30 November 2011

Kem Motivasi Permata Diri


Contoh salah satu kem untuk kem motivasi

Kami akan sekali lagi menganjurkan Kem Motivasi untuk anak-anak remaja PPR Pantai Ria pada musim cuti sekolah ini. Butiran adalah seperti berikut:-

Tarikh: 16/12/2011 hingga 18/12/2011
Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Tempat: Akan dimaklumkan kemudian
Bayaran: RM30 seorang (untuk insuran dan pengurusan)
Umur peserta: 12 tahun hingga 17 tahun
Tarikh tutup: 4/12/11
Anjuran: Perkim Kebangsaan dengan kerjasama surau al hijrah

Sila isi borang dengan segera (boleh dapat di surau) kerana tempat hanya disediakan untuk 40 orang sahaja. Maklumat lanjut, sila hubungi ajk surau.

Status Pembinaan Surau Baru - 30 Nov 2011

Alhamdulillah, pembinaan surau baru dijangka sudah mencapai 40% setakat hari ini. Kontraktor masih berusaha untuk menyiapkan surau baru mengikut jadual iaitu dijangka siap bulan Januari 2012.


Ruang solat utama



Bilik stor



Bilik imam



Pandangan sisi


Ruang wudhu dan tandas



Bangunan tandas / wudhu


Pandangan depan



Ruang imam

Ceramah Perdana Masjid Khadijah

26 November 2011

SALAM MAAL HIJRAH 1433H



Rasanya baru saja kita menyambut 1432H, hari ni dah masuk pula tahun 1433H. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedari. Bertambahnya 1 tahun lagi umur kita dalam tahun hijrah walaupun ramai masih selesa dengan tahun baru masehi. Segenap penjuru alam terutama surau dan masjid mengadakan majlis khas menyambut maal hijrah dengan bacaan doa akhir dan awal tahun.

Semoga tahun yang mendatang akan lebih baik dari tahun lalu. Berhijirahlah kita dari zon yang kurang baik kepada yang zon lebih baik semoga Allah SWT menerima amalan kita. InsyaAllah.

24 November 2011

Baddrol Bakhtiar Orang Mandailing?


Berikut petikan dari akhbar RakyatMerdekaOnline, Indonesia tentang Kapten Bolasepak Harimau Muda, Baddrol Bakhtiar. Betul atau tidak, hanya Baddrol yang tahu


INDONESIA VS MALAYSIA
Kapten Timnas Malaysia Ternyata Orang Mandailing
Selasa, 22 November 2011 , 17:53:00 WIB
Laporan: Teguh Santosa

BADDROL B


RMOL. Kapten Timnas Malaysia, Baddrol Bakhtiar, menjadi penentu kemenangan negeri jiran itu dalam pertandingan melawan Timnas Indonesia di partai final Senin malam (21/11). Ternyata, Baddrol adalah keturunan Mandailing, subsuku Batak dari Tapanuli Selatan, Provinsi Sumatera Utara.

Dalam drama adu pinalti setelah kedua Timnas bertanding melewati babak perpanjangan waktu dengan skor 1-1, Baddrol dipasang pelatih Ong Kim Swee menjadi algojo terakhir. Ketika itu kedudukan adu pinalti 3-3. Dua pemain Indonesia, Gunawan DC dan Ferdinand Sinaga, gagal menjebol gawang Malaysia yang dikawal Khairul Fahmi Che Mat. Adapun tendangan seorang pemain Malaysia, Fakhri, telah dijinakkan kiper Indonesia, Kurnia Meiga.

Baddrol hampir mengalami nasib serupa Fakhri. Tetapi, walau sempat ditahan Kurnia namun bola yang ditendang Baddrol yang lahir di Sungai Petani, Kedah, 1 Februari 1988, itu tak terbendung juga, melesat dan akhirnya menggetarkan jala gawang Garuda Muda. Di negerinya, Baddrol yang punya nickname Bad, berwajah polos dan lugu dengan sedikit janggut yang menggantung ini bertanding untuk Kedah FA dalam Liga Super Malaysia. Ia memang biasa bermain di lapangan tengah, baik di kiri maupun di kanan.

