Peperiksaan PMR bermula hari ini sehingga 9 Oktober 2013. Moga anak2 PPR Pantai Ria akan beroleh keputusan cemerlang dan boleh melanjutkan pelajaran kesekolah berasrama penuh seperti MRSM atau Sek Men Sains. Tahun depan tiada lagi PMR !
Peperiksaan Penilaian Menengah
Rendah (PMR bakal digantikan kepada Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah
Rendah (PBSMR) yang akan dilaksanakan pada tahun hadapan.
Penilaian tersebut akan
disediakan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia (LPM) merungkai empat subjek untuk
dinilai kepada pelajar selain memberi dua cara untuk menjawab soalan sama ada
dalam bahasa Malaysia atau Inggeris.
Menurut sumber, perkara
tersebut akan diterangkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri sebelum penghujung tahun
ini.
Pelaksanaan dan peperiksaan
akan dijalankan oleh guru di sekolah tersebut dengan pemantauan LPM yang
bertindak sebagai pemerhati.
Peperiksaan itu hanya
melibatkan empat subjek, Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan
Sains.
Walaubagaimanapun, mata
pelajaran seperti Geografi, Sejarah, Pendidikan Islam dan Kemahiran Hidup akan
dinilai menerusi semakan berperingkat dibawah Pentaksiran Berasaskan Sekolah
(PBS) seperti kerja khusus, kursus amalan dan projek.
PMR yang bermula hari ini mula
diperkenalkan pada 1993 menggantikan Sijil Rendah Pelajaran (SRP).
No comments:
Post a Comment