14 June 2011

Kem Smart Solat (Ahad ini) - Peringatan



Sambutan daripada kanak2 dan remaja PPR Rantai Ria untuk mengikuti Kem Smart solat pada hari Ahad ini, 19 Jun 2011 sangat menggalakkan. Sehingga hari ini, 14 Jun 2011, kita telah mempunyai hampir 100 orang peserta. Kita berharap anak2 yang telah menghantar borang permohonan dan bayaran, sila pastikan resit bayaran diberi dan nama anda berada dalam senarai . Nama2 peserta akan dipamerkan di papan notis surau pada 16 Jun 2011- Khamis.

Sila laporkan diri di kaunter pendaftaran surau pada jam 7.30 pagi hari berkenaan. Peserta lelaki dimestikan berbaju melayu dan bersongkok / kopiah manakala peserta perempuan berbaju kurung /bertudung. Sila bawa telekung bersama.

Harap para ibubapa/penjaga memastikan anak2 berada disurau pada masa/tarikh yang ditetapkan. Sarapan pagi akan disediakan.

NOTA: HANDPHONE DILARANG DIBAWA. JIKA DITEMUI, IA AKAN DISIMPAN OLEH URUSETIA HINGGA PROGRAM SELESAI. KAMI TIDAK BERTANGGUNGJAWAB JIKA HANDPHONE ROSAK/HILANG.

No comments:

Post a Comment