07 November 2012

KULIAH BULANAN USTAZAH ZAWIAH HASSAN

Kuliah bulanan Ustazah Zawiah berkaitan fekah untuk muslimah akan diadakan kembali pada bulan November  ini. Semua muslimah dipelawa hadir beramai-ramai untuk mendengar kuliah beliau

Tarikh:  11 November  2012
Hari:      Ahad
Masa:    11.15 pagi
Tempat: Surau Al Hijrah


Biodata Penceramah

Ustazah Zawiah Hassan, Mantan Mursyidah Ustazah Pilihan ASTRO OasisBeliau adalah penceramah dan pendakwah bebas. Jawatan terakhir beliau adalah Penolong Pengarah Kanan Jakim Bahagian Keluarga Islam . Sebelum itu beliau ialah Ketua Penolong Pendaftar Nikah, Cerai & Rujuk (NCR) , Jabatan Agama Islam (JAWI), KL.  Sering dijemput menjadi panel Forum Perdana dan program “Semanis Kurma” (TV9). Seorang penulis buku bertajuk “501 Persoalan Fikah Wanita” dan “501 Persoalan Perkahwinan Dalam Islam” bersama Puan Rohayati Bakeri keluaran PTS. Menjadi salah seorang Mursyidah dalam program “Ustazah Pilihan” (Astro Oasis). Pernah menjadi kolumnis ruangan Keluarga, Mingguan Wanita untuk tempoh lebih kurang 2 tahun. Sekarang beliau menjadi penceramah bebas mengendalikan kelas-kelas mingguan muslimat terutama di Selangor dan Wilayah Persekutuan

1 comment:

  1. Salam Puan,
    maaf menganggu.

    Saya Nurul Anis Syahirah, pelajar Jabatan Al-Quran dan Al-Sunnah , Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia. Saya sedang melakukan kajian latihan ilmiah (Tesis) yang bertajuk : Penggunaan Hadith Amthal dalam ceramah di Media Sosial.

    Untuk pengetahuan Puan , saya akan menggunakan video ceramah ustazah zawiah yang saya temui di media sosial berkaitan hadith perumpamaan sebagai bahan dalam kajian saya.

    Video : Perumpamaan Dunia dan Sabar dalam ujian oleh Ustazah Zawiah.

    Oleh hal yang demikian, boleh saya dapatkan biografi Ustazah untuk saya muatkan di dalam kajian saya?

    Nama Penuh:
    Kelahiran:
    Latar belakang Pendidikan:
    Pakar dalam Bidang:
    Pekerjaan:

    Terima kasih atas keprihatinan dan kerjasama yang Puan berikan. Moga Allah memberkati kehidupan Puan.

    جزاكم الله خيرا

    ReplyDelete