30 April 2013

Anda Kena Saman Trafik DBKL ?



Jika anda ingin semak samada kenderaan anda pernah kena saman trafik oleh Penguatkuasa DBKL, sila klik link dibawah.

Difahamkan sistem saman trafik DBKL telah dihubungkan dengan JPJ, bermakna anda mungkin tak dapat renew roadtax jika ada tunggakkan saman DBKL.

http://appsys.dbkl.gov.my/saman/index.asp

28 April 2013

Pesta Buku Antarabangsa di PWTC - Tak Pergi Rugi !

Pesta Buku Antarabangsa 2013 di PWTC yang sedang berlangsung kini mendapat sambutan yang sangat luarbiasa! Begitu ramai ulat-ulat buku dari seluruh Malaysia terutama dari lembah Klang mengunjungi pesta buku ini.

Penerbit2 buku yang mengambil bahagian memberikan diskaun menarik untuk buku2 tertentu. Kerana begitu ramai yang datang, laluan didalam dewan pameran di PWTC menjadi sangat sesak. Kepada anda yang belum berkesempatan datang ke pesta buku ini, silalah hadir bersama keluarga , setiap seorang dari anda mungkin akan menjumpai buku yang sesuai. Semua buku ada, dari novel, komik, ilmiah hingga buku2 untuk pelajar sekolah.

Pesta buku ini bermula 26 April 2013 dan akan berakhir pada 5 Mei 2013 (hari mengundi). Tahun lepas, hampir 1.8 juta orang hadir ke pameran yang sama. Dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam.

Tip untuk caj parking kereta, diHentian Putra akan di caj RM3 sejam pertama dan RM1.00 untuk setiap jam berikutnya.  Di PWTC, RM10.00 sekali masuk (bhg atas - luar Dewan PWTC) manakala dibahagian bawah PWTC caj parking mengikut jam.

Prof Dr  Muhaya mempromosikan buku terbarunya.

Model Masjid Nabawi di gerai pameran oleh wakil dari Arab Saudi

Model Masjidil Haram

Buku kamus Arab Melayu yang diterbitkan 100 tahun lalu, dipamerkan  di gerai Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITBM)

Robot menarik perhatian kanak2

Robot dari binaan lego

Booth PTS Media Group

Pengunjung mempunyai banyak pilihan

Bekas juruhebah popular RTM tahun 70an, Zainal Abas menulis buku kisah memoir dirinya sebagai DJ Radio.
 
Hadiah peraduan untuk pembeli buku di gerai ITBM, 2 tiket penerbangan ke London

Sifat Tamak Bawa Kehancuran



Sifat tamak iaitu ingin memiliki sesuatu tanpa batasan atau sikap haloba yang tak pernah rasa cukup dengan kekayaan boleh menjerumuskan manusia ke lembah kehancuran.

Sifat ini tidak terbatas dalam mencari harta dan juga untuk mendapatkan kuasa. Semuanya menjurus ke arah nafsu kebendaan. Peribahasa Melayu ada mengatakan; “Orang tamak selalu rugi”.

Dalam kehidupan dunia moden sifat tamak, haloba dan bakhil mempengaruhi gaya hidup yang hanya mementingkan kebendaan dan kekayaan. Sifat ini sewajarnya dijauhi dari menjadi penyakit dalam masyarakat yang boleh menjadi tabiat buruk.

Oleh itu, berhati-hatilah dalam usaha mencari harta kekayaan di dunia. Kes 8,000 pelabur emas yang menjadi mangsa syarikat urus niaga emas Genneva Malaysia Sdn Bhd dan juga pelbagai kes sebelum ini sewajarnya dijadikan pengajaran dan teladan.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; “Sekiranya anak Adam memiliki satu lembah daripada harta, nescaya ia mahu yang kedua dan sekiranya ia mempunyai dua lembah, nescaya ia mahu yang ketiga.

Tidak akan memenuhi perut anak Adam melainkan tanah dan ALLAH sentiasa menerima taubat orang yang bertaubat.” (Riwayat Ahmad).