Karier sepakbolanya di Malaysia melesat setelah ia tampil di Kedah FA President Cup tahun 2006. Masih di tahun yang sama, ia bergabung dengan Canaries dan bertanding dalam Sukan Malaysia. Setelah tampil memukau di pesta olahraga Malaysia yang memukau, Baddrol menandatangani kontrak pertama dengan Kedah FA pada November 2006.

Menurut Ketua Masyarakat Mandailing Malaysia, Ramli Abdul Karim Hasibuan, Baddrol Bakhtiar pun masih keturunan Mandailing. Memang nama keluarga atau marga Baddrol sudah tidak diketahui lagi.

"Sedang di-check, because di Malaysia sudah lama hilang marga. Tapi famili-nya saya kenal. Dia cucu Opung Lobe, orang panggil disini," tulis Ramli Abdul Karim dalam pesan singkatnya untuk Rakyat Merdeka Online, beberapa saat lalu (Selasa, 22/11).

Ramli berharap pertandingan antara Indonesia melawan Malaysia itu dapat menjadi ajang untuk saling kenal dan memahami bahwa kedua bangsa adalah serumpun.

"Semoga hubungan kedua bangsa semakin erat dan baik," demikian Ramli yang leluhurnya tiba di Semenanjung Malaya sejak pertengahan 1880an silam. [guh]

22 November 2011

Kartun Menghina Akhbar Indonesia

Kartun ini terdapat dalam akhbar Indopost menjelang pertemuan bolasepak Malaysia dan Indonesia. Malaysia dalam kartun ini digambarkan sebagai lanun. Sudah tentu kita merasa kesal dengan kartun ini yang jelas menghina bangsa Malaysia.

Majlis Sambutan Maal Hijrah 1433Hijrah



Pusat Agihan Bantuan serta Kem Hafazan di Masjid Khadijah


Pusat agihan bantuan di Masjid Khadijah


Kem Hafazan untuk anak2

Sesiapa yang berminat untuk kedua dua makluman diatas, sila hubungi pihak masjid Khadijah

20 November 2011

School Break @ Masjid Ar Rahman


Sebahagian adik2 yang hadir


Hadiah kepada pserta terbaik





Pokok unik yang terdapat di masjid ar rahman. Tak pasti nama pokok ini tapi cantik untuk hiasan.

Program 3 hari 2 malam selesai siang tadi. Terimakasih kepada pihak penganjur kerana memberi kesempatan kepada anak-anak untuk mengisi masa cuti dengan cara berfaedah.


Jeff Hazimin, sebelah kiri


Para peserta bergambar ramai





UM Berselawat

16 November 2011

KEM ANAK SOLEH @ Masjid Ar Rahman


Penyertaan dibuka kepada semua anak-anak yang berumur dari 10 tahun hingga 16 tahun untuk menyertai

Kem Anak Soleh (ANAS)
Anjuran: Masjid Ar Rahman bersama JAWI

Tempat: Masjid Ar Rahman
Jalan Pantai Baharu
Kuala Lumpur (berhampiran pintu masuk ke UM)

Tarikh: 18 hingga 20 November 2011
Hari: Jumaat, Sabtu dan Ahad
Pendaftaran: Jumaat (18/11/11) antara 3 hingga 4 petang
Tamat: Selepas Zohor (20/11/11)
Bayaran: RM30 sahaja seorang

Sila dapatkan borang di surau dengan segera dan kembalikan borang yang telah di isi beserta yuran penyertaan ke surau sebelum waktu Isyak malam esok. Sila serahkan kepada AJK surau.

Isilah masa cuti anak2 anda dengan benda yang berfaedah. Suruhlah mereka sertai kem ini, banyak manafaatnya.

Cepat kerana masa sangat terhad.

11 November 2011

Ustaz Don Danial Don Biyajid - Fenomena Ustaz Alaf Baru

Ustaz Don dengan gaya bersahaja serta relax tapi kadang2 agak kelam kabut sikit ketika berceramah nampaknya telah menarik minat bukan saja orang2 muda tapi juga makcik2 untuk melekat di kaca TV Al Hijrah setiap hari Isnin hingga Rabu. Pertuturannya dengan loghat penang yang pekat, itulah Ustaz Don.



Kehadiran stesen televisyen Islamik pertama di Malaysia, TV AlHijrah nampaknya agak lambat diterima oleh para penonton di negara ini.

