Chin Peng masa muda
\
\
MENGAPA CHIN PENG PERLU DI TOLAK SAMA SEKALI
PKM - Partai Komunis Malaya yang ditubuhkan
pada awal tahun 30an bekerjasama dengan pihak British menentang Jepun bukan
hanya untuk membebaskan Malaya tetapi mempunyai agenda lebih besar dari apa yang
kita ketahui.
i. PERTAMA, untuk mendapatkan bekalan senjata,
peluru dan latihan ketenteraan dari pihak British. Selepas perang kesemua
senjata ini tidak dipulangkan, malah digunakan pula untuk memerangi pihak
British.
ii. KEDUA, matlamat utamanya adalah untuk
mendominasi politik di MALAYA selepas perang dunia kedua dan menukar sistem
pemerintahan kepada sebuah Republik Komunis. Ini terbukti dengan
percubaan mengambil alih pemerintahan di Malaya oleh PKM dan kuncu-kuncunya
sejurus selepas kekalahan Jepun. Kalau tidak kerana penentangan berani
masyarakat Sg. Manik dan kembalinya pihak British ke Malaya, mungkin lebih ramai
orang Melayu akan di sembelih.
iii. KETIGA, orang-orang Cina memang berdendam
dengan Jepun. Ini kerana Jepun telah menyerang CHINA pada tahun 1937 dan
seterusnya membunuh dan menyeksa berjuta rakyatnya. Pembabitan PKM menentang
Jepun di Malaya adalah sekadar membalas dendam dan melindungi kepentingan orang
Cina di Malaya.
iv. KEEMPAT, Malaya adalah 'lombong emas' bagi
British dan KOMUNIS CHINA. Bagi PKM menguasai Malaya dari segi politik dan
ekonomi akan membolehkannya membantu negara asal membina semula ekonomi yang
telah ranap akibat peperangan menentang penjajah dan peperangan sesama
sendiri.
v. Mulai 1969 hingga 1989. kita saksikan PKM
terus melaksanakan revolusi bersenjata yang meyebabkan ribuan angguta pasukan
keselamatan dan rakyat kita (termasuk Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban dan
lain-lain) terkorban ataupun cedera. Tidak kurang juga harta benda negara di
musnahkan.
Semasa itu kita sudah pun merdeka. Nak bebas
apa lagi ! Bukankah mereka ingin bebaskan MALAYSIA dari kepimpinan Bangsa
Melayu? Herokah Chin Peng ini? Hero untuk siapa? Untuk orang Melayu tak mungkin.
Untuk orang Cina Malaysia, ramai juga yang merasai kekejaman dan mati ditangan
PKM, dan sama-sama berjuang menentang bermati-matian terhadap mereka.
Kemungkinan besar Chin Peng hanya ingin berbakti kepada negara asal ibundanya,
Republik Komunis China.
KITA LUPAKAN DIA
SAHAJA
Salam,
Sharom Hashim
- untuk renungan bersama
- untuk renungan bersama
No comments:
Post a Comment