Daripada hadis ini jelas membayangkan sifat tamak dalam kalangan manusia sejak dahulu hingga sekarang.

Sebagai contoh sifat tamak Karun yang memiliki banyak harta dan tak pernah rasa cukup iaitu, pada zaman nabi Musa a.s, dan kerana keangkuhan dan ketamakannya terbenam ke dalam tanah bersama harta bendanya.

Disebabkan sifat tamak ini sesuatu perolehan yang tidak mencukupi menyebabkan seseorang sanggup membuat kerja-kerja yang hina seperti mencuri, merompak, dan melakukan rasuah.
Sifat ini seharusnya dielakkan dalam kalangan umat Islam.

Sifat tamak ini lahir dari hati yang tidak pernah puas akan harta dan kekayaan yang diperoleh. Hati ialah raja dalam diri manusia. Hati juga tempat letaknya keyakinan seorang hamba terhadap Tuhan-Nya. Hati juga sasaran syaitan untuk menyesatkan dan menjadikan manusia tamak.

Hati yang baik sentiasa mencetuskan kedamaian dan ketenangan dalam diri, keluarga dan masyarakat. Imam Al-Ghazali berkata, “ Tujuan memperbaiki akhlak ialah untuk membersihkan hati supaya jernih bagaikan cermin yang dapat menerima cahaya ALLAH SWT.”

Jelaslah sifat tamak lawannya zuhud (tidak rakus kepada dunia). Dalam hal ini diceritakan seorang sahabat datang kepada Nabi SAW dan bertanya, “Ya, Rasulullah, tunjukkan kepada ku suatu amalan yang apabila aku amalkan nescaya aku akan dicintai ALLAH dan manusia, Rasulullah SAW menjawab, “Hiduplah di dunia dengan zuhud (bersahaja) soleh hidupnya tidak mementingkan keduniaan, maka kamu akan dicintai ALLAH, dan janganlah tamak terhadap apa yang ada di tangan manusia, nescaya kamu akan disenangi manusia.” (Riwayat Ibn Majah).

Cara hidup yang sederhana dan zuhud akan mewujudkan sifat pemurah, ikhlas, syukur, dan tawaduk dalam hati seseorang. Sifat-sifat ini adalah akhlak mulia dan adab seharian sebagai penghias peribadi Muslim.

Hiduplah di dunia dengan zuhud iaitu tidak rakus kepada dunia seperti firman ALLAH SWT yang bermaksud: “Dan buatkan lah untuk mereka (manusia) perumpamaan kehidupan dunia ini, ibarat air (hujan) yang Kami turunkan dari langit, sehingga menyuburkan tumbuh-tumbuhan di bumi, kemudian (tumbuh-tumbuhan) itu menjadi kering yang diterbangkan oleh angin.

Dan ALLAH Maha Kuasa atas segala sesuatu. Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amal kebajikan yang terus-menerus adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhan mu serta lebih untuk menjadi harapan.”

Tulisan:  Dr Aminudin Mansor

26 April 2013

Karnival Semarak Syariah di Masjid Negara

Masjid Negara KL
 
 
Karnival Semarak Syariah yang dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kesedaran masyarakat islam terhadap kesalahan jenayah syariah. Program Karnival Semarak Syariah ini di jangka dapat mengharmonikan kekaburan di kalangan masyarakat seterusnya dapat menambahkan maklumat berkaitan akta tersebut kepada mereka.
Program Karnival Semarak Syariah akan diadakan bertempat di Perkarangan Masjid Negara, Kuala Lumpur pada 26 - 28 April 2013 (Jumaat hingga Ahad). Karnival ini mendapat kerjasama strategik daripada Kosmo!, DagangHalal.com dan lain-lain agensi kerajaan.
 
Objektif

Objektif Karnival Semarak Syariah 2013 adalah seperti berikut:
  1. Membantu jabatan, agensi tempatan memperkasakan sifar jenayah syariah islam.