Namun ia bukanlah sesuatu yang menghairankan, ini kerana selain daripada agak lewat memasuki salah satu saluran di Astro, kandungannya yang 100 peratus bercorak Islamik pasti sukar menarik perhatian golongan muda.

Namun dari hari ke hari TV AlHijrah berusaha keras untuk membuktikan bahawa semua itu bukanlah satu halangan besar buat mereka untuk berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan stesen penyiaran lain.

Dan akhirnya dengan tanpa disangka, keputusan mereka untuk menampilkan seorang ustaz muda yang bernama Don Danial Don Biyajid, benar-benar telah mencetuskan fenomena baru dalam industri penyiaran tempatan.

Penampilan ‘sempoi’ dan bersahaja Ustaz Don dalam rancangan ” Program 30 Minit Ustaz Don ” berjaya menarik rating yang begitu tinggi dan mula mengumpul ribuan peminatnya yang tersendiri. Bilangan pengikutnya di Facebook juga semakin bertambah hari demi hari

Rancangan ini mula disiarkan di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu.

Program 30 Minit Ustaz Don ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ia memfokus dua perkara penting untuk golongan iaitu Bicara Fardu Ain dan al-Quran secara santai

Dalam program berkenaan, Ustaz Don berjaya memberi satu nafas baru dengan corak persembahan yang pelbagai untuk lari dari lingkungan dan suasana pembelajaran madrasah yang lazimnya, serius, kurang jenaka dan ‘berat’.

Ustaz Don juga tidak lari daripada lingkungan budaya ilmu walaupun cara dan kaedah yang disampaikan adalah mesra penonton, sangat ‘hidup’, bersahaja, tidak bergantung sepenuhnya kepada skrip.

Dengan wajah yang sentiasa tersenyum dan ceria, ternyata Ustaz Don berjaya mencetus satu fenomena dalam dunia penyebaran dakwah di negara ini.

Siapa kata orang muda tak pandai berdakwah?

Azan Yang Menusuk Kalbu

10 November 2011

Status Pembinaan Surau Baru - 8 November 2011

Hampir 30% sudah disiapkan.





Anak Anda Sudah Berkhatan?

Peluang untuk anak anda jika beliau sudah mencapai usia yang sesuai untuk berkhatan melalui usaha pihak masjid khadijah, pantai dalam mengadakan majlis ini. Usia yang sesuai adalah 7 hingga 10 tahun. Sila baca maklumat dibawah. Klik atas gambar untuk membesarkan tulisan.

Makluman: Bayaran penyertaan adalah percuma (berita dari urusetia program pada 15 Nov 2011). Berkhatan menggunakan kaedah laser.

Majlis Yassin / Tahlil Selesai

Selamat dijalankan malam ini dengan kehadiran Dato' Raja Nong Chik. Hampir 200 penduduk hadir ke surau dalam majlis ini. Tujuan utamanya untuk menghargai para petugas ibadah korban tempohari yang bekerja keras menjayakan ibadah korban.










08 November 2011

Jamuan Sempena Aidil Adha

Semua muslimin dan muslimat terutama para petugas pada program ibadah korban pada hari Ahad lepas adalah dijemput hadir ke surau pada hari berikut:-

Hari: Khamis
Tarikh: 10 November 2011
Masa: Mulai Waktu Maghrib

Program: Solat Maghrib
Bacaan Yassin dan Tahlil
Solat Isyak
Jamuan Makan

Selain dari sambutan Aidil Adha, majlis ini juga adalah sebagai menghargai para jemaah yang telah bertukus lumus menjayakan ibadah korban. Walaupun bilangan lembu sebanyak 9 ekor agak banyak tapi semua kerja selesai sebelum pukul 1.00 tengahari berkat dari usaha dari semua orang.

07 November 2011

Ibadah Korban 2011

Hampir seratus penduduk hadir bergotong royong membantu pihak surau melakukan ibadah korban pada hari Ahad, 6 November 2011. Sebanyak 9 ekor lembu dikorbankan. Semua kerja selesai pada jam 12.30 tengahari. Terimakasih kepada semua yang turun membanting tulang dari pagi hingga selesai.



Daging sedang diagih