30 September 2012

Taman Rimba Bukit Kerinchi - pada hari ini

Taman Rimba Bukit Kerinchi - satu nama agak asing bagi penduduk Pantai Dalam. Namun kewujudannya sejak beberapa bulan yang lepas, memberi peluang kepada warga Pantai Dalam serta Lembah Pantai untuk beriadah bersama keluarga.

Jaraknya ialah 1 km dari persimpangan jalan utama Pantai Dalam. Mereka yang ingin kesana perlu menggunakan kenderaan sendiri atau berjalan kaki.

Namun beberapa perkara perlu diambil perhatian oleh pihak DBKL yang bertanggungjawab keatas pengurusan Taman ini:-

1. Laluan ke Taman ini perlu diperbaiki dan diperindahkan bermula dari persimpangan jalan Pantai Dalam
2. Kemudahan Tandas perlu diperbaiki terutama dari segi tekanan air yang rendah.
3. Ramai remaja lelaki dan perempuan menggunakan Taman Rimba ini sebagai tempat lepak. Dibimbangi perlakuan sumbang atau masalah sosial mungkin berlaku.
4. Ramai mat motor menunggang motorsikal hingga ke Taman Rimba yang sedikit sebanyak menganggu para pengunjung yang ingin berehat.

Dalam kunjungan saya baru2 ni, ada pengunjung taman ini datang dari Shah Alam ! Menurut beliau, tempat ini lebih sunyi serta selesa untuk beriadah, tambahan pula ada laluan denai yang tiada ditempat lain. Beliau lebih suka tempat ini dari Taman Tasik Shah Alam !. 

Kepada penduduk Pantai Dalam yang belum pernah kesana, silalah berkunjung, anda akan terkejut kerana kawasan yang dahulunya kawasan rumah panjang serta hutan telah bertukar menjadi taman riadah yang menarik.

Jalan masuk ke Taman Rimba Kerinchi

Tanah Perkuburan Kawasan C Pantai Dalam di laluan masuk ke Taman ini. Disini terdapat sebuah wakaf sumbangan Masjid Khadijiah beserta sebuah tandas yang baru. Tempat parking pun dah dibesarkan.
 

Jalan masuk baru dibina
 

Papan tanda ke tempat-tempat menarik
 
Peta Taman Rimba Bukit Kerinchi
 
Laluan joging dan treking
 
Kolam mini dari alur sungai kecil yang mengalir dari atas bukit. Nak mandi pun boleh

Tandas yang bersih dan sempurna - tapi tekanan air kurang

Bulatan  sebelum masuk ke Taman Rimba di sebelah kiri. Tempat parking kereta

Laluan masuk ke Taman Rimba dari Jalan Pantai Dalam / Jalan Kubur - sebelah warung rindu

Jalan masuk sedia ada - perlu diperindahkan dengan lanskap

Jalan Masuk baru

Laluan denai dalam hutan simpan. Tak payah pergi jauh untuk aktiviti junggle treking
 
Laluan baru yang cantik

Pemandangan sekitar Taman

8 comments:

  1. maaf bertanya.saya masih tak dapat petunjuk dimana lokasi ini.boleh tahu kawasan yang berdekatan taman rimba ini?

    ReplyDelete
  2. sini area berdekatan sekolah agama tu ke?

    ReplyDelete
  3. area jalan kubur , kawasan C pantai dalam 59200 kuala lumpur

    ReplyDelete
  4. Dimana lokasi Taman Rimba ini? ikut new pantai expresway arah ke PJ,lepas tu masuk jalan lama Pantai Dalam tu ke sebelah kiri?

    ReplyDelete
  5. Aku cadang nak ke sini, nak buat BBQ area kws air terjun/sg kecil tu..... Sebelum pergi aku kena pergi tinjau2 dulu, nak tahu samada kws ini ok ke tidak. Kalau ok, jimatlah sikit tak payah pegi jauh2, dlm KL pun ada kws perkelahan yg menarik.... Jom kita tinjau2 dulu..... ;)

    ReplyDelete