30 March 2011

Jenayah Makin Menjadi2 di Pantai Ria

Semalam, berlaku satu kes ragut dihadapan Blok C, PPR Pantai Ria. Seorang wanita hampir diragut oleh seorang penunggang motosikal. Kejadian berlaku lebihkurang jam 7.00 petang. Tetapi perempuan tersebut agak bernasib baik kerana rantai yang dipakainya tidak sempat dilarikan.

Semalam juga 3 buah kereta dilapor telah dipecahkan oleh orang yang tidak dikenali dan barang bernilai dalam kereta dilarikan. Sebuah motosikal juga telah dicuri serta sebuah kereta yang diletakkan berhampiran blok A sebelah loji Indahwater telah hilang baru-baru ini.

Itu belum lagi dikira motosikal2 yang dicuri atau komponen2nya dikebas. Kita mengharap pihak Polis dapat membuat rondaan dan kawalan yang lebih kerap dikawasan kita untuk mengurangkan kejadian2 jenayah seperti ini.

Nak mengharap Persatuan Penduduk mengambil sesuatu tindakkan agak mustahil kerana ia tidak aktif. Jadi mungkin penduduk2 sendiri perlu mengambil tanggungjawab untuk mengadakan kawalan sendiri seperti rukuntetangga dan sebagainya.

29 March 2011

Benarkah Tarian Poco2 Haram ?

Berikut adalah surat dari Jabatan Mufti Negeri Perak yang menyatakan bahawa tarian poco-poco adalah haram. Mufti sudah tentu orang yang lebih arif menentukan samada sesuatu tarian itu salah atau tidak. Kalau Mufti dah keluarkan fatwa, eloklah kita berhenti dari melakukan senaman ini, banyak lagi jenis2 tarian yang sesuai untuk orang Islam.


Video tarian poco-poco dengan lagu asal dari Indonesia



Sila klik link dibawah untuk melihat makna poco-poco dalam bahasa Inggeris Jamaica -

http://books.google.com.my/books?id=_lmFzFgsTZYC&pg=PA356&lpg=PA356&dq=poco-poco+dance+origin&source=bl&ots=N6LrrpSqn8&sig=pZIF17pkNqmEr1P49V2vBArNaPE&hl=en&ei=48WWStDCCMyJkQXQr_i4DA&sa=X&oi=book_result&ct=result&resnum=10#v=onepage&q=poco-poco%20dance%20origin&f=false

28 March 2011

Kelas Tuisyen PMR dan SPM

Masjid Khadijah, Pantai Dalam akan mengadakan kelas tuisyen untuk pelajar2 yang akan mengambil pelajaran Bahasa Inggeris dan Matematik seperti berikut:-

PMR

Selasa dan Rabu
jam 8.00 malam hingga 9.00 malam



SPM

Selasa dan Rabu
jam 9.00 malam hingga 10.00 malam


Sila dapatkan borang di Masjid Khadijah. Kelas bermula 29 Mac 2011. Kelas diadakan di Kelas Kabin (luar Masjid Khadijah)

Surau AlHijrah Kena Pecah

Ada orang telah pecah masuk kedalam surau kita pada hari ini dengan memecahkan padlock dipintu grill. 3 buah tabung bergerak didapati telah dipecahkan dengan hampir kesemua wangnya telah diambil. Wang dalam tabung ini kali terakhir wangnya diambil oleh bendahari surau adalah kira2 2 minggu lepas.


Dijangkakan wang yang berada dalam tabung untuk tempoh 2 minggu adalah beratus-ratus ringgit. Kejadian ini disedari oleh bilal surau yang hendak azan zohor. Dijangkakan kejadian ini berlaku antara jam 10 pagi hingga 1.20 tengahari tadi. Sesiapa yang mempunyai maklumat tentang kejadian ini diharap dapat memaklumkan kepada ajk surau untuk dilaporkan kepada pihak polis.

