26 February 2014

300,000 Rumah Alami Gangguan Bekalan Air

 
KUALA LUMPUR 26 Feb. - Kira-kira 1.2 juta pengguna dari 300,000 isi rumah di beberapa kawasan di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya akan mula mengalami kesan terputus bekalan air atau tekanan rendah, ekoran pengurangan pengeluaran air terawat oleh lima loji rawatan air (LRA) atas arahan Unit Perancang Ekonomi Negeri Selangor (Upen), hari ini.

Penolong Pengurus Besar Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awam Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas), Priscilla Alfred berkata, ia melibatkan tujuh wilayah sekitar Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Selangor, Kuala Langat dan Hulu Selangor.

"Rezab bekalan air sedia ada yang sangat kecil dan dalam keadaan biasa sudah tidak mampu untuk menampung paras permintaan pengguna kerana kelima-lima loji rawatan air tersebut membekalkan 60 peratus daripada keperluan air terawat bagi kawasan berkenaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelasnya, Lembaga Urus Air Selangor (Luas) iaitu pihak yang bertanggungjawab terhadap sumber air mentah kerajaan Selangor telah mengeluarkan surat arahan kelmarin kepada Syarikat Pengeluar Air Selangor Sdn. Bhd. (Splash) yang mengurus tiga loji berkenaan agar mengurangkan pengambilan air mentah sebanyak 200 juta liter sehari (JLH) dari Sungai Selangor.

Loji terbabit ialah LRA Sungai Selangor Fasa 1, LRA Sungai Selangor Fasa 3 dan LRA Sungai Rasa manakala LRA Sungai Selangor Fasa 2 dan LRA Rantau Panjang diurus Puncak Niaga (M) Sdn. Bhd.

Pada masa sama, ekoran arahan yang dikeluarkan oleh Luas dan Upen itu, Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) telah mengarahkan Syabas menyediakan pelan pengagihan bekalan air berjadual bagi pengguna yang terlibat untuk dibentangkan kepada SPAN, esok.

"Jika pelan pengagihan bekalan air berjadual ini diluluskan, ia akan diumumkan kepada pengguna secara bersama oleh pihak SPAN dan Syabas pada 28 Februari ini untuk dilaksanakan mulai Ahad, 2 Mac 2014," kata Priscilla.

Syabas turut berharap pengguna yang terlibat dapat memahami situasi sebenar yang berlaku dan mengambil langkah untuk mengurangkan kesan yang bakal dialami.

Sementara itu, bagi pengguna yang tidak terlibat, mereka disaran menggunakan air secara berhemat dan mengelak pembaziran kerana setiap penjimatan boleh disalurkan kepada kawasan yang terlibat dengan gangguan. - BERNAMA

 

24 February 2014

GOTONG ROYONG PERDANA SABTU INI

Semua Penduduk PPR Pantai ria dijemput untuk bersama-sama mengambil bahagian dalam program Gotong Royong Perdana yang akan diadakan pada:

Sabtu
1 Mac 2014
Mulai Jam 8.00 pagi

Program anjuran DBKL. Jamuan makan disediakan. DBKL juga memerlukan 25 orang sukarelawan COMBI dari setiap Blok. Sila daftarkan nama anda dengan Ketua Badan Komuniti Blok anda.

21 February 2014

Siapa Lukman Al-Hakim?

Disebut dialam Al-Quran iaitu mengenai Luqman Al-Hakim. Seorang yang penuh dengan Hikmah dan Kebijaksanaannya. Persoalannya ialah, apakah beliau seorang Nabi atau Wali ?

Hikmah yang dikurniakan oleh Allah swt kepada Luqman boleh kita lihat dari surah Al-Luqman, ayat 12:

Dan sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmatNya kepadamu) dan sesiapa yang bersyukur maka faedahnya itu hanyalah terpulang kepada dirinya sendiri dan sesiapa yang tidak bersyukur (maka tidaklah menjadi hal kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi Maha Terpuji. “
Daripada fatwa yang disampaikan oleh Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa Al-Azhar, Sheikh Atiyah Saqr:
“Allah telah mengurniakan satu surah yang dinamakan atas nama Luqman. Kita dapat lihat firman Allah swt didalam ayat 12, surah Luqman: “DAN sesungguhnya Kami telah memberi kepada Luqman, hikmat kebijaksanaan, (serta Kami perintahkan kepadanya): “Bersyukurlah kepada Allah (akan segala nikmat-Nya kepadamu)”.

