13 April 2013

Sudah Semak Tempat Mengundi Anda ?

semak tempat buang undi 2013 pru 13 semakan tempat mengundi spr 2013 online dan sms

Klik link laman web SPR dibawah

http://daftarj.spr.gov.my/

semak sms tempat mengundi pru 13 semakan tempat mengundi spr 2013 online dan sms

Sila pastikan anda menyemak nama anda serta tempat mengundi yang sebenar. Tempat mengundi sebenar telahpun dipapar di laman web SPR sejak semalam.

Tapi kalau anda tak daftar sebagai pengundi atau mendaftar selepas 1 Januari 2013, nama anda memang tiada !

11 April 2013

Kuala Lumpur Banjir Lagi !

Kuala Lumpur dilanda banjir pada hari Rabu, 10 April 2013 kerana hujan lebat sejak jam 5.30 petang. Banyak jalan ditutup kerana dinaiki air.

Antara kawasan yang terjejas termasuk Jalan Tun Razak, Jalan Parlimen, Jalan Duta, Jalan Pudu, Jalan Cheras Lama, Jalan Chan Sow Lin dan Jalan Segambut.
Jurucakap Bilik Gerakan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, hujanlebat dan banjir kilat itu menyebabkan keadaan trafik sekitar ibu negara sesakteruk di beberapa laluan utama.

Bilakah masalah banjir di ibu kota akan berkurangan ? Perlukan satu lagi Smartunnel ?

Berikut gambar-gambar yang berkaitan.




















banjir kuala lumpur 2013

kl banjir kilat (1)

kl banjir kilat2

kl banjir kilat11

kl banjir kilat motor tenggelam

kl banjir kilat kapal selam



09 April 2013

Peranan Dan Tanggungjawab Pemimpin Dalam Islam

Firman Allah swt, Al Anfaal: 27.
"Wahai orang-orang yang beriman! janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah swt dan Rasul-Nya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah yang dipercayakan keatas kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)."


Marilah kita bertakwa kepada Allah swt di mana sahaja kita berada dengan meningkatkan rasa takut kita kepada-Nya, semoga kita sentiasa dibawah jagaan-Nya.
 
Ikhwan muslimin, hari ini ramai orang yang ghairah untuk menjadi pemimpin tanpa melihat dan mengukur kelayakan diri sendiri, sedangkan jawatan pemimpin itu satu amanah dan tanggungjawab. Mereka meminta menjadi pemimpin dalam berbagai jawatan dalam sektor awam atau swasta, sehingga meminta menjadi wakil rakyat dan menteri.



Demi untuk memperolehi sesuatu jawatan ada kemungkinan mereka akan melakukan apa saja dan bersedia menghalalkan cara walaupun dengan melakukan jenayah dan perkara-perkara yang ditegah oleh syarak seperti rasuah, mencaci, mengumpat, menipu dan sebagainya.
 
Memimpin adalah amanah dan tanggungjawab yang akan dipersoalkan di akhirat nanti. Amanah dan tanggungjawab ini tidak akan terlaksana tanpa adanya pemimpin yang berwibawa memeliki ciri-ciri dan sifat-sifat yang tertentu, sesuai dengan tugas dan tanggungjawabnya, mengajak manusia mengabdikan diri sesungguhnya kepada Allah swt, melalui kerja-kerja memakmurkan bumi Allah swt, melakukan islah, menegakkan kebenaran, mengujudkan keamanan, keharmonian dan kesejahteraan dalam masyarakat dan negara.
  
Berdasarkan amanah dan tanggungjawab seorang pemimpin, maka orang yang lemah dan tidak memiliki kelayakan tidak boleh menjadi pemimpin. Oleh itu melantik seorang pemimpin atau pegawai yang tidak memiliki kelayakan kepada sesuatu jawatan sedangkan masih ada orang yang lebih layak kepada jawatan tersebut, merupakan suatu pengkhianatan besar kepada Allah swt dan Rasulullah saw. Dan sangat bertentangan dengan ajaran syariat Islam kerana akibat dari perbuatan itu, masyarakat dan negara akan musnah dan tergadai serta diangkat keberkatannya.
 
Sabda Rasulullulah saw; ‘Apabila disandarkan pekerjaan kepada orang yang bukan ahlinya, maka tunggulah kiamat (saat kehancuran)’.

Sabda Rasulullulah saw lagi; ‘Barang siapa melantik seseorang sebagai pemimpin/pegawai di dalam sebuah kumpulannya sedangkan masih ada di kalangan mereka orang yang lebih layak, orang yang lebih disukai Allah swt daripadanya maka sesungguhnya dia telah mengkhianati Allah swt dan Rasul-Nya dan mengkhianati orang-orang yang beriman’.

