30 May 2011

Seminar Solat Rasulullah - Teori dan Praktikal


Ustaz Zamihan Al Ghari

Masjid Khadijah Pantai Dalam, KL akan mengadakan seminar tentang Solat Rasulullah pada hari Ahad, 19 Jun 2011, dari jam 8.00 pagi hingga 5.00 petang. Ia akan dikendalikan oleh Ustaz Zamihan Al Ghari, Penolong Pengarah ILIM (Institut Latihan Islam Malaysia)

Bayaran adalah RM10.00 seorang. (termasuk makan pagi, tengahari dan petang). Sila dapatkan borang penyertaan di masjid tersebut.

28 May 2011

Kem Smart Solat




Apakah pilihan kita sebagai ibubapa?, membiarkan anak rosak dan hanyut seperti ini,


(petikan Harian Metro)

atau, seperti ini ?



Buat pertama kalinya, Surau Al Hijrah akan menganjurkan Kem Smart Solat, untuk mendidik anak2 cara yang betul bersolat, mengambil wudhu, rukun2 solat, cara solat berjemaah, bacaan2 dalam solat, doa2 yang selalu dibaca dan sebagainya. Bawalah anak2 anda ke program ini, sebagai tanggungjawab dan amanah dari Allah sebagai ibu dan bapa.

Kem Smart Solat
Tarikh: 19 Jun 2011
Hari: Ahad
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang (1 hari penuh)
Pendaftaran: 7.30 pagi
Tempat: Surau Al Hijrah

Syarat Penyertaan:

1. Hanya untuk anak-anak PPR Pantai Ria
2. Terhad kepada 100 orang peserta (lelaki dan perempuan)
3. Bayaran penyertaan:

a) 1 peserta RM10.00
b) 2 peserta (adik beradik) RM15.00
c) 3 peserta (adik beradik) RM20.00

4. Sarapan pagi, makan tengahari dan minum petang disediakan.
5. Sijil Penyertaan diakhir program.
6. Umur peserta: 7 hingga 15 tahun

Borang mula dikeluarkan mulai 30 Mei 2011. Tarikh akhir hantar borang ialah 12 Jun 2011 atau sehingga cukup jumlah peserta 100 orang. Sila hantar borang beserta bayaran kepada Bendahari Surau dengan segera.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi,

Hj Kairom 019 2161525
En Kahar Abdullah 019 2400132
Jamil Omar 012 6663361
Zuhari Kasa 013 3566466

26 May 2011

Apabila Imam Merokok !


Geng masjid kat warung kopi (gambar hiasan)


Bahan kimia dalam sebatang rokok


Kebolehan menempah maut

Seorang Ustaz dalam kuliahnya telah menyentuh tentang tabiat sesetengah imam yang merokok. Ada juga imam yang berani dan tidak ada rasa malu dengan selamba menunjukkan tabiat merokoknya kepada orang ramai dan tidak menyembunyikannya. Ustaz ini berpendapat imam-imam seperti ini boleh menjatuhkan imej institusi keagamaan seperti surau dan masjid di mata masyarakat. Imam seperti ini juga boleh mempengaruhi anak2 dan remaja untuk merokok kerana mereka adalah orang yang boleh dilihat hampir setiap hari terutama semasa waktu solat atau semasa aktiviti2 agama. Beliau berpendapat, dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang telah mengharamkan merokok, maka para imam sewajarnya berusaha untuk menghentikan tabiat ini.


Merokok Dari Pandangan Islam
Keputusan:

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.



Keterangan/Hujah:

1.Isu tabiat merokok ini timbul adalah hasil Seminar Pembasmian Tabiat Merokok anjuran Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) pada 2 November 1994 di mana telah meluluskan resolusi untuk menubuhkan badan bertindak kebangsaan bagi memerangi tabiat merokok di kalangan rakyat Malaysia.

2.Pada masa kini jumlah perokok sama ada di negara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta juga badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada kesihatan.

3.Pihak kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok terutamanya penyakit kanser, barah paru-paru serta penyakit jantung.

4.Kajian perubatan telah dapat membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6 hingga 8 mg nikotin dan setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita menghidu 4,000 jenis bahan kimia, hamper kesemuanya boleh memudharatkan badan manusia.

