31 October 2013

Doa Akhir tahun dan Awal Tahun Baru 1435 Hijrah

Surau AlHijrah akan mengadakan program ini pada hari Isnin, 4 November 2013 sebelum solat maghrib.
 
Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

JAWI Beri Sumbangan Kabin

Kabin bersaiz 10 kaki X 20 kaki telah diterima semalam. Kabin sumbangan dari pihak JAWI ini akan digunakan untuk menyimpan peralatan pingganmangkuk serta peralatan dapur . Ini hanya setor sementara.

Pihak JAWI akan membina setor kekal dalam masa terdekat ini. Terimakasih kepada JAWI yang prihatin tentang masalah surau kami yang tidak mempunyai setor.



bahagian dalam kabin

24 October 2013

Pembunuh Pegawai Bank diburu Polis

Pembunuh dan perompak bank dicari

 



SUBANG JAYA: Polis sedang mengesan seorang pengawal keselamatan bank yang menembak mati seorang wanita kakitangan bank yang dirompaknya di sebuah bank di USJ Sentral, petang tadi.

Walaupun bergerak sendirian, lelaki berusia dalam lingkungan lewat 30-an ini dikategorikan berbahaya kerana memiliki senjata api yang digunakan dalam rompakan berdarah pada 6.18 petang tadi.

Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, identiti sebenar lelaki itu masih dikenal pasti berikutan dia dipercayai menggunakan kad pengenalan palsu sejak berkhidmat dengan syarikat kawalan keselamatan yang menjadi majikannya sejak setahun lalu.

"Suspek masih bersenjata dan kita harap orang ramai berhati-hati selain menyalurkan maklumat segera sekiranya bertemu lelaki terbabit," katanya kepada media di tempat kejadian.

Dalam kejadian itu, pegawai operasi bank Ambank, Norazita Abu Talib, 37, maut di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala akibat ditembak dengan senjata jenis pump gun oleh suspek berusia 37 tahun yang berasal dari Sabah.


Difahamkan, ketika kejadian itu, mangsa bersama suspek serta tiga lagi pekerja wanita bank itu berada di premis berkenaan untuk membuka sebuah peti besi.

Dipercayai apabila peti pintu kebal itu dibuka, suspek kemudian melepaskan tembakan dan mengenai dahi mangsa yang meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian.

Suspek sempat mengambil sejumlah wang itu telah melarikan diri dengan sebuah motosikal.

Abdul Rahim berkata, siasatan mendapati ketika kejadian suspek bersama si mati dan tiga lagi wanita yang bekerja di bank berkenaan.

"Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (cctv) di bank ini, kita dapati suspek berusia 37 tahun tidak gementar atau ragu-ragu ketika melakukan perbuatan berkenaan.

"Lelaki terbabit dilapor melepaskan tembakan ke arah mangsa sebelum mengarahkan seorang lagi pekerja memasukkan duit ke dalam beg hitam yang dibawanya selepas si mati membuka pintu kebal berkenaan.

"Akibat tembakan itu, wanita terbabit yang bekerja sejak 16 tahun di bank ini maut di tempat kejadian," katanya yang turut mengedarkan gambar suspek kepada media di lokasi kejadian.

Ditanya wartawan mengenai status suspek, Abdul Rahim berkata, lelaki terbabit adalah pekerja (pengawal keselamatan) yang menggantikan orang lain ketika kejadian.

"Suspek bergerak sendirian dalam kejadian itu. Dia ganti orang lain pada hari ini dan pernah menggantikan empat ke lima kali mengawal bank ini sepanjang setahun dia bekerja dengan syarikat keselamatan berkenaan," katanya.

Katanya, keraguan dalam kad pengenalan milik suspek yang disyaki palsu itu akan dipastikan selepas ini dengan merujuk kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Menurutnya, pihaknya juga akan memeriksa cctv di kawasan berhampiran.

Katanya, sehingga kini pihaknya masih belum dapat memastikan jumlah wang yang dilarikan suspek dan berkemungkinan bernilai ratusan ribu ringgit.