Padlock pintu grill dipecahkan

Engsel terkopak



Engsel tabung dikopak

Ketiga2 tabung dikopak engselnya

27 March 2011

Kembara di Taman Tasik Perdana Mendapat Sambutan

Hentian no 3 - bincang soalan yg diberi

Kembara disekitar Taman Tasik Perdana bermula dari Masjid Negara telah berlangsung pagi tadi dan lebih dari 200 peserta menyertainya terdiri sebahagiannya dari saudara-saudara baru. Satu usaha murni dari pihak Perkim kerana sambil peserta berjalan-jalan menghayati keindahan alam semulajadi, semua soalan-soalan yang ditanya disetiap pit point (hentian) adalah soalan tentang Islam berkaitan alam / tumbuh2an / kejadian manusia. Terdapat 10 hentian soalan , antaranya di Taman Rama2, Panggung Anniversary, Taman Herba, Tasik. Sebelum berlepas

23 March 2011

Keputusan SPM Hari Ini

Kepada yang score banyak A tahniah, yang kurang score boleh cuba lagi pada exam STPM akan datang. Tapi Hang Tuah pun gagal juga dalam SPM !!! Kegagalan bukan segala-galanya.



Seramai 9,239 Pelajar Dapat Semua A Dalam SPM 2010
Oleh: NURUL AIN MOHD HUSSAIN - MSTAR

PUTRAJAYA: Seramai 9,239 calon sekolah Kementerian Pelajaran Malaysia telah mencatatkan gred keputusan cemerlang dengan mendapat semua A bagi setiap mata pelajaran dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun lalu.

Keputusan tersebut mencatatkan peningkatan sebanyak 1,252 orang calon berbanding 7,987 pelajar pada tahun 2009.

Ia diumumkan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Abdul Ghafar Mahmud semasa mengumumkan analisis keputusan SPM di Kementerian Pelajaran di sini, Rabu.

Beliau berkata keputusan tersebut merupakan keputusan terbaik dalam tempoh empat tahun.

Daripada jumlah tersebut, seramai 363 calon berjaya mendapat A+ bagi semua mata pelajaran yang diduduki berbanding 214 calon pada 2009.

"Calon yang mendapat sekurang-kurangnya kepujian atau gred C bagi semua pelajaran juga meningkat iaitu daripada 60,114 calon kepada 68,114.

"Bilangan calon yang memperoleh pencapaian semua A, meningkat bagi calon yang mengambil sembilan dan sepuluh mata pelajaran sementara pencapaian calon yang mendapat semua A bagi yang mengambil 11 dan 12 mata pelajaran adalah menurun,” katanya.

Jelasnya, bilangan calon yang gagal atau memperoleh gred G bagi semua mata pelajaran turut menunjukkan penurunan seramai 104 calon iaitu seramai 2,773 pada tahun lepas berbanding 2,877 pada 2009. "Jadi calon yang mendapat gred Cemerlang Tertinggi adalah masih terlalu sedikit berbanding bilangan calon yang gagal semua mata pelajaran iaitu 2,773 calon," katanya.

Abdul Ghafar berkata pencapaian calon sekolah swasta dan calon sekolah tajaan agensi selain kementerian, seramai 40 calon berjaya memperoleh gred cemerlang semua mata pelajaran berbanding 41 calon pada 2009.

Bagi calon yang berkeperluan khas pula, 319 calon berjaya mendapat sijil SPM dan daripada jumlah itu tujuh calon mendapat keputusan semua A bagi semua mata pelajaran yang diduduki.

Beliau turut mengesahkan bahawa pencapaian mata pelajaran pula 55 mata pelajaran menunjukkan peningkatan prestasi melebihi tiga peratus untuk gred cemerlang, dengan 39 subjek tidak berubah manakala sembilan lagi mencatatkan penurunan.

"Bagi gred kepujian (B+,B,C+,C) sebanyak 18 mata pelajaran meningkat, 43 stabil manakala 42 menurun dan kategori lulus pula (D dan E) sebanyak lima mata pelajaran adalah stabil dan 31 lagi menurun melebihi tiga peratus,” katanya.

