14 November 2014

KULIAH MAGHRIB USTAZ FADULLAH ISMAIL

MALAM INI, JUMAAT
15 NOV 2014
 
SELEPAS MAGHRIB
DI SURAU ALHIJRAH
 
SEMUA DIJMEPUT HADIR
 
- BUKU APA ERTINYA SAYA MENGANUT ISLAM-

06 November 2014

PEMBESARAN SURAU ALHIJRAH BERMULA

Jawi telah melantik syarikat Widuri Merah Enterprise untuk menjalankan kerja-kerja membesarkan ruang solat surau kita. Pembesaran surau adalah pada bahagian  kiri dan kanan surau. InsyaAllah bila siap, surau kita akan dapat memuatkan hampir 500 jemaah pada satu2 masa. Pengurus syarikat ini ialah En Hasmady Samad.

Mohon kerjasama semua jemaah supaya kerja2 berjalan lancar dan dapat disiapkan dalam tempoh yg ditetapkan.

Kerja2 akan bermula esok, Jumaat, 7 November 2014. Mungkin 3 bulan baru siap.

Forum Maal Hijrah - Masjid Khadijah

FORUM MAAL HIJRAH 
"KU TUNGGU HIJRAH MU"


DI MASJID JAMEK AL KHADIJAH PANTAI DALAM

JUMAAT
7 NOV 2014
LEPAS ISYAK


PENCERAMAH
1. US EBIT LIEW
2. SDR YATT HAMZAH


MODERATOR
US MAHADIE ISMA'ELY


SEMUA DIJEMPUT HADIR

31 October 2014

kULIAH bULANAN Ustaz Baharudin Malam Ini

KULIAH MAGHRIB

AKIDAH MUSLIMIN

USTAZ BAHARUDIN DARI SLIM RIVER PERAK

31 OKTOBER 2014
JUMAAT

SEMUA DIJEMPUT HADIR

14 October 2014

EN MOHD YUSUF DOHIT MENINGGAL DUNIA

MAKLUMAN KEMATIAN

EN YUSUF DOHIT, RUMAH C-14-12 PPR PANTAI RIA TELAH KEMBALI KERAHMATULLAH SEBENTAR TADI.

JENAZAH MASIH KAT PPUM.

ALFATIHAH UNTUK ALLAHYARHAM

09 October 2014

PROGRAM SOLAT HAJAT UNTUK PELAJAR

PROGRAM SOLAT HAJAT DAN CERAMAH MOTIVASI
UNTUK PELAJAR UPSRA/UPKK/PT3/SPM/STPM/STAM

HARI: JUMAAT
TARIKH: 10 OKTOBER 2014
MASA: MULAI SOLAT MAGHRIB

PENCERAMAH MOTIVASI:
USTAZ FADULLAH ISMAIL
PENGARAH AKADEMI REMAJA WILAYAH PERSEKUTUAN

SEMUA PELAJAR DAN MUSLIMIN/MUSLIMAT SERTA IBUBAPA DIJEMPUT HADIR

29 September 2014

USTAZ SYED NORHISYAM TUAN PADANG DI SURAU ALHIJRAH

TEMUI USTAZ SYED NORHISYAM DI SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA

ISNIN
29 SEPT 2014
SELEPAS SOLAT MAGHRIB
TAJUK:  IBADAH KORBAN

JAMUAN RINGAN DISEDIAKAN. SEMUA DIJEMPUT HADIR.

19 September 2014

30 August 2014

KRT Blok C dan D Telah Didaftarkan

makluman kepada semua penduduk Blok C dan D PPR Pantai Ria

KRT atau Kawasan Rukun Tetangga untuk blok berkenaan telah diluluskan oleh pihak Jabatan Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional pada 14 Julai 2014. Secara otomatik, semua penghuni Blok C dan D adalah menjadi ahli KRT, tak perlu daftar.

Kita mempunyai ajk penaja untuk menguruskan pendaftaran KRT serta akan mengadakan mesyuarat agung untuk memilih AJK tetap pada

10 September 2014
Rabu jam 9.00 malam
di kawasan lapang depan Bilik Komuniti Blok C.
- jamuan ringan disediakan

Pada hari tersebut juga, kita akan adakan pendaftaran keahlian untuk SRS atau Skim Rondaaan Sukarela. 

InsyaAllah, wakil dari Pihak Jabatan Perpaduan Negara akan hadir memberi penerangan.

Kami berharap semua penduduk Blok C dan D dapat hadir beramai2 memberi sokongan . Pada mereka2 yang berkebolehan memimpin, sila tawarkan diri anda untuk menjadi salah seorang ajk KRT ini. Kami perlukan ajk2 yg amanah, bertanggungjawab serta sedia berkhidmat untuk masyarakat.

- notis dari-
Jamil Hj Omar
Pengerusi Penaja KRT Blok C & D PPR Pantai Ria

Penyertaan Ibadah Korban Masih Dibuka

Kami masih berharap akan ada lagi pendaftaran untuk mengambil bahagian dalam program ibadah korban pada tahun ini di surau alhijrah PPR Pantai Ria.

Satu bahagian hanya RM500.00. Kita jangka ibadah korban akan dilaksanakan pada hari raya haji pertama iaitu hari Ahad, 5 Oktober 2014.

Pembinaan Sek Agama di PPR Pantai Ria Bermula !

makluman

Projek pembinaan Sek Ren Agama di kawasan PPR Pantai Ria telah bermula. Anda dapat lihat 2 buah kabin pejabat telah diletakkan sebelah surau kita sejak beberapa hari lepas.

Projek ini dijangka mengambil masa 2 tahun untuk siap. Dan anak2 kita, selepas ianya siap, tak perlu lagi belajar di sekolah agama di luar kawasan.

24 August 2014

Jamuan Raya Masjid Khadijiah

Masjid Khadijiah Pantai Dalam akan mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidil Fitri pada Ahad 24 Ogos 2014 Mulai jam 7.30 malam Ceramah oleh Ustaz Fauzi Mustapa pada jam 8 malam. Anjuran bersama 9 surau dibawah kariah Masjid Khadijiah.