30 September 2013

Kajian UM di Surau AlHijrah

Universiti Malaya sedang menjalankan kajian tentang pengukuran badan orang-orang tua warganegara Malaysia yang berumur 60 tahun ke atas. Mereka bercadang untuk menjalankan kajian di kawasan PPR Pantai Ria.
 
 
Kajian akan dibuat di  surau AL-Hijrah seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 5 Oktober 2013
Hari: Sabtu
Masa: 9.00 pagi - 5 petang

Sedikit wang saguhati akan diberikan kepada subjek kajian tersebut.
 
Semua wargaemas umur 60 tahun keatas dijemput hadir.

26 September 2013

Seminar Ibadah Qurban dan Terapi Solat di Masjid Wilayah Persekutuan



Penambahan Tempat Parking

Pihak DBKL dengan kerjasama Persatuan Penduduk Pantai Ria  sedang membersihkan kawasan tanah diluar pagar sebelah blok A dan B berhampiran sungai bertujuan untuk membina tempat meletak kereta tambahan berikutan kekurangan tempat meletak kereta yang sangat kritikal sekarang.

Meletakkan kereta secara berlapis di jalan utama sudah menjadi lumrah sehingga tinggal 1 lorong sahaja untuk laluan awam. Keadaan menjadi sangat sesak pada waktu pagi dengan bas sekolah juga bas Rapid.

Semoga kawasan parking tambahan ini dapat melegakan sedikit sebanyak penduduk dikawasan kita yang mempunyai kereta.

23 September 2013

Mencari 2 Kanak2 Hilang di KL

Dua orang kanak2 dilaporkan hilang di kawasan Jalan Ipoh Kuala Lumpur pada 13 Jun 2013 yang lepas. Orangramai diminta membantu dengan menyebarkan maklumat ini kepada semua rakan2 anda, moga dapat dipertemukan kembali anak2 ini dengan kedua-dua ibubapanya.

Ibunya dilaporkan mengalami kemurungan yang teruk sejak anak mereka ini hilang.

Kedua-dua ibubapanya telah melakukan berbagai ikhtiar untuk mencari kedua-dua adik beradik ini namun sampai saat ini masih belum bertemu. Bapanya, Mohd Syah masih tidak berputus asa mencari kedua-dua mereka. Mohd Syah kini berada disekitar Pantai Dalam.

Semalam, bapa kanak-kanak malang ini telah berjumpa ajk surau dan memaklumkan masalahnya. Atas dasar prihatin, jemaah surau telah melakukan derma kilat selepas solat untuk membantu beliau. Malam ini juga, jemaah surau telah melakukan solat hajat memohon kepada Allah supaya mereka kembali kepangkuan keluarganya.

Jika anda mempunya maklumat tentang kedua-dua beradik ini, silalah hubungi Balai Polis Jalan Ipoh bercakap dengan Inspektor Shahrul Nizam.

Butir-butir mereka adalah

Nordiana Shafiza - 10 tahun
Mohd Shafiz Denial - 8 tahun

Hilang pada 13 Jun 2013 di kawasan Jalan Ipoh, KL

Bapa: Mohd Shah bin Abdullah


Nordiana dan Mohd Shafiz yang hilang tanpa kesan

notis kanak2 hilang yang ditampal di surau AlHijrah
 
laporan Harian Metro



22 September 2013

Adnan Ismail (Pak Teh) C-11-13 Meninggal Dunia

En  Adnan  Ismail, lebih mesra dipanggil Pak Teh, usia lewat 60an telah kembali kerahmatullah pada petang tadi di PPUM. Beliau dimasukkan ke hospital pagi tadi kerana sesak nafas. Arwah telah jatuh sakit sejak 5 bulan lepas. Beliau pernah membuka gerai makan di sebelah Blok C.

Rumah beliau ialah C-11-13, PPR Pantai Ria. Jenazah dijangka akan dibawa ke Masjid Khadijah pada jam 9 pagi esok dan akan dikebumikan sebelum Zohor.

Alfatihah untuk arwah Azlan, moga rohnya dicucuri rahmat. Amin.

Parti Komunis Malaya - Kejam Tahap Gaban

Chin Peng bangga jadi orang buruan dengan tawaran RM250,000 pada tahun 1950an
 
Chin Peng di Thailand
 
 
 
Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di Kampong Koh, Sitiawan Perak dan telah menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berumur 15 tahun.

Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah setiausaha agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang AS$1 juta (RM3.2 juta).
 
