04 October 2012

Dr Zakir Naik - Penceramah Termasyhur Perbandingan Agama Kini di Malaysia

Saksikan ceramah oleh Dr Zakir Naik, seorang penceramah hebat berkaitan perbandingan agama. Difahamkan beliau adalah setanding dengan Ahmad Deedat yang juga seorang pendebat yang dikagumi diseluruh dunia.

Info mengenai Dr. Zakir Naik,

Dr Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai ) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau memperolehi gelaran doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari University of Mumbai . 1991 berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah .

Zakir Naik adalah pengasas dan presiden Yayasan Penyelidikan Islam (IRF) yang memiliki saluran PeaceTV di Mumbai, India. Beliau mendapat inspirasi dari Ahmed Deedat - rakyat Afrika Selatan keturunan India . Tujuannya untuk memulihkan kepercayaan dan keyakinan remaja Islam yang meragui agamanya sendiri dan merasakan Islam agama kuno.

Sehingga hari ini, beliau mengikuti banyak aktiviti dan juga debat di serata dunia, antaranya, Kuliah di Universiti Melbourne, Australia Pada 21 Januari 2006 , Zakir Naik berdialog dengan Sri Ravi Shankar tentang konsep Tuhan dalam Islam dan Hindu. Acara ini diadakan di Bangalore , India , 50.000 hadir di Istana Grounds

Pernah mengadakan pertemuan bersama Paus Benedict XVI pada September 2006 dan beliau menjemput Paus Benedict untuk berdebat namun tiada jawapan. Beliau memimpin 'Persidangan Damai' 10 hari di Somaiya Ground, Sion, Mumbai dengan cendekiawan lainnya.

Jangan tunggu lagi. Marilah kita bersama-sama menghadirkan diri. Masuk adalah PERCUMA dan daftarkan diri di: http://drzakirnaikmalaysiantour2012pwtc.eventbrite.com/

http://eperkim.perkim.net.my/media/content/original/DR.ZAKIR%20NAIK%20TOUR%20TO%20MALAYSIA.jpg

No comments:

Post a Comment