Mengenai pencapaian sekolah pula, Abd Ghafar berkata sebahagian besar sekolah dirumuskan berada dalam kategori pencapaian sekolah Cemerlang, Baik dan Memuaskan manakala hanya 66 sekolah memperoleh pencapaian berpotensi.

Beliau berkata pencapaian calon mengikut lokasi turut meningkat dan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar dapat dikurangkan sebanyak 0.18 Gred Purata Nasional (GPN).

"Pencapaian calon luar bandar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu dan Sains adalah lebih baik daripada pencapaian di bandar sementara jurang prestasi dalam Bahasa Inggeris, Sejarah, Matematik, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral masih perlu dipertingkatkan.

"Semua pihak yang terlibat khususnya para pentadbir dan guru-guru sekolah berjaya memainkan peranan masing-masing dengan efektif dan efisien hingga dapat melahirkan pelajar yang berupaya mencapai kecemerlangan akademik," katanya.

Ditanya mengenai senarai nama pelajar dan sekolah yang mencatat keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM 2010, Abdul Ghafar berkata satu majlis khas akan diadakan di Lembaga Peperiksaan Malaysia, Jalan Duta Kuala Lumpur pada 1 April ini.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijangka merasmikan majlis berkenaan.

22 March 2011

Explorace Perkim di Taman Tasik Perdana



Sesiapa yang berminat untuk menyertainya, sila berikan nama ahli kumpulan anda kepada S/U surau dengan segera (sebelum hari khamis ini).

Sila klik atas gambar untuk membesarkannya.

21 March 2011

Bila Kiamat Berlaku ?



Allah SWT berkata kepada Nabi Muhammad tentang hari kiamat seperti berikut:

“Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) tentang saat itu (hari kiamat), “Bilakah masa datangnya (hari kiamat itu)?” Katakanlah, “Sesungguhnya maklumat tentang hal itu ada pada Tuhanku. Tiada siapapun yang dapat menerangkan waktu datangnya (hari kiamat itu) melainkan Dia. Amatlah berat (kejadian hari kiamat itu) di langit dan di bumi. (Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan secara mengejut.” Mereka bertanya kepadamu (Muhammad) seolah-olah engkau memang tahu tentangnya. Katakanlah (wahai Muhammad), “Sesungguhnya maklumat tentangnya ada pada Allah, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.”
(Al-A’raaf: 187)

Berpandukan ayat ini, jelaslah kepada kita sememangnya tidak ada sesiapapun yang dapat memberikan jawapan kepada soalan, “Bila akan berlaku kiamat?”

Injil Markus daripada Alkitab (Bible) menyokong hal ini dengan kata-kata Jesus (Nabi Isa as) yang berbunyi:
"Heaven and earth will pass away, but My words will by no means pass away. "But of that day and hour no one knows, not even the angels in heaven, nor the Son, but only the Father.”
(Mark 13: 31-32, New King James Version)

Maksudnya:
“Langit dan bumi akan lenyap (kiamat), tetapi perkataan-perkataanku tidak akan lenyap. Namun tentang hari dan masa (berlakunya kiamat) itu tidak ada sesiapapun yang tahu, tidak (diketahui) juga oleh para malaikat di syurga, tidak (diketahui oleh) Anak (Jesus), tetapi hanya Bapa (iaitu Allah saja yang tahu).”

Kesimpulannya, jangan sama sekali percaya dengan tarikh dan tahun-tahun kiamat yang diramalkan oleh sesiapapun. Kiamat akan berlaku pada waktu yang memang tidak disangka-sangka (secara mengejut) oleh sesiapapun.

Hal inilah yang ditekankan oleh Tuhan dalam firman-Nya yang bermaksud:
“(Hari kiamat itu) Tidak datang kepada kamu melainkan SECARA MENGEJUT.”