Fakta mengenai keganasan Parti Komunis Malaya (PKM) sepanjang pemberontakan mereka dari tahun 1948 hingga 1989:

1. 3 orang peladang Inggeris telah dibunuh di Perak pada 16 Jun 1948. Peristiwa ini telah menyebabkan penjajah British mengisytiharkan darurat.

2. Seramai 18 anggota polis telah terkorban dalam satu serangan mengejut komunis terhadap Balai Polis Bukit Kepong pada waktu subuh 23 Februari 1950.

3. Sepanjang tahun 1950, seramai 120 anggota polis terbunuh, manakala 222 orang Polis Khas (SC) terkorban akibat kekejaman komunis.

4. Pada 1 Oktober 1951, Pesuruhjaya Tinggi British di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney dibunuh dalam satu serang hendap di Bukit Fraser.

 
Surat Chin Peng kepada Tunku minta berdamai 

5. Pada 17 Jun 1968, segerombolan gerila komunis telah menyerang hendap konvoi pasukan keselamatan Malaysia di Pekan Kroh (Pengkalan Hulu) dan membunuh 17 anggota polis.

6. Seorang ahli UMNO telah dibunuh oleh ejen komunis di Pulau Pinang pada April 1969.

7. Pada 24 Julai 1969, seorang wanita Cina telah dibunuh di Sintok, Kedah kerana didakwa belot kepada perjuangan komunis.

8. Pada 10 Disember 1969, komunis telah meletupkan jambatan keretapi di Kok Mak berdekatan dengan sempadan Padang Besar, Perlis.

9. Komunis telah menyusup masuk ke Padang Besar dan melepaskan 3 das tembakan ke arah balai polis di situ pada 14 Disember 1969.

10. Dalam satu peristiwa pada tahun 1970-an, komunis telah memusnahkan jentera dan peralatan membina jalan yang digunakan untuk membina Lebuhraya Timur-Barat.
 
antara angkara komunis

mensabotaj landasan keretapi

membakar

menembak



pondok komunis

pancung

peristiwa bukit kepong


 
 
 


Kekejaman komunis terhadap anggota polis Cawangan Khas (SB):

11. Timbalan Penguasa Polis, Wong Lin Hoon telah mati ditembak di Kuala Lumpur pada tahun 1973.

12. Komunis terus mengganas dengan membunuh Ketua Inspektor Chin Chin Kou pada 12 Julai 1973 di Serdang, Kedah. Diikuti 3 bulan kemudian, Detektif Sarjan Chong Kek Oh yang mati ditembak di Sungai, Siput, Perak.

13. Pada 3 Januari 1974, Detektif Konstabel Lee See Kaw telah mati ditembak di Malim Nawar, Perak, diikuti pembunuhan terhadap Detektif Sarjan Lee Yoon Chin pada 20 April 1974 di Melaka. 4 hari kemudian, Detektif Konstabel Ong Soon Chua yg mati ditembak di Chemor, Perak.

14. Pada 6 Jun 1974, komunis bertindak lebih kejam apabila menembak mati Ketua Polis Negara, Tan Sri Abd. Rahman Hashim semasa beliau berada di dalam keretanya di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur.

15. Komunis telah mengebom Tugu Negara pada 26 Ogos 1975 hingga mengakibatkan kerosakan besar.

16. 2 minggu kemudian, komunis telah melemparkan bom tangan ke arah kem Pasukan Polis Hutan (PPH) yg terletak di Jalan Pekeliling, Kuala Lumpur, membunuh 2 orang anggota dan mencederakan 41 anggota yang lain.

17. Pada 13 November 1975, Ketua Polis Perak, Tan Sri Khoo Chong Kong telah dibunuh di Ipoh semasa berada di dalam kereta. Kejadian tersebut turut meragut nyawa pemandunya Sarjan Yeung Peng Cheong.

18. Antara tahun 1969 hingga 1978, seramai 395 anggota pasukan keselamatan telah terbunuh, manakala 919 yang lain cedera.

19. Seramai 70 orang awam telah terkorban, manakala 75 yang lain tercedera dalam tempoh 1968 hingga 1982.
 
Kekejaman Komunis Terhadap Orang Melayu
 
Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam , di Tanah Melayu.

Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China.

Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu.