Katanya, mangsa sudah bekerja di bank berkenaan sejak 16 tahun lalu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK).
----HMetro

23 October 2013

Kuliah Bulanan Ustaz Baharudin (dari Perak)

Kuliah Bulanan - Akidah Muslimin
oleh Yg Berbahagia Ustaz Baharudin
Tarikh:  25 Oktober 2013 - Jumaat
Masa: selepas solat maghrib
Tempat: Surau AlHijrah
 
Semua dijemput hadir. 

Masjid Tak Mesra Pengunjung - Dr Maza

 
oleh Dr Asri Zainal Abidin - Bekas Mufti Perlis
 
Islam adalah gabungan kekuatan keruhanian dan kebendaan. Ia bukan agama kerahiban yang hanya duduk bersila berzikir dan melupakan tanggungjawab menjadi khalifah atas muka bumi ini.
Juga, bukan agama yang memisahkan dunia dan akhirat, sehingga kegiatan dunia dibicara atau dilaksanakan dalam rupa yang berasingan dengan akhirat. Tidak, sama sekali tidak!

Fungsi masjid

Masjid adalah pusat umat Islam. Masjid dalam Islam mestilah melambangkan kesyumulan atau keluasan Islam itu sendiri. Masjid mesti berfungsi untuk membangunkan umat di sudut kerohanian dan fizikalnya.

Memasuki masjid bererti melangkah ke kawasan yang melambangkan ketulusan, kemesraan, kerahmatan dan kesyumulan agama ini.

Sebab itu, umat Islam dalam kesibukan urusan kehidupan, mereka diperintahkan singgah lima kali saban hari di masjid demi mengambil tenaga meneruskan agenda perjuangan sebagai khalifah yang memimpin dunia ini.

Maka muncullah dalam diri setiap individu muslim satu kekuatan yang luar biasa. Ia adalah gabungan antara unsur langit dan bumi, atau kerohanian dan kebendaan.

NONEKata Dr Yusuf al-Qaradawi:

"Dengan menunaikan solat berjemaah di masjid sebanyak lima kali sehari, menjadikan masjid suatu tempat yang penting dalam Islam dan kehidupan muslimin. Masjid bukannya tempat bertapa untuk golongan pendeta (yang hanya menumpukan kepada ibadah khusus), atau sudut untuk golongan menganggur, bukan juga tempat ibadat golongan darwis (ahli pertapaan)."

Dalam Islam tiada pendetaan atau pertapaan. Rasulullah SAW bersabda kepada Abu Zar yang bermaksud:

"Kewajiban kepadamu adalah jihad kerana itulah adalah pertapaan umatku." (Ibn Hibban dan al-Hakim - hadis hasan)
Al-Qaradawi juga menyebut:

"Masjid Nabi itu adalah madrasah dakwah, demikian juga ianya adalah pejabat negara Islam. Padanya Nabi memberikan kerja bagi yang menganggur, ilmu kepada yang jahil, pertolongan kepada yang fakir, memandu urusan kesihatan dan kemasyarakatan, menyebarkan berita yang penting untuk umat, bertemu dengan para diplomat asing, mengatur tentera di medan perang juga menghantar pendakwah dan perwakilan untuk perdamaian."

(Al-Qaradawi, Al-`Ibadah fi al-Islam, " ms 233, Beirut: Muassasah al-Risalah)
Kata seorang tokoh Islam yang terkenal di masa ini, Dr `Imad ad-Din Khalil dalam karyanya Dirasah fi al-Sirah ketika mengulas tentang fungsi masjid yang diasaskan oleh Rasulullah S.A.W.

"Masjid bukannya tempat ibadat dan solat semata-mata, bahkan kedudukannya sama seperti kedudukan Islam itu sendiri, mencakupi berbagai sudut al-din, politik dan kemasyarakatan." (ms 149 Beirut: Dar al-Nafais)

Gagal berfungsi

Malangnya, masjid-masjid kita kebanyakannya masih gagal berfungsi sedemikian rupa. Di sudut kerahmatan dan kemasyarakatan umpamanya, banyak masjid kita masih tidak mesra remaja dan kanak-kanak. Golongan ini sentiasa rasa kurang selesa atau bimbang dengan layanan orang-orang masjid kepada mereka.