  2. Membina perasaan kebersamaan dalam membenteraskan maksiat di kalangan jabatan, agensi dan masyarakat.

  3. Memberi kesedaran kepada masyarakat betapa kejinya melakukan jenayah syariah di dalam islam.

  4. Memberi kefahaman tentang kepentingan peranan masyarakat untuk menghindarkan diri dari melakukan jenayah syariah.

  5. Menyediakan program-program berteraskan nilai dan penghayatan islam kepda para pelawat yang berkunjung ke Kuala Lumpur.

  6. Memberi ruang kepada pihak agensi kerajaan dan swasta bertemu masyarakat melalui aktiviti-aktiviti pameran, penerangan dan penyiaran yang dijalankan di tapak Karnival Semarak Syariah.

Pengisian

Karnival Semarak Syariah mengandungi 6 aktiviti induk iaitu:

  1. Majlis Perasmian
  2. Majlis Pelepasan Larian Cegah Jenayah Syariah
  3. Program Pameran dan Jualan
  4. Program Penyiaran/Forum Perdana Ehwal Islam
  5. Program Keilmuan
  6. Program Komuniti
Klik link ini untuk maklumat lanjut
 
Hadirlah beramai-ramai

Pesta Buku Antarabangsa 2013 Bermula



Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur adalah acara pesta buku tahunan yang terbesar dan penting di negara ini. Ia melibatkan bukan sahaja dari penerbit-penerbit tempatan, malahan juga penerbit-penerbit dari negara-negara ASEAN dan antarabangsa .


Majlis Buku Kebangsaan Malaysia (MBKM), Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama enam (6 ) Persatuan Industri Buku di Negara ini akan menganjurkan Pameran Buku Antarabangsa ke 32, dengan tema "Dunia Tanpa Sempadan". Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 ini berlangsung seperti berikut:


 
Tarikh : 26hb April 2013 hingga 5 Mei 2013
Tempat : Dewan Tun Hussein On, Dewan Tun Dr Ismail, Dewan Tun Razak 3, 4 dan Legar Putra Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Masa : 10.00 pagi 9.00 malam
 

Upacara pembukaan Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur ke 31 ini akan diadakan pada 27 April 2013 pada jam 3.00 petang di Pentas Utama, Legar Putra, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur.
Kemasukan adalah percuma. Orang ramai adalah dijemput hadir.
 

24 April 2013

Siapakah Pemimpin Amanah ?

Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi


 
FIRMAN Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.” (Surah al-Nisa’, ayat 58).

Amanah adalah sifat terpuji yang dianjurkan Islam kepada setiap Muslim sebagai garisan pemisah kepada keimanan dan keagamaan individu.
Ini ditegaskan sendiri oleh Rasulullah dalam satu hadis yang bermaksud: “Tiada iman bagi yang tidak memegang amanah dan tiada agama bagi orang yang tidak dapat dipegang janjinya.” (Hadis riwayat Ahmad dan Dailami).

Jelas diterangkan dalam hadis orang yang tidak menghiasi dirinya dengan sifat amanah atau tidak dipercayai ramai dalam memegang sesuatu amanah serta melakukan khianat kepada umat manusia bererti dia bukanlah orang yang benar-benar beriman kepada Allah.

Ibnu Kathir menjelaskan, sebab turunnya ayat ini ketika Rasulullah SAW meminta kunci Kaabah daripada Uthman bin Talahah bin Abu Talhah sewaktu penaklukan Makkah, kemudian menyerahkannya kembali kepada Uthman yang juga dari keturunan Abdil Dar yang mewarisi amanah kunci Kaabah setelah sekian lamanya sehingga ke hari ini.

Sifat amanah mengungkap pengertian yang sangat luas dan mendalam. Ia bukan sekadar membawa erti bersikap jujur dalam urusan kehidupan, malah merangkumi setiap tanggungjawab yang perlu ditunai membabitkan pemimpin, rakyat, ibu bapa, anak dan individu Muslim.