Didalam ayat ini menyebut bahawa Allah swt telah mengurniakan kepada Luqman Hikmah khususnya didalam wasiat-wasiat beliau kepada anaknya dan kepentingan wasiat tersebut.
Terdapat beberapa perselisihan mengenai keturunan beliau, dan ia tidak mempunyai nas yang kuat.

Sebagai contoh dari riwayat Mohammad bin Ishaq :Dia adalah Luqman bin Baouraa’ bin Nahor bin Tarikh (Azar), anak saudara kepada Nabi Ibrahim.

Berkata Al-Sohailli : Beliau adalah Luqman bin ‘Anqa’ bin Saron, dimana beliau mempunyai keturunan dari Nabi-Nabi.

Berkata Al-Zamakhshari : Beliau adalah Luqman bin Baouraa’ , sepupu kepada Nabi Ayub, telah hidup selama 1,000 tahun sehingga ke zaman nabi Daud dimana beliau menerima ilmunya.

Berkata Al-Waaqadyu : Beliau merupakan seorang hakim Bani Israel dan

Berkata Sa’id bin Al-Mosaib : Luqman adalah kaum hitam dari keturunan Sudan Mesir.

Begitu juga terdapat perbezaan dari segi kemahirannya. Ada yang mengatakan Luqman sebagai Tukang Jahit, dan yang mengatakan Pencari Kayu, dan yang mengatakan beliau sebagai Gembala dan ada juga yang mengatakan beliau sebagai Tukang kayu. Dikatakan beliau seorang hitam, dua tapak kakinya ketak-ketak. Mempunyai bibir yang tebal dan kesemua cerita-cerita tidak mempunyai bukti atau dalil yang kuat. Apa yang penting ialah kita ingin tahu apakah beliau seorang Nabi, Wali atau Lelaki yang Soleh!

Yang dipersetujui keatasnya ialah beliau dikurniakan Allah HIKMAH. Wasiat dan keputusan beliau direkodkan didalam Al-Quran, dan majoriti ulama’ mengatakan bahawa beliau adalah WALI dan bukannya NABI kecuali Ikrimah mempercayai bahawa beliau seorang Nabi. Tetapi sebagaimana yang dinyatakan oleh Al-Qurthubi didalam menafsir surah Luqman, bahawa sesungguhnya beliau merupakan seorang yang bijak dengan Hikmah Allah swt.
Apa-apa yang sebenar berlaku (sejarah beliau) yang kita kemungkinan jahil(kurang pengetahuan) mengenainya tidak memberi kemudaratan keatas kita, dan apa yang mustahak ialah mengikuti sejarahnya (sirah) dan mengambil hikmahnya”
Kesimpulannya

Jumhur Ulama mengatakan beliau seorang Wali yang dikurniakan oleh Allah kebijaksanaan yang disebut sebagai hikmah. Apa yang penting ialah pengajaran yang beliau bawa yang menjadi pelajaran kepada manusia sejagat. Dengan kurniaan Hikmah dari Allah swt disitu beliau mendapat gelaran Luqman Al-Hakim. Antara wasiat – wasiatnya di dalam Al-Quran:
  1. Jangan sekali-sekali engkau mempersekutukan Tuhan. – (Luqman:13)
  2. Wasiat untuk berbuat baik kepada kedua Ibu-Bapa. – (Luqman:14)
  3. Jangan ikut seruan syirik – (Luqman:15)
  4. Ingatlah, bahawa manusia itu akan mati. – (Luqman:15)
  5. Tiada yang akan tersembunyi dari ilmu Allah. – (Luqman:16)
  6. Dirikanlah Solat. – (Luqman:17)
  7. Kerjakan yang baik, tinggalkan yang jahat. – (Luqman:17)
  8. Jangan suka menyombongkan diri. – (Luqman:18)
  9. Sederhana dalam perjalanan. – (Luqman:19)
  10. Rendahkanlah suaramu. – (Luqman:19)
Wallahu’alam
Petikan: http://soalsolatumum.blogspot.com

14 February 2014

Yahudi - Bangsa Paling Angkuh !


