13 July 2013

Tazkirah Malam ke 4

Malam ke 4, Jumaat, 4 Ramadhan ialah giliran Ustaz Shahril, Ketua Imam Masjid Khadijah untuk berkongsi ilmu dengan jemaah surau dalam sesi tazkirah.

Pengisian tazkirah nya berkisar kepada kelebihan orang yang bersedekah dijalan Allah terutama dibulan Ramadhan ini, berkali-kalilah pahala yang Allah bagi kepada umatnya.

Menurut Ustaz Shahril, terdapat 3 kategori orang bersedekah

1. orang yang bersedekah dengan riak atau menunjuk2, langsung tak ada pahala bahkan dicela oleh Allah SWT

2. orang yang bersedekah tanpa keikhlasan hati. Dalam hatinya masih terdapat perasaan bangga diri tetapi kurang berbanding kategori pertama tadi. Masih tidak ada apa-apa ganjaran baginya.

3. orang yang bersedekah dengan penuh keikhlasan, hanya mengharapkan keredhaan Allah semata-mata. Inilah ketegori orang bersedekah yang mendapat ganjaran berlipat ganda dari Allah SWT.

Beliau menyebut contoh beberapa orang sahabat Nabi yang membuat amal jariah dengan cara yang sanagat luar biasa yang tak termampu difikirkan oleh kita.

Ustaz Shahril mengingatkan hadirin bahawa kita mesti melihat orang disekeliling kita yang lebih susah dan daif dari kita barulah akan timbul keinsafan dalam diri betapa kita masih bernasib baik dan masih diberi peluang untuk hidup . Jangan bandingkan kehidupan kita dengan orang kaya kerana kelak kita akan sentiasa rasa yang diri kita masih kekurangan / lemah.

Beliau memberi contoh; orang yang berkereta, lihatlah orang yang naik motosikal, yang naik motosikal, lihatlah orang yang naik basikal, orang yang naik basikal , lihatlah orang yang berjalan kaki, yang berjalan kaki lihatlah orang yang berkerusi roda dan begitulah seterusnya.

 Kita patut bersyukur kerana walaupun kita merasa diri kita kekurangan harta tetapi ada orang lain yang lebih susah dan daif dari kita.

Ingatlahlah, jangan sesekali berkata "kamu peduli apa, kita kubur lain2". Ingat!   Bila kita mati, siapakah yang akan memandi, menyembahyangkan kita, mengkebumikan serta membaca talkin untuk kita? Orang disekeliling kita juga !  Oleh itu manusia jangan sesekali sombong sesama manusia apatah lagi sombong kepada Allah SWT.

No comments:

Post a Comment