NONETakut-takut dimarahi jika tersilap. Jika tidak pun, mereka kurang diberi layanan yang sewajarnya. Lebih teruk lagi ada masjid yang membuat penempatan khas untuk kanak-kanak ketika solat. Mereka dijarak jauhkan dari saf orang dewasa. Kadang kala jauhnya itu pula diselang beberapa saf.

Ditulis pula satu papan tanda ‘saf kanak-kanak'. Ini semua berpunca dari "khurafat" yang disandar kepada fekah kononnya jika kanak-kanak belum berkhatan bersentuhan dengan orang dewasa maka batallah solat.

Sebabnya di bawah ‘kulit' kanak-kanak itu ada najis kerana belum bersunat. Cubalah tanya orang-orang tua, atau ustaz yang mengajar sedemikian rupa, apakah dalam perut orang dewasa tidak ada najis?

Atau apakah jika seseorang ada nanah di bawah kulitnya, maka solatnya tidak sahnya?

Saf kanak-Kanak

Lebih lucu dari itu ada yang menyatakan boleh menyebabkan terbatalnya keseluruhan saf kerana 'jangkitan sentuhan' kanak-kanak.

Fatwa seperti ini sebenarnya terpinggir dari penghujahan dalil dan kewarasan akal.

Ketika Ibn Abbas masih kanak-kanak, Rasulullah SAW bersolat dan memegang telinga atau kepala Ibn Abbas agar bersolat di tepi baginda.

Kata Ibn ‘Abbas:

NONE"...Rasulullah bangun bersolat malam aku turut serta bersamanya. Aku berdiri di sebelah kiri baginda. Baginda memegang kepalaku lalu menjadikan aku berada di sebelah kanan baginda." (Riwayat al-Bukhari).

Dalam hadis Anas yang bermaksud:

"...Rasulullah berdiri untuk solat. Aku bersaf dengan seorang budak yatim di belakang baginda. Sementara wanita tua berada di belakang kami." (Riwayat al-Bukhari)

Adapun hadis riwayat Ahmad dan Abu Daud yang menyatakan Rasulullah SAW menjadikan saf lelaki dewasa di hadapan kanak-kanak, hadis itu daif dari segi sanadnya.

Kata al-Syeikh Nasir al-Din al-Albani:

"Adapun menjadikan saf kanak-kanak di belakang lelaki, aku tidak dapati melainkan hadis yang daif ini sahaja. Ia tidak dapat dijadikan hujah.

"Tidak mengapa kanak-kanak berdiri dalam saf sebelah lelaki dewasa jika saf masih luas. Solat anak yatim bersama Anas di belakang Rasulullah SAW menjadi hujah dalam masalah ini." (Al-Albani, Tamam al-Minah, 284, Riyadh: Dar al-Rayah)

Layanan buruk

Hasil lain dari kecelaruan ini, ada orang dewasa yang sanggup menarik kanak-kanak yang sedang bersolat keluar dari saf kerana dia nak masuk saf. Kemudian disuruh budak itu ke saf belakang.
Akhlak buruk ini menjadikan kanak-kanak berjiwa lemah ketika berada di masjid.

Sementara orang dewasa yang lewat datang dan menarik kanak-kanak keluar itu pula terbiasa dengan sikap buruk sebagai seorang yang datang lewat lalu merampas tempat orang yang lebih awal.

NONEAda juga pihak masjid tidak suka kanak-kanak terlalu ramai ke masjid. Bimbang nanti mengganggu keheningan jamaah.

Dukacita sikap yang demikian tersimpan dalam perasaan sesetengah orang. Ini kerana sesetengah kita lebih ingin jaga warna kapet baru dari berkempen mendapat jamaah baru.