ABDULLAH bin Salam atau nama sebenarnya Hushain bin Salam bin Harits, pemimpin Yahudi di Madinah membuat pendedahan kepada Rasulullah SAW siapakah sebenarnya kaum Yahudi itu. Katanya: “Wahai Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak paling kuat berdusta. Mereka jika tahu aku menganut Islam, mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenai aku.”

Maka Rasulullah SAW menyembunyikan Abdullah Salam lantas menghantar orang untuk memanggil golongan Yahudi yang kemudiannya menemui Baginda. Rasulullah bertanya mereka: “Apakah kedudukan Abdullah bin Salam pada pandangan kalian?” Jawab mereka: “Dia terbaik daripada kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin, anak pemimpin kami. Ulama, anak ulama kami”.

Rasulullah SAW bertanya mereka lagi: “Jika dia menganut Islam kalian akan turut menyertainya (menganut Islam)?” Jawab mereka: “Tuhan lindunginya daripada perkara berkenaan.”

Rasulullah kemudian meminta Abdullah bin Salam keluar memberitahu kumpulan Yahudi itu. Abdullah keluar dan menyatakan dengan penuh yakin: “Aku menyaksikan tiada Ilah melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah”.

Lantas golongan Yahudi berkata: “Dialah orang paling jahat dalam kalangan kami, anak orang paling jahat. Orang paling jahil dalam kalangan kami dan anak orang paling jahil”. Kata Abdullah bin Salam kepada Rasulullah: “Aku sudah beritahu wahai Rasulullah, Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta (Riwayat Ahmad dan Al-Bukhari).

Pendedahan itu memudahkan kita untuk mengenal siapa Yahudi yang begitu kontroversi kepada sebilangan kita hari ini. Memang tidak dinafikan bangsa Yahudi asalnya daripada keturunan mulia apabila dikaitkan dengan Nabi dan Rasul yang dibangkitkan dalam kalangan mereka, namun kemuliaan itu hancur disebabkan tindakan mereka sendiri.

Allah berfirman bermaksud: “Dan Kami tetapkan terhadap Bani Israel dalam kitab itu: Sesungguhnya kamu akan membuat kerosakan di muka bumi dua kali dan pasti kamu akan menyombong diri dengan kesombongan yang besar.” (Surah Al- Isra’, ayat 4)
Bangsa Yahudi ini terkenal dengan keangkuhan dan kebiadapannya. Mereka menganggap bangsa lain setaraf haiwan, malah ada di kalangan mereka yang menganggap lebih teruk daripada itu. Bangsa Yahudi sangat menyanjungi kitab suci mereka, hanya mereka satu-satunya bangsa dipilih untuk menguasai dunia. Dalam catatan kitabnya menyebut: “Hanya bangsa Yahudi adalah manusia, sedangkan bangsa lain bukan manusia, melainkan binatang.” (Kerithuth 6b hal.78, Jebhammoth 61a)

Mereka percaya Tuhan memilih mereka sebagai satu-satunya bangsa yang berhak memerintah dunia ini. Manifestasi itu membawa mereka kepada kesombongan yang tinggi sehingga sanggup bersumpah memerangi agama dan bangsa lain. Pegangan mereka adalah kitab Talmud, manakala kitab lain dianggap pembohong.
 
Contoh kelakuan biadap seorang perempuan Yahudi dan anaknya terhadap seorang perempuan Palestin


Halal bagi mereka membunuh bangsa lain khususnya Muslim. Malah dituntut, tidak menjadi kesalahan jika pembunuhan itu dilakukan mereka. Lebih jahat daripada itu mereka sanggup membunuh nabi dan rasul. Nabi Zakaria dan Nabi Yahya dibunuh kejam.

Hakikat sebenarnya menunjukkan jumlah mereka di atas muka bumi ini tidak ramai, hanya seorang bagi setiap 100 Muslim. Keseluruhan mereka berjumlah 14 juta saja, iaitu tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Sebahagian besarnya berada di Asia Barat dan Eropah termasuk di Israel, Amerika Syarikat, Rusisa (negara Kesatuan Soviet), Poland, Kanada, Jerman, Perancis, England, Sepanyol, Amerika Latin dan Iraq.