21 September 2013

Chin Peng - Komunis Tetap Komunis


                                                                                 Chin Peng masa muda
\
\




MENGAPA CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI

PKM - Partai Komunis Malaya yang ditubuhkan pada awal tahun 30an bekerjasama dengan pihak British menentang Jepun bukan hanya untuk membebaskan Malaya tetapi mempunyai agenda lebih besar dari apa yang kita ketahui.

i. PERTAMA, untuk mendapatkan bekalan senjata, peluru dan latihan ketenteraan dari pihak British. Selepas perang kesemua senjata ini tidak dipulangkan, malah digunakan pula untuk memerangi pihak British.
 
ii. KEDUA, matlamat utamanya adalah untuk mendominasi politik di MALAYA selepas perang dunia kedua dan menukar sistem pemerintahan kepada sebuah Republik Komunis. Ini terbukti dengan percubaan mengambil alih pemerintahan di Malaya oleh PKM dan kuncu-kuncunya sejurus selepas kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana penentangan berani masyarakat Sg. Manik dan kembalinya pihak British ke Malaya, mungkin lebih ramai orang Melayu akan di sembelih.

iii. KETIGA, orang-orang Cina memang berdendam dengan Jepun. Ini kerana Jepun telah menyerang CHINA pada tahun 1937 dan seterusnya membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang Jepun di Malaya adalah sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan orang Cina di Malaya.

iv. KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi British dan KOMUNIS CHINA. Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan ekonomi akan membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang telah ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama sendiri.

v. Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM terus melaksanakan revolusi bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan keselamatan dan rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda negara di musnahkan.

Semasa itu kita sudah pun merdeka. Nak bebas apa lagi ! Bukankah mereka ingin bebaskan MALAYSIA dari kepimpinan Bangsa Melayu? Herokah Chin Peng ini? Hero untuk siapa? Untuk orang Melayu tak mungkin. Untuk orang Cina Malaysia, ramai juga yang merasai kekejaman dan mati ditangan PKM, dan sama-sama berjuang menentang bermati-matian terhadap mereka. Kemungkinan besar Chin Peng hanya ingin berbakti kepada negara asal ibundanya, Republik Komunis China.

KITA LUPAKAN DIA SAHAJA

Salam,

Sharom Hashim
- untuk renungan bersama
 

20 September 2013

Srikandi Pejuang Islam di Syria

Penglibatan kaum wanita dalam perjuangan menentang kezaliman tentera Syria yang dipimpin oleh Basyer AlAssad sangat mengejutkan. Kebanyakkannya menganggotai FSA atau Tentera Pembebasan Syria.

Ramai wanita Syria yang sama-sama menggalas senjata untuk menentang pemerintah yang zalim. Mereka berganding bahu bersama lelaki untuk membebaskan bumi Syria dari puak munafik. Kita tabik kepada keberanian kaum wanita di sana.





Ini ialah Guevera, pejuang wanita Syria. Dulunya beliau ialah pengarah sebuah sekolah menengah di Aleppo, Syria. Kini mengangkat senjata menentang tentera pemerintah yang zalim..

salah seorang pejuang wanita Syria

latihan menembak

pejuang wanita berehat

2 wanita ini adalah pejuang Kurdish yang datang ke Syria membantu saudara seagama


Perang tidak mengenal sesiapa, hanya kehancuran yang tiba

Perarakan Raksasa ATM di Dataran Merdeka !

 
 
 
Jangan lupa untuk menghadiri Perarakan Raksasa ATM sempena Hari Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke 80 di Dataran Merdeka pada 21 September 2013 mulai Jam 0800H. Akan ada perarakan besar-besar meliputi semua agensi dibawah Angkatan Tentera Malaysia, Pelbagai aset pertahanan akan dipamerkan, pelbagai demonstrasi, Pertunjukan dan pameran dari ketiga-tiga cabang ATM akan dipamerkan dan ditunjukkan. Pelbagai KEJUTAN yang istimewa yang belum pernah dipertunjukkan dan dipamerkan .

Ayuh meramaikan Dataran Merdeka pada 21hb September 2013, pastikannya ada dalam kalendar dan diari anda. Bawa Keluarga, Sahabat Andai dan kekawan ke Dataran Merdeka.

Pengunjung digalakkan datang awal untuk mendapat lokasi yang menarik untuk melihat perarakan dan juga dicadangkan datang menggunakan pengangkutan Awam..