Dalam hadis Nabi SAW, baginda bersabda yang bermaksud:

"Aku mendirikan solat (sebagai imam) dan aku berhasrat ingin memanjangkannya. Tiba-tiba aku mendengar tangisan bayi, maka aku menyegerakan solatku kerana aku tidak suka membebankan ibunya". (Riwayat al-Bukhari)

Lihatlah sikap mesra pelanggan yang ditunjukkan oleh baginda. Maka tidak hairan, masjid di zaman menjadi tempat terpautnya hati setiap generasi. Hadis ini juga memberi maksud imam mesti meringankan solatnya, jika makmum ramai yang bertugas di belakangnya.

Demikianlah Nabi SAW menjaga perasaan ahli jamaahnya. Adapun kita, jika ada anak yang menangis, ibunya pasti dipandang sinis.

Maka jangan hairan jika kanak-kanak atau remaja merasai lebih diberi layanan mesra ketika berada di pusat-pusat hiburan, dibandingkan jika berada di masjid.

Kemudian kita ‘bising' apabila generasi muda tidak minat dengan masjid, atau tidak selesa di masjid.
 
petikan dari Malaysiakini
 

21 October 2013

Penjelasan Beberapa Isu Ibadah Korban di Surau AlHIjrah

Tarikh:  21 Oktober 2013

Kepada Semua Jemaah/Penduduk PPR Pantai Ria Yang DiRahmati Allah SWT

Terlebih dahulu kami berterimaksih kepada semua peserta2 korban/akikah, petugas2 serta ajk surau yang telah bekerjasama serta bertukus lumus bekerja  dari awal pagi hingga petang untuk memastikan kelancaran program ibadah korban pada tahun  ini.  Pada tahun ini juga, bilangan kerbau/lembu sebanyak 10 ekor adalah jumlah korban yang terbesar yang pernah surau kita  laksanakan. Insyaallah, dengan sokongan anda semua, kita akan lakukan ibadah korban yang lebih besar pada tahun hadapan, InsyaAllah.

Kami, ahli jawatankuasa surau,  telah berusaha sedaya upaya kami untuk memastikan perjalanan program korban berjalan lancar. Kami telah cuba melaksanakan ibadah korban dengan penuh rasa ikhlas,  amanah dan tanggungjawab. Namun,  segala susahpayah kami  itu telah diatasi dengan tuduhan fitnah yang tidak berasas.

Berikut adalah penjelasan kami kepada beberapa tuduhan yang dibuat oleh pengadu dalam ruangan komen blog suraualhijrah baru2 ini dibawah tajuk, Program Ibadah Korban 1434Hijrah.

Isu No. 1:  Petugas Luar Tak Boleh?

Berkenaan isu petugas dari luar, ditegaskan disini bahawa kami tidak pernah menetapkan bahawa hanya petugas dari PPR Pantai Ria sahaja yang boleh mendaftar. Ini kerana ada juga orang luar yang melakukan ibadah korban  seekor kerbau ditempat kita dan mereka menghantar saudara-mara mereka untuk membantu.

Isu No. 2:  Jumlah Sebenar Agihan Daging Korban

Daripada 9 ekor kerbau dan 1 ekor lembu, telah diagihkan kepada:-

Peserta:  70 orang X 5kg seorang =  350 kg daging

Petugas: 160 orang X 2 kg seorang = 320 kg daging

Orang ramai:  390 orang X 1 kg seorang = 390 kg daging(berdasar rekod pengagihan)

Untuk masakan/jamuan:  80 kg daging

Jumlah keseluruhan daging yang diagihkan :  1,140 kg (anggaran).
 

Isu No.  3:  Berat Keseluruhan Daging Korban/Akikah

Berat purata seekor kerbau: 120kg X 9 ekor= 1080 kg

Berat seekor  lembu                 =                                   60kg

Berat  bersih daging adalah                                  1,140kg (anggaran)

Jadi, mana lebihan daging yang kami nak simpan/sorok? Semuanya dah diagihkan seperti yang sepatutnya.

Isu No. 4:  Jamuan Makan Untuk 1300 Orang ?

