03 September 2012

SOLAT HAJAT UNTUK BAKAL PELAJAR UPSR

Surau AlHijrah akan mengadakan majlis  bacaan yassin dan solat hajat untuk memohon kepada Allah SWT supaya anak-anak kita yang akan mengambil peperiksaan UPSR minggu depan akan diberi keyakinan diri serta kekuatan mental untuk menghadapi peperiksaan dengan jayanya.


Kami menjemput semua pelajar2 yang akan menghadapi UPSR serta ibubapa masing-masing untuk hadir ke surau pada hari Khamis ini. 6 September 2012 selepas solat maghrib.

Selepas anak-anak anda telah berusaha belajar dengan bersungguh-sungguh, maka kini waktunya untuk kita mengharapkan keredhaan Allah SWT untuk memudahkan mereka menjawab soalan peperiksaan nanti. Berusaha dan bertawakkal.



Petikan Bernama

517,139 calon duduki UPSR mulai Selasa depan

KUALA LUMPUR 3 Sept. - Seramai 517,139 calon berdaftar akan menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dari 11 hingga 13 September di 8,284 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Menurut kenyataan Lembaga Peperiksaan Kementerian Pelajaran Malaysia hari ini, ia melibatkan 507,783 calon sekolah kerajaan dan bantuan kerajaan, 9,345 calon sekolah swasta penghantar Bahasa Melayu dan 11 calon dari sekolah swasta penghantar Bahasa Cina.

Semua calon diminta merujuk kepada Jadual Waktu Peperiksaan bagi mendapatkan maklumat mengenai masa peperiksaan serta arahan yang perlu dipatuhi semasa peperiksaan berlangsung.
UPSR kali ini melibatkan 52,172 petugas peperiksaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment