KUALA LUMPUR: Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Islam putuskan shisha adalah haram bagi umat Islam.

Selain menghisap shisha, jawatankuasa yang bersidang Rabu lalu turut melarang umat Islam daripada menyediakan sebarang perkhidmatan menghisap shisha atau apa-apa aktiviti berkaitan shisha.
Ini diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin dalam satu kenyataan hari ini. - Bernama