29 April 2014

kuliah bulanan ustaz baharudin

hari:  rabu
masa:  selepas solat maghrib
tempat: di surau alhijrah
Tajuk: Akidah

Semua dijemput hadir.

24 April 2014

Keputusan Matrikulasi Sudah Keluar

KEPUTUSAN PENEMPATAN CALON
PROGRAM MATRIKULASI KPM SESI 2014/2015


  • Semakan Melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS)
    • Untuk membuat semakan tawaran Melalui SMS :
    • Taipkan MOEMATNO. KP dan hantarkan ke 15888
    • Contoh : MOE MAT 920605051542

Sayangilah Anak Anda

Banyak hadis-hadis nabi yang membicarakan tentang dunia anak-anak yang sarat dengan curahan cinta dan kasih sayang. Kedua perasaan suci ini sentiasa mewarnai hati Rasulullah s.a.w dan tidak henti-henti beliau berpesan kepada umatnya agar mereka bersikap lembut dan penuh kasih sayang terhadap anak-anak.

Kita sering mendengar ibu bapa mengeluh tentang anak yang nakal, degil dan tidak mendengar kata. Sehingga terkeluar kata-kata seperti "memang dasar anak degil'' daripada mulut ibu bapa sendiri. Mereka sebenarnya tidak sedar bahawa kedegilan anak-anak itu adalah berpunca daripada salah asuhan mereka sendiri.

Persoalannya sekarang kepada siapa kita harus belajar mendidik anak. Al-Quran dan hadis menawarkan pelbagai metode sebagai panduan yang harus dilaksanakan oleh para pendidik. Rasulullah s.a.w adalah contoh yang tepat untuk diikuti di mana segala perbuatannya mendidik anak merupakan manifestasi daripada pesan-pesan luhur al-Quran.

Kegelisahan Rasulullah s.a.w dalam mendidik anak dapat dilihat bagaimana kemasygulan Rasulullah s.a.w ketika mendengar pengakuan seorang sahabat bahawa mereka tidak pernah mencium anak-anak mereka. Walhal perbuatan itu adalah sangat penting untuk perkembangan mental yang sihat. Sudahkah kita mencium anak-anak kita hari ini?

Dalam hubungan ini Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
Siapa yang tidak mengasihi (orang lain) maka dia tidak akan dikasihi. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Kehadiran anak-anak dalam sebuah rumah tangga sepatutnya menjadi penyejuk hati dan penenang jiwa. Ini sesuai dengan firman Allah dalam surah al-Furqan ayat 74 yang bermaksud:
..... Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami, isteri-isteri kami dan anak-anak kami sebagai penyenang hati ....

Luqman Hakim, seorang yang saleh, sangat menyedari tanggungjawab itu. Al-Quran telah menjadikannya sebagai teladan tentang orang tua yang baik dan bijak. Tak kurang, al-Quran merakam nasihatnya kepada anaknya. Wahai anakku, janganlah kamu mempersekutukan Allah. Sesungguhnya syirik itu perbuatan zalim yang besar, katanya. Hai anakku, dirikanlah solat dan suruhlah (orang lain) mengerjakan yang baik, dan cegahlah (mereka) daripada perbuatan mungkar, dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu.

Begitulah seharusnya orang tua senantiasa mengarahkan anaknya, terus-menerus. Ia mesti mengamati segala perkembangan anaknya dan mengingatkannya di mana perlu. Sebuah komunikasi yang baik seharusnya berlangsung antara orang tua dan anaknya Ñ dan itu selayaknya dilangsungkan dengan rasa kasih sayang. Kata-kata Luqman yang dimulai dengan panggilan "wahai anakku'' menyiratkan kemesraan hubungan dan kedekatan hati. Solat sebagai bekal dan nilai-nilai amar makruf nahi mungkar semakin relevan kini buat anak-anak kerana sisi kemanusiaan semakin terhakis dan mereka bakal menghadapi situasi berbeza di dunia yang kian cepat berubah.

Begitu besarnya amanat dan nilai yang terdapat dalam diri seorang anak sehingga ia boleh menjadi penghalang orang tuanya daripada seksaan api neraka. Kisah Aisyah isteri Rasulullah s.a.w yang pernah didatangi seorang perempuan miskin yang membawa dua anak perempuannya. Ummul Mukminin ini mengisahkan Aku memberinya dua biji kurma. Kemudian ia memberikan kurma itu kepada kedua anaknya, dan selebihnya ia berniat untuk memakannya. Namun kedua-dua anaknya berusaha merebut sehingga kurma itu pun jatuh daripada tangannya. Akhirnya perempuan miskin itu tidak jadi makan satu biji kurma pun.