5.Merokok boleh mengganggu kesihatan, menghilangkan nafsu makan, merosakkan anggota badan, melemahkan jantung, kanser, barah paru-paru, gangguan pernafasan dan merosakkan otak.

6.Hukum merokok pada pandangan Islam seperti berikut:

(a)Sebahagian ulamak berpendapat merokok adalah harus kerana tidak sabit tentang kemudharatan atau mabuknya. Mereka juga bersandar kepada kaedah “ Asal Sesuatu Itu Adalah Harus “

(b)Setengah ulamak berpendapat merokok adalah makruh iaitu dikaitkan dengan bawang merah dan bawang putih di segi baunya.

(c)Ramai daripada ulamak berpendapat merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji.

(d)Nash-nash Al-Quran dan hadith seperti berikut adalah menjadi asas kepada penetapan hukum:

Maksud firman Allah swt dalam surah al-Baqarah ayat: 195 " Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan "


Kuliah Tafsir Ustaz Adlin Salleh


Ustaz Adlin Salleh - Pensyarah UM

Mohon muslimin dan muslimat untuk hadir ke kelas Tafsir AlQuran seperti berikut:-

Pengajar: Ustaz Adlin Salleh
Hari: Jumaat
Tarikh: 27 Mei 2011
Masa: Selepas Solat Maghrib

Pada minggu lepas, Ustaz Adlin telah memberi tafsir secara mendalam tentang Surau Al Ikhlas.

Ruangkan masa sebelum kita kesempitan waktu sementara masih diberi ruang oleh Allah SWT untuk bernafas dibuminya.

Kem Super Soleh Siri Ke 2

Kem ini terbuka kepada semua anak2 jemaah PPR Pantai Ria semasa cuti sekolah ini. Yang berminat, sila berhubung dengan Setiausaha Surau AlHijrah, En Jamil DENGAN SEGERA. Kem ini adalah anjuran Sedayu Event Management sepenuhnya. Pihak surau hanya bertindak mendapatkan peserta dari kalangan anak2 yang tinggal disini.

Mesyuarat Bulanan Surau AlHijrah Malam Ini



Kami ingin menjemput semua jemaah surau dan muslimin/muslimat untuk hadir kesurau pada malam ini, Khamis, 26 Mei 2011, Jam 9.00 malam kerana akan diadakan mesyuarat ajk surau.

Banyak perkara yang kita hendak bincangkan seperti aktiviti surau untuk tahun ini, program2 akan datang, aktiviti bulan Ramadhan dan sebagainya. Bagi jemaah yang ada banyak pertanyaan, silalah datang pada malam ini, InsyaAllah kita akan cuba menjawabnya.

Wassalam.

25 May 2011

Tahlil Untuk Adik Shahrul Nurimran Adnan


Bapa angkat adik Shahrul menerima sumbangan dari Dato RNC


Jenazah adik Shahrul disembahyangkan di masjid Khadijah, dan diziarahi oleh
Dato RNC

Malam tadi diadakan tahlil oleh bapa angkat kepada adik Shahrul Nurimran Adnan, 9 tahun, salah seorang mangsa yang terkorban dalam kejadian tanah runtuh di Hulu Langat sabtu lalu. Ia telah diadakan sejak 3 malam yang lalu disurau al hijrah oleh bapa angkat kepada adik Shahrul yang tinggal di Blok D, PPR Pantai Ria.

Bagi pihak Jawatankuasa Surau, alfatihah untuk Adik shahrul, semoga rohnya ditempatkan dalam golongan mukmin. Amin.

*Gambar2 ihsan dari FB Dato RNC

24 May 2011

Tragedi Tanah Runtuh di Hulu Langat


Adik2 madrasah at taqwa, hulu langat sedang berlatih nasyid beberapa jam sebelum runtuhan tanah berlaku, menimbus kemah termasuk 24 anak2 yatim yang sedang menyiapkan kemah dan pentas untuk majlis menyambut rombongan dari Finas jam 5.00 petang. Runtuhan berlaku jam 2.30 petang . Jika berlaku jam 5.00 petang, pasti lebih ramai mangsa akan terlibat. Kuasa Allah SWT tiada siapa yang dapat menentukan bila akan berlaku.







GAMBAR ATAS: ENCIK IDRIS MUSA, YDP PERSATUAN ANAK YATIM MALAYSIA

Dari Malaysian InsiderHULU LANGAT 23 MEI : “Saya tidak mahu cakap apa-apa... anak-anak saya baru sahaja pergi (meninggal dunia).”