Demi menjaga kepentingan umat dan negara, demi menjaga pengaruh keduniaan agar tidak meresab masuk ke dalam jiwa pemimpin, Rasulullah saw melarang meminta sesuatu jawatan di dalam pemerintahan, apa lagi merebut tanpa kelayakan dan persedi aan yang mencukupi. Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Kami demi Allah, tidak akan melantik ke jawatan pemerintahan ini, orang yang memohonnya dan juga orang yang sangat-sangat berkeinginan untuk mendapatkannya’.

Sifat loba dan sifat tamak dan menginginkan jawatan akan mendorong seseorang untuk berbuat zalim dan dosa demi untuk mendapatkannya. Apabila sudah dapat berjawatan maka akan dipergunakannya untuk kepentingan-kepentingan dirinya. Adapun orang yang diberikan jawatan berdasarkan kelayakkan, sedangkan ia tidak menginginkan jawatan itu, maka Allah swt akan memberikan pertolongan dan taufik kepadanya di dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang pemimpin yang merupakan amanah daripada Allah swt.

Orang yang menginginkan jawatan kerana mengejar pangkat, mencari pengaruh, mengumpul harta kekayaan, kemewahan duniawi semata-mata, sangat terdedah kepada melakukan sebarang penyelewengan, pengkhianatan dan penipuan semasa menjalankan tugas dan tanggungjawabnya.

Kepada mereka ini diingatkan bahawa pengkhianatan dan penipuan yang dilakukan oleh seorang pemimpin sangat besar kesan dan akibatnya keatas diri, keluarga, rakyat dan negara. Diatas perbuatannya itu ia akan menanggung kesusahan hidup di dunia dan di akhirat dan dia akan menyesal kerana disiksa oleh Allah swt di dalam Neraka jahanam nanti.
 
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ‘Tiadalah seorang hamba Allah swt yang diberi tugas pemimpin untuk memimpin rakyat kemudian dia mati di hari kematiannya dalam keadaan dia menipu rakyatnya melainkan Allah swt mengharamkannya dari memasuki syurga’. (Hadis Muttafaq’alaih)

Seorang pemimpin hendaklah menjalankan tugas dengan jujur, tidak boleh melarikan diri dari menjalankan tanggungjawabnya. Kalau dia seorang pemimpin rakyat, maka dia harus turun ke medan menemui rakyat dan menyelesaikan permasalahan mereka. Rakyat hendaklah dilayani dengan adil dan saksama.


 
Sabda Rasulullulah saw yang bermaksud; ’Sesiapa yang diberi Allah swt kuasa untuk menguruskan sesuatu urusan kaum Muslimin, tetapi dia berlindung tidak menunaikan keperluan mereka atau menghiraukan kemiskinan mereka, nescaya Allah swt berlindung Diri tidak melayani hajat dan permintaannya’. (Hadis Sahih)

Ikhwan muslimin, sudah menjadi hak masyarakat untuk dididik dan dibantu oleh pemimpin begitu juga menasihati dan menegur mana-mana pemimpin yang terlanjur dengan cara berkhikmah kerana Islam adalah agama ‘al-nasihah’; nasihah kerana Allah, berpandukan kitabnya dan Rasulnya untuk memimpin kaum Muslimin dan sekalian rakyatnya. Masyarakat dan rakyat hendaklah mentaati pemimpin dalam perkara-perkara kebaikan dan kebajikan dan hendaklah bersedia membantu dalam melaksanakan program-program pembangunan dan kebajikan.

Penyalahgunaan kuasa oleh pemimpin adalah merupakan satu kezaliman yang sangat besar bahayanya, demikian juga menyalahgunaan kekayaan negara dan harta rakyat. Pemimpin atau pegawai yang terlibat dengan mengurus harta kerajaan tidak boleh menggunakan harta kerajaan atau makan harta kerajaan dengan cara yang tidak benar dari segi syariat Islam dan melanggar peraturan. Apapun harta yang di sampaikan kepadanya, hendaklah ia menyerahkan kepada perbendaharaan atau Baitulmal milik kaum muslimin, jangan ada sedikitpun yang dijadikan milik peribadi.
 
Rasulullulah saw bersabda yang bermaksud; ‘Barang siapa di antara kamu yang kami tugaskan untuk memimpin, lalu dia menyembunyikan harta walaupun sebesar jarum atau lebih kecil dari itu, maka pada hari kiamat nanti dia akan datang membawanya sebagai seorang pengkhianat’.

Seorang pemimpin hendaklah sentiasa peka dan berwaspada terhadap perbagai manusia yang keluar masuk kepadanya dan yang ada di sekelilingnya, lantaran itu hendaklah ia mengambil penasihat-penasihat dari kalangan orang-orang yang baik-baik, ikhlas lagi dipercayai dari kalangan ulamak dan orang yang bijak pandai.
 
