04 May 2010

Pendaftaran Ibu Tunggal serta Penduduk Miskin

Pihak surau al hijrah bercadang untuk mengadakan pendaftaran semua ibu-ibu tunggal serta golongan miskin yang tinggal didalam kariah ini. Dengan tujuan supaya bantuan-bantuan yang sewajarnya dapat disalurkan dari badan2 kebajikan, kerajaan serta NGO2 yang prihatin. Borang pendaftaran akan dikeluarkan sedikit masa lagi dan kami memohon kerjasama dari penduduk2 yang mengetahui tentang jiran2 yang tidak berkemampuan supaya dapat membantu kami untuk mendaftarkan mereka dalam senarai kami.

6 comments:

  1. Saya adalah salah seorang penduduk di PPR Pantai Ria, ingin saya bertanya di sini, boleh kah saya menerima bantuan ini, memandangkan suami saya tidak bekerja?. Saya mempunyai anak seramai 3 org, memandangkan kos sara hidup semakin tinggi di Kota Kuala Lumpur ini. LAYAK kah saya?

    ReplyDelete
  2. Puan, tujuan pendaftaran ini adalah supaya kami, jawatankuasa surau mempunyai maklumat lengkap tentang ibu tunggal/penduduk miskin. Maklumat ini akan disalurkan kepada pihak2 yang berkenaan spt baitulmal, ngo2 dan sebagainya. Samada Puan layak atau tidak akan ditentukan oleh pihak lain dan bukan pihak surau. Harap dapat penjelasan.
    Dari: S/u Surau Al Hijrah

    ReplyDelete
  3. oh terima kasih. sepatutnya perkara2 seperti ini haruslah dibuat pengumuman kan, atau edarkan borang2 dr rumah ke rumah. ye lah maksud saya bagaimana pula bg mereka yg tidak tahu mengenai kewujudan blog ini. Sejujurnya saya maklumkan, kalau saya tak baca blog ni, saya pun tak tahu apa yang berlaku. itu pendapat saya.Sbb saya bekerja dan byk perkara yang saya sudah terlepas.

    ReplyDelete
  4. t kasih atas cadangan Puan

    s/u surau

    ReplyDelete
  5. Saya masih belum menerima borang tersebut. Sudahkah ianya diedarkan dari rumah ke rumah?

    ReplyDelete
  6. Borang dalam peringkat penyediaan dan dibincang dalam mesyuarat ajk surau sebelum diedarkan.
    Harap maklum

    s/u surau

    ReplyDelete