30 August 2012

SEMINAR UPSR MASJID KHADIJIAH

Masjid Khadijiah akan menganjurkan seminar peperiksaan UPSR pada tarikh berikut:-

Sabtu dan Ahad
1 dan 2 September 2012
Masa: 8 pagi hingga 5 petang

Sila daftarkan anak anda di pejabat Masjid Khadijiah dengan segera kerana tempat terhad . Tarikh tutup adalah 31 Ogos 2012.

Sediakan anak anda persiapan terakhir sebelum mereka menghadapi peperiksaan UPSR sebenar pada 13, 14 dan 15 Septembner ini. Dah tinggal beberapa hari saja lagi.

28 August 2012

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI NAJIB

RUMAH TERBUKA DATUK SERI NAJIB - PM MALAYSIA
HARI: SABTU 1 SEPT 2012
TEMPAT: RRIM SG BULUH
MASA; 1 PTG HINGGA 5 PETANG


Gotong Royong Ahad Ini

Kaum lelaki di pelawa untuk hadir ke surau alhijrah pada hari Ahad ini, 2 September 2012 untuk kerja-kerja gotong royong berikut:-

a) membersihkan surau dan kawasan sekitar
b) membersihkan ruang solat tambahan spt plywood/kayu dan lain2
c) menyimen ruang ambil wudhu diluar surau serta menyimen ruang bekas pokok bunga.

Sarapan pagi akan disediakan.

Beramal selagi berdaya,moga keringat anda akan mendapat balasan rahmat dari Allah SWT slagi kita ikhlas melakukannya.

RUMAH TERBUKA USTAZ-USTAZ


27 August 2012

JAMUAN HARI RAYA

SURAU ALHIJRAH AKAN MENGADAKAN MAJLIS SAMBUTAN AIDIL FITRI PADA TARIKH BERIKUT:-

TARIKH:  16 sEPTEMBER 2012
HARI:   AHAD
MASA: 2.0 PETANG HINGGA  6.00 PETANG
TEMPAT: PERKARANGAN SURAU

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR BERSAMA KELUARGA

17 August 2012

Selamat Hari Raya dari AJK Surau Al Hijrah




Assalamulaikum wbrt

sempena Hari Raya Aidil Fitri 1433 Hijrah, kami, seluruh ahli jawatankuasa surau Al Hijrah mengucapkan Selamat Hari Raya maaf zahir dan bathin kepada semua jemaah dam penduduk Islam PPR Pantai Ria.

Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang memberi sokongan kepada semua aktiviti dan program yang telah kami buat sepanjang bulan puasa ini iaitu

a) solat sunat tarawikh
b) tazkirah sepanjang Ramadhan
c) tadarus alquran / majlis khatam al quran
d) qiyamullail
e) berbuka puasa bersama RELA dan Time Temasik Sdn Bhd
f) bubur lambuk pada 2 minggu pertama Ramadhan
g) bersama Time Temasik memberi sumbangan pada fakir miskin/oku/ibu tunggal/warga emas
h) menyediakan juadah berbuka puasa setiap hari di surau

Kami juga bersyukur kerana sepanjang kami bertugas sebagai ajk, banyak aktiviti yang telah dibuat dan berjaya dilaksanakan untuk manafaat semua jemaah serta ahli kariah. Semoga anda terus memberi sokongan kepada kami untuk tahun mendatang.

Kami bersedia menerima teguran yang membina demi kemajuan surau kita.

Berhati- hati memandu balik kampung, ingatlah, takkan lari kampung dikejar, lambatpun tetap sampai kat kampung, daripada tergesa-gesa nak cepat akhirnya beraya kat hospital!

Ikhlas dari Jamil Hj Omar
Setiausaha Surau bagi pihak AJK Surau Al Hijrah, PPR Pantai Ria

Pengerusi - Hj Kairom Ahmad
Timb Pengerusi - Hj Muhamad Hj Adam
Setiausaha - Jamil Omar
Pen Setiausaha - Zuhari Kasa
Bendahari - Kahar Abdullah
Pen Bendahari - Hj Aris Mohd Ali
AJK - Jamal Omar
AJK - Sabariah Satiman
AJK - Aliudin Ruslan
AJK - Hjh Norbaayah Alias
AJK - Azeman Baharudin
Audit :  Amaran Rafar
             Jibat Abd Ghafar





Solat Sunat Hari Raya

AKAN DIADAKAN PADA HARI

AHAD, 19 0GOS 2012
SOLAT: JAM 8.30 PAGI
TAKBIR: MULAI JAM 7.30 PAGI

IMAM:  HJ KAIROM AHMAD
KHATIB:  USTAZ MOHAMAD HJ ADAM

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT UNTUK SAMA-SAMA BERSOLAT SUNAT HARI RAYA SERTA MENGERATKAN SILATURRAHIM SESAMA MUSLIM.