Hanya itu yang mampu diucapkan Yang Dipertua Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa Batu 14 di sini berhubung tragedi tanah runtuh yang mengejutkan seluruh negara, kelmarin.

Justeru kata Idris Musa, beliau memerlukan sedikit masa untuk bertenang sebelum memberikan sebarang kenyataan media.

“Tolonglah... tolonglah... berikan saya masa, saya masih tidak boleh nak cakap apa-apa lagi.

“Keadaan saya belum tenang lagi, saya perlu ambil sikit masa,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas insiden yang menimpa rumah anak-anak yatim itu, menyebabkan kematian 16 orang manakala sembilan yang lain cedera.

Seramai tujuh mangsa yang terbunuh telah selamat dikebumikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburun Islam Dusun Nanding di sini kira-kira pukul 3.20 petang semalam.

Mereka ialah Dzahir Haziq M. Muin, 17, Mohd Hazim Sapri, Mohd Azrel Azahari, 8, Wan Ahmad Hasril Hazim, 19, Mohd Mustakim Mamat, 12, Mohd Zaim Azahawi, 14, dan Mohd Imal Fahad, 9.

Sementara itu, seorang sukaralewan rumah anak-anak yatim tersebut, Roslan Osman, 69, berkata, ketika kejadian beliau tidak berada bersama kesemua mangsa kerana dalam perjalanan ke Muar atas urusan kerja.

Namun jelas Roslan, dalam perjalanannya beliau mengambil keputusan untuk patah balik kerana rasa tidak sedap hati.
“Ketika itu saya masih belum tahu kejadian itu sudah berlaku, tetapi dalam perjalanan balik saya dimaklumkan oleh kawan-kawan berlaku tanah runtuh di rumah itu.

“Saya berusaha mendapatkan bantuan kawan-kawan lain yang berada di kawasan berhampiran untuk menghulurkan bantuan,” katanya.
Beliau dimaklumkan kejadian itu kira-kira pukul 2 petang sebelum tiba di kawasan itu pada pukul 5.30 petang.

Roslan juga berkata, ini adalah kejadian tanah runtuh pertama berlaku di kawasan itu dan menyifatkannya sebagai “sangat teruk.”

“Sebelum ini ada tanah-tanah jatuh bergolek ke kawasan ini tapi ia tidak apa-apa dan kami di sini buang semula tanah-tanah yang bertaburan.

“Tapi kali ini adalah kejadian yang sangat teruk, ia pertama kali berlaku di sini,” katanya yang sudah menjadi sukarelawan sejak 10 tahun lalu.

Beliau juga berkata, amat terkejut apabila dimaklumkan mengenai kejadian itu.

“Saya amat terkejut, saya tidak menyangka kejadian ini akan berlaku di sini,” katanya.

Dalam kejadian itu, seramai 25 orang yang terdiri daripada penghuni, warden dan kakitangan rumah anak yatim tertimbus.
Laporan kelmarin menyebut ada 49 orang di lokasi kejadian.

Pasukan mencari dan menyelamat mengambil masa kira-kira 15 jam untuk mengeluarkan semua 25 mangsa yang tertimbus.

Operasi yang bermula pukul 2.45 petang itu, berakhir kira-kira 5.30 pagi semalam.

Sementara itu, ibu saudara Haziq, Zaiton Abdullah yang tiba dari Terengganu menangis teresak-esak apabila tiba di tanah perkuburan sambil berkata, “saya tidak sempat untuk jumpa dengan (Haziq).”

“Dia (Haziq) anak yang baik, kakak tidak sempat untuk jumpa.

“Kakak dah anggap dia macam anak sendiri, kakak jaga dia sejak dia kecil lagi,” katanya sambil ditenangkan ahli keluarga lain.

Zaiton berkata dia dimaklumkan kejadian yang menimpa Haziq malam semalam dan bergegas ke Kajang awalnya.

21 May 2011

Selamat Hari Guru - Cikgu



Selamat hari guru kepada semua yang bergelar cikgu, jasa dan bakti yang dicurah tanpa jemu dan penat telah menjadikan kami semua insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Teruskan kegigihan cikgu mendidik anak bangsa, tanpa pengorbanan cikgu, tiada doktor, jurutera atau alim ulama pada hari ini.