Islam telah menyerahkan amanah dan tanggungjawabnya kepada setiap individu terhadap Allah, malah setiap manusia dilahirkan sebagai seorang pemimpin seperti mana dijelaskan Rasulullah: “Setiap orang daripada kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat yang dipimpinnya. Seorang lelaki adalah pelindung kepada ahli keluarganya dan bertanggungjawab terhadap tanggungannya.
 
Seorang perempuan di rumah suaminya adalah penjaga dan bertanggungjawab terhadap jagaannya, begitu juga seorang khadam sebagai penjaga amanah harta tuannya dan bertanggungjawab terhadap jagaan di bawahnya.” (Hadis riwayat Bukhari).
Rasulullah ketika remaja seorang pemuda yang amanah sehingga digelar ‘al-Amin.’ Begitu juga nabi Musa ketika baginda membantu dua orang gadis memberi minum binatang ternakan mereka.

Pengajaran yang terselit daripada kisah ini ialah utusan Allah dipilih dari kalangan semulia-mulia manusia dari segi kemuliaan peribadinya, keturunannya dan tabiatnya. Inilah hakikat sifat amanah yang dianjurkan oleh Islam kepada umatnya.

Begitu juga contoh teladan ditunjukkan Saidina Umar al-Khattab, khalifah yang sangat terkenal dengan kejujuran dan kehebatannya dalam kepemimpinan. Corak kehidupan Saidina Umar amat sederhana sehingga utusan khas dari Syam sukar untuk mengenali beliau.

Hal ini kerana utusan dari Syam itu mendapati Saidina Umar tidur di bawah pohon beralaskan tanah tanpa sebarang pengawasan tentera, apatah lagi jauh daripada warna-warni kemewahan dan juga tidak terserlah darinya lambang kebesaran sebagai raja atau pemimpin dunia.

Dalam hal ini, pemimpin sewajarnya bersifat amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab diamanahkan rakyat kepada mereka. Pemimpin dilarang mengamalkan perasaan pilih kasih kerana ia termasuk dalam erti perbuatan khianat yang terlarang.

Petikan tulisan  Timbalan Dekan (Akademik dan Hal Ehwal Pelajar) Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin

22 April 2013

Surau Al Hijrah Diiktiraf Surau Terbaik Seluruh Wilayah Persekutuan KL

Sijil Surau Terbaik
 
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidin Yassin hari ini menyampaikan anugerah surau terbaik kepada Surau Al Hijrah PPR Pantai Ria bagi kategori surau biasa. Antara kriteria anugerah yang diambil kira ialah:-
 
1.  Penglibatan ahli kariah dalam aktiviti surau
2. Program/akitiviti untuk jemaah sepanjang tahun 2012
3. Penglibatan ajk
4. Penyediaan akaun surau secara konsisten
5. Mempunyai carta organisasi surau
6. Kebersihan tempat wudhu / tandas
7. Mempunyai laman blog yang sentiasa dikemaskini
 
Pihak surau mengucapkan terimakasih kepada semua ajk serta jemaah dan ahli kariah yang memberi kerjasama dan sokongan yang jitu kepada pihak pengurusan surau kita hingga terpilih menerima anugerah ini.
 
Di dalam majlis tersebut, YAB Tan Sri Dato’ Haji Muhyiddin bin Hj. Mohd Yassin turut menyampaikan anugerah Imam Terbaik, Bilal Terbaik, Noja Terbaik, Masjid Terbaik, Surau Jumaat Terbaik, dan Surau Terbaik.
 
Bagi Kategori Imam Terbaik ialah Haji Osman bin Hassan dari Surau An-Nur Taman Koperasi Polis Fasa 2, Bilal Terbaik ialah Abdul Rashid bin Abdullah dari Masjid Imam al-Syafie, dan Noja Terbaik ialah Mohamad Noor Biggs bin Abdullah dari Masjid.
 
Bagi anugerah masjid terbaik dimenangi oleh Masjid Assyakirin, KLCC. Surau Jumaat terbaik dimenangi oleh Madrasah Nahdatul Diniah, Kg Malaysia Tambahan dan Surau Terbaik dimenangi oleh Surau Al-Hijrah, PPR Pantai Ria.