Coca Cola Percuma !



Hari Ahad lepas, penduduk PPR Pantai Ria mendapat air minuman berkabonat Coca Cola secara percuma dari syarikat coca cola uang menghantar 1 lori air tersebut. Setiap rumah mendapat 1 botol air Coke percuma dan difahamkan sebanyak 1200 botol air Coke 1.5liter habir diedarkan dalam masa 2 jam.

Time Temasik Hulur Sumbangan

Syarikat Time Temasik Sdn Bhd, buat kali ke 3 menyampaikan sumbangan Ramadhan kepada hampir 100 orang penduduk miskin / ibu tunggal / oku serta warga emas karian PPR Pantai Ria pada hari Ahad lepas. Time Temasik diwakili oleh En Sufian.

 Para jemputan juga berbuka puasa beramai-ramai dalam majlis berbuka puasa yang ditaja oleh Time Temasik. Kami mengucapkan terima kasih kepada Time Temasik yang sudi memberi sumbangan ini yang boleh meringankan beban para penerima untuk menyambut hari raya nanti.
En Sufian menyampaikan sumbangan





majlis berbuka puasa

16 August 2012

Tazkirah Ustaz Fadullah - UNISEL

Semua jemaah dijemput hadir bersolat tarawikh malam ini di surau Al Hijrah serta mendengar tazkirah oleh Ustaz Fadullah, pensyarah di UNISEL.

Rebutlah tawaran yang diberikan Allah untuk hambanya yang sentiasa melakukan ibadat pada 10 malam terakhir ini. Peluang ini tidak harus dilepaskan kerana kita mungkin tak sempat meraikan Ramadhan pada tahun hadapan.

14 August 2012

majlis khatam Al Quran

Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir dalam

MAJLIS KHATAM ALQURAN

HARI RABU
TARIKH:  15  OGOS 2012
MASA:  SELEPAS SOLAT TARAWIKH

SEMUA PESERTA TADARUS DIMESTIKAN HADIR.  SUMBANGAN CENDERAHATI DAN SAGUHATI AKAN DIBERIKAN KEPADA SEMUA PESERTA TADARUS YANG TELAH BERJAYA MENGKHATAMKAN ALQURAN SEPANJANG BULAN RAMADHAN INI.

10 August 2012

Qiyamullail Ahad Ini - 12 Ogos 2012

Anda semua dijemput untuk program Qiyamullail pada hari Ahad ini, mulai jam 3.30 pagi. Akan diadakan solat sunat tahajjud, taubat, tasbih dan sebagainya. Sahur akan disediakan. Akan diakhiri dengan kuliah subuh.

Program ini akan dipimpin oleh Ustaz Mohd Hariri Hj Daud, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah JAKIM Putrajaya.

09 August 2012

TAZKIRAH USTAZ AFENDI CHE HARUN

Ustaz Afendi Che Harun - pegawai JAKIM Putrajaya, Bahagian Halal. Beliau adalah bekas imam Masjid Ikhlasiah, Kerinchi.

Malam tadi, Rabu, 8 Ogos 2012 adalah giliran Ustaz Afendi Che Harun dijemput menyampaikan tazkirah Ramadhan di surau Al Hijrah.

Antara isu-isu yang dibawa oleh Ustaz Afendi adalah

1. Umat Islam perlu mengambil peluang 10 malam terakhir ini untuk berbuat ibadah sebanyak mungkin demi mengejar Lailatulqadar. Ia hanya datang sekali dalam setahun dimana ganjarannya adalah sama seperti beribadat 1000 bulan atau 83 tahun.
2. Umat Islam digalakkan membaca AlQuran sebanyak mungkin kerana ia akan membantu kita bila di alam kubur nanti. AlQuran akan datang membawa syafaat menemani ahli kubur yang semasa hidupnya sentiasa membaca AlQuran.
3. Membaca AlQurab membawa ganjaran 10 kali ganda bagi setiap huruf yang dibaca serta digandakan lagi 70 kali semasa di bulan Ramadhan.
4. Ibadat sunat yang dibuat pada bulan Ramadhan akan membawa fadilat sama seperti iabadat fardhu. Apatah lagi jika ibadah fardu yang dibuat. bayangkan berapakah ganjaran dari Allah SWT.
5. Umat Islam lebih mengutamakan persiapan menyambut raya dari persiapan untuk merebut Lailatulqadar. Jemaah makin kurang bila dipenghujung Ramadhan sedangkan sepatutnya jumlah jemaah bertambah ramai.