Saudara yang dimuliakan, lantaran peristiwa yang mendalam pada diri Aisyah lalu ia menceritakan kepada Rasulullah s.a.w baginda kemudian bersabda yang bermaksud:
Barangsiapa yang mendapat ujian atau menderita kerana mengurus anak-anaknya, kemudian ia memperlakukan mereka secara baik, maka anak-anaknya itu akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka. Ñ (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).


 - MOHD SHAUKI ABD. MAJID, Penolong Pengarah Yadim.

22 April 2014

Laut Menurut AlQuran

Petikan dari Sinar Harian

SEJAK kehilangan dan misteri pesawat MH370 yang dinyatakan berakhir di selatan Lautan Hindi, para penyelidik antarabangsa menumpukan perhatian ke lokasi koridor tersebut.

Berikut kita merungkaikan mengenai tragedi itu menurut perspektif al-Quran serta kajian saintis berkenaan dengan misteri dan hakikat laut serta pendapat para ulama Islam.

Informasi terkini dalam ilmu kelautan: Satu, laut terbahagi dua bahagian besar iaitu permukaan yang tercampur dengan energi dan sinar matahari; dan laut dalam di mana energi dan sinar matahari tidak lenyap. Dua, laut permukaan dan laut dalam berbeza dari segi suhu, massa, tekanan dan tingkatan cahaya matahari serta biota-biota yang hidup di dalamnya. Kedua-dua laut ini dipisahkan dengan gelombang dalam.

Tiga, gelombang dalam (internal wave) menutupi laut dalam dan merupakan garis pemisah antara laut dalam dan laut permukaan.

Sebagaimana arus permukaan itu menutupi permukaan laut dan menjadi pemisah antara air dan udara. Gelombang dalam ini tidak ditemukan kecuali pada tahun 1904. Panjang gelombang dalam berkisar antara puluhan hingga ratusan kilometer.
Sedangkan tinggi gelombang dalam berkisar antara 10 hingga 100 meter.

Empat, kegelapan di lautan dalam semakin bertambah seiring kedalaman lautan hingga didominasi kegelapan pekat yang dimulai dari kedalaman + 200 meter.

Pada kedalaman ini dimulai penurunan suhu yang memisahkan antara air permukaan yang hangat dan air kedalaman yang dingin. Selain itu, pada kedalaman ini terdapat gelombang dalam yang menutupi air dingin di kedalaman lautan. Lalu cahaya tidak ada sama sekali pada kedalaman + 1,000 meter.

Alat paling sederhana untuk mengukur kedalaman tembusan cahaya di perairan samudera adalah The Secchi Disk. Kemudian alat pengukuran cahaya mengalami perkembangan dengan menggunakan sel-sel elektrolight pada tahun 30-an, seterusnya setelah manusia berjaya mencipta alat yang memungkinkan mereka untuk menyelam hingga kedalaman, bahkan ke dasar laut.

Kegelapan pekat yang dimulai dari 50 hingga 1,000 meter terjadi akibat berlapis-lapisnya kegelapan, dan ini timbul kerana dua sebab utama.

Pertama, kegelapan kedalaman. Cahaya matahari terdiri dari tujuh warna (merah, jingga, kuning, hijau, nila dan ultraviolet serta biru). Masing-masing warna memiliki panjang gelombang tersendiri. Kemampuan cahaya untuk menembus air tergantung pada panjang gelombangnya. Semakin pendek gelombang cahaya, maka semakin besar kekuatannya untuk menembus air.

Kerana itu, cahaya warna merah akan terserap pada kedalaman + 20 meter, dan setelah itu keberadaannya tersembunyi. Dari sinilah muncul kegelapan warna merah.

Hakikat dan misteri laut ini sejak sekian lama telah digambarkan oleh al-Quran. ALLAH SWT berfirman yang bermaksud : “Atau seperti gelap-gelita di lautan yang dalam, yang diliputi oleh ombak, yang di atasnya ombak (pula), di atasnya (lagi) awan, gelap-gelita yang tindih-bertindih, apabila dia mengeluarkan tangannya, tiadalah dia dapat melihatnya, dan barang siapa yang tiada diberi cahaya (petunjuk) oleh ALLAH, tiadalah dia mempunyai cahaya sedikitpun.” (An-Nuur : 40).

