24 February 2011

Kesan Radiasi Telefon Bimbit Pada Manusia


Pencipta telefon Alaxender Graham Bell dengan salah satu telefonnya yang terawal . Bandingkan saiz telefon dulu dengan sekarang ! Mungkin 10 tahun lagi kita tak pakai handphone tapi wristphone yang diletakkan kat lengan macam jam. Kemudian pakai bluetooth yang kecil kat telinga.

Kesan Radiasi H/Phone Pada Manusia

Telefon bimbit merupakan kemudahan era moden dalam masyarakat kita. Namun begitu, inovasi canggih ini mengancam kesihatan manusia. Kita terdedah kepada pelbagai bentuk sinaran setiap hari.

Daripada gelombang mikro hinggalah sinar X, kita sentiasa dikelilingi gelombang E.M.F (sinaran elektromagnet). Hampir 2 bilion orang di seluruh dunia (26 juta pengguna di Malaysia) menggunakan telefon bimbit. Kebanyakan di antara mereka ialah kanak-kanak. Penggunaan yang berleluasa ini bermaksud pendedahan terhadap sinaran elektromagnet yang belum pernah berlaku dahulu. Anggaran meletakkan pendedahan terhadap sinaran E.M.F adalah 100 kali lebih tinggi daripada beberapa dekad dahulu.

Soalan-soalan Lazim:
•Apakah itu E.M.R?
E.M.R merujuk kepada Radio Elektromagnet, sinaran frekuensi berbahaya yang dipancarkan oleh telefon bimbit. Sinaran tidak mengion daripada sumber frekuensi rendah mengion seperti model awal telefon bimbit dipercayai selamat. Pandangan ini telah berubah sejak kuasa telefon bimbit telah dipertingkatkan daripada gelombang paras rendah kepada gelombang mikro paras tinggi.

•Apakah perbezaan antara Gelombang Radio dan Gelombang Mikro?
Gelombang radio adalah kuasa penghantaran berparas rendah yang menghantar isyarat dari atau ke telefon anda. Frekuensi tidak mengion ini adalah selamat. Kini, telefon bimbit berkapasiti 900MHZ hingga 2.4GIGs atau lebih tinggi agar anda dapat menerima isyarat yang jelas apabila bergerak dari satu bilik ke bilik lain atau di luar. Namun demikian, telefon anda kini dilengkapi kuasa sinaran gelombang mikro/inframerah.

•Adakah telefon bimbit membahayakan?
Beberapa penyelidikan telah menunjukkan sinaran frekuensi radio daripada antena telefon bimbit "menyebabkan kerosakan genetik dalam darah manusia", sementara satu kajian kes lagi mendapati "peningkatan statistik yang signifikan" bagi tumor otak neuro-epitelium di kalangan pengguna telefon bimbit.

Dalam tahun 2004, satu kajian terhadap 750 orang yang dilaksanakan oleh Karolinska Institute di Sweden mendapati bahawa penggunaan telefon bimbit selama 10 tahun dan ke atas meningkatkan risiko tumor telinga sebanyak 4 kali.

•Apakah kesan-kesan bahaya daripada penggunaan telefon bimbit yang terlalu kerap?
Banyak pengguna mengadu bahawa telefon mereka terasa hangat dan mereka mengalami tanda-tanda seperti sakit kepala, kelesuan, kebas dan kehilangan ingatan. Ada telefon bimbit yang lebih menjana haba daripada yang lain. Dalam satu kajian terhadap remaja di bawah 16 tahun, saintis di Eropah melaporkan kehilangan memori jangka pendek (sehingga 50 minit) boleh berlaku selepas menggunakan telefon bimbit.

Bahaya teknologi wayarles mungkin lebih tragik daripada kesan rumah hijau. Sinaran telefon bimbit boleh mengakibatkan kerosakan genetik. Malah, penggunaan secara sederhana teknologi komunikasi mudah alih ini masih boleh meningkatkan risiko tumor otak secara mendadak.

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.

Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

Telefon Bimbit boleh Mempengaruhi Kualiti Sperma - kata penyelidik
Jika telefon bimbit disimpan dalam poket dan dibiarkan dalam mod cakap akan merendahkan kualiti sperma, demikian menurut penyelidikan baru daripada Cleveland Clinik.
(Sumber dari CNN, Dis 2008)

Kajian: Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')

Barah Otak Dikaitkan Dengan Penggunaan Telefon Bimbit di Kalangan Anak Muda
Sekumpulan saintis antarabangsa menyeru Kanada dan negara-negara lain untuk menggubal standard keselamatan yang lebih ketat terhadap penggunaan telefon bimbit selepas didapati risiko menghidap tumor malignan otak melonjak lima kali ganda dalam kanak-kanak yang mula menggunakan telefon bimbit sebelum usia 20.
(Sumber dari 'Canwest News Service Oleh: Sarah Schmidt - 03/22/09)

Kesan Radiasi Telefon Bimbit, Tumor Otak dan Kanak-kanak
Dalam meta-analisis yang diterbitkan dalam isu Mei 2008, Jurnal Antarabangsa Onkologi, penyelidik Sweden menemui perkaitan antara tumor otak dan penggunaan telefon bimbit.
(Sumber dari Universiti Hospital, Orebo Sweden Oleh: Lennart Hardell - 11/06/08)


Komen: Walaupun begitu, pakar2 kesihatan masih tidak mempunyai hasil kajian yang tepat secara saintifik dan boleh dipercayai samada benar2 radiasi dari telefon bimbit boleh memberi kesan pada kesihatan manusia. Tidak perlu pergi jauh, kita lihat kepada diri kita sendiri, selepas penggunaan telefon bimbit beberapa lama, adakah simptom2 seperti sakit kepala, pelupa dan sebagainya kita alami ? Jika benar, mungkin ini antara gangguan kesihatan yang perlu diawasi.

21 February 2011

Student UM Hilang di Pantai Permai, Pantai Dalam

Seorang pelajar UM (gambar) dilaporkan hilang semalam di kawasan Pantai Permai, Pantai Dalam. Pihak surau kita semalam telah membuat solat hajat supaya pelajar ini dapat pulang semula ke kampus atau keluarganya dengan selamat. Permintaan ini dibuat oleh keluarga beliau yang bimbang atas kejadian ini. Pohon semua pihak yang terlihat berita ini supaya dapat disebarkan dengan segera bagi membantu pihak Polis.

Berikut berita sepenuhnya dari akhbar Kosmo hari ini.


MASTURA ABU BAKAR

Perhatian: Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercermin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih.

Calon pilihan raya Universiti Malaya didakwa hilang

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my

MASTURA didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E.

“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq kepada Kosmo! di sini semalam.

20 February 2011

Program Bersamamu@MSU

Program ini berlangsung dengan jayanya pada hari Sabtu yang lepas. 4 buah rumah yang termasuk dalam kategori penduduk miskin telah dipilih untuk program ini. Aktiviti kemasyarakatan ini adalah sebahagian dari modul yang perlu diambil oleh student MSU sebagai sebahagian dari syarat pengajian.

Pihak kami amat berterimakasih atas kesanggupan pihak pengurusan, pensyarah dan student MSU yang sanggup datang ketempat kami dan membantu penduduk yang memerlukan bantuan.



Banner program


Student yang hadir -berbaju merah


Anak2 dari rumah2 yang terlibat


Pengerusi surau memberi kata aluan. Duduk ialah Ketua Jabatan, Puan Rozi serta pensyarah, Puan farah Ezora. Kiri sekali ialah AJK surau, Puan Norbayyah.


Puan Rozi sedang berucap mewakili MSU


Bergambar ramai sebelum program bermula


Pengerusi bersama tetamu


Antara barangan keperluan harian yang diberikan kepada rumah
yang terlibat


Semasa student terlibat dalam program dirumah mereka, anak2 disediakan tayangan
gambar sebagai santapan selingan.