TAZKIRAH USTAZ HARIRI HJ DAUD MALAM INI

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMIN DIJEMPUT UNTUK BERSOLAT TARAWIKH MALAM INI, KHAMIS, 9 OGOS 2012 SERTA MENDENGAR TAZKIRAH DARI USTAZ MOHD HARIRI HJ  DAUD YANG JUGA PENOLONG PENGARAH DI BAHAGIAN DAKWAH, JAKIM.

                                          USTAZ HARIRI


INI MERUPAKAN KALI KE DUA USTAZ HARIRI KE SURAU KITA SEMASA BULAN PUASA INI.

06 August 2012

Keistimewaan Lailatul Qadar

Ulama bersetuju al-Quran mula diturunkan pada Ramadan, namun tarikhnya kurang jelas. Ahli Sunnah wal Jamaah menerima pendapat, al-Quran diturunkan pada malam Jumaat, 17 Ramadan. Oleh itu, 17 Ramadan dirai sebagai hari turunnya wahyu (Nuzul al-Quran) buat pertama kalinya.

Pada malam itu, ketika Nabi Muhammad SAW sedang berada di Gua Hira surah al-Alaq, ayat 1 hingga 5 diturunkan. Peristiwa nuzul al-Quran menjadi satu rakaman sejarah sehingga seterusnya berperingkat-peringkat menjadi lengkap seperti kitab al-Quran yang ada hari ini.
Al-Quran mukjizat terbesar Rasulullah SAW yang memberi makna terlalu besar kepada umat Islam terutama yang serius memikirkan rahsia al-Quran. Kalimah al-Quran sering dicantumkan dengan rangkai kata al-Quran mukjizat akhir zaman atau al-Quran yang mempunyai mukjizat.

Inilah sebenarnya kelebihan al-Quran yang tidak ada satu perkara pun tertinggal atau dengan lain perkataan, segala-galanya ada dalam al-Quran.

Al-Quran adalah hidayah, rahmat, syifa, nur, furqan dan pemberi penjelasan bagi manusia. Segala isi kandungan al-Quran itu benar. Al-Quran juga dikenali sebagai an-Nur bererti cahaya menerangi, al-Furqan (dapat membezakan antara hak dan batil) dan az-Zikr (memberi peringatan).

Apakah kaitannya malam al-Qadar dengan nuzul al-Quran? Sebenarnya al-Quran dan malam lailatulqadar mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain seperti diterangkan al-Quran dan hadis Rasulullah SAW.

Firman Allah SWT: Sesungguhnya Kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam lailatulqadar, dan apa caranya engkau dapat mengetahui apa kebesaran malam lailatulqadar itu? Malam lailatulqadar lebih baik daripada seribu bulan. Pada malam itu, turun malaikat dan Jibril dengan izin Tuhan mereka kerana membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam (yang berkat) itu hingga terbit fajar. (Surah al-Qadr, ayat 1-5)
Mengikut satu pandangan, ayat ini diturunkan berdasarkan satu laporan daripada Ali bin Aurah, pada satu hari Rasulullah SAW menyebut empat orang bani Israel yang beribadah kepada Allah SWT selama 80 tahun.

Mereka sedikit pun tidak derhaka kepada Allah SWT, lalu sahabat kagum dengan perbuatan mereka itu. Jibril datang memberitahu kepada Rasulullah SAW menyatakan Allah SWT menurunkan yang lebih baik daripada amalan mereka.

Jibril pun membaca surah al-Qadr. Jibril berkata kepada Rasulullah SAW, ayat ini lebih baik daripada apa yang kamu kagumkan ini dan menjadikan Rasulullah SAW dan sahabat amat gembira.