19 May 2011

Pelancaran Alumni SK Bangsar Sabtu Ini


Warga SK Bangsar menjemput semua penduduk sekitar serta bekas pelajar SK Bangsar untuk sama-sama memeriahkan majlis tersebut.

Tarikh : 21 Mei 2011 SABTU
9.00 pagi (Majlis terbuka).
Senamrobik

9.30 pagi :
- Bacaan Doa
...- Ucapan Pengerusi Majlis
- Ucapan Aluan oleh Guru Besar SKJB
- Persembahan sekolah - Teater dan nyanyian
- Pameran kereta lumba F1 oleh SIC
- Pameran motor berkuasa tinggi
- Pameran sudut SKJB
- Acara cabutan bertuah 1 dan 2
- Pertunjukan pencengahan kebakaran daripada pihak Bomba
- Pameran anti dadah daripada pihak ADK
- Pertunjukan menyelamat daripada JPA3
- Kaunter bayaran saman PDRM dengan kerjasama TM Net.
- Kaunter Jabatan Pendaftaran Negara
- Kaunter Pemeriksaan Kesihatan.
- Pertandingan Bintang Kecil (bawah 12 tahun sahaja).
- Petandingan Futsal Kategori Lelaki dan Perempuan (bawah 12 tahun).

8.00 Malam
(Majlis Khas/Tertutup hanya untuk bekas murid dan bekas guru SK. Bangsar sahaja).

- Ketibaan bekas-bekas guru SKJB
- Ketibaan YB Senator Dato’ Raja Nong Chik B. Dato’ Raja Zainal Abidin, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar
- Ucapan aluan Pengerusi Majlis
- Ucapan aluan Pengerusi Penaja

Aktiviti sepanjang hari..siang sahaja...
-Pertandingan menyanyi (cd sendiri)
-Rumah Hantu
-Permainan belon angin.
-Permainan dalaman seperti baling dart, kereta rc, baling tin dll.
-Memandu ATV 90cc bawah 12 tahun sahaja.
-Pakaian terpakai
-Pameran ular sawa
-Pameran arnab
-Pameran kucing
-Pameran batik
-Gerai jualan makanan dan minuman.

Maklumat lanjut dalam laman web sekolah
http://skbangsar.edu.my/v2/

16 May 2011

Sakitnya Penyakit Batu Karang !


Bentuk batu karang


"Daripada kajian Dr.Zaidun Kamari, Timbalan Pengarah Iktisas Hospital Pengarah Iktisas Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Cawangan Kelantan, 7 orang daripada 10,000 orang warga Malaysia mengidap batu karang setiap tahun. Ini bermakna, 14,000 pesakit baru akan bertambah dari tahun ke tahun. Dalam tahun 2005 sahaja, seramai 349 orang pesakit batu karang telah dirawat di HUSM."




Buah pinggang


Bentuk batu karang


Pembedahan untuk mengeluarkan batu karang

Punca batu karang

Terbentuk kerana tabiat pemakanan dan kurang minum air

ZAMAN berubah, tetapi ada nasihat orang tua dulu-dulu yang masih berguna. Antaranya ialah jangan suka menahan kencing kerana ia boleh menyebabkan batu karang. Walaupun tiada bukti saintifik yang boleh menyokongnya, ia tidak boleh dipandang ringan kerana nasihat ini banyak manfaatnya.

Secara logiknya, apabila seseorang cuba menahan kencing, dia akan kurang minum. Jika kurang minum, air kencing menjadi pekat dan mengandungi banyak bahan yang boleh membentuk batu karang.

Masalah ini lebih ketara bagi penduduk negara yang panas seperti Malaysia, bekerja dalam persekitaran panas atau bersenam keterlaluan dan kurang minum menggantikan semula air yang hilang.

Batu karang terbentuk dalam buah pinggang. Di buah pinggang inilah berlakunya proses penapisan darah bagi menyingkirkan bahan yang tidak diperlukan badan melalui air kencing dan najis.

