clearance oleh bank, maka akad jual beli perlu dilakukan. Wang di dalam trust account (jika ada) bolehlah dipindahkan ke akaun penjual dan emas hendaklah diserahkan kepada pembeli. Akad Dan Unsur Sampingan

      18. Penglibatan hibah dalam transaksi jual beli samada hibah dalam bentuk barangan ataupun wang tunai adalah dibenarkan jika mencukupi syarat-syarat hibah, dan tidak melibatkan unsur-unsur yang bercanggah dengan syarak. Perlu diberi perhatian bahawa hibah secara hakikatnya adalah akad sukarela dan ia bukanlah di dalam bentuk lazim. Dengan kata lain, jika janji hibah ini tidak ditunaikan oleh penjual, maka pembeli tidak boleh memaksanya memberi hibah tersebut.

    19. Penglibatan wadiah dalam pelan pelaburan emas hendaklah menepati hukum hakam wadiah, yang antara lain ialah pegangan wadiah adalah berasaskan kepada Yad Amanah.
     
    20. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya, termasuklah memberi pinjaman (qardh) kepada orang lain. Tetapi hendaklah memenuhi kriteria qardh yang dibenarkan syarak, yang antara lain tidak boleh membawa unsur faedah, tidak wujud unsur ”salaf wa bay” iaitu hutang yang diikat bersama dengan jual beli.

      21. Seseorang yang membeli emas bebas mengendalikan (tasarruf) emasnya termasuk menjadikannya sebagai pajakan untuk wang secara hutang, selagi konsep al-Rahn yang digunakan adalah bertepatan dengan hukum syarak. Namun secara teorinya, perkara ini seharusnya tidak digalakkan kerana secara tidak langsung ia menggalakkan aktiviti berhutang di dalam keadaan yang tidak perlu.
     
    22. Wa’d boleh dimasukkan dalam pelaburan emas, selagi mana ia adalah wa’d dari sebelah pihak dan bukannya muwa’adah dari kedua-dua belah pihak. Contoh aplikasi wa’d dalam konteks ini ialah membuat purchase order, iaitu pelanggan membuat perjanjian untuk membeli emas dengan harga tertentu. Perjanjian pembelian ini dinamakan ’kunci harga’. Sekiranya proses kunci harga adalah menyamai proses akad jual beli, ia tidak dibenarkan kerana akan berlaku penangguhan.

    23. Transaksi jual beli hendaklah bebas daripada unsur-unsur riba, perjudian, gharar yang berlebihan, dan kezaliman. Jika sekiranya terdapat unsur-unsur tersebut, transaksi jual beli adalah dikira tidak memenuhi kriteria syarak.

    Orang Cacat Pun Solat, Bagaimana Kita Yang Sihat ?

    BALASAN BAGI MANUSIA TIDAK MAHU MENGERJAKAN SOLAT

      Diriwayatkan bahwa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sa...habat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid dengan menangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, “Wahai orang muda kenapa kamu menangis?”

    Maka berkata orang muda itu, “Ya Rasulullah S.A.W, ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya.” Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya. Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.s. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, “Ya Rasulullah S.A.W, kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam.”

    Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi ke rumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah S.W.T, kemudian mayat itu pun bertukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut. Apabila mayat itu hendak dikebumikan, maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, “Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?”

    Berkata orang muda itu, “Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat.” Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, “Wahai para sahabatku, lihatlah keadaan orang yang meninggalkan sembahyang. Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam.”

    Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat.

    Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, “Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, menagapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah. Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat.”

    Lalu para sahabat bertanya, “Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?”. Berkata ular, “Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya : - Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah. - Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya. - Dia tidak mahu
    mendengar nasihat para ulama.

    Moga gambar2 dibawah sedikit sebanyak  memberi  keinsafan bagi kita yang sihat tubuh badan, solat bagi orang cacat anggota tentunya  lebih sukar dan penuh kepayahan.