Petikan dari BH

03 August 2012

Tazkirah Ustaz Shahril Malam ke 14

Tazkirah pada hari Khamis, 2 Ogos 2012 dibuat oleh Ustaz Mohd Shahril yang merupakan Ketua Imam Masjid Khadijah, Pantai dalam. Beliau mengulas tentang fungsi Ramadhan sebagai Madrasah Taqwa untuk mendidik umat manusia mengawal nafsu, amarah serta membentuk jiwa seorang Islam yang kental. Beliau memberikan beberapa contoh bagaimana manusia dapat menjadi insan yang berbeza selepas Ramadhan. Bukannya manusia yang sama sahaja sebelum dan selepas bulan Puasa.



Ustaz Mohd Shahril menyampaikan tazkirah Ramadhan

Kariah Surau Sumbang RM1560.00 Untuk Tabung Rohingya

Kariah surau alhijrah telah bersepakat untuk menderma bagi Tabung Iftar Ramadhan Rohingya yang dianjurkan oleh Global Peace Mission Malaysia. Kutipan yang dibuat selama 3 hari baru2 ni telah berjaya mengumpul sumbangan sebanyak RM1560.00. Majlis ringkas penyerahan sumbangan telah diberikan kepada wakil GPM iaitu En Syakir Fahmi yang juga merupakan Timbalan Ketua Eksekutif GPM Malaysia. Beliau telah memberikan sedikit penerangan tentang fungsi GPM serta aktiviti NGO ini yang bernaung dibawah ABIM. Sumbangan kepada etnik Rohingya akan disalurkan pada minggu hadapan melalui wakil yang akan dihantar ke Arakan, Rohingya.

Hj Kairom (kanan) menyampaikan sumbangan derma dari para jemaah kepada En Syakir Fahmi disaksikan oleh En Kahar (Bendahari surau).

KELAS FEKAH USTAZAH ZAWIAH HASSAN

akan diadakan pada tarikh berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 4 Ogos 2012
Masa: 11.15 pagi
Tempat: Surau al hijrah

semua muslimah dijemput hadir beramai-ramai. Penceramah adalah Mursyidah Ustazah Pilihan Astro.

02 August 2012

Laluan Berbumbung Sedang Dibina

DBKL sedang membina laluan pejalan kaki berbumbung yang akan menyambungkan Blok A B C Dan C dengan satu laluan khas berbumbung.

Tangki Air Overflow dah 3 Hari

Sangat sedih melihat air bersih keluar terus-terusan dari tangki air sebelah Blok D ini. Dah 3 hari overflow dan dah 3 kali komplen kat DBKL tapi masih belum repair. Dah check dan katanya bola injap dah rosak. Alahai DBKL, takkan itu saja alasan anda tiap kali di adukan masalah. Tidak sayangkah anda dengan air bersih yang mengalir begitu deras ke longkang dan akhirnya lalu ke sungai Klang? Air memancut keluar dari 2 paip overflow tangki air sebelah Blok D

Tadarus Rakan Muda Ramadhan

Program Tadarus AlQuran akan diadakan dimasjid Salahuddin AlAyubi, Taman Melati. Untuk remaja yang berumur 25 tahun kebawah dipelawa untuk hadir kemajlis diatas pada 12 Ogos 2012, Ahad mulai jam 2 petang dan selesai selepas solat Tarawikh. Bas akan disediakan. Untuk hadir, sila beri nama dengan segera kepada ajk surau.

Tazkirah Bahaya Syiah

Tazkirah Khas tentang bahaya Syiah di Malaysia telah dibawakan oleh Ustaz Nik Ismail Junoh, Penolong Pengarah di JAKIM, Putrajaya. Beliau menyatakan behawa ajaran Syiah sekarang ini cuba dibawakan oleh golongan tertentu di beberapa kawasan di Malaysia. Mereka ini telah menyimpang jauh dari ajaran Ahli Sunnah Waljamaah. Antaranya mereka menambah kalimah syahadah dengan menambah perkataan saidina Ali didalamnya. Mereka juga mencerca sahabat nabi iaitu Saidina Abu Bakar, Saidina Umar dan Sadina Othman kerana beranggapan bahawa Saidina Ali lebih layak jadi khalifah selepas wafatnya Nabi Muhamad. Upacara keagamaan mereka juga sangat pelik seperti mencederakan diri sendiri pada Hari Karbala. Ustaz Nik Ismail JUnoh

Raja Nong Chik Berterawikh di Surau AlHijrah

RNC hadir kesurau untuk bersolat Terawikh pada hari Selasa lepas dan memberikan sedikit tazkirah tentang bahaya kepada umat Islam jika kita tidak bersatu.