29 March 2009

Kutipan Bulanan RM3.00 Setiap Rumah

Para petugas surau al hijrah akan mula membuat kutipan bulanan dari setiap rumah muslim PPR Pantai Ria mulai hari ini (29 Mac 2009) di Blok A, B, C dan D sehingga selesai. Berilah kerjasama anda kepada mereka dan menyumbanglah kepada tabung surau kita untuk membiayai kegiatan agama, pengajian, ceramah, kuliah, sumbangan khairat kematian serta pembayaran bil eletrik dan air surau dan sebagainya. Semoga Allah S.W.T jua yang membalas segala sumbangan anda.

Jemaah yang bertugas dan diberi amanah untuk membuat kutipan berkenaan adalah:-
a) En Mohd Sufian bin Mohd Nordin
b) En Sufri bin Ahmad
c) En Hedzir b. Hamid

Sekian, terima kasih.

26 March 2009

Qiamullail

Majlis qiamullail akan diadakan di surau al hijrah pada tarikh berikut:-

Tarikh: 5 April 2009
Hari: Ahad (awal pagi)
Masa: Mulai jam 3.00 pagi hingga solat Subuh

Semua jemaah dijemput hadir bersama-sama. Sarapan pagi akan disediakan (insyaAllah). Qiamullail ini akan dipimpin oleh Ustaz Shukri Hj Zahri. Antara solat2 sunat yang akan dikerjakan adalah seperti:-


a) Solat Sunat Witir
b) Solat Sunat Taubat
c) Solat Sunat Tasbih
d) Solat Sunat Hajat

Kuliah Tentang Akidah Muslimin


Ustaz Hanif Al Hafiz sedang memberikan kuliah maghrib tentang akidah muslimin pada 25 Mac 2009 di surau al hijrah. Tajuk kuliah beliau pada hari ini ialah tentang fardhu ain, mukallaf serta hukum belajar fardhu ain.


Kuliah beliau diadakan setiap hari Rabu minggu ke 2 dan ke 4 selepas solat maghrib. Semua jemaah dijemput hadir untuk sama-sama mengikuti kuliah beliau.

24 March 2009

Senarai Nombor Penting

1. BALAI POLIS PANTAI 22822222
Cif Inspektor Sharizan - Ketua Balai Polis

2. IBU PEJABAT POLIS BRICKFIELDS 22742222

3. BOMBA / POLIS (KECEMASAN) 999

4. JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH 22749333
- JAWI (Bangunan Pusat Islam - depan Masjid Negara)

5. DBKL - JABATAN PENGURUSAN PERUMAHAN 26176157
di Kg Baru

6. DBKL - PENYELENGGARAAN 26176000

7. DBKL – PEJABAT ZON 2 (PPR SRI SARAWAK) 92222509/92215505

8. DBKL – PEJABAT KECIL PPR PANTAI RIA BLOK B 22409353
Penyelia - En Syukran

9. HOSPITAL KUALA LUMPUR 26921044

10. KLINIK KESIHATAN BANGSAR 22881071 Faks 22881070
Tingkat 15, Plaza Pantai (sebelah Menara Telekom)

11. KLINIK PERGIGIAN BANGSAR 22825354
- di tepi Jalan Bangsar, berhadapan KL Sentral

11. PEJABAT WAKIL RAKYAT (YB NURUL IZZAH) 22409475
Berhadapan Flet Desa Aman dan Kondo rakyat

12. TNB (KEROSAKKAN) 15454

13. TELEKOM (KEROSAKKAN) 100

14. PERPUSTAKAAN NEGARA MALAYSIA 26871700
Jalan Tun Razak

15. PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM) 79494422

16. RELA PPR PANTAI RIA - KAPT. (RELA) JALANI MAT ALI 017 6669561

21 March 2009

Minit Mesyuarat Surau Al Hijrah

السلام عليكم

Adalah dimaklumkan bahawa dalam mesyuarat tersebut (19 Mac 2009) , beberapa perkara telah dibincangkan oleh ajk serta jemaah yang hadir , antaranya ialah seperti berikut:-

1. Kem Motivasi untuk remaja
Pihak ajk bercadang mengadakan kem motivasi untuk remaja PPR Pantai Ria selama 2
hari 1 malam semasa cuti sekolah . Kertas cadangan akan disediakan dan dihantar
kepada pihak yang berkenaan untuk sokongan serta bantuan. Tarikhnya akan ditentukan
kemudian dan penyertaan akan dibuka dan dihebahkan kepada pihak yang berminat.

2. Petugas Untuk Kutipan Sumbangan dari rumah-kerumah
Mesyuarat bersetuju untuk melantik beberapa orang petugas tetap yang akan menjalankan
kutipan dari rumah-kerumah. Jemaah yang berminat untuk bertugas diminta
menghubungi ajk surau dengan segera. Kad khas akan disediakan.