Daripada buah pinggang, air kencing dipindahkan ke pundi kencing melalui saluran ureter. Di sinilah air kencing disimpan sehingga ia dibuang daripada badan. Batu karang terbentuk apabila air kencing mengandungi banyak bahan, terutama kalsium, oksalat, asid urik dan sistein atau kekurangan bahan yang bertugas membantu mencegah pembentukan kristal seperti sitrat dan magnesium.

kehadiran batu karang boleh menjadi petanda buah pinggang mula mengalami kerosakan.Pesakit perlu mendapatkan rawatan segera supaya kerosakan buah pinggang dapat diperlahankan dan disusuli dengan penjagaan pemakanan serta mula bersenam bagi mengelakkan pembentukan batu karang berulang.

Biasanya batu karang menyebabkan rasa yang sangat sakit pada bahagian tepi perut. Bagaimanapun, ia tidak berlaku pada semua orang. Ada juga pesakit batu karang yang tidak mengalami tanda dan masalah mereka dikesan secara tidak sengaja iaitu apabila menjalani pemeriksaan kesihatan bagi tujuan lain.

Banyak punca boleh menyebabkan pembentukan batu karang, tetapi faktor utamanya ialah tabiat pemakanan dan kurang minum air. Batu karang biasanya terbentuk apabila air kencing menjadi terlalu pekat.

Ini menyebabkan mineral dalam air kencing termendak dan mula membentuk kristal. Lama kelamaan, kristal ini bergabung dan membentuk seketul batu yang keras.

Batu karang yang kecil boleh masuk ke pundi kencing tanpa mengakibatkan kerosakan. Pergerakan batu karang ini menyebabkan kesakitan pada bahagian belakang atau sisi di bawah tulang rusuk. Kesakitan akibat batu karang lebih memuncak apabila batu ini pecah dan terhenti bergerak.

Banyak faktor boleh mempengaruhi perubahan air kencing kita seperti keturunan, pemakanan, ubat, cuaca, gaya hidup dan masalah kesihatan. Semuanya memberi sumbangan tertentu kepada pembentukan batu karang.

Faktor risiko

Banyak faktor boleh menyumbang kepada pembentukan batu karang, antaranya:

Kurang air — Jika tidak cukup minum, terutama air masak, air kencing menjadi lebih pekat. Ini sebabnya individu yang kurang minum air lebih mudah mengalami masalah batu karang.

Sejarah keluarga atau sendiri — Masalah batu karang juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan. Orang yang ada sejarah keluarga mempunyai batu karang berisiko mengalami masalah sama. Malah, individu yang pernah mendapat batu karang juga perlu lebih berhati-hati kerana masalah ini boleh berulang.

Umur — kebanyakan kes berlaku di kalangan umur 20 hingga 70 tahun.

Jantina — Lelaki lebih mudah mengalami masalah batu karang berbanding wanita.

Penyakit tertentu — Penyakit yang diwarisi seperti sistinuria (masalah penyerapan dan metabolisme asid amino menyebabkan asid amino sisteina terkumpul dalam darah dan membentuk batu karang). Bahkan, individu yang ada penyakit kencing manis dan tekanan darah tinggi juga berisiko mengalami batu karang. Selain itu, individu yang mengalami masalah hiperurisemia (kepekatan asid urik yang tinggi dalam darah) juga dinasihatkan lebih peka menjaga kesihatan.

Kesan sampingan ubat — Sesetengah ubat, contohnya ubat diuretik, boleh meningkatkan risiko pembentukan batu karang dalam keadaan tertentu.

Pemakanan — Pemakanan yang tinggi kandungan protein purin dan asid urik seperti organ dalaman (hati, jantung, limpa), daging merah, makanan laut bercangkerang (kerang, tiram) dan alkohol boleh meninggikan risiko mendapat batu karang. Pada masa sama, diet kurang serat (buah-buahan, sayur-sayuran dan bijirin) menyumbang kepada masalah ini.

Kurang bergerak — Individu yang kurang bergerak, jarang bersenam atau lama terlantar lebih berisiko tinggi. Ini kerana aktiviti fizikal yang terhad menyebabkan tulang mengeluarkan lebih kalsium ke dalam darah.

Masalah batu karang boleh dielakkan dengan mengamalkan pemakanan sihat dan minum banyak air. Pesakit yang pernah mengalami masalah ini dinasihatkan supaya mengurangkan pengambilan makanan yang kaya asid urik atau purin.

Batu karang adalah masalah kesihatan yang boleh dicegah dengan melakukan sedikit perubahan gaya hidup. Selain itu setiap orang juga disaran menjalani tiga ujian mudah, iaitu ujian air kencing dan darah serta pemeriksaan tekanan darah bagi memastikan buah pinggang dalam keadaan normal.

Ini kerana melalui tiga ujian berkenaan, perubahan fungsi atau kerosakan buah pinggang dapat dikesan pada peringkat awal dan boleh dirawat segera.

Jenis

Batu karang ada empat jenis yang ditentukan bahan atau puncanya iaitu:

> Batu kalsium — Jenis paling lazim. Batu kalsium biasanya membabitkan dua bahan, iaitu kalsium dan oksalat.

> Batu struvite — Berlaku lebih kerap pada wanita berbanding lelaki. Ia biasanya disebabkan jangkitan salur kencing kronik oleh bakteria yang menghasilkan enzim tertentu. Enzim ini meningkatkan kandungan ammonia dalam air kencing sehingga membentuk kristal struvite.

> Batu asid urik — Batu ini terbentuk daripada asid urik, iaitu hasil sampingan daripada metabolisma protein.

> Batu sistein — Pembentukan batu karang jenis ini jarang berlaku. Ia biasanya berlaku di kalangan individu yang ada masalah genetik yang menyebabkan buah pinggang menghasilkan berlebihan asid amino tertentu.

Gejala

Sakit pada bahagian belakang badan dan sisi di bawah tulang rusuk. Bagaimanapun bukan semua kes mempunyai gejala, kecuali jika batu karang berkenaan besar sehingga menyekat saluran tertentu dan menyebabkan jangkitan. Rasa sakit ini datang dan pergi dalam masa antara lima hingga 15 minit.

> Apabila batu karang ini berpindah dari buah pinggang ke pundi kencing melalui tiub yang dipanggil ureter, pesakit mengalami rasa sakit pada abdomen bawah. Kesakitan ini terhenti apabila batu karang berhenti bergerak.

> Air kencing berdarah.

> Air kencing keruh dan berbau busuk.

> Mual dan muntah.

> Sentiasa terasa hendak kencing.

> Demam dan menggigil (jika ada jangkitan).

12 May 2011

PROGRAM BICARA ILMU - MASJID SALAHUDDIN AL AYUBBI

Dimaklumkan bahawa Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati Kuala Lumpur akan mengadakan Program Bicara Ilmu pada tarikh, masa dan tempat seperti berikut :

Tarikh : 15 Mei 2011 / 11 Jamadilakhir 1432H (Hari Ahad)

Masa : 9.00 – 11.00 Pagi

Tempat : Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, K.Lumpur

Penceramah : YBHG. DR. HASNAN KASAN

Pensyarah Kanan, Pusat Pengajian Umum,

(Pemikiran & Tamadun Islam), UKM

Tajuk : ”Penghayata Solat Ke Arah Pemantapan Jatidiri Ummah”

Sehubungan dengan itu, pihak kami dengan sukacitanya ingin menjemput YBhg. Dato’, tuan-puan serta semua muslimin muslimat untuk hadir beramai-ramai ke majlis tersebut. Mohon dihebahkan perkara ini kepada orang ramai.

Sekian, terima kasih dan wassallam.

HJ HASAN BASRI HJ PILUS

Penolong Setiausaha

Masjid Salahuddin Al-Ayyubi

Taman Melati, Setapak

Kuala Lumpur

HP : 013-3604846


10 May 2011

KEM SMART SOLAT



Masjid AlKhadijah, Pantai Dalam akan sekali lagi menganjurkan Kem Smart Solat Siri 2 untuk kanak2 pada 29 Mei 2011, Ahad mulai jam 8.00 pagi hingga 6.00 petang.

Umur 7 hingga 12 tahun. Bayaran RM10 sahaja seorang. Makanan serta sijil penyertaaan akan diberikan.

Kepada ibubapa yang ingin menghantar anak mereka, sila dapatkan borang di masjid Khadijah dengan segera. Tarikh tutup 24 Mei 2011. Hubungi Imam Jani 0166023904 untuk maklumat lanjut.

07 May 2011

Sumbangan Raja Nong Chik Kepada Surau Al Hijrah


Dato' RNC menyerahkan sumbangan kepada Pengerusi Surau, Hj Kairom Ahmad.