Penduduk yang menerima bantuan


Cenderahati dari Puan Farah kepada Pengerusi

FORUM PERDANA MAULIDUL RASUL

FORUM PERDANA MAULIDUL RASUL
MASJID KHADIJAH PANTAI DALAM

HARI: KHAMIS
MASA: MULAI 8.00 MALAM
TARIKH: 24 FEBRUARI 2011

PENCERAMAH:
1. USTAZ WAN SOHOR BANI LEMAN - PENSYARAH UIAM
2. USTAZ HAMIZAN ALGHARI - INSTITUT ILMU TERAS

SEMUA PENDUDUK LEMBAHPANTAI DAN KAWASAN SEKITAR DIJEMPUT HADIR.

18 February 2011

Video Maulidul Rasul Pantai Ria

Sambutan tahun ini lebih meriah dari tahun lepas. Terimakasih kepada semua yang hadir.

16 February 2011

Maulidul Rasul Pantai Ria berjalan lancar

Majlis tersebut telah berjalan dengan meriahnya pada hari Selasa, 15 Februari 2011 bermula jam 8 pagi lagi. Hampir 1,000 orang penduduk hadir meraikan kelahiran junjungan besar nabi Muhamaad SAW dengan berselawat, rawi serta forum maulidul rasul oleh 2 orang penceramah khas. Berakhir jam 1.00 tengahari, majlis berjalan dengan baik dari mula hingga akhir berkat sokongan dan bantuan dari ajk, petugas2, sukarelawan2. Terimakasih kepada semua pihak yang membantu. Walaupun cuaca semakin panas, ramai masih sanggup menunggu sehingga majlis selesai kerana kehebatan kedua-dua penceramah mengutarakan hujah2 yang sangat menarik.

Terimakasih kepada pihak berikut:-
1. Majlis Permufakatan Masjid dan Surau Lembah Pantai - Datuk Ibrahim
2. Perkim Kebangsaan - Datuk Hasbullah
3. Persatuan penduduk - En Radhi
4. DBKL - En Md Zin
5. Balai Polis Pantai - bantuan peronda -
6. Semua petugas2/tukang masak/penduduk Pantai Ria

Jamuan untuk tetamu jemputan


Tetamu jemputan


Bahagian jamuan


Menu hidangan


Tetamu jemputan serta penceramah, dari kiri Ustaz Nasrullah dari KDN (bekas Pengarah bahagian SRA -JAWI) , Datuk Ibrahim dari UMNO Bahagian, Datuk Hasbullah dari Perkim serta Ustaz Hairul dari Biro Tata Negara -BTN.


Hadiah dan cederahati


Datuk Ibrahim sedang berucap dan merasmikan majlis bagi pihak Dato' Raja Nong Chik


Penduduk yang hadir


Sebahagian penduduk




Datuk Hasbullah sedang berucap


Perarakkan maulidul rasul oleh penduduk2


Perarakkan sambil berselawat diketuai oleh Tn Hj Kairom, Pengerusi Surau


Peserta silat yang turut serta


Berselawat beramai2


En Kahar - Bendahari surau serta En Nik Mustapa, AJK.








Berselawat beramai2

Urusetia sedang bertugas


Bacaan Rawi oleh imam dan bilal surau
sebelum perarakkan


Hj Kairom sedang membaca Rawi











11 February 2011

MAULIDUL RASUL 1432H - SURAU ALHIJRAH



Kami menjemput semua muslimin / muslimat untuk hadir beramai-ramai.

Acara istimewa:-
a) Marhaban / Berzanji - mulai 8.00 pagi

b) Perarakkan beramai-ramai mengililingi PPR Pantai Ria sambil berselawat atas junjungan Nabi - mulai 9.00 pagi
- diharap semua dapat mengambil bahagian, dengan mengadakan sepanduk2 yang bertemakan maulidul rasul. Setiap Blok digalakkan mengadakan satu kumpulan dengan sepanduk masing2, kerana kita mungkin mengadakan hadiah kepada kumpulan terbaik dari segi disiplin/pakaian/sepanduk yg cantik.

c) Forum Perdana - oleh 2 penceramah jemputan - 9.30 pagi:-
i) Ustaz Nasrullah - Penceramah
ii) Ustaz Hasnur - Penceramah
iii) Imam Jani - Moderator

d) Jamuan Istimewa - selepas ceramah tamat
i) Ayam Golek Imam Muda
ii) Dalca Pak Bilal
iii) Nasi Beriani Tok Imam
iv) Menu sampingan

Kami mengalu-alukan sumbangan kuihmuih / makanan / buah2an dari para jemaah yang bermurah hati.

