24 July 2013

Sumbangan Untuk Kos Memasak Bubur Lambuk

Alhamdulillah, pihak surau masih berjaya memasak bubur lambuk dari hari ke 2 Ramadhan  sehinggalah hari ini, 24 Julai 2013. Sambutan dari penduduk sangat menggalakkan. Kadangkala bubur lambuk yang diagihkan itu habis hanya dalam masa 40 minit.



Komen dari penggemar bubur lambuk menyatakan yang rasa bubur lambuk Surau AlHijrah lebih sedap dari tempat lain. Kami berterimakasih atas sokongan dari semua.

Walabagaimanapun, kos mengadakan bubur lambuk seperiuk besar agak tinggi iaitu dalam anggaran RM250.00. Walaupun kita mendapat sumbangan sebuah syarikat, namun ia masih belum mencukupi.

Untuk itu, kami mengharapkan sumbangan dari para dermawan yang pemurah untuk menghulurkan derma anda supaya program bubur lambuk ini akan dapat terus dibuat sehingga 25 Ramadhan ini, InsyaAllah.

Tuan2/Puan2 boleh menyumbang apa saja seperti beras ataupun wang ringgit. Terimakasih kepada anda yang sudi bersedekah dibulan ramadhan ini.

No comments:

Post a Comment