11 March 2013

CARA PELAKSANAAN SOLAT ORANG SAKIT

Gambar hiasan - solat atas kerusi





solat berbaring
 
Sembahyang fardhu lima waktu sehari semalam wajib dikerjakan. Ganjaran dan fadhilatnya adalah amat besar sekali. Demikian juga sebaliknya, ,meninggalkan sembahyang itu akan dibalas dan dihukum dengan hukuman yang sangat berat.

Sembahyang itu adalah merupakan tiang agama. Sembahyang juga merupakan kepala bagi segala pendekatan diri kepada Allah Subhanahu wa Ta'ala dan awal permulaan bagi ketaatan hamba terhadap Tuhannya.

Banyak terdapat di dalam Al-Quran dan hadis Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam yang menyatakan hikmat dan kelebihan sembahyang lima waktu itu. Sepertimana juga banyak peringatan yang mengancam tentang sesiapa yang leka atau lalai mengejakan sembahyang, lebih-lebih lagi yang meninggalkannya.

Tempat destinasi akhir setiap mukmin, soalan pertama di tanya ialah  tentang solat
 
HIKMAH DAN KELEBIHAN SOLAT
 
Kelebihan dan hikmah mendirikan sembahyang itu di antaranya ialah :
  1. Dapat menghindarkan diri seseorang daripada melakukan kejahatan dan kemungkaran.
  2. Boleh menghapuskan dosa sebagaimana air menghilangkan kotoran.
  3. Sesiapa menjaga sembahyang lima waktu dengan sempurna thaharahnya dan menjaga waktu-waktu sembahyang, maka baginya cahaya dan kejayaan pada Hari Qiamat kelak. Tetapi jika sebaliknya nescaya berhimpunlah dia pada Hari Qiamat bersama-sama Qarun, Firaun, Haman dan Ubai Bin Khalaf.
  4. Sembahyang Subhanahu wa Ta'ala berjanji untuk memasukkan ke syurga terhadap hambaNya yang mengerjakan sembahyang lima waktu yang tidak melalaikan atau meringan-ringankannya.
  5.  
Sementara orang yang meninggalkannya pula adalah berdosa besar serta mendapat balasan dan hukuman yang sangat berat, sebagaimana firman Allah Subhanahu wa Ta'ala.
 
Tafsirnya : (Setelah melihat orang-orang yang bersalah itu, mereka berkata): "Apakah yang menyebabkan kamu masuk neraka sagar?" Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang."

KEHARUSAN CARA SOLAT ORANG SAKIT
  • Tidak Berdaya Untuk Berdiri
Berdiri dalam sembahyang fardhu itu adalah salah satu rukun sembahyang yang mesti dilakukan. Akan tetapi jika seorang mukallaf itu tidak berdaya untuk berdiri maka haruslah dia sembahyang duduk. Manakala yang tidak berdaya duduk dan berdiri maka haruslah dia sembahyang secara baring. Sebagaimana sabda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam:
 
Maksudnya : "Sembahyanglah dengan cara berdiri, jika engkau tidak berdaya maka dengan cara duduk, dan jika engkau tidak berdaya (dengan cara duduk) maka dengan cara berbaring (sembahyang merusuk)."
(Hadis riwayat Bukhari)
 
Apabila seseorang mukallaf itu tidak berdaya sembahyang berdiri disebabkan keuzuran yang bersangatan, seperti mengalami masyaqqah (kesukaran), takut menambahkan lagi kesakitan jika dia berdiri, takut tenggelam apabila berdiri di atas perahu, takut jatuh kerana pening kepala atau seumpamanya, maka haruslah dia sembahyang duduk, sebagaimana sabda Rasullullah Shallallahu 'alaihi wasallam di atas.
 
Orang sakit yang tidak berdaya sembahyang berdiri itu tidak perlu lagi mengulangi semula sembahyang tersebut sesudah hilang keuzuran dan masyaqqahnya selepas itu. Mengenai pahala bagi orang sakit itu tidaklah berkurangan, bahkan sama saja pahalanya jika dia sembahyang berdiri. Sebagaimana sabda Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam.
 
Maksudnya: "Apabila seseorang itu sakit atau musafir, maka ditulis baginya (pahala) sama seperti apa yang dikerjakannya sewaktu bermuqim dan semasa sihat."
(Hadis riwayat Bukhari)

No comments:

Post a Comment