Walaupun daging seekor kerbau telah diproses/dipotong kecil, tetapi hanya 80 kg yang digunakan/dimasak manakala bakinya  telah dihantar/dikembalikan ke bahagian timbangan untuk ditimbang dan diagihkan semula kepada orangramai.
Sebanyak 40kg beras JATI telah dimasak yang boleh dimakan oleh anggaran 500 orang. Kami menganggarkan antara 500 hingga 550 orang telah menikmati jamuan pada hari tersebut. Orang yang makan bukan sahaja petugas2 tetapi termasuk juga penduduk2/orang luar serta ramai kanak2 yang turut makan. Jadi, tuduhan yang makanan yang  dimasak boleh dimakan oleh  1,300 orang adalah tidak benar dan mengarut.


Isu No. 5 :  AJK Menyimpan Daging Korban di Kedai Pengerusi Surau?

Selepas program berakhir pada hari berkenaan, terdapat seramai 13 orang peserta korban tidak hadir mengambil bahagaian mereka iaitu 5 kg daging setiap seorang. Maka untuk mengelakkan daging korban menjadi busuk serta atas dasar amanah, kami membuat keputusan menyimpan daging2 korban tersebut di peti sejuk kedai Pengerusi  kerana  beliau mempunyai ruang peti sejuk yang besar sementara menanti peserta2 korban yang berkenaan datang mengambilnya.
Walaubagaimanapun, selepas kami menghubungi peserta2  terlibat, kesemua peserta2 berkenaan tidak mahu mengambilnya bahkan mereka  menyumbangkan kembali kepada pihak surau untuk diagihkan kepada  penduduk yang belum mendapatnya . Maka, pengerusi surau serta beberapa orang ajk serta petugas , atas dasar prihatin, telah mengagihkan daging2 korban tersebut kepada penduduk2 serta orang ramai. Senarai nama penerima daging2 korban tersebut ada direkodkan oleh Pengerusi sebagai bukti. Sesiapapun boleh menyemak nama2 penerima daging korban tersebut dengan pihak surau.

Tiada agenda tersembunyi atau sengaja menyimpan  daging seperti yang didakwa  oleh pengadu tersebut. Ini adalah fitnah semata-mata yang bertujuan untuk memburukkan imej pengerusi serta ajk surau keseluruhannya. Sebenarnya tidak ada daging korban yang disimpan dengan sengaja untuk diberikan kepada kaum keluarga dan sebagainya.

Isu  No 6:  Penduduk Yang Tak Mendapat Daging Korban
Memang benar, Pengerusi surau ada bertanya kepada seorang penduduk samada beliau telah mendapat daging korban atau belum pada kira2 jam 2.30 petang hari Selasa. Individu  ini berkata beliau belum mendapat serta mengadu yang adik-beradiknya juga belum mendapat daging tersebut.

Sebenarnya untuk  pengetahuan anda, orang ini telah pun mendapat  2 kg daging  dari pihak surau untuk beliau dan anaknya pada jam 12.30 tengahari pada hari Selasa semasa pengagihan daging sedang dibuat.   Kami juga mendapati orang yang sama juga mendapat 2 kg daging dari bahagian petugas seorang ajk surau.
Jelas kita semua telah dibohongi dan ditipu oleh individu ini.

Kesimpulan

Semoga penjelasan kami ini menerangkan kepada anda semua apa yang sebenarnya berlaku pada hari berkenaan. Kami mohon kepada pihak2 yang berkenaan untuk tidak membuat  tuduhan melulu tanpa bukti yang sahih dengan tujuan berbuat  fitnah sahaja. Janganlah “baling batu sembunyi tangan”  dengan niat yang jahat. Moga Allah SWT menjernihkan semula hati anda dan moga anda dekat semula dengan rumah Allah SWT.  Ingat, hidayah adalah dari Allah dan bukan dari manusia. 