Maklumat Terkini dari Pentadbiran Surau

Pada mesyuarat AJK surau pada 17 hb Mac 2011 yang lepas, telah bersetuju dengan perkara berikut:-

1. Kutipan bulanan dari rumah kerumah akan diteruskan semula. Tiada had ditetapkan. Penduduk boleh memilih samada terus menyumbang RM3.00 sebulan ataupun jumlah lain yang tidak dihadkan. Petugas yang ditetapkan adalah seperti berikut:-

Blok A - Azizan
Blok B - Azman Baharudin
Blok C - Aris Mohd Ali / Aliuddin
Blok D - Anuar

Wang kutipan digunakan semata-mata untuk kegunaan aktiviti surau seperti bayaran penceramah / pengajar kuliah2 agama, bayaran letrik /air, bayaran saguhati untuk setiap kematian penduduk Islam serta aktiviti2 surau yang lain.

2. Program berkhatan untuk tahun ini akan diadakan pada awal cuti sekolah pada hujung bulan November 2011. Borang akan diedarkan tidak lama lagi untuk yang berminat. Bayaran dicadangkan adalah sekitar Rm100.00 sahaja seorang.

3. Penggunaan peralatan / kemudahan surau spt periuk belanga, tunku dan penggunaan letrik / air dan sebagainya untuk mengadakan majlis kenduri adalah dibenarkan dengan syarat mengisi borang pinjaman peralatan serta memberi sumbangan kepada tabung surau selepas kenduri selesai diadakan.

4. Penggunaan aircond surau adalah dibenarkan untuk kelas2 pengajian / kuliah agama sahaja bertujuan mengurangkan kos elektrik yang kini disekitar RM400.00 sebulan.

5. Pihak surau bercadang mengadakan satu lagi kem untuk remaja pada tahun ini. Tempat dan tarikh belum ditetapkan.

6. Biro Wanita digalakkan untuk menambah satu lagi kelas agama untuk wanita pada setiap bulan.

7. Penduduk boleh menggunakan ruang disebelah surau (dibawah kemah yang mempunyai kipas) untuk mengadakan majlis kenduri spt majlis doa selamat / kesyukuran dan sebagainya.


Sekian.

18 March 2011

Isu Al Kitab: Mufti Perak bimbang umat Islam marah, tak puas hati


Salah satu contoh kandungan dalam Al Kitab yang mempunyai banyak sekali perkataan Allah. Kebimbangan kita ialah tidak mustahil kitab ini sampai ketangan remaja muslim yang mungkin terpesong akidah mereka. Kita harap kerajaan mendengar nasihat dari Mufti yang lebih arif tentang perkara ini.



Buku al kitab dalam bahasa Indonesia

TERKINI @ 08:45:43 AM 18-03-2011


KUALA LUMPUR, 18 Mac — Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria memberi amaran keputusan Putrajaya untuk melepaskan naskhah kitab Injil yang ditahan Kementerian Dalam Negeri di Pelabuhan Klang dan Kuching akan membawa kepada rasa tidak puas hati dan kemarahan orang umat Islam.

Ketika dihubungi The Malaysian Insider, Harussani berkata beliau bimbang umat Islam akan bangkit menentang keputusan itu dan menyebabkan lebih banyak ketegangan dalam situasi semasa yang dilihat sangat sensitif.

“Saya takut, apa pun boleh berlaku di sini. Orang tidak gembira dan apa jua boleh berlaku,” kata beliau lagi.

Harussani berkata beliau telah berusaha untuk berhubung dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sejak mendengar keputusan itu Selasa lalu bahawa kerajaan telah memutuskan untuk memenuhi gesaan pemimpin-pemimpin Kristian dan beberapa parti politik agar melepaskan Al Kitab, dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan oleh Kementerian Dalam Negeri.

“Tetapi, saya tidak dapat bercakap dengan beliau (Najib) dan pembantu beliau juga tidak dapat menawarkan saya dengan sebarang maklumat,” katanya lagi.

Masyarakat Kristian dan Islam negara ini terlibat dalam ‘rebutan’ berkaitan dengan penggunana kalimah Allah sejak beberapa tahun lalu dan ia berakhir dengan kes mahkamah di mana pada akhir 2009 keputusannya memihak kepada gereja Katolik yang menerbitkan akhbar The Herald.