JUMPA ANDA DI SANA..
Perarakan : 21/9/2013 (8.00am-10.30am)

Pameran : 21/9/2013 (10.00am-10.00pm)
22/9/2013 (10.00am-5.00pm)

Tempat : Dataran Merdeka, Kuala Lumpur

Tips Datuk Fazilah Kamsah Untuk Hadapi Peperiksaan

Dari facebook Dato Fazilah Kamsah

As salamu'alaikum shbt yg di muliakan Allah. Terlalu ramai pelajar yg minta tip utk menghadapi peperiksaan. Di antara tip yg praktikal & berkesan:

 1. Jaga solat 5 waktu dgn sempurna.
2. Lakukan solat taubat, hajat & istikharah-- hati jadi bersih, mudah belajar & dpt jwb soalan dlm pep dgn cemerlang.
3. Doakan ibubapa, guru2 & kawan2. In sya Allah ilmu jadi berkat.
4. Ilmu itu cahaya, & cahaya tak masuk hati yg gelap. Justeru, sentiasa cuci hati dgn berbagai cara yg telah kerap saya syorkan.
5. Tukar minda ke MODE PEPERIKSAAN: Jadikan bilik belajar di rumah menjadi Bilik Gerakan Pep: Ada jadual pep, count down ke hari pep, bubuh matlamat di dinding, cth: Nak dpt 10A dlm SPM 2013, bubuk kata2 motivasi, doa2 penerang hati & kejayaan, peta minda topik2 yg penting, dll.
6. Fahamai strategi belajar & sesuaikan dgn STAIL PEMBELAJARAN ANDA-- sama ada u pelajat visual ( belajar dgn membaca), audio (belajar dgn mendengar),atau kinestetik (belajar secara praktikal & hands on).
7. Barangsiapa belajar dgn niat utk membantu kwn lain yg lemah, akan dpt 10X ganda kefahaman & daya ingatan. So, betulkan niat masa nak belajar!
8. Ubah PERSEKITARAN: belajar dgn duduk di kerusi sambil menghadap KIBLAT (JGN SESEKALI BELAJAR DGN DUDUK DI LANTAI ATAU ATAS KATIL!!!), kemaskan persekitaran, jika sesuai, tukar warna bilik ke warna HIJAU (Agar tenang) atau KUNING (Agar ceria), ada pewangi dlm bilik utk rangsang minda, pastikan cahaya matahari masuk ke dlm bilik utk beri tenaga ke dlm bilik & bunuh bakteria, bubuh pokok kecil di hujung meja tempat belajar utk supply oksigen yg di perlukan oleh otak. JGN BELAJAR SAMBIL DENGAR MUZIK (apa jenis muzik sekalipun!). SETAN YG AKAN MENGIRINGI ANDA BELAJAR & SUKAR NAK BENAR2 FAHAM!!!
9. Pakai minyak wangi masa nak study utk rangsang minda & tingkatkan IQ.
10. Senyum masa belajar utk relakkan minda & seronok belajar.
11. Minum air masak semasa belajar.
12.. Lakukan ulangkaji secara OUTPUT LEARNING:
a.. TENGOK SOALAN YG LEPAS, SOALAN CONTOH ATAU SOALAN RAMALAN,
b. Baca doa penerang hati, termasuk surah al Insyirah
c. Baca buku/ nota dgn menunjuk dgn jari. Bila membaca sambil menunjuk, konsentrasi, kefahaman & daya ingatan meningkat 20-60%.
d. Setelah membaca, fikir & ingat kembali fakta2 yg di baca tadi. Proses ini utk pindahkan maklumat drp buku ke sel2 memori dlm otak.
e. Lakar Peta Minda utk subjek yg berkaitan.
f. Semak ketepatan maklumat di peta minda (PM) & perkemaskan PM
g. Sebut secara lisan maklumat yg tercatat dlm peta minda utk mengukuhkan daya ingatan.
h. Cuba jwn soalan yg telah di rujuk di awal sesi ulangkaji tadi. Ini akan menguji kefahaman & tingkatkan daya ingatan.
i. Tampal peta minda yg penting di dinding utk di rujuk sblm tidur.
j. Baca Doa kesyukuran & mohon Allah lekatkan maklumat dlm minda sepanjang masa.
13. Kuatkan MEMORI DGN:
a. Doa penerang hati,
b. Makan yg seimbang,
c. Mengambil supplemen Minda spt EXCEL SUPREME yg amat membantu ratusan ribu pelajar utk memperkasa pembelajaran (hub 03-89255292 utk maklumat & tempahan),
d. Mkn kacang2 & Vit B complexs,
e. Makan madu, kismis, buah badam & tamar, etc
14. Hidupkan sunnah2 harian (elak kencing berdiri-- ini akan jadikan anda pelupa & lemah fikiran!).
15. Lakukan yg terbaik, bertawakkal kpd Allah & redha setiap pencapaian yg di hasilkan.
Moga Allah merahmati semua pelajar yg menghadapi peperiksaan. Aameen, wassalam.