                                              Pengiktirafan Kerajaan Terhadap Surau AlHijrah
Jika kepimpinan surau bermasalah,  tidak amanah serta tidak berkesan, bagaimana mungkin pihak JAWI dan  MAIWP  mahu  mengiktiraf Surau AlHijrah PPR Pantai Ria sebagai surau yang cemerlang/terbaik dari segi pengurusan/aktiviti kuliah/aktiviti masyarakat   bagi seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan  untuk tahun 2012 ? Anugerah ini  beserta trofi dan wangtunai RM5,000.00  telah disampaikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri pada 22 April 2013 yang lalu. Bahkan kami menggunakan semula semua wang kemenangan ini  (serta  wang tambahan dari sumbangan orangramai)  dengan memasang 5 set grill disemua 5  pintu sliding surau  bertujuan menjaga keselamatan barang2 didalam surau.
Kami bukan riak, tetapi pencapaian sebagai surau cemerlang  bukanlah mudah dicapai jika tidak disertai dengan keikhlasan dalam menjalankan amanah mentadbir rumah Allah.  Jika menguruskan rumah Allah dengan niat yang lain atau menyimpang dari landasan agama, maka ditakuti kemurkaan Allah  yang akan menimpa.  

Wallahualam.
Pengerusi Surau AlHijrah PPR Pantai Ria
 

20 October 2013

Islam Agama Penutup


BAGAIMANAKAH menggabungkan kenyataan bahawa Islam adalah penutup agama-agama dan merupakan agama bagi seluruh nabi?

JAWAPAN: Hanya ada satu akidah yang dikehendaki oleh Allah daripada manusia, iaitu bermula sejak dari Nabi Adam hingga Nabi Muhammad. Secara umumnya, akidah ialah bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Allah iaitu Pencipta yang sangat memerhatikan ciptaan-Nya dan mengutuskan para rasul kepada manusia dalam kalangan mereka.

Maka, hendaklah manusia membenarkan para rasul itu, mengikuti mereka dan mengimani apa-apa yang mereka khabarkan tentang perintah Allah dan berita tentang akhirat.
Ini dijelaskan oleh Allah dalam surah al-Anbiya' ayat 25; surah Ibrahim ayat 4 dan surah al-Mukminun ayat 32. Ayat ini disebut berulang kali di dalam al-Quran melalui lisan para nabi.
Berdasarkan kenyataan di atas, maka perintah beribadat hanya kepada Allah yang merupakan asas akidah Islam.

Jika dilihat dari segi akidah, boleh dikatakan bahawa ia merupakan agama bagi seluruh nabi sebagaimana yang di jelaskan oleh Allah dalam surah Ali Imran ayat 19 dan 85 serta surah al-Ma'idah ayat 3.

Dari segi syariah pula, Allah berkehendak untuk menjadikan agama Islam sebagai penutup agama. Ini dapat dilihat bahawa Islam adalah satu-satunya agama yang menitikberatkan tentang soal akidah.
Malah, agama Islam juga memiliki persamaan dalam pelbagai asas ibadah, perintah dan larangan dengan seluruh syariat yang terdahulu. Setiap dosa besar seperti membunuh, berzina dan sebagainya bukan sahaja diharamkan oleh Allah dalam agama-agama terdahulu, bahkan juga diharamkan di dalam Islam.

Demikianlah juga asas-asas syariat dan ibadah yang diperintahkan oleh Allah dalam agama-agama terdahulu, seperti solat dan zakat juga didapati di dalam Islam. Yang berbeza hanyalah perincian tentang solat dan ukuran zakat, mengikut perbezaan kaum masing-masing.

Atas dasar itulah, maka Islam merupakan agama yang merangkumi akidah Islam dan syariatnya serta asas seluruh syariat yang terdahulu.

Sesungguhnya Allah menyatakan kepada umat-Nya bahawa Dia telah menyempurnakan bagi mereka agama ini, telah mencukupkan nikmat-Nya atas mereka dan telah meredai Islam sebagai agama anutan mereka.