Bagaimanapun Peguam Negara membuat rayuan dan ia masih di peringkat Mahkamah Rayuan.

Umat Islam menganggap kalimah Allah hanya boleh digunakan oleh mereka.

Bagaimanapun penganut Kristian pula berhujah ia adalah perkataan Arab yang turut digunakan oleh pengiut agama lain termasuk Yahudi bagi merujuk kepada Tuhan, termasuk di negara-negara Arab dan Indonesia.

Harussani berkata, tidak kira sama ada isu itu masih didengar di mahkamah atau sebaliknya, kalimah Allah hanya harus digunakan oleh umat Islam dan eksklusif bagi mereka.

Harussani juga berkata beliau akan mengadakan pertemuan dengan Peguam Negara pada 25 Mac ini untuk membincangkan perkara tersebut dan berusaha memujuk pihaknya agar menghentikan pelepasan naskhah Al Kitab.

“Saya juga akan cuba bertemu dengan Menteri Dalam Negeri dan Perdana Menteri. Saya akan bercakap dengan mereka,” katanya lagi.

Harussani menambah, beliau tiada pilihan memandangkan berhadapan dengan tekanan daripada masyarakat Islam untuk menghentikan naskhah-naskhah itu daripada dikeluarkan.

“Sejak diumumkan tentang pelepasan (naskhah Al Kitab), saya menerima SMS demi SMS. Umat Islam memberitahu saya yang mereka marah dan mereka bertanya saya, mencabar saya ... apa yang hendak dilakukan?

“Disebabkan saya selalunya lantang dalam isu-isu ini, jadi apa yang perlu saya lakukan? Saya akan cuba bertemu dengan kementerian,” katanya lagi.

Harussani berkata umat Islam tidak menentang penggunaan kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, tetapi hanya perkataan Allah yang digunakan sebagai pengganti kepada Tuhan.

“Alasan kami mudah. Islam adalah agama rasmi di negara ini dan Allah, dalam al-Quran, didefinisikan sebagai “Yang Maha Tunggal’, yang bermakna satu-satunya Tuhan,” kata beliau lagi.

Harussani berkata meskipun kementerian membenarkan pelepasan dengan dua syarat tetapi tiada jaminan bahawa naskhah-naskhah itu tidak akan sampai ke tangan Muslim.

“Apa jaminan yang mereka ada? Apa jaminan yang mereka ada bahawa mereka (masyarakat Kristian) tidak akan menyebarkannya kepada Muslim?

“Mereka akan berkata, oh, kami tidak memaksa mereka (Muslim) untuk mengambil kitab itu, mereka sendiri akan mengambil. Jadi mengapa mencetuskan masalah ini?” katanya lagi.

Selasa lalu, kerajaan bersetuju membenarkan pengeluaran dan pengedaran secara terhad dan terkawal kitab Injil dalam Bahasa Malaysia, yang ditahan di Pelabuhan Kuching Sarawak, dan Pelabuhan Klang.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala berkata langkah kerajaan itu adalah selaras dengan warta 1982 di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri dan kitab itu mesti dicop dengan tag “Untuk Penganut Agama Kristian sahaja”.

“Sejak peruntukan undang-undang itu digunakan pada tahun 1982, tiada sebarang masalah atau isu yang timbul dengan pelaksanaannya,” katanya.

Selain itu, Idris berkata kajian teliti oleh Jabatan Peguam Negara juga mendapati pengeluaran kitab-kitab itu tidak akan menggangggu dalam prosiding mahkamah berkaitan penggunaan kalimah Allah.

“Oleh itu, dalam konteks berikut Kerajaan telah dapat secara amnya mengeluarkan kitab Injil tersebut,” katanya.

Petikan: Malaysian Insider

14 March 2011

Kartun Yang Tak Lucu !



