21 February 2011

Student UM Hilang di Pantai Permai, Pantai Dalam

Seorang pelajar UM (gambar) dilaporkan hilang semalam di kawasan Pantai Permai, Pantai Dalam. Pihak surau kita semalam telah membuat solat hajat supaya pelajar ini dapat pulang semula ke kampus atau keluarganya dengan selamat. Permintaan ini dibuat oleh keluarga beliau yang bimbang atas kejadian ini. Pohon semua pihak yang terlihat berita ini supaya dapat disebarkan dengan segera bagi membantu pihak Polis.

Berikut berita sepenuhnya dari akhbar Kosmo hari ini.


MASTURA ABU BAKAR

Perhatian: Semasa kejadian, Masturah yang berkulit sawo matang bercermin mata dan tinggi kira-kira 173 cm berpakaian baju kurung batik berwarna hijau dan merah jambu, berkot labuh warna hitam, bertudung warna merah jambu, dan berkasut sandal warna putih.

Calon pilihan raya Universiti Malaya didakwa hilang

Oleh BASIR ABU BAKAR
basir.abubakar@kosmo.com.my

MASTURA didakwa hilang secara tiba-tiba selepas berkempen kelmarin.

--------------------------------------------------------------------------------

KUALA LUMPUR – Keghairahan calon-calon pilihan raya kampus berkempen bagi merebut kerusi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Malaya (UM) di sini bagi sesi 2010/2011 gempar apabila salah seorang calon yang bertanding dilaporkan hilang kelmarin.

Sebelum hilang pukul 5 petang kelmarin, calon tersebut, Mastura Abu Bakar, 22, yang mewakili Pro-Mahasiswa (Pro-M) dipercayai keluar berkempen bersama beberapa rakannya di kawasan perumahan Taman Pantai Permai, Jalan Pantai Permai yang banyak didiami pelajar UM.

Namun Mastura didakwa tiba-tiba hilang oleh rakan-rakannya selepas menamatkan aktiviti berkempen pada hari tersebut.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Mohd. Taufiq Abdul berkata, sebelum hilang, Mastura dan rakan-rakannya berkumpul di antara blok D dan E di sebuah pangsapuri Taman Pantai Permai.

“Mangsa kemudian pergi membeli kad tambah nilai telefon di sebuah kedai tidak jauh dari situ sebelum meminta rakan-rakan menunggunya di blok E.

“Bagaimanapun, setelah lama menunggu, Mastura tidak muncul, malah dia juga gagal dihubungi,” kata Mohd. Taufiq kepada Kosmo! di sini semalam.

No comments:

Post a Comment