Hal ini menunjukkan bahawa Islam adalah agama milik umat ini sebagaimana juga agama para nabi dan rasul.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=1018&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm#ixzz2iErfEIUP
Hakcipta terpelihara

17 October 2013

Program Ibadah Korban 1434Hijrah

Sebanyak 9 ekor kerbau dan seekor lembu berjaya dikorbankan pada hari Selasa, 15 Oktober 2013 ,untuk memenuhi tuntutan agama yang disyariatkan kepada umat Nabi Muhammad SWT. Hampir 160 orang petugas bertukus lumus melaksanakan ibadah korban pada kali ini. Daging2 korban diagihkan kepada penduduk lebihkurang jam 12.30 tengahari. Terimakasih kepada semua petugas dan sukarelawan yang membantu kami menjayakan program ini.

Agihan Daging Korban (Ditetapkan oleh AJK Surau)

Setiap rumah = 1 kg daging (yang hadir mengambilnya)
Anggaran 300 rumah = 300 kg

Setiap peserta korban/akikah = mendapat 5 kg daging
Jumlah peserta:  10 ekor X 7 orang/ekor X 5kg seorang= 350kg

Setiap petugas  = mendapat 2 kg daging 
Jumlah petugas lelaki/wanita :  160 orang X 2 kg daging = 320 kg

Jumlah yang diagihkan: anggaran : 970 kg


Selebihnya untuk dimasak/jamuan makan.

                                                         9 ekor kerbau yang ditumbangkan
no 1

                                                                                         no 2

3

4 - kolam mandi khas untuk kerbau, mandilah puas2 sebelum kamu dikorbankan !

5

6

7

8

9 - kerbau ni tak sangka dia boleh berendam dan berkubang kat Kuala Lumpur ! bukan kat Siam saja





Penduduk beratur mengambil daging korban







600 Hadir Solat Sunat Aidil Adha

Ramai yang hadir menunaikan Solat Sunat Aidil Adha di Surau Alhijrah pada hari Selasa, 15 Oktober 2013. Ruang yang disediakan tidak mampu memuatkan semua jemaah. Sebahagian bersolat diluar khemah atau diluar tempat mengambil wudhu.



















Luar khemah


15 October 2013

Kalimah Allah Bukan Untuk Non-Muslim !

Isnin, 14 Oktober 2013
Mahkamah Rayuan: The Herald tak boleh guna kalimah Allah
 
Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini memutuskan bahawa The Herald tidak boleh menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan Katolik itu untuk merujuk kepada 'Tuhan'.

Mahkamah Rayuan Putrajaya sebulat suara membatalkan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sebelum ini.

NONEDalam reaksinya, Editor The Herald, Father Lawrence Andrew (kiri dalam foto) melahirkan rasa kecewanya tetapi merancang untuk mengemuka rayuan di Mahkamah Persekutuan.
Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan telah membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu yang membenarkan kalimah tersebut digunakan dalam penerbitan berkenaan.
Panel hakim Mahkamah Rayuan yang terdiri daripada Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali, Datuk Hakim Abdul Aziz Abdul Rahim dan Datuk Mohd Zawawi Salleh membenarkan rayuan tersebut .

Hakim Mohamed Apandi berkata Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terkhilaf apabila mengetepikan keputusan menteri dalam negeri dan bahawa tidak berlaku pelanggaran hak bagi Katolik untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam The Herald.Ketika membaca penghakiman ringkas kes tersebut, beliau berkata, ia adalah penemuan bersama mereka bahawa penggunaan kalimah 'Allah' bukan merupakan sebahagian daripada kepercayaan dan amalan agama Kristian.

Daripada penemuan tersebut, tambahnya, mereka mendapati tidak ada sebab untuk responden (Archbishop Titular Catholic Church) berkeras untuk menggunakan kalimah 'Allah' dalam penerbitan mingguan itu.

Penggunaan kalimah tersebut, tegas hakim Mohamed Apandi, jika dibiarkan pasti akan menyebabkan kekeliruan dalam masyarakat. "

Petugas Diharap membawa Peralatan Yang Sesuai

Semua petugas ibadah korban diharap dapat membawa  peralatan seperti pisau, kapak dan sebagainya untuk memudahkan kerja2 melapah dan memotong.  Harap maklum.