Kartun yang keluar pada akhbar Berita Minggu pada ahad lepas menyebabkan banyak pihak rasa tak senang hati. Pada ketika kita bersedih atas kemusnahan yang begitu hebat kepada rakyat Jepun, ada pihak masih sempat membuat andaian lucu seperti kartun diatas. Ultraman itu hanya satu fiksyen kanak2 dan akan kekal sedemikian.

09 March 2011

Membeli Rumah Dengan Pinjaman 100% !

25 bank biaya golongan muda beli rumah

2011/03/09 (Berita Harian)
KUALA LUMPUR: Mulai semalam, golongan muda berpendapatan tidak melebihi RM3,000 sebulan boleh membuat pinjaman 100 peratus daripada 25 bank termasuk institusi kewangan Islam bagi membeli rumah berharga antara RM100,000 hingga RM220,000 menerusi Skim Rumah Pertamaku.

Skim yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, semalam, membolehkan pekerja swasta berusia 35 tahun ke bawah memohon pinjaman dengan tempoh maksimum pembiayaan 30 tahun. Kerajaan melalui Cagamas Berhad akan menjamin bayaran pendahuluan atau deposit sebanyak 10 peratus, sebagai jaminan melindungi bank daripada kerugian. Perdana Menteri berkata, skim itu adalah inisiatif kerajaan dengan kerjasama Cagamas dan institusi kewangan bagi mengurangkan beban golongan muda yang menghadapi masalah kos sara hidup serta harga hartanah yang tinggi di lokasi tertentu di negara ini.

Sehubungan itu, Najib mahu institusi kewangan mempermudahkan urusan pembelian rumah menerusi Skim Rumah Pertamaku bagi memastikan usaha kerajaan membantu golongan muda memiliki rumah sendiri berjaya.

Beliau turut mempelawa lebih banyak bank yang belum menyertai skim berkenaan membabitkan diri menjayakan inisiatif kerajaan itu untuk membantu rakyat memiliki rumah pertama dengan cepat.

“Sehingga ini, skim itu berjaya menarik penyertaan 25 institusi kewangan. Walaupun ia tidak memberi keuntungan lumayan kepada mereka tetapi ia amat bermakna kepada rakyat,” katanya di sini semalam.
Beliau berkata, Skim Rumah Pertamaku adalah satu contoh komitmen kerajaan dalam merealisasikan konsep 1Malaysia 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'.

Pada pembentangan Bajet 2011 tahun lalu, Perdana Menteri mengumumkan beberapa inisiatif untuk meningkatkan kualiti hidup rakyat termasuk Skim Rumah Pertamaku.

Selain itu, turut diumumkan peruntukan sebanyak RM568 juta untuk membina 300 rumah menerusi Projek Bantuan Perumahan Bandar, 79,000 unit di bawah Program Perumahan Rakyat dan 8,000 unit dalam Projek Bantuan Rumah Sewa serta peruntukan tambahan RM50 juta membantu pekerja estet miliki rumah dalam Skim Pembiayaan Perumahan Kos Rendah.

Info

Senarai 25 bank yang membiayai pinjaman 100 peratus

Bank Skim Rumah Pertamaku

1. Affin Bank Berhad
2. Affin Islamic Bank Berhad
3. Alliance Bank Malaysia Berhad
4. Alliance Islamic Bank Malaysia Berhad
5. AmBank Berhad
6. AmIslamic Bank Berhad
7. Bank Islam Malaysia Berhad
8. Bank Muamalat Malaysia Berhad
9. CIMB Bank Berhad
10.CIMB Islamic Bank Berhad
11.EON Bank Berhad
12.EONCAP Islamic Bank Berhad
13.Hong Leong Bank Berhad
14.Hong Leong Islamic Bank Berhad
15.Maybank Berhad
16.Maybank Islamic Bank Berhad
17.OCBC Bank Malaysia Berhad
18.OCBC Al Amin Berhad
19.Public Bank Berhad
20.Public Islamic Bank Berhad
21.RHB Bank Berhad
22.RHB Islamic Bank Berhad
23.United Overseas Bank Malaysia Berhad
24.Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
25.Standard Chartered Saadiq Berhad

