07 July 2013

Gotong Royong Sempena Ramadhan Berjaya DiLaksanakan

Lebih 40 orang penduduk hadir di Surau sejak awal pagi tadi untuk gotong royong sempena menyambut bulan ramadhan.

Antara kerja-kerja yang dilakukan hari ini laiah memasang ruang solat tambahan (4 khemah), membersih surau, memotong rumput serta menyusun barang2 dalam stor.

Ruang solat sedia ada boleh tampung 250 jemaah sahaja. Ruang tambahan akan dapat menampung tambahan 500 jemaah lagi untuk solat tarawikh.

Alhamdulillah, semua kerja berjaya dilakukan sehingga petang. namun terdapat beberapa kerja kecil yang akan disiapkan sebelum bulan puasa tiba. Antaranya memasang speaker tambahan, memasang kipas dan lampu serta memasang soket tambahan.

Terimakasih kami ucapkan kepada semua yang hadir. Jasa anda semua hanya Allah yang akan membalasnya.

Plywood dikhemah tambahan

Kerja sedang berjalan

mengatur kayu dibahagian bawah plywood


Lori digunakan mengangkut kayu terpakai


Pak Rahman



Azahari, Mad, Zaki

Pak yazid



Hj Aris dan tok siak




Azahari memasang palung air

No comments:

Post a Comment