Pengerusi bergambar ramai dengan penerima sumbangan yang lain

Kami berterimakasih kepada Dato RNC kerana telah bermurah hati memberi sumbangan wang RM3,500.00 kepada surau alhijrah. Wang sumbangan ini akan digunakan untuk faedah surau alhijrah . Majlis penyerahan berlangsung semalam, Jumaat, 6 Mei 2011, di Pusat Khidmat Masyarakat Lembah Pantai di Bangsar.

06 May 2011

Kelas Fekah Ustazah Zawiah - Wanita Sahaja


Ustazah Zawiah

KELAS FEKAH AKAN DIADAKAN SEPERTI BERIKUT:-

HARI: AHAD
TARIKH: 8 MEI 2011
MASA: 11.15 PAGI

PENGAJAR: USTAZAH HJH ZAWIAH BT HASSAN
KETUA PENOLONG PENGARAH KANAN SOSIAL
JAKIM, PUTRAJAYA


TEMPAT: SURAU ALHIJRAH PPR PANTAI RIA
TINGKAT BAWAH, BLOK C

SEMUA MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERAMAI-RAMAI

04 May 2011

Kuliah Fekah Ustaz Yassir Malam Ini

Semua muslimin dan muslimat dijemput untuk menimba ilmu fekah bersama Ustaz Yassir Salleh, pada malam ini, Rabu, 4 Mei 2011, selepas solat Maghrib di surau alhijrah.

Kuliah fekah malam ini sangat menarik kerana masih lagi berkisar tentang solat berjemaah, cara2 solat berjemaah, susunan jemaah antara lelaki dewasa, kanak2, wanita dewasa serta khunsa musykil (jika ada). Kupasan secara terpeinci berdasar kitab dan hadis yang sahih.

Juga diterangkan kesilapan2 jemaah ketika solat berjemaah. Pada kuliah yang lepas, Ustaz Yassir menegaskan bahawa kanak2 yang bersolat bersama2 jemaah lelaki dewasa tidak akan membatal atau memutuskan solat. Tidak ada nas yang membatalkan solat sedemikian. Cuma kita yang pandai2 mengeluarkan hukum.

Bahkan, lebih baik jika ada lelaki dewasa yang dapat bersolat bersama-sama kanak2 dibaris belakang, supaya mereka ini lebih tertib dan tidak membuang bising.

02 May 2011

Bandar Hantu Pripyat


Pusat Bandar Pripyat, Ukraine, Russia, kosong tidak berpenghuni sejak 25 tahun lalu


Kawasan bandar


Feeris Wheel yang ditinggalkan

Bandar Pripyat, Utara Ukraine, Rusia menjadi saksi tentang dasyatnya bencana nuklear pada 26 April 1986 di Chernobyl. Bandar ini dibina besebelahan loji nuklear untuk didiami oleh para pekerjanya serta keluarga mereka.


Sejurus letupan nuklear di Loji no 4, semua penduduk dalam lingkungan 30 km radius dari loji nuklear telah diarahkan berpindah sehari selepas itu. Seramai hampir 50,000 penduduk telah dipindahkan dengan 1,200 buah bas. Dilaporkan 1800 orang generasi muda mengidap kanser thyroid selepas kejadian tersebut.


Setiap penduduk hanya dibenar membawa 1 beg sahaja barang persendirian. Mereka dijanjikan hanya perpindahan sementara, tapi sehingga kini, selepas 25 tahun kejadian tersebut, mereka masih belum dibenarkan pulang. Bacaan radioaktif masih tinggi dikawasan tersebut. Untuk tujuan pembersihan juga, pihak berkuasa telah membuang semua barang yang ada didalam rumah, pejabat, sekolah dan sebagainya dan dilupuskan.

Kini Bandar Pripyat telah dibuka untuk lawatan oleh pelancong luar yang ingin melihat tahap kerosakkan oleh bencana nuklear yang dianggap terburuk pernah berlaku. Penggunaan tenaga nuklear, walaupun boleh membawa kebaikkan, tapi keburukkannya amat dasyat jika berlaku. Kita berharap negara akan berfikir banyak kali sebelum berhasrat membina loji tenaga nuklear dinegara kita.


Link kepada gambar interaktif 3D tentang bandar pripyat
http://maps.yandex.ru/?ll=30.058157%2C51.405982&spn=0.001717%2C0.001074&z=17&l=sat%2Cstv&ol=stv&oll=30.058154%2C51.406557&ost=dir%3A-14.811475%2C5.632122~spn%3A90%2C51.525206