13 March 2013

Rokok Elektronik - Antara Trend dan Risiko Kesihatan

Rokok-Elektronik
Rokok elektronik

Dianggap sebagai gaya baru prokok tegar, sebahagian mereka  menukar gaya merokok dari rokok biasa kepada rokok elektronik. Adakah ia kurang bahaya pada kesihatan?  Kos lebih murah ?
Difahamkan harga sebatang rokok elektronik adalah antara RM80 sehingga RM200 untuk pakej lengkap.

Bagaimana Rokok Elektronik Berfungsi

Rokok elektronik terdiri daripada tiga bahagian utama iaitu bateri, atomizer dan katrij nikotin. Apabila pengguna menyedut rokok elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya. Kemudian microprocessor akan menghidupkan atomizer yang akan mencampurkan nikotin cair dan udara. Hasilnya, penghisap rokok elektronik akan mendapat dos nikotin yang diperlukan.

Proses ini mengeluarkan wap yang seakan-akan sama dengan asap rokok biasa. Microprocessor juga akan menyalakan LED yg berwarna oren supaya menampakkan seperti rokok yang terbakar ketika dihisap.

Bahaya rokok elektronik kepada kesihatan manusia yang menyedut asapnya masih menjadi perdebatan pakar2 kesihatan.


Antara Perasa Rokok Elektronik  Di Pasaran

Perokok boleh memilih perasa yang diingini seperti :-

1. DUNHILL
2. STRAWBERRY hot
3. LAICI HOT
4. HONEYDEW HOT
5. RED BULL HOT
6. CHERRY HOT
7. ORRANGE
8. APPLE
9. BLUEBERRY HOt
10. PEPPERMINT
11. VANILLA HOT
12. COFFEE HOT
13. GRAPE HOt
14. MANGGO Hot
15. MENTHOL
16. PINEAPPLE
17. BUBLE GUM MINT
18. PEPSI
19. POP (PINEAPPLE+ORANGE+PEPPERMINT)
20. CHOCOLATE
21. MOCHA
22. ICE CREAM YAM (KELADI)
22. Mix berry
23. Tutti fruity


Nama pun hebat2, ada pula yang HOT !


Antara rokok elektronik yang ada di pasaran


Bahaya Rokok Elektronik

Di sebalik kecanggihan rokok elektronik ini, ada yang mendakwa bahawa rokok elektronik ini sebenarnya lebih bahaya daripada rokok asli. Ini berdasarkan kepada bahan-bahan yang membentuk proses pengewapan.

“Tidak ada negara yang setuju penggunaan rokok elektronik. China sebagai penemu awal rokok ini, iaitu tahun 2003, selanjutnya justru melarang kewujudan rokok ini sendiri kerana dianggap membahayakan kesihatan.”

Secara terperincinya, dikatakan bahawa dalam rokok elektronik terkandung jenis nikotin yang bervariasi, iaitu nikotin pelarut, propilen glikol, dietilen glikol, dan gliseren yang apabila dipanaskan akan menghasilkan nitrosamine. Dan larutan nitrosamine ini nantinya kan menjadi penyebab terjadinya kanser. Sehingga sekarang isu samada rokok elektronik berbahaya atau tidak kepada kesihatan masih lagi dibahaskan. Ada yang mendakwa berjaya berhenti merokok apabila menggunakan rokok eletronik ini, dan tidak kurang juga yang membuat dakwaan bahawa rokok elektronik ini adalah lebih bahaya daripada rokok asli.


Lanyard pemegang rokok elektronik - biasanya digantung kat bahu

Yang pasti, rokok elektronik ini tidak mengeluarkan 4000 jenis bahan beracun yang terkandung dalam rokok asli yang sudah pasti tidak menyebabkan orang lain yang berada di sekeliling perokok elektronik menerima kesan buruk yang sama.
"Pengguna harus tahu bahawa rokok elektronik yang terdapat cecair nikotin akan membawa padah kepada pengguna kerana ia hanya meningkatkan ketagihan merokok. Ia boleh menjadi suatu bencana,.....


