Ibubapa adik Wan Mohd Farhan di Wad 6PB PPUM
Seorang kanak-kanak dari PPR Pantai Ria mengalami kecederaan melecur tahap ke 2 yang disahkan oleh pihak Doktor PPUM - Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Adik Wan Mohd Farhan, berusia hanya 6 tahun tetapi mengalami kecederaan yang agak teruk kesan air panas yang tertumpah ke atas badannya. Kejadian berlaku lebihkurang satu bulan yang lepas. Adik Wan Mohd Farhan masih berada di wad Tingkat 6PB PPUM untuk menerima rawatan.
Ibubapa beliau mengharapkan sumbangan para pembaca / muslimin / muslimah yang dermawan supaya dapat membantu mereka membayar bil hospital serta kos rawatan yang lain.
Jika anda prihatin atas keadaan adik Wan Mohd Farhan , anda boleh menghulurkan sumbangan kepada no akaun Bank Rakyat 220431004355 E.Norrobayah bt Ibrahim atau boleh datang sendiri ke rumah beliau di no B - 12 - 15 PPR Pantai Ria.
Pihak surau akan mengadakan tabung Adik Wan Farhan mulai hari ini hingga Isnin. Sumbangan boleh dihulurkan kepada AJK surau atau Bendahari En kahar. Sumbangan akan diberikan terus kepada keluarga adik Wan farhan.
Anda boleh menghubungi ibu beliau Puan E Noorabayah di no talian 0146360196 atau bapa beliau, En Wan Azahar Wan Mahmood di no 0192900446.
Sama-samalah kita membantu saudara kita yang perlukan bantuan. Entah esok, hari kita pula.
sama-samalah kita membantu semasa ada
ReplyDeletetak ada bantuan dari mana2 pihak ke?
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeleteThis comment has been removed by a blog administrator.
Deletekita kena prihatin dengan apa yang berlaku disekitar kita
ReplyDelete