17 July 2013

Tazkirah malam ke 8 - Ustaz Khoirudin

Ustaz Khoirudin pada tazkirahnya pada hari Selasa, mengingatkan kepada jemaah bahawa betapa ruginya manusia yang membiarkan Ramadhan ini berlalu begitu sahaja tanpa membuat apa-apa amalan yang boleh membawa mereka ke syurga Allah.

Setelah manusia berdoa sejak dari Rejab lagi hingga ke Syaban dan akhirnya ke Ramadhan, manusia telahpun berjanji dengan Allah melalui doa-doa yang dibaca oleh ustaz2 dan diaminkan oleh hadirin.

Manusia selalu lupa akan janjinya kepada Allah.

Beliau juga berkata bahawa amalan-amalan sunat boleh dibuat dimana sahaja tetapi yang paling afdal seperti solat Tarawikh, eloklah dibuat di surau atau masjid untuk mendapat lebih ganjaran dengan cara solat berjemaah.

Tazkirah ilmu seperti yang diadakan disurau atau masjid amat disukai oleh Allah dan Allah merahmati umatnya yang berada dalam majlis2 sebegini.

No comments:

Post a Comment