PUTRAJAYA - Bilal dan siak yang masih belum menunaikan haji berpeluang berbuat demikian apabila kerajaan bersedia menghantar mereka ke Tanah Suci selepas semua imam selesai melaksanakan rukun Islam kelima menerusi Program Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan One Malaysia Development Berhad (1MDB) 2014/1435H.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, ia bagi memberi peluang kepada golongan tersebut menunaikan haji secara percuma di atas khidmat yang diberikan kepada masyarakat.
"Kita bersyukur kerana dapat meneruskan program ini sejak 2011 dengan menghantar sebanyak 2,311 jemaah dan pada tahun ini kita bakal menghantar 1,000 jemaah ke Tanah Suci.
"Rombongan kali ini turut menghantar dua Tok Batin yang mewakili masyarakat Orang Asli dan lapan guru pondok mewakili institusi pondok," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Surat Tawaran Progran Khas Haji Perdana Menteri-Yayasan 1MDB 2014/1445H di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di sini hari ini.
Turut hadir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hassan Malek dan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor. - KOSMO!
Ya Allah kejam zalimnya kerajaan BN.....
ReplyDelete