07 October 2012

Juruzon - PAYM Mahu Penjelasan Kukuh JAIS

Berikutan pengharaman ajaran Juruzon oleh Jais, pihak yang berkenaan iaitu Persatuan Anak Yatim Malaysia - PAYM tampil membuat penafian tentang penglibatan Madrasah Attaqwa dalam aktiviti yang kurang sihat ini.

Walaubagaimanapun, kita mengharapkan pihak JAIS dapat mengemukakan bukti2 yang kukuh seperti yang diminta oleh PAYM supaya isu ini dapat diselesaikan dengan baik demi masa depan anak2 yang tidak berdosa yang masih mengharapkan perlindungan serta simpati masyarakat.


Muhammad Nizam Sulaiman - PAYM


‘Bersihkan nama kami’

Oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Kamarulbaid
am@hmetro.com.my
E-mel ArtikelCetak ArtikelTanda ArtikelBesarkan Saiz TeksKecilkan Saiz TeksKomen Artikel

AMPANG: Pengurusan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah At-Taqwa memberi tempoh dua hari kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk menjawab notis dihantar mereka berhubung khutbah Jumaat pada 21 September lalu yang mengaitkan tempat itu dengan ajaran sesat Juruzon.

Jurucakap kepada Persatuan Anak-Anak Yatim Malaysia (PAYM) iaitu badan yang menubuhkan rumah anak yatim berkenaan, Muhammad Nidzam Sulaiman berkata, tidak wujud sebarang elemen ajaran sesat di rumah anak yatim itu selain tidak ada individu bernama Juruzon Abd Latif atau Ahmad Al-Walidi sebagai pengasas tempat itu.

“Kami ingin menegaskan Rumah Anak-Anak Yatim dan Anak-Anak Hidayah At-Taqwa di Hulu Langat yang kini dikenali Rumah Anak Yatim dan Hidayah Al Hijrah tidak terbabit dalam sebagai kegiatan ajaran sesat sejak awal penubuhannya pada 2008 hingga kini.

“Pengetuanya dulu guru agama yang ditauliahkan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan manakala ustaz yang dipanggil dari luar untuk mengajar pun kami pastikan mereka mempunyai sijil tauliah,” katanya pada sidang media di sini, semalam.

Hadir sama, peguam, Zahiah Nasir, Yang Dipertua PAYM, Dr Idris Musa, Penasihat PAYM, Roslan Osman dan Ahli Jawatankuasa PAYM, Mohd Yazid Ishak.

Muhammad Nidzam berkata, pihak pengurusan sendiri tidak tahu bagaimana rumah anak yatim mereka boleh dikaitkan dengan ajaran sesat malah mendakwa Jais tidak pernah menghantar notis atau menjalankan pemeriksaan di tempat mereka.

“Sehari sebelum khutbah Jumaat itu, satu risalah diterbitkan Jabatan Mufti Selangor diedarkan dengan dakwaan mengaitkan kami dengan ajaran Juruzon. Beberapa akhbar turut menyiarkan laporan mengenai perkara itu pada 22, 23 dan 24 September lalu.

“Untuk makluman, penghuni di situ menerima pendidikan sekolah harian biasa dan silibus agama mengikut Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) manakala jadual harian ditetapkan pihak pentadbir serta diselia warden bertugas,” katanya.
Menurutnya, walaupun dikaitkan dengan ajaran sesat, masyarakat sekeliling dan waris kepada anak yatim masih memberi sokongan.
“Bagaimanapun, kami berharap dengan penjelasan ini, status PAYM dapat dibersihkan daripada dakwaan itu,” katanya.

Sementara itu, Zahiah berkata, satu laporan polis sudah dibuat PAYM pada 26 September lalu di Balai Polis Batu 14 Hulu Langat selain pihaknya menghantar notis kepada Jais pada hari sama.
“Sehingga kini kami belum mendapat sebarang jawapan dan masih menunggu sebelum tindakan susulan lain dilakukan,” katanya.

Jais bagaimanapun gagal dihubungi semalam bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkara itu.

7 comments:

  1. http://shafw4n.blogspot.com/2012/10/madrasah-at-taqwa-tidak-sesat.html

    ReplyDelete
  2. takpayah lah nak saman 2 . korang semua takde lagi masa mula 2
    bangunkan tempat tu. tapi juruzon memang pengasas tempat tu. takpayah la nak selindung 2. kan allah taala dah balas

    ReplyDelete
  3. Ya betul Anonymous 28 April...sy xterlibat dlm juruzon tp kenal hampir semua ahli juruzon. Sejak 19 tahun yg lepas dizaman mereka bertapak di pantai dalam lg sy dh mengenali juruzon. hanya kerana tanah runtuh baru terjawab segala kemusyiklan saya selama ini. by the way...nama dlm ic juruzon adalah Ahmad Juruz bin Abd latiff not ahmad juruzon

    ReplyDelete
  4. Haha kan dah terbongkar sikit demi sedikit. Saya juga sangat 2 mengenal juruzon Dari tahun 1996 lg. Memang baitul taqwa pengasasnya juruzon . jgn Lah nak berselindung lg . Allah telah memberi peringatan kpd kamu. Semoga anda semua diberi hidayah jln yg benar.

    ReplyDelete
  5. Banyak lg rahsia yg masih belum terbongkar,insyallah akan Ada kebenarannya. By the way memang juruzon b. Abdul latif (hj Ahmad @paksu) yg mengasaskan tempat tu,cuma Tak pakai nama Dia sahaja sebagai langkah 2 keselamatan . Asalnya dari kg di jelebu

    ReplyDelete