Kriteria Kelayakan Utama

*Warganegara Malaysia
*Pembeli rumah pertama
*Berusia 35 tahun ke bawah
*Pendapatan kasar tidak melebihi RM3,000 sebulan
* Rumah berharga antara RM100,000 dan RM220,000
*Sah dalam jawatan dan bekerja dengan majikan sama tidak kurang enam bulan
*Jumlah bayaran balik tidak melebihi 1/3 daripada pendapatan bulanan
*Bukti pendapatan

06 March 2011

KEM SMART SOLAT

Masjid Khadijah akan menganjurkan Kem Smart Solat untuk kanak-kanak seperti berikut:-

1. Umur: 7 hingga 12 tahun
2. Tarikh: 20 mac 2011
3. hari: Ahad - akhir cuti sekolah
4. Tempat: Masjid Khadijah
5. Waktu: 8 pagi hingga 6 petang.
6. Bayaran Pendaftaran: RM10 seorang. Sijil penyertaan akan diberi.

Sila dapatkan borang pendaftaran di masjid khadijah atau hubungi pihak urusetia penganjur.

tarikh tutup pendaftaran ialah 13 Mac 2011.

05 March 2011

Sekolah Rendah Baru di Pantai Dalam?


Sek Keb Bangsar yang sudah sesak dengan pelajar

Kita merasa sepatutnya pembinaan sebuah sekolah yang baru di Pantai Dalam amat penting untuk disegerakan bagi menampung pelajar sekolah rendah yang terlalu ramai di Sek Keb Bangsar. Buat masa ini, difahamkan terdapat 10 kelas untuk tahun 1 sahaja dan setiap kelas menampung 30-35 pelajar.

Sek Keb Bangsar juga tidak dapat diperbesarkan lagi kerana semua ruang telah digunakan. Masalah parking juga sangat sesak ketika pelajar pulang dengan bas sekolah dan kenderaan ibubapa yang berebut tempat parking yang sempit.

Laman web sekolah kebangsaan bangsar http://skbangsarkl.blogspot.com/

Aduan Padang PPR Pantai Ria


04 March 2011

Petugas Kutipan Bulanan

Ramai yang bertanya kenapa sudah agak lama tiada petugas surau yang datang kerumah mereka untuk membuat kutipan sumbangan kepada surau seperti biasa, kebiasaannya sebulan sekali antara 30 hb hingga 5 hb.

Sebenarnya kami menghadapi masalah untuk mendapatkan petugas yang sukarela ingin membantu pihak surau membuat kutipan tersebut. Sebagai menghargai penat lelah mereka ini berjalan dari rumah ke rumah, sejumlah saguhati akan diberikan.

Walabagaimanapun, tidak ramai yang berminat dengan tugas ini. Jika ada pihak yang berminat untuk membantu pihak surau sebagi petugas kutipan, silalah berhubung dengan setiausaha surau dengan segera. Semoga niat murni anda itu akan dirahmati dan diberkati oleh Allah SWT sebagai amal jariah.

02 March 2011

Kerosakkan Speaker Luar Surau

Ramai yang bertanya kenapa bunyi laungan azan tidak lagi kedengaran dari speaker luar surau? Telah diperlahankan ke? Kami ingin maklumkan bahawa speaker surau diblok B, C dan D telah rosak kerana berkemungkinan terkena petir beberapa minggu yang lepas. Pihak kontraktor telahpun dipanggil untuk memperbaiki dan insyaAllah akan berfungsi seperti biasa tidak berapa lama lagi.

Diharap penduduk akan bersabar dengan keadaan ini. Bukan sahaja laungan azan tidak kedengaran tetapi kita juga menghadapi masalah membantu pemilik kenderaan membuat pengumuman jika ada kenderaan yang menghalang kenderaan lain dikawasan letak kereta.

Hari Kebesaran Islam 1432 Hijrah

Jadual hari kebesaran Islam untuk panduan kita.


