Solat Hari Raya
Surau Al Hijrah akan mengadakan sembahyang sunat hari raya aidil adha pada hari Jumaat, 27 November 2009, mulai jam 8.45 pagi. Semua jemaah dijemput bersama-sama untuk bersolat di surau kita dan mengambil kesempatan ini untuk merapatkan tali silaturrahim antara penduduk.
Majlis Korban
Akan diadakan pada hari raya ke 2 , Sabtu, 28 November 2009 mulai jam 7.00 pagi. Semua penduduk dijemput untuk membantu kami melaksanakan ibadah ini. InsyaAllah, pada tahun ini, ahli kariah telah menyumbang 3 ekor lembu termasuk seekor dari Masjid Khadijiah. Kemungkinan ada seekor lagi akan diketahui beberapa hari ini. Sila pastikan anda membawa peralatan yang sesuai seperti pisau, kapak dan sebagainya.
Gotong Royong Untuk Jamuan Hari Raya
Hari: Khamis, 26 November 2009
Waktu: Selepas solar asar
Aktiviti: Memotong daging lembu (seekor) yang disumbangkan oleh DBKL untuk jamuan pada hari raya ke 2.
Jamuan Hari RayaHari: Sabtu
Tarikh: 28 November 2009
Mulai jam 12.00 tengahari.
Kami menjemput semua muslimin dan muslimat untuk hadir dalam kesemua program diatas.
23 November 2009
Majlis Berkhatan 2009
Majlis berkhatan akan diadakan seperti berikut:-
Hari: Ahad
Tarikh: 13 Disember 2009
Bayaran: RM120.00 seorang peserta
Jamuan / majlis doa selamat akan disediakan/diadakan oleh penganjur.
Sila dapatkan borang penyertaan di surau al hijrah mulai sekarang.
Bayaran perlu disertakan semasa menyerahkan borang.
Tarikh tutup ialah 6 Disember 2009.
Penyertaan terbuka kepada semua kanak-kanak.

22 November 2009
Gotong Royong Memasak Dodol
Sempena dengan hari raya korban yang akan tiba tak lama lagi, kaum muslimah surau al hijrah berganding bahu untuk bergotong royong memasak dodol serta kuih ros. Kos untuk memasak dikumpul dari para muslimah sendiri
Tukang kacau
Selepas 4 jam mengacau. Antara ramuannya, 35 biji santan kelapa, 6 kilo gula putih, 3kilo gula merah, tepung beras pulut
Peringkat paling susah nak kacau ni dan paling mencabar kudrat kerana keliatannya, pada peringkat ni tugas mengacau di take over oleh kaum lelaki
Hampir masak
Inilah hasilnya setelah hampir 8 jam mengacau dodol
Sedang membuat kuih ros

17 November 2009
Latihan Silat Hari Pertama
12 November 2009
Latihan Silat Seni Gayong Bermula 13/11/09
Semua peserta yang telah menjadi ahli Pertubuhan Silat Seni Gayong gelanggang Al Hijrah diminta untuk turun bagi latihan yang pertama pada tarikh berikut:-
Jumaat, 13/11/09
Jam 9.00 malam hingga 11.00 malam
Tempat: Gelanggang sepaktakraw Blok C dan D
Peserta yang mempunyai pakaian silat boleh memakainya tetapi pada yang tiada, pakailah pakaian yang sesuai. Peserta perempuan wajib memakai tudung dan pakaian yang menutup aurat.
Sekian.

