23 April 2010

Toyol di PPR Pantai Ria ?


SEPERTI TOYOL ATAU .........?
(Sila klik atas gambar untuk membesarkan foto)

Menakutkan? Cuba anda lihat gambar diatas dengan teliti, gambar siapa agaknya? Jika dilihat secara dekat, anda dapat melihat matanya, hidung, mulut serta tangannya memangku kepalanya dalam posisi merenung ke kamera tetapi dalam keadaan yang tidak begitu jelas. Tetapi itulah namanya mahkluk halus.

Mungkin ada yang tak percaya tetapi inilah gambar seperti makhluk halus yang dirakam oleh seorang penduduk secara tak sengaja. Beliau sebenarnya hendak mengambil gambar lain dalam rumahnya tetapi terlihat objek ini (seperti rupa toyol ?) dalam skrin telefon kameranya pada petang hari Khamis, 22 April 2010 (sebelum maghrib). Beliau juga mengatakan pernah kehilangan wang sebelum ini dalam rumahnya yang kemungkinan adalah perbuatan makhluk halus ini.

Pada waktu yang sama juga, penghuni sebuah rumah lain juga mengadu terlihat kelibat makhluk halus yang melintas dalam rumahnya. Bahkan beberapa hari lepas ada penduduk terlihat rupa seperti pochong dihadapan lif pada tengahmalam.

Walaubagaimanapun, makhluk ini tetap mahkluk ciptaan Allah SWT yang mempunyai kelemahannya sendiri. Kita tidak boleh mengalah.

Antara ayat2 Al Quran berkaitan dengan kewujudan jin dan syaitan ialah:-

1. Surah Al-Hijr ayat 26 - 27 :

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari tanah liat yang kering kontang yang berasal dari lumpur hitam yang di beri bentuk dan Kami telah ciptakan Jin sebelum di ciptakan manusia daripada api yang sangat panas.

2. Surah Ar-Rahman ayat 15 :

Yang bermaksud : Dia ( Allah ) menciptakan Jann ( Jin ) dari nyalaan api ( Pucuk api yang menyala-nyala atau Maarij )

3. Surah Al-‘Araf ayat 12 :

Yang bermaksud : " Engkau ciptakan aku ( kata Iblis ) dari api sedangkan ciptakan dia ( Adam ) dari tanah.

Pihak jawatankuasa surau memandang serius perkara ini kerana ia akan mendatangkan ketakutan dan kerisauan kepada penduduk. Kami akan mencari jalan bagaimana untuk mengatasi masalah ini . Akan mengadakan solat hajat dan bacaan Yassin untuk menghindarkan mahkluk ini dari terus mengganggu, InsyaAllah.

Untuk maklumat lanjut tentang makhluk halus, lihat dalam laman web dibawah :-

http://members.fortunecity.com/pgssajkm/artikel.htm

http://www.darussyifa.org/artikel/MakhlukHalusMenurutAl-Quran_Iss1_18Mei2006_.PDF

http://www.smartgeneration.com.my/index.php/artikel/init/Misc/862

5 comments:

  1. besa r lau tngkap pic smbil bergrak mmg jd camtuh,,,bkn tyol,,

    ReplyDelete
  2. tya dulu sblum beri comment bleh ke? cb awk amik gmbar bgerak,bleh ke jd mcm 2? ni xsilap bkn kali pertama amik gmba,blum tau cita,dh memberi komen...

    ReplyDelete
  3. makhluk seperti Toyol ini bukanlah barang mainan dan untuk main-main, memeliharanya adalah berdosa dan syirik apatah lagi mempergunakannya untuk tujuan jahat ! semoga Allah menyedarkan pemiliknya untuk segera bertaubat dan jangan tau buat saja.

    ReplyDelete
  4. http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Sentral_PenghunimahuDBKLbaikirumah/Article/

    ReplyDelete
  5. Antara bisness beralamat di PPR Pantai Ria:
    http://hariena.my/?page_id=4
    http://www.lotniaga.com/mymesra2u/
    Silalah berkunjung...

    ReplyDelete