Rokok Elektronik di Anggap E Cigarete Gajet Komputer

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) tidak mempunyai kuasa untuk menyekat kemasukan rokok elektronik, e-Cigarette kerana dikategorikan sebagai gajet komputer yang tidak memerlukan permit untuk dibawa masuk ke dalam negara.

Penolong Ketua Pengarah Kastam (Penguatkuasaan), Datuk Zainul Abidin Taib berkata, pengimport hanya perlu membuat ikrar sekiranya mahu membawa masuk rokok elektronik tersebut termasuk cecair rokok berkenaan.


Rokok Elektronik Salah Disisi Undang2

Penjualan rokok e-elektronik bukan sahaja salah di sisi undang-undang, malah pengguna produk itu turut terdedah kepada pelbagai penyakit kronik.
 
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, penjualan bahan dan produk itu adalah salah mengikut Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
 
“Mereka yang didapati bersalah menjual dan mengedar produk itu dan cecair nikoton untuk kegunaan rokok elektronik @ rokok elektrik boleh didenda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-dua sekali,” katanya. [Sumber : Bernama]


Peralatan lengkap rokok elektronik termasuk alat mengecas bateri serta bekas menyimpan
 

FAKTA:
  • Statistik terbaru mengenai ketagihan merokok di negara ini begitu menggerunkan apabila jumlah perokok meningkat kepada 4.7 juta orang tahun lalu berbanding 3.1 juta orang pada 2007.

  • Menurut kajian pakar elektrofisiologi kardiak di Institut Jantung Mazankowski, Universiti Alberta, Kanada, Roopinder Sandhu, wanita yang merokok walaupun sebatang sehari berisiko tinggi meninggal dunia secara tiba-tiba akibat serangan jantung dan masalah berkaitan jantung.

  • Kira-kira 40 jenis penyakit ada hubung kait dengan merokok, termasuk barah mulut dan paru-paru.

  • Rokok mengandungi 4,000 hingga 7,000 bahan kimia merbahaya.

  • Statistik di Malaysia menunjukkan setiap hari seramai 40 hingga 50 perokok baru mulai terjebak ke kancah itu.

  • Kementerian Kesihatan Malaysia merekodkan hampir 10,000 kematian setiap tahun dikaitkan dengan tabiat merokok.

  • Statistik Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menunjukkan terdapat 600,000 kematian setahun berlaku di seluruh dunia disebabkan pendedahan kepada asap rokok dan 64 peratus daripada angka terbabit ialah wanita.

  • Apa yang membimbangkan masyarakat ialah kerana kecanggihan rokok elektronik ini, yang tak perlu guna pemetik api , tiada habuk rokok serta tiada asap yang memualkan cuma wap wangi,  maka ia boleh menarik minat orang yang tak pernah merokok untuk mencuba dan seterusnya   menjadi tambahan statistik perokok tegar di negara kita........

     



    1 comment:

    1. bahan active yang digunakan untuk pemruapan sebenarnya adalah propylene glycol atau ada juga yg guna vegetable glycerol.. duanya sangat TIDAK toksik.. dulu pernah ada yang guna diethylene glycol tetapi telah digantikan dengan propylene glycol. walaupun gitu ethylene glycol lebih kurang bahaya jika dibanding dengan tar atau lain2 hydrokarbon berat yang ada dalam rokok. perasanya pula adalah food grade flavour biasa guna dalam kek, keropok dll.. nikotin ada juga tetapi dalam kuantiti yg sedikit... nk ikutkan produk NiQuitin yang bentuk pill tu pun ada nikotin jugak tetapi tidak di bandkan kenapa? last sekali nk banding kan bahaya rokok sebenar dengan elektronik.. kalau e-liquid cuma campuran tak lebih dari 5 campuran kimia. tetapi dalam tembakau ada lebih beratus2 kimia carcinogenic.. cuma yang bahaya tu nampak satu sudut jer.. bahay untuk ekonomi pengeluara2 rokok kat malaysia nk cukai kerajaan.. pikir2 lah.. oh saya seorang postgrade student dalam bidang kimia analisis.

      ReplyDelete