Ethnik mereka terdiri daripada Ashkenaz, Sephard, Mizrah dan orang Samaria. Bahasa pertuturan mereka ialah Ibrani, Yiddish, Ladino, Dzhidi Judeo-Aram, Judeo-Arab Juhuri, Krymchak, Karaim, Knaanik, Judeo-Parsi, Yevanik dan Zarphatik, manakala gerakan politik mereka ialah Zionisme Buruh, Zionisme Am, Zionisme Keagamaan, Zionisme Revisionis, Bund dan Kibbutzim. Zionisme ialah ideologi dirumuskan Dr Theodore Hertzl pada akhir abad ke-19. Tujuannya menghimpun seluruh etnik Yahudi yang berselerak.

Bermula penghijrahan beramai-ramai Yahudi ke Palestin pada 1882 dan sehingga 1903, sekitar 20,000 sudah berada di Palestin. Selepas mencapai kemerdekaan dari British pada Oktober 1917, Balfour berjanji kepada orang Yahudi pada 2 November 1917 untuk membina negara Yahudi di Palestin.

Ketika peperangan pada 1948, jumlah penduduk Palestin dua juta berbanding Yahudi 650,000, nisbah 69 peratus penduduk asal dengan 31 peratus pendatang haram Yahudi. Pertambahan berlaku disebabkan kemasukan tentera keamanan di bawah kawalan British ketika perang ini

Petikan dari Berita Harian

11 February 2014

Denggi Kembali Mengancam PPR Pantai Ria

Jabatan Kesihatan  memaklumkan setakat hari ini, seramai 10 orang telah disahkan mendapat demam denggi dan sedang dirawat. Semuanya dari PPR Pantai Ria seperti berikut:-

Blok A - 4 orang
Blok B - 3 orang
Blok C- 2 orang
Blok D - 1 orang

Hari ini juga, pegawai kesihatan melawat setiap rumah di PPR Pantai Ria memeriksa tempat2 yang disyakki mengamdungi jentik2 aedes.

Majlis taklimat ringkas telah diadakan di Surau AlHijrah selepas solat maghrib tadi menerangkan tentang peranan penduduk untuk memeriksa rumah masing2 untuk memusnahkan tempat pembiakkan.

Jabatan Kesihatan mencadangkan supaya penduduk membuat gotongroyong untuk membersihkan kawasan sekitar. Perkara ini tengah dibincangkan dengan pegawai berkenaan dan mungkin dibuat pada hari Ahad ini.

Mohon Like / Add FB Surau AlHijrah

 
mari kita berkongsi maklumat dengan add fb Surau Alhijrah dilink berikut
 

10 February 2014

Penghantaran Burger Terus Ke Rumah

Pertubuhan Kebajikan Baitul Hasan yang terletak di Jalan Pantai Dalam - Taman Gasing Indah kini melaksanakan jualan amal yang akan disalurkan ke Tabung Pendidikan Anak2 Yatim dan Miskin Baitul Hasan. Anda boleh memesan burger/fun fries yang akan dihantar terus ke rumah anda. Membeli sambil beramal.

06 February 2014

Bagaimana Rasanya Disebat di Penjara?

CERAMAH KHAS
- PENGAKUAN SEORANG BEKAS PENAGIH DADAH
bernama AHMAD SOOFI JASMAN

-Bagaimana terlibat dgn dadah sejak umur 19 tahun
-Pernah masuk/keluar pusat serenti/pemulihan
-pernah masuk/keluar 4 buah penjara
-pernah disebat di penjara

Kini menjadi penceramah anti dadah di sekolah2 serta mentor kepada rakan2 senasib yg ingin bebas dari dadah....

- Ikuti pengakuan terus terang Sdr Jasman di Surau AlHijrah PPR Pantai Ria pada hari:-

Jumaat, 7 Februari 2014 Selepas Solat Maghrib

Semua dijemput hadir. Disarankan anda membawa bersama keluarga dan anak-anak untuk mereka mendapat iktibar dan pengajaran bahawa najis dadah sangat merbahaya, sekali terjebak tiada jalan keluar bahkan akan punah kehidupan.

Mohon diwar-warkan kepada rakan2 disekitar Pantai Dalam.