17.3juta Saman Trafik Disenarai Hitam

Oleh ASSIM HASSAN
pengarang@utusan.com.my

--------------------------------------------------------------------------------
KUALA LUMPUR 1 Mac - Sebanyak 17.3 juta saman yang gagal dijelaskan oleh pengguna kenderaan di seluruh negara akan disenaraihitamkan mulai hari ini.

Tindakan itu diambil setelah tempoh yang diberikan untuk orang ramai membayar saman tersebut sejak Ogos tahun lalu, berakhir semalam.

Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Abdul Aziz Yusof berkata, jumlah itu adalah baki daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan oleh pihaknya atas pelbagai kesalahan sejak 2001 sehingga semalam.

Menurutnya, daripada 49.4 juta saman yang dikeluarkan dalam tempoh 10 tahun itu, sebanyak 31.9 juta saman dibayar oleh pengguna kenderaan sehingga semalam.

"Pengguna kenderaan yang belum menjelaskan saman tertunggak bagi semua kesalahan, mereka akan disenarai hitam bermula hari ini.

"Pengguna yang enggan membayar saman tertunggak selepas tarikh semalam perlu bersedia menerima implikasi jika disenarai hitam.

"Tempoh enam bulan sejak Ogos tahun lalu yang diberikan oleh kerajaan sebagai kelonggaran untuk pengguna yang mempunyai saman tertunggak menjelaskan saman mereka sudah memadai," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Semalam merupakan tarikh akhir yang diberikan oleh kerajaan kepada pesalah trafik untuk menjelaskan saman tertunggak mereka masing-masing sebelum dikenakan tindakan senarai hitam.

Menurut Abdul Aziz, sepanjang tempoh pembayaran saman yang diumumkan kerajaan sejak Ogos lalu, sebanyak 5.5 juta saman dijelaskan oleh pengguna kenderaan.

Daripada jumlah itu, katanya, sejumlah 1.5 juta saman diselesaikan pada minggu terakhir tempoh tersebut iaitu sepanjang minggu lalu mulai 21 Februari sehingga tengah malam tadi.

Beliau memberitahu, pihaknya membuat anggaran sebanyak 187,417 saman dijelaskan sehari dalam seminggu sebelum tempoh itu tamat.

"Jumlah ini menunjukkan peningkatan enam kali ganda daripada hari pembayaran biasa.

"Semalam sahaja, sebanyak 375,248 saman berjaya dijelaskan sehingga pukul 12 tengah malam berikutan tarikh terakhir pembayaran sebelum tempoh menyenarai hitam dilaksanakan.

"Situasi ini menunjukkan sikap segelintir masyarakat yang gemar menyelesaikan saman mereka pada saat-saat akhir," katanya.

Ditanya mengenai pesalah trafik yang disenarai hitam, Abdul Aziz berkata, mereka akan menghadapi kesukaran antaranya untuk memperbaharui lesen memandu dan cukai jalan kenderaan.

Beliau juga berkata, berkuat kuasa hari ini, orang awam yang dikenakan saman baru akan disenarai hitam jika gagal membayar saman tersebut dalam tempoh dua bulan.

"Ia akan berlaku secara automatik dalam sistem jadi bila disenarai hitam, seseorang itu tidak boleh memperbaharui cukai jalan dan lesen memandu mereka," katanya.

Mengenai aduan orang ramai yang sukar membayar saman berikutan sistem tergendala semalam, beliau berkata, keadaan itu berpunca daripada penggunaan yang terlalu tinggi dan tidak mampu ditanggung oleh sistem.

Komen: minta kerajaan lanjutkan tempoh membayar saman berdiskaun kerana ramai yang tak sempat bayar pada hari terakhir kerana komputer bermasalah.

Berita Terkini: Kerajaan memanjangkan tempoh membayar saman berdiskaun 50% kepada 10 hari lagi sehingga 10 Mac 2011 ! Yang belum bayor tu, cepat2 le bayor .....