 Setiap pemenang masjid, surau jumaat dan surau biasa terbaik membawa pulang hadiah RM5,000.00 setiap satu.
 
Selain itu, anugerah juga diberikan kepada Imam Ratib Terbaik, Bilal Ratib Terbaik dan Noja Ratib Terbaik yang masing2 menerima RM1,500.00.
 
Anugerah diadakan di Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju dan dihadiri oleh hampir 3,000 orang jemputan yang terdiri dari AJK masjid dan surau, ahli kariah, pendidik dan pendakwah seluruh Wilayah Persekutuan KL.
 
Hadiah imam ratib terbaik

Hadiah bilal ratib  terbaik

Hadiah noja ratib terbaik

Hadiah masjid terbaik - Masjid Assyakirin, KLCC
 

Hadiah surau Jumaat terbaik - Surau AnNur, Kg Malaysia Tambahan

Hadiah surau biasa terbaik - diterima oleh Pengerusi Surau Al Hijrah, Hj Kairom Ahmad
 
Pemenang bergambar bersama TPM


Cenderahati dari TPM kepada Imam Masjid Nabawi, Madinah - Sheikh Solah AlBudair. Beliau membaca ayat suci AlQuran serta mengimamkan Solat Zuhur.

Barisan ajk Surau AlHijrah serta ahli kariah  bersama Ustaz Hazman (Penyelaras Zon 6), Ustaz Hazarudin (Imam Masjid Tunku Mizan Putrajaya) dan Ustaz Sabori (JAWI)

AJK dan jemaah wanita surau ALHijrah

Masjid Usamah bin Zaid, Wangsa Maju

Piala Surau Terbaik

Replika cek RM5,000.00 yang diterima Surau AlHijrah
 

20 April 2013

Calon Bebas Misteri Parlimen Lembah Pantai Muncul !

Calon bebas yang diura-urakan akan bertanding di Parlimen Lembah Pantai sejak  bulan lepas akhirnya muncul di Pusat Penamaan Calon di SK Bukit Bandaraya, KL. Ramai pengundi Lembah Pantai tertanya siapakah calon bebas ini ? Sehinggalah Rosli Baba muncul.  Ramai yang tidak kenal  siapakah  Rosli Baba ? Namun kemunculan beliau akan mewarnai kempen selama 15 hari akan datang.

 Selamat berjuang kepada semua calon.
Calon Parlimen Lembah Pantai, dari kiri Rosli Baba , Nurul Izzah dan Dato' Raja Nong Chik selepas penamaan calon hari ini.

Petikan Berita Harian  20 April  2013

Kuala Lumpur: Calon Bebas di Parlimen Lembah Pantai, Rosli Baba, 54, pesara tentera yang juga masih ahli UMNO, mengambil keputusan untuk bertanding pada pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) ini untuk mengetengahkan isu setempat yang selama ini dianggapnya disembunyikan.

Katanya, beliau terdorong untuk berjuang untuk masyarakat setempat atas tiket Bebas meskipun sudah menjadi ahli UMNO sejak berusia 16 tahun.

Ditanya, mengapa beliau tidak membiarkan calon Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) saja bertanding di sini, beliau berkata, sistem demokrasi di negara ini tidak menghalang sesiapapun untuk bertanding dalam pilihan raya.
"Tahun ini saya sudah 54 tahun, tak lama lagi nak cecah 60 tahun.

"Lepas ini dah terlewat pun untuk bertanding, jadi saya ambil peluang inilah," katanya ketika ditemui selepas mengemukakan pencalonan di Sekolah Kebangsaan Bukit Bandaraya, pagi tadi.

Rosli berkata, kelebihan sebagai anak tempatan membolehkannya memahami masalah rakyat di sini dan beliau akan mengetengahkan isu dan masalah tempatan yang dikatakan selama ini disembunyikan dalam kempen nanti.


"Saya tidak berkempen secara besar-besaran, sebaliknya dari 'telinga ke telinga'.
"Mengenai keahlian UMNO, setakat hari ini saya masih ahli, esok lusa belum tahu lagi bagaimana," katanya.