Al-Quran memastikan keberadaan beberapa kegelapan di lautan yang dalam. Al-Quran menjelaskan dengan kata ‘lujjiyyin’ (sangat dalam) agar pembaca tahu bahawa kegelapan-kegelapan tersebut tidak ada kecuali di laut yang dalam. Ahli bahasa dan mufassirin menjelaskan kata tersebut. Qatadah dan penulis tafsir Al-Jalalain mengatakan bahawa kata lujjiyyin bererti ‘dalam’.

Az-Zamakhasyari mengatakan ertinya adalah dalam lagi banyak airnya. At-Tabari mengatakan: “Kata laut disifatkan dengan kata ‘lujjiyyin’ yang bererti dalam dan banyak air.

Sementara al-Busyiri mengatakan bahawa maksudnya adalah laut yang tidak diketahui dasarnya. Kata tersebut terambil daripada kata ‘lujjah’ yang bererti banyak air. Kata ‘iltajja’ al-bahru bererti laut itu saling berhentaman ombak-ombaknya.

Al-Quran menetapkan peranan ketiga tabir dalam membentuk kegelapan-kegelapan di laut yang dalam, dan bahawa kegelapan tersebut bertindih-tindih. Ayat tersebut juga mengandungi penjelasan tentang tujuh kegelapan di kedalaman pada bahagian awal, dan tiga kegelapan tabir di bahagian akhir. Wallahu’alam.

21 April 2014

WAJIB PENUHI UNDANGAN KENDURI/JAMUAN

HADIS NABI

Dari Abu Hurairah r.a.,: katanya

“Rasulullah s.a.w. bersabda: ” Apabila seseorang di antara engkau semua diundang – untuk menghadiri sesuatu jamuan makan, maka hendaklah mengkabulkan undangan itu. Jikalau ia berpuasa, maka hendaklah ia berdoa sesuatu yang baik untuk keluarga yang mengundang itu – dan jikalau ia berbuka – yakni tidak berpuasa, maka hendaklah makan. – (Riwayat Muslim)

19 April 2014

Ombak Rindu Versi Taubat

3 Simpulan Masa Manusia Tidur

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Waktu seseorang sedang tidur, syaitan membuat tiga buah simpul di kepalanya. Untuk setiap simpul ia (syaitan) mengatakan, ‘Tidurlah engkau sepanjang malam’.

Ketika terbangun, lalu dia (orang yang tidur) menyebut nama Allah, maka lepaslah satu simpul. Jika berwudhu’, lepas pulalah satu simpul. Dan jika dia solat terbukalah seluruh simpul.

Maka waktu bangun pagi ia akan merasa penuh semangat dengan badan yang segar bugar. Jika tidak, dia akan bangun pagi dengan perasaan serba tak enak dan malas.”

16 April 2014

USTAZ YASSIR SALLEH MALAM INI

KULIAH MAGHRIB
OLEH USTAZ YASSIR SALLEH

MALAM INI
RABU
16 APRIL 2014
DI SURAU ALHIJRAH

SEMUA DIJEMPUT HADIR

11 April 2014

Mesyuarat Agung Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria

Hari:    Ahad
Tarikh:   13 April 2014
Masa:  9.00 pagi
Tempat:  Dataran PPR Pantai Ria

Semua penduduk PPR Pantai Ria dijemput hadir beramai-ramai untuk memilih ajk baru sesi 2014 hingga 2016.

Mohon pilihlah calon yang berwibawa, berkebolehan, sahsiah yang baik  serta mempunyai latarbelakang yang baik.

06 April 2014

Majlis Anugerah Cemerlang SPM/STPM Surau AlHijrah

antara anak-anak yang hadir

Hj Kairom dan Datuk Hasbullah

Jeff Hazimin  menyampaikan "tazkirah" bertajuk "menjadi manusia hebat"

Datuk Hasbullah dari Perkim Kebangsaan berucap

kanak-kanak yang hadir

penerima anugerah cemerlang

STPM 3A1B

STPM 1A3B

SPM 7A

SP7A

SPM 9A - paling cemerlang untuk tahun ini


acara menjamu selera

Hj Kairom, Jeff Hazimin, Datuk Hasbullah dan admin