09 November 2009
Majlis Berkhatan Perdana 2009
Atas: gambar2 hiasan
Jawatankuasa surau al hijrah merancang untuk mengadakan majlis berikut:-
Majlis Berkhatan Perdana 2009
Tarikh: 13 Disember 2009
Hari: Ahad
Masa: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Tempat: Surau Al Hijrah
Doktor: Surau sedang memohon untuk mendapatkan perkhidmatan doktor dari pihak tertentu.
Anggaran peserta: 70 orang
Perasmian: Akan menjemput Dato' Raja Nong Chik - Menteri Wilayah
Borang: Akan diedarkan sedikit masa lagi
Bayaran : Akan dimaklumkan (anggaran RM120.00 seorang)
Harap maklum. Semoga mendapat sambutan dari anak-anak yang belum berkhatan.
07 November 2009
Gelanggang Silat Gayong Al Hijrah Kini Dibuka
Gelanggang Al Hijrah selamat dilancarkan pada hari ini, 6/11/09 oleh YDP Pertubuhan Silat Seni Gayong Wilayah Persekutuan, SI Kamarudin. Latihan pertama akan bermula pada minggu depan, hari jumaat, 13 November 2009 jam 9.00 malam. Setakat ini, hampir 90 orang telah mendaftar sebagai ahli.
Yang DiPertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Wilayah Persekutuan, Sub-Inspektor Kamarudin menyampaikan ucapan dan merasmikan gelanggang silat al hijrah di PPR Pantai Ria
Para mahaguru dan pesilat2 jemputan bergambar ramai
Hj Kairom bersama2 SI Kamarudin (kiri) dan Cikgu Nurul Huda Abd Rahman
disebelan kanan sekali. Beliau ialah Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayong Negeri Sembilan.
Pesilat jemputan semasa demonstrasi pembukaan gelanggang

06 November 2009
Penyerahan Borang Pembelian Rumah PPR
Kementerian Wilayah Persekutuan hari ini mengumumkan penyerahan balik borang pembelian rumah PPR telah dilanjutkan sehingga 30 November 2009. Pengambilan borang serta penyerahan balik borang boleh dibuat di pejabat cawangan DBKL atau di Ibu Pejabat DBKL, Kg Baru sehingga tarikh berkenaan.
05 November 2009
Pelancaran Gelanggang Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan Surau Al Hijrah
Seni persilatan kebanggaan bangsa Melayu
Logo Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia (PSSGM)
Majlis pelancaran gelanggang silat seni gayong al hijrah di PPR Pantai Ria akan berlangsung seperti berikut:-
Hari: Jumaat
Tarikh: 6 November 2009
Masa: 9 malam
Tempat: Kawasan Lapang Blok C dan D
Hampir 80 orang telah mendaftar sebagai ahli dengan latihan akan dimulakan tidak lama lagi.
Semua dijemput hadir.
Hari: Jumaat
Tarikh: 6 November 2009
Masa: 9 malam
Tempat: Kawasan Lapang Blok C dan D
Hampir 80 orang telah mendaftar sebagai ahli dengan latihan akan dimulakan tidak lama lagi.
Semua dijemput hadir.
01 November 2009
Jamuan Hari Raya Surau Al HIjrah
Jamuan Hari Raya pada 25 Oktober 2009 yang lepas telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari penduduk2 PPR Pantai Ria. Ramai yang hadir kerana disamping itu diadakan penyerahan sijil kem ihya ramadhan yang lepas pada bekas peserta. Kita berterimakasih atas kehadiran Datuk Hasbullah dari PERKIM Kebangsaan yang merasmikan program kami pada hari tersebut.
Fasilitator2 kem ihya ramadhan yang dijemput kemajlis tersebut
Semasa jamuan
Penduduk bergotong royong membantu
Antara yang hadir
Fasilitator2 kem ihya ramadhan yang dijemput kemajlis tersebut
Semasa jamuan
Penduduk bergotong royong membantu
Antara yang hadir
Hj Kairom (Pengerusi Surau) bersama Datuk Hasbullah
Penyerahan sijil kem ihya ramadhan pada para peserta oleh Hj Kairom. Disebelahnya ialah En Azizan Yunus, Ketua Jurulatih dari Sedayu Event Management, syarikat yang mengelolakan Kem Ihya Ramadhan.
Kumpulan nasyid surau al hijrah
Nota: T/kasih kepada Abd Rahman Nordin yang menyumbang gambar2 diatas.
Subscribe to:
Posts (Atom)