Untuk senarai penuh calon-calon untuk semua kawasan seluruh Malaysia, sila klik laman web dibawah

http://resultpru13.spr.gov.my/module/penamaan/laporan/laporan_6/laporan_6.php










18 April 2013

Treasure Hunt Kebersihan Lembah Pantai

 


Masa:  8.00 AM - 2.00 PM
Tempat:       Medan Sri Pantai PPR Sri Pantai
Hubungi
Jabatan Komunikasi Korporat Alam Flora
03-2052 7922 untuk maklumat lanjut


Alam Flora Sdn Bhd akan mengadakan satu program Treasure Hunt Kebersihan Lembah Pantai pada 21 April 2013 Ahad dari jam 8 pagi hingga 2 petang bertempat di PPR Sri Pantai Pantai Dalam. Orang ramai dijemput hadir bagi memeriahkan program tersebut. Pelbagai acara dan hadiah menarik diadakan termasuk pertandingan mewarna untuk kanak-kanak.
 
Hadiah bernilai RM10,000.00 untuk dimenangi
 
Tujuan Treasure Hunt:  mengumpul seberapa banyak bahan buangan kitar semua dan bahan buangan biasa mengikut kumpulan.

Takaful Khairat Keluarga DiLanjutkan Tarikh Tutup

Pelan Takaful Khairat Keluarga dilanjutkan sehingga 30 April 2013 tarikh tutupnya kerana ramai yang meminta penangguhan untuk membolehkan masa yang cukup untuk menghantar borang.

Sumbangan setiap keluarga hanya RM35.00 setahun
dimana RM25.00 adalah sumbangan takaful manakala RM10.00 untuk yuran pendaftaran dan
pengurusan (dibayar sekali sahaja)

Manafaat Khairat (setiap kematian)

Manafaat Ahli = RM2,500.00
Manafaat Pasangan = RM1,500.00
Manafaat Anak = RM500.00

Bagi anda yang berminat, silalah hantar borang dengan segera kepada pihak kami. Borang boleh didapati di surau Al Hijrah atau wakil2 setiap blok.

17 April 2013

10 Surah Menghalang 10 Ujian Besar Allah

10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah

1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab d...
i dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

16 April 2013

Kelas Tajwid AlQuran malam Ini

Semua dijemput hadir ke Surau Al hijrah pada hari ini:-
 
Selasa 16 April 2013
selepas solat maghrib
Kelas tajwid Ustaz Khoirudin Lubis
 
Belajarlah membaca AlQuran dengan tajwid yang betul. Semoga usaha kita akan mendapat pahala dari Allah SWT.

15 April 2013

Jadual Kuliah Surau Al Hijrah

Jadual kuliah / pengajian surau alhijrah PPR Pantai Ria setiap hari untuk rujukan dan panduan kepada para jemaah. Anda semua dijemput untuk meramaikan surau bukan sahaja semasa solat waktu tetapi juga semasa kuliah2 diadakan.

14 April 2013

Ustaz Helmey Yahya Malam Ini

Semua dijemput hadir untuk kuliah maghrib malam ini,
 
Ahad
 
14 April 2013
 
Tempat: Surau Al Hijrah
 
Selepas solat maghrib
 
Kitab Ihya Ulumiddin karangan Imam Shafie


Profail Imam Syafie

Nama sebenar Imam Syafie ialah Muhammad Bin Idris Bin Abbas Bin Uthman bin Syafie Bin Saib Bin Abdu Yazid Bin Hasyim Bin Abdul Mutalib Bin Abdul Manaf.

Imam Syafie adalah berasal dari keturunan arab Quraisy. Nasabnya berkait dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau dilahirkan di Kota Gaza Palestin pada bulan Rejab 150 Hijrah. Ada yang mengatakan pada malam beliau dilahirkan itu Imam Abu Hanifah (Imam Hanafi) meninggal dunia akibat diracun oleh Khalifah Abu Jaafar al-Mansur dari Bani Abbasiyah sewaktu Imam Hanafi berada dalam penjara. Beliau dipenjara , diseksa dan dirotan kerana tidak mahu memberikan kerjasama kepada Khalifah Bani Abbasiyah yang zalim itu dengan menolak tawaran untuk menjadi Hakim kerajaannya.

