09 October 2010

Ibadah korban 1431 Hijrah Dibuka


Notis telah ditampal untuk makluman penduduk.


Anda boleh print borang diatas, isikan dan hantarkan kepada mana-mana ajk surau.





Pendaftaran untuk menyertai ibadah korban sekarang dibuka kepada semua jemaah yang berminat. Sila hubungi mana2 ajk surau untuk mendaftar diri anda. Borang rasmi akan dikeluarkan minggu depan. Anggaran harga untuk 1 bahagian adalah RM400.00.

InsyaAllah, kita akan meneruskan tradisi surau kita yang mengadakan aktiviti korban pada setiap tahun tanpa gagal. Ini memberi peluang kepada jemaah untuk mengambil bahagian melakukan suatu ibadah yang amat dituntut oleh Islam.

Raya Haji tahun ini dijangka pada 17 November 2010 bersamaan hari Rabu.Kita berharap ramai yang dapat turut serta membantu melapah dan menguruskan daging sehingga selesai.

Pada tahun ini, kita diberitahu ada syarikat yang berminat untuk menyumbang lembu untuk dikorban ditempat kita. Sama-samalah kita berharap ia menjadi kenyataan supaya lebih banyak daging dapat diberikan kepada lebih ramai penduduk.

No comments:

Post a Comment