Kita merasa kesal kerana kerajaan telah memberi kebenaran kepada Berjaya Group untuk menjalankan judi bola secara 'halal' sempena Piala Dunia pada bulan hadapan. Ia akan dijual dikedai Sports Toto. Bolehkah judi itu dihalalkan ?
Mengikut kerajaan, hasil cukai atas kegiatan judi bola ini akan digunakan untuk pembangunan sukan. dan ia dibenarkan kerana judi secara haram tidak mendatangkan hasil kepada kerajaan. Selama ini pun kita merasa tidak selesa dengan kehadiran bermacam-macam judi yang ada seperti magnum, sports toto dan sebagainya. Wajah siapakah yang membelinya ? Biasa kita melihat wajah Melayu yang menjadi pengunjung tetap. Walaupun ada undang-undang yang melarang orang Islam membelinya tapi siapa yang peduli?. Siapa saja pun boleh beli, Islam ka kafir ke, tua ke atau orang muda, tiada siapa yang peduli.
Sudahlah perjudian yang sedia ada tidak terkawal, janganlah ditambah lagi masalah sosial dalam masyarakat. Apa jaminan yang orang Islam tak akan membeli judi bola ini. Siapa yang boleh jamin ? Bila kita tak dapat bagi jaminan, maka janganlah dibenarkan judi bola atau apa saja bentuk judi. Judi telah diharamkan oleh Allah SWT. Jadi kenapa kita bermain dengan hukum Allah yang telah terang-terang mengharamkan judi. Pasti hukum Allah adalah pedih bagi mereka yang mempermainkan hukum Allah. Siapakah kita yang cuba menukar syariat Allah dengan hukum yang kita rasa sesuai ikut cita rasa kita. Allah juga yang lebih mengetahui akan buruk dan baik sesuatu itu.
Firman Allah SWT
Wahai orang-orang yang beriman! Bahawa sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya. (Al-Maaidah 5:90)
Sesungguhnya Syaitan itu hanyalah bermaksud mahu menimbulkan permusuhan dan kebencian di antara kamu dengan sebab arak dan judi, dan mahu memalingkan kamu daripada mengingati Allah dan daripada mengerjakan sembahyang. Oleh itu, mahukah kamu berhenti (daripada melakukan perkara-perkara yang keji dan kotor itu atau kamu masih berdegil)? (Al-Maaidah 5:91)
Sesuatu yang pasti, sebarang kegiatan judi akan mengembangkan kegiatan along. kalau tak cukup duit untuk berjudi, pinjam saja dari Along. Bila tak dapat membayar, keluarga juga yang akhirnya sengsara diburu Along.
No comments:
Post a Comment