3. Musabaqah Membaca Al Quran Untuk Kanak2
Cadangan untuk majlis tersebut ditangguhkan buat sementara dan akan dibincangkan
semula pada mesyuarat yang akan datang. Mesyuarat pada dasarnya bersetuju untuk
ianya diadakan selepas kem motivasi selesai dahulu.

Sekian, wassalam.

dari: Setiausaha Surau

11 March 2009

Majlis maulidul rasul 9 Mac 2009







Tetamu2 jemputan sedang menikmati juadah jamuan sempena majlis maulidul rasul



Majlis Maulidul Rasul


Pengerusi Surau, Th Hj Kairom (kanan) sedang menjamu selera dengan Cif Inspektor Syahrizan - Ketua Balai Polis Pantai (kiri) selepas majlis selesai

Majlis Maulidul Rasul


Pengerusi Surau Al Hijrah, Tn Hj Kairom Ahmad (tengah) sedang berbual dengan penceramah jemputan , YB Ustaz Mohd Nor Hamzah yang juga ADUN Kawasan Bukit Payung, Maran, Trengganu (kiri) serta Timbalan Pengerusi Masjid Khadijiah Pantai Dalam, Ustaz Nazri Ahmad (kanan) sebelum majlis bermula.
SURAU AL HIJRAH PPR PANTAI RIA
JADUAL PENGAJIAN / KULIAH AGAMA SEPANJANG BULAN MAC 2009

KHAMIS 12 MAC
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK
TAJWID
UNTUK WANITA

13 MAC JUMAAT
USTAZAH HAMNAH
LEPAS ISYAK
MEMBACA ALQURAN
UNTUK WANITA

14 MAC SABTU
LEPAS ISYAK
LATIHAN MARHABAN
UNTUK WANITA

15 MAC AHAD
LEPAS ISYAK
LATIHAN MARHABAN
WANITA


16 MAC ISNIN
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK
TAJWID
WANITA

17 MAC SELASA
USTAZ DRS KHOIRUDIN LUBIS
LEPAS MAGHRIB
TAJWID
SEMUA

18 MAC RABU
USTAZ YASSIR
LEPAS MAGHRIB
TAFSIR / FEKAH
SEMUA

19 MAC KHAMIS
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK
TAJWID
WANITA

20 MAC JUMAAT
USTAZAH HAMNAH
LEPAS ISYAK
MEMBACA ALQURAN
WANITA

21 MAC SABTU
USTAZ IRWAN ZAHURI
LEPAS MAGHRIB
BACAAN2 DALAM SOLAT
SEMUA

21 MAC SABTU
LEPAS ISYAK
LATIHAN MARHABAN
WANITA

22 MAC AHAD
LEPAS ISYAK
LATIHAN MARHABAN
WANITA

23 MAC ISNIN
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK
TAJWID
WANITA

24 MAC SELASA
USTAZ DRS KHOIRUDIN LUBIS
LEPAS MAGHRIB
TAJWID
SEMUA

25 MAC RABU
USTAZ HANIF AL HAFIZ (BA HONS. QIRATI AL AZHAR)
LEPAS MAGHRIB
AKIDAH MUSLIMIN
SEMUA

26 MAC KHAMIS
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK
TAJWID
WANITA

27 MAC JUMAAT
USTAZAH HAMNAH
LEPAS ISYAK
MEMBACA ALQURAN
WANITA

28 MAC SABTU
LEPAS ISYAK
LATIHAN MARHABAN
WANITA

29 MAC AHAD
LEPAS ISYAK
LATIHAN MARHABAN
WANITA

30 MAC ISNIN
USTAZAH NORBAAYAH
LEPAS ISYAK
TAJWID
WANITA

31 MAC SELASA
USTAZ DRS KHOIRUDIN LUBIS
LEPAS MAGHRIB
TAJWID
SEMUA

SEMUA MUSLIMIN DAN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR UNTUK SAMA-SAMA MENGIMARAHKAN SURAU KITA SAMBIL MENAMBAHKAN ILMU AGAMA. JEMAAH DIGALAKKAN MEMBAWA JUADAH UNTUK KITA SAMA-SAMA NIKMATI SEMASA HARI PENGAJIAN / KULIAH. WASSALAM.

Azan Mekah

Johan Pertandingan Akhir Hafazan Ayat Lazim- Siti Aisyah bt Abd Aziz Rumah C-10-12






















10 March 2009

Johan Pertandingan Akhir Azan - Mohd Ridwan Bin Ahmad Jani Rumah C-8-8

























Gambar atas kiri - hadiah sebagai Johan Azan berupa wang tunai RM100.00, Piala Pusingan, Piala Iringan, Senaskah Al Quran serta Sijil Penyertaan sedang disampaikan oleh Pengerusi Surau, Tn Hj Kairom kepada adik Mohd Ridwan diiringi ibunya, Pn Siti Bahyah pada 9 Mac 2009. Gambar-gambar lain, beliau sedang mengalunkan azan dengan kusyuknya.

Memasak Masa Maulidul Rasul
















Marhaban 2

Marhaban