25 June 2014

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H / 2014M

PROGRAM IHYA RAMADHAN 1435H / 2014M
SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA

1. Solat Sunat Tarawikh – mulai 28 Jun 2014 - Sabtu

2. Tazkirah – setiap malam oleh Penceramah Jemputan.

3. Tadarus AlQuran – Terbuka kepada Lelaki Dewasa/Wanita/Remaja
Yang berminat sila beri nama kepada Us Norbahyah – wanita/remaja perempuan.
Bagi peserta lelaki – sila beri nama kepada Setiausaha.
Tadarus AlQuran bermula : Sabtu 28 Jun 2014 selepas solat sunat tarawikh

4. Majlis Qatam AlQuran – 26 Ramadhan 1435H atau 24 Julai 2014 (Khamis).

5. Jadual More – mengikut giliran tingkat. Sila semak giliran rumah/tingkat pada jadual more yang akan diedarkan.

6. Program Qiyamullail – pada 13 Julai 2014 dan 20 Julai 2014 - Ahad jam 4.00 pagi. Akan dibimbing oleh Ustaz Mohamad (Ketua Imam) serta Ustaz Jemputan. Makanan bersahur disediakan.

7. Tahlil Arwah – setiap malam selepas Solat Sunat tarawikh

8. Kuliah Subuh - setiap hari Sabtu dan Ahad

9. Majlis Berbuka Puasa Perdana -
13 Julai 2014 - Ahad.

Bersama-sama kita mengimarahkan surau dengan aktiviti-aktiviti diatas , yang telah dirancang dan diluluskan dalam mesyuarat AJK Surau pada 24 Jun 2014.

Pihak kami memerlukan sumbangan para jemaah untuk menampung kos mengadakan program sepanjang bulan Ramadhan. Jika anda ingin melakukan amal jariah, anda boleh menyumbang terus ke akaun surau kami, Bank Islam 14180010009650 (Surau AlHijrah). Moga Allah memberikan ganjaran pada hambanya yang bersedekah ke jalan Allah.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pengerusi Surau, Hj Kairom Ahmad 0132254619, Bendahari En Kahar Abdullah 0192400132 atau Setiausaha, Jamil Hj Omar 0126663361.

SURAU KITA TANGGUNGJAWAB KITA

JADUAL GILIRAN IMAM DAN BILAL SOLAT SUNAT TARAWIKH


JADUAL GILIRAN MORE


18 June 2014

Bilal, siak bakal dihantar tunaikan haji

 

PUTRAJAYA - Bilal dan siak yang masih belum menunaikan haji berpeluang berbuat demikian apabila kerajaan bersedia menghantar mereka ke Tanah Suci selepas semua imam selesai melaksanakan rukun Islam kelima menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan One Malaysia Development Berhad (1MDB) 2014/1435H.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bagi memberi peluang kepada golongan tersebut menunaikan haji secara percuma di atas khidmat yang diberikan kepada masyarakat.
"Kita bersyukur kerana dapat meneruskan program ini sejak 2011 dengan menghantar sebanyak 2,311 jemaah dan pada tahun ini kita bakal menghantar 1,000 jemaah ke Tanah Suci.

"Rombongan kali ini turut menghantar dua Tok Batin yang mewakili masyarakat Orang Asli dan lapan guru pondok mewakili institusi pondok," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Progran Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB 2014/1445H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.

Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - KOSMO!