Imam Syafie menghafal Al-Quran sewaktu berumur 9 tahun.Beliau menghafal Kitab al-Muwatta’ yang ditulis oleh Imam Malik (Mazhab Maliki) selama 10 tahun. Beliau mempunyai kecerdikan dan daya ingatan yang sangat luar biasa.Dibenarkan memberikan fatwa sendiri oleh gurunya sewaktu berusia 15 tahun sewaktu mengajar di Masjidil Haram.

Sebelum melahirkan beliau, ibunya bermimpi melihat sebutir bintang keluar dari perutnya lalu naik ke langit.Lalu bintang itu pecah lalu jatuh bertaburan jatuh ke bumi.Cahaya dari bintang pecah yang jatuh itu menerangi seluruh muka bumi.Ibunya terkejut bila mengetahui suaminya juga mengalami mimpi yang sama iaitu dia melihat ada sebutir bintang yang keluar dari perut isterinya.

Imam Syafie penentang amalan bidaah. Kata beliau, semua perkara yang diadakan menyalahi Quran dan sunnah atau ijmak ulama adalah bidaah yang keji dan sesat! Manakala mana-mana perkara atau kebaikan yang tidak menyalahi sedikit pun dari kesemua itu adalah bidaah yang terpuji. Imam Syafie berpegang kepada fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah seperti juga 3 orang Imam Mazhab lain yang terkenal seperti Imam Hanafi,Imam Maliki dan Iman Ahmad Bin Hambal (mazhab Hambali). Fahaman Ahli Sunnah Wal Jamaah ini dicetuskan oleh ulamak sebelu mereka iaitu Syeikh Abu Hasan Asyaari dan Syeikh Abu Mansur al-Maturidi.

Imam Syafie juga melarang Taklid, baik taklid kepada dirinya sendiri ataupun kepada sesiapa saja. Beliau selalu berpesan: “Janganlah mereka-reka dalam perkara agama mengguna-pakai taklid sahaja kepada perkataan ataupun tindakan yang tidak disertai dengan keterangan ataupun alasan dari Quran dan hadis”. Beliau juga berpesan : “Tiap-tiap perkara yang saya katakan padahal kata Rasulullah bertentangan dengan perkataan saya, Rasulullah itulah lebih utama perlu dituruti”

NOTE: ( Ramai yang tidak mencatatkan nama mursyid tarbiah ruhani bagi Imam As-Syafie kerana nak menafikan pendapat-pendapat yang memisahkan ilmu fiqah dgn tasauf, guru beliau dalam bidang ini ialah Syuhbban Ar-Raie & Abu Hamzah As-Sufi. Untuk ma'aluman, ketiga-tiga Imam Mujtahid punyai mursyid dlm ilmu tarbiah ruhani.

Imam Abu Hanifah gurunya Imam Jaafar Shodiq. Imam Malik pula gurunya Imam Musa Kadzim & Maaruf Al-Khurki manakala bagi Imam Ahmad pula gurunya ialah Abu Hamzah As-Sufi & Bisyru Al-Hafi. Semua Imam-imam agung dari ke empat mazhab ada guru khusus mereka dalam tasawuf...hanya orang orang yg bodoh sahaja menganggap Tasawuf & Tarbiah Ruhani berasal dari Hindu-Buddha. ALLAHU ALIM! )

13 April 2013

Jemaah Surau Menjadi Tetamu Syarikat BEWG

Baru-baru ini, jemaah Surau AlHijrah telah dijemput oleh Pengurus Sykt BEWG Sdn Bhd, En Shafulnizam,  iaitu syarikat yang membina loji Pantai 2 (sebelah PPR Sri Cempaka).