Agihan Daging Korban - 1 Bungkus 1 Rumah

Setiap rumah akan diberikan satu bungkus daging berdasarkan siapa cepat dia dapat. Sila tunggu pengumunan dari speaker surau untuk waktu bila daging korban akan mula diagihkan. Setiap rumah mestilah diwakili oleh ibu/bapa atau anak2. Kami tidak dapat memberi kepada wakil kepada rumah lain kerana jumlah daging yang terhad. Kami mengutamakan kepada penduduk yang tidak pulang kekampung supaya berlaku adil. Harap maklum.

Jamuan Mesra Aidiladha

jam 12.00 tengahari
15 Oktober 2013, Selasa
Perkarangan Surau AlHijrah
 
Semua penduduk dan keluarga dijemput hadir beramai-ramai.

14 October 2013

Solat Sunat Hariraya Aidiladha Jam 8.00 pagi

Semua penduduk PPR Pantai Ria diharap mengambil maklum bahawa solat sunat hari raya aidil adha akan dimulakan tepat jam 8.00 pagi, Selasa, 15 Oktober 2013. Selepas itu disusuli dengan khutbah. ia berbeza dengan solat Jumaat  yang mana khutbahnya didahulukan.

Jadi diharap penduduk dapat hadir sebelum jam 8 pagi supaya tidak ketinggalan untuk solat sunat tersebut.

Para petugas yang telah memberi nama dipohon dapat bersedia dengan pakaian biasa serta peralatan yang sesuai spt pisau dan kapak kerana program ibadah korban akan bermula sebaik sahaja solat sunat hari raya selesai.

Semua petugas akan diberikan tag nama. Anda perlu menyerahkan kembali tag tersebut kepada kami selepas selesai kerja untuk membolehkan kami menyerahkan bahagian daging yang telah dikhaskan untuk petugas.

Terimakasih kepada para sukarelawan yang ingin membantu kami menjayakan program ibadah korban pada kali ini. Semoga  jasa anda dibalas oleh Allah SWT. Insyallah, kita akan melaksanakan korban kepada 9 ekor kerbau dan 1 ekor lembu (Jumlah: 10 ekor)

12 October 2013

Agihan Daging Korban - Tiada Kupon

Untuk  ibadah korban pada tahun ini, pihak AJK Surau Al HIjrah telah menetapkan bahawa pembahagian daging korban untuk orang ramai akan diadakan selepas sahaja semua kerja2 melapah , memotong / menimbang dan membungkus telah selesai.

Dijangkakan semua kerja2 akan selesai pada jam 12.00 tengahari. Pengumuman melalui speaker surau akan dibuat memaklumkan bahawa pembahagian daging korban untuk penduduk akan bermula.

Kami tak akan mengedarkan sebarang kupon. Namun setiap rumah akan dihadkan untuk 1 bungkus daging korban sahaja. Daging akan diedarkan sehingga habis. Petugas2 kami akan memastikan kelancaran pengagihan daging korban .

Semua  penduduk PPR Pantai Ria dipersilakan datang ke surau pada hari Selasa ini untuk mengambil daging korban tersebut berdasarkan siapa cepat.

11 October 2013

Ustaz Helmey Malam Ini

malam ini, Jumaat, 11 Oktober 2013  akan diadakan Kuliah Maghrib Ustaz Helmey Yahya . Kuliah  ini menggantikan kuliah  pada hari Ahad kerana Ustaz akan balik kampung.

Semua dijemput hadir.

9 Ekor Kerbau Selamat Sampai Pantai Dalam













 
Sebanyak 9 ekor kerbau yang ditempah untuk tujuan ibadah korban pada tahun ini telahpun sampai ke Surau AlHijrah. Ia ditempatkan didalam kawasan berpagar dihadapan surau sehingga hari Selasa nanti. Pihak surau akan menempatkan petugas untuk mengawasi kerbau2 ini. InsyaAllah, ada 2 ekor lembu yang akan sampai beberapa hari lagi dengan jumlah keseluruhan 11 ekor untuk ibadah korban tahun ini.