09 February 2011

Pecah Rumah di PPR Pantai Ria

Semalam, satu kejadian pecah rumah telah berlaku di Blok C, PPR Pantai Ria. Dalam kejadian tersebut, barangan berupa laptop, barang kemas dan wang tunai telah dilarikan oleh pencuri. Kejadian dilaporkan berlaku antara jam 2 petang hingga 3.30 petang bila tuan rumah keluar untuk menghantar anaknya kesekolah.

Tugas pencuri nampaknya lebih mudah sebab pemilik rumah tidak menggunakan mangga dipintu grilnya tetapi hanya mengunci pintu depan sahaja. Rumah yg dimasuki ini paling hampir dengan lif dan kedudukkannya agak terlindung memudahkan pencuri.

Pada hari kejadian, ada orang yang ternampak 2 orang pemuda bertopi mundar mandir dilobi lif serta tangga berhampiran rumah mangsa. Mereka juga dilaporkan telah mengetuk pintu rumah orang lain ditingkat atas, mungkin untuk mengetahui samada ada penghuni atau tidak sebelum cuba mnegambil kesempatan.

Kita menyeru kepada penduduk PPR Pantai Ria untuk lebih berhati2 dengan kejadian ini dan pastikan gril rumah anda berkunci bila hendak keluar untuk waktu yang lama. Lebih baik jika dibubuh rantai untuk keselamatan tambahan.

Anda semua juga perlu berhati2 jika terjumpa beberapa orang remaja yang mundar-mandir tanpa tujuan kerana mereka mungkin sedang merancang sesuatu, Jika perlu, hubungi pihak polis.

07 February 2011

Kunjungan Dato' Raja Nong Chik ke Majlis Kenduri Kahwin Anak En Rabu di PPR Pantai Ria

Pada 5 Februari lepas, Dato' Raja Nong Chik (RNC) berada di majlis kenduri kahwin anak perempuan kepada En Rabu di PPR Pantai Ria. Majlis berlangsung dengan meriah serta dengan keadaan cuaca yang sangat baik .



RNC bersama bapa dan ibu pengantin perempuan


RNC bersama Pengerusi Surau Al Hijrah


RNC dibahagian pinggan mangkuk


Semasa RNC baru tiba


RNC disambut bapa pengantin perempuan, Pak Rabu


RNC dibahagian dapur


Bersama tetamu2 lain

02 February 2011

Pakatan Walimatulurus PPR Pantai Ria - PWU

Sehingga hari ini, saya diberitahu oleh pihak Penaja bahawa sudah ada 70 orang ahli yang mendaftar sebagai ahli. Aktiviti pertama ahli2 Pakatan ialah majlis kenduri anak kepada Pak Rabu pada hari Sabtu ini, 5 Februari. Pak Rabu menjemput semua ahli pakatan yang ada kelapangan untuk sama-sama bergotong royong dalam majlis kenduri rumah beliau.

Ahli2 yang belum memberi sumbangan ikhlas RM20 kepada Pak Rabu untuk majlis kenduri beliau diharap dapat mejelaskan bayaran kepada Saudara Aliudin - wakil kutipan dengan segera. Diharap sumbangan wang dan tenaga dari ahli2 PWU akan melancarkan perjalanan majlis dan meringankan beban tuanrumah, InsyaAllah.

Bersamamu @ MSU



MSU atau Management and Science University yang terletak di Shah Alam akan mengadakan program Bersamamu di PPR Pantai Ria pada hari sabtu, 19 Februari 2011 mulai jam 8.00 pagi. Mereka telah mengenalpasti beberapa buah rumah penduduk miskin bagi tujuan program amal ini. Antara aktiviti2 yang akan dijalankan oleh student2 MSU sendiri dirumah2 terpilih adalah gotong royong kebersihan, motivasi anak2, bantuan makanan/buku2 pelajaran dan sebagainya.

Kami merasa gembira kerana pihak MSU sudi memberi bantuan dan sumbangan kepada penduduk2 miskin di sini dan berterimakasih kepada anda semua.