Majlis Yassin dan tahlil diadakan dipejabat Sykt BEWG sendiri. Hampir 30 orang jemaah hadir dalalam majlis tersebut.

Sesi penerangan juga diadakan oleh pihak pengurusan Loji pantai 2 tentang perjalanan projek serta bentuk loji yang akan siap beberapa tahun lagi. ia akan menukar lanskap Pantai Dalam kepada kawasan riadah untuk penduduk setempat dengan loji yang moden berada dibawah tanah.

Majlis diakhiri dengan jamuan oleh pihak tuan rumah. Terima kasih daun keladi.

Keadaan lanskap bila siap nanti

Jemaah yang hadir diberi penerangan

Pengurus Loji memberi taklimat ringkas

Lanskap yang cantik


bangunan di bahagian operasi loji


majlis Yassin dan tahlil, diketuai oleh Hj Kairom

Sdr Zuhari, Pen S/U turut serta (kanan)
 

Cafe Al Khadijiah - Cafe Terbaru di Pantai Dalam !




Pihak Masjid Khadijah, Pantai Dalam mengorak langkah menceburkan diri dalam bisness Cafe . Cafe ini dinamakan Cafe AlKhadijiah sempena nama masjidnya. Ia diuruskan sepenuhnya oleh Biro  Muslimah Masjid Khadijah.

Ia mula dibuka sejak 1 April 2013. Terletak dalam kawasan masjid, bersebelahan Restoran Nasi Kawah yang diusahakan oleh Saudara Wan Azhar.

Antara menu yang terdapat di Cafe ini adalah berbagai jenis ice-blend, kuih-muih, nasi lemak, laksa, mee kari, cendol  dan lain-lain lagi.

Cubalah berkunjung ke Cafe ini, menikmati makanan yang lazat sambil menyumbang kepada tabung Biro  Muslimah.

bahagian depan cafe

Ruang Cafe yang bersih dan menarik

Cafe Al Khadijah - terletak di hadapan Masjid Khadijah, Jalan Pantai Dalam, KL

Anugerah Cemerlang SPM 2012

Majlis berlangsung hari Khamis lepas selepas solat Isyak. 5 orang pelajar PPR pantai Ria yang mendapat 6A dan keatas telah diraikan dalam satu majlis di surau alhijrah.

Majlis dihadiri oleh lebih 150 orang jemaah.

Setiap seorang mendapat hadiah seperti berikut:-

1. Sijil

2. wangtunai RM250.00 - RM100 dari Sykt BEWG dan RM150 dari surau

3. AlQuran terjemahan - sumbangan Perkim

4. Buku dan majalah sumbangan Perkim

Bagi hadiah untuk pelajar paling cemerlang, yang diraih oleh Sdr Mohamad Ridwan Ahmad Jani (9A), beliau mendapat tambahan RM50 serta hadiah pen khas dari pengerusi surau.

Tahniah pada semua penerima anugerah pada tahun ini. Moga tahun depan lebih ramai pelajar akan mendapat keputusan cemerlang seperti 5 orang ini.

 
dari kiri, Datuk Hasbullah L Isa (Pen Setiausaha Agung Perkim Kebangsaan yang juga Penaung Surau AlHijrah), Datuk Ibrahim Thamby Chik (Pengerusi Majlis Permuafakatan masjid dan Surau Lembah Pantai), Dato' Raja Nong Chik (Menteri Wilayah Persekutuan) serta Hj Kairom (Pengerusi Surau)
 
Dato' menyampaikan amanat pada anak-anak cemerlang 

Hadiah untuk Aliff Naim Mustapa (8A) yang diwakili ibunya
 

Ariffatul Amirah bt Hairun Anuar (7A) bersama ayah dan ibu menerima hadiah

Nursuraya Hj Aris (6A) menerima hadiah bersama  ibu dan ayah daripada Menteri 
 
Pelajar paling cemerlang, Mohamad Ridwan (9A) menerima hadiah, bersama ayahnya, Imam Jani

Nurfatin Solehah bt Husin (6A) bersama kedua-dua ibubapanya