Petikan dari facebook Dato Fazilah Kamsah

19 September 2013

Petugas Ibadah Korban DiPerlukan

Kami memerlukan tenaga sukarelawan untuk membantu pihak surau AlHijrah melaksanakan ibadah korban pada tahun ini. Silalah daftar nama anda dengan segera untuk memudahkan kami membuat pengagihan tugas.

Dijangkakan ibadah korban ini akan dilaksanakan pada hari Selasa, 15 Oktober  2013 selepas sahaja solat sunat  Hari Raya Aidil Adha (bermula 9.30 pagi).

InsyaAllah, setakat hari ini, kita telah mempunyai 8 ekor kerbau untuk dikorbankan. Tahun ini kita ada kelainan sikit, kita mengambil kerbau untuk ibadah korban berbanding lembu seperti tahun2 sebelumnya.

Jika anda berminat untuk membantu kami, sila hubungi mana2 ajk surau untuk memberi nama anda ataumenghubungi ajk surau, En Aliudin Ruslan di no tel 017 2339149 rumah C-10-10. Atau boleh juga hantar nama anda ke pihak surau.

Kerjasama dan sokongan anda kepada program ini sangatlah dihargai.  Allah SWT  sahaja yang dapat membalas sumbangan tenaga anda ini.

17 September 2013

Jemaah Surau AlHijrah Menyumbang Hampir RM1,100 Kepada Tabung Mesir

Pihak surau mengucapkan terimakasih kepada semua jemaah yang sudi menyumbang kepada Tabung Kemanusiaan Mesir yang dilancarkan oleh Ustaz Fadullah semasa ceramahnya tentang Krisis di Mesir pada hari ahad lepas.

Jumlah kutipan derma daripada para jemaah Surau telah mencapai hampir RM1,100.00. Wang tersebut telah diserahkan kepada Ustaz Fadullah Ismail pada hari ini yang akan menyalurkannya kepada rakyat Mesir yang memerlukan melalui sebuah NGO - Pertubuhan Lepasan AlAzhar Mesir (ILMAM).

Laman web ILMAM
https://www.facebook.com/prihatinmesir

16 September 2013

Hanya Islam Penyelamat

Dari Abu Hurairah juga, katanya : Raulullah S.A.W, bersabda : "Segala amal akan datang pada hari kiamat (untuk memberi syafaat kepada yang mengerjakannya),- di antaranya Sembahyang, datang lalu berkata: "Ya Tuhanku! Akulah sembahyang";Allah Taala berfirman (kepadanya):"Tujuan engkau itu baik (tetapi engkau sahaja belum cukup)";dan (selepas itu)datang pula sedekah, puasa, dan amal-amal yang lain, semuanya itu Allah berfirman (kepada tiap-tiap satunya):"Tujuan engkau itu baik, (tetapi engkau sahaja belum cukup)"; kemudian datang pula Islam lalu berkata : "Ya Tuhanku! Engkaulah Tuhan yang bernama :Al Salam, dan akulah : "Islam"; maka Allah Taala berfirman (kepadanya): " Tujuan engkau itu baik, pada hari ini dengan engkaulah aku menerima dan dengan engkaulah juga aku memberi balasan" (Imam Ahmad) Sumber : MUQADDIMAH MASTIKA HADITH RASULULLAH S.A.W-

15 September 2013

Program Mandi Minyak PSSGM

Program mandi Minyak untuk ahli2 Persatuan Seni Silat Gayung Malaysia Wilayah Persekutuan telah diadakan baru-baru ini bertempat di Gelanggang Silat Az Zahra , Jalan Puchong. Gelanggang Silat Surau AlHijrah turut menghantar 7 orang peserta silat untuk program ini. Berlangsung dari awal pagi dan tamat kira2 jam 7 petang.

Mandi minyak merupakan rutin wajib bagi ahli-ahli persatuan seni silat gayung malaysia. Dari pagi lagi, kelapa diparut, diperah santan dan ditanak hingga menjadi minyak. Sepanjang tempoh itu, bacaan2 zikir dan doa oleh jurulatih2 silat diadakan serentak.

Mandi minyak juga bertujuan untuk melonggarkan urat2 ahli silat yang lama menjalani latihan keras.

peserta sedang memandikan badan masing2 dengan minyak

semua peserta berpeluang melakukan sendiri melumur minyak kebadan sendiri dibantu rakan2








beratur untuk program mandi minyak

Jurulatih membacakan doa



mendengar amanat Jurulatih