Rasulullulah saw pernah mengingatkan kita dengan sabdanya, bermaksud; ‘Tidak ada seorang nabi diutuskan Allah dan tidak ada pula seorang pemimpin yang diangkat kecuali mereka mempunyai dua jenis teman rapat; teman rapat yang menyuruhnya dan yang mendorongnya berbuat kebaikan dan selalu mendorongnya untuk berbuat baik sedangkan teman yang satu lagi menyuruhnya membuat kejahatan serta mendorongnya berbuat kejahatan. Orang yang terpelihara sebenarnya ialah orang yang mendapat jagaan dan pemeliharaan daripada Allah swt.’ (Sahih Bukhari)

Jalan yang selamat ialah sentiasa berhati-hati, tidak terburu-buru membuat keputusan atau tindakan tanpa bermesyuarah terlebih dahulu. Seorang pemimpin hendaklah bersikap jujur dan mesra dengan masyarakat atau orang bawahannya serta memberi layanan yang adil kepada semua tanpa memilih kasih.
 
Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang disayangi oleh rakyat atau orang bawahannya. Oleh itu seorang pemimpin hendaklah memupuk kesetiaan masyarakat kepada kepimpinannya dan jangan melakukan sesuatu yang melemahkan kepercayaan mereka dan kesetiaan mereka.

Ingatlah sabda Rasulullulah saw; kepada Abu Dzar ra ketika ia meminta dilantik menjadi pegawai Rasulullulah saw, Rasulullulah saw menepuk bahunya serta bersabda; Hai Abu Dzar kamu seorang yang lemah sedangkan jawatan itu adalah satu amanah (tanggungjawab) yang kelak di hari kiamat menjadi hina dan menyesal kecuali orang yang mengambilnya dengan hak dan menunaikan kewajipannya’.

Wallahualam

petikan dari     kufah-ukm.blogspot.com untuk renungan bersama

08 April 2013

Majlis Fatwa Haramkan Merokok Sejak 1995 !

Bagaimana nak elakkan orang merokok dikawasan yang dilarang?

Sebab seseorang merokok (yang pernah saya dengar) :-
 
1. tak merokok, saya tak boleh buat kerja..
2. saya perlu merokok untuk dapat ilham..
3. saya dah biasa merokok, kalau tak merokok rasa janggal..
4. orang merokok, saya pun terikut2
5. saja suka2 merokok, supaya saya nampak up-to-date..
6. duit saya, saya punya sukalah kalau merokok, saya tak  minta duit kamu ! (kasar bunyinya)
7.  kalau tak merokok, macamana nak bantu kerajaan, sebab kerajaan banyak dapat cukai dari pengilang rokok..(rakyat prihatin)
8.  kesiankan penanam2 tembakau yang kebanyakkannya orang Melayu...
     (kesiankan orang tapi tak kesiankan diri sendiri)
9.  kalau aku mati kerana merokok pun, kubur kita lain2 ....
     (tapi sapa nak usung orang ni ketanah kubur ?)
10. Datuk aku kuat merokok, sihat juga dia sampai 90 tahun baru meninggal
11. Aku walaupun kuat merokok, badan aku masih sihat, tak ada sebarang masalah kesihatan ....
12. Aku kalau tak merokok bukan boleh kaya pun, setakat RM10 sehari tak kaya !
 
Macam2 alasan yang diberikan perokok, namun sekali-sekala dengarlah kata alim-ulama yang dah beri fatwa tentang merokok. Tepuk dada tanya selera, buatlah pilihan yang bijak, Allah SWT memberi kita akal untuk berfikir, masih ada waktu untuk mencuba berhenti merokok !!!

Keputusan Majlis Fatwa

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-37 yang bersidang pada 23 Mac 1995 telah membincangkan Hukum Merokok Dari Pandangan Islam. Muzakarah telah memutuskan bahawa merokok adalah haram dari pandangan Islam kerana padanya terdapat kemudharatan.
 
Keterangan/Hujah:

1. Keputusan yang telah diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia tersebut adalah bersandarkan kepada hujah-hujah berikut:
i. Rokok mengandungi pelbagai jenis racun. Fakta daripada kajian-kajian perubatan telah membuktikan bahawa setiap batang rokok mengandungi 6-8 mg. nikotian dan pelbagai bahan kimia lain. Setiap sedutan asap rokok sebenarnya kita telah menghidu sebanyak 4,000 jenis bahan kimia yang boleh memudharatkan badan.
ii. Ketagihan tembakau bukan hanya menimbulkan masalah kepada perokok, malah ia berada di tempat keempat dalam senarai faktor risiko bagi penyakit serius yang menular di seluruh dunia. Tabiat merokok dikaitkan dengan risiko barah, penyakit jantung dan masalah pernafasan. Terdapat beberapa jenis penyakit yang berpunca dari merokok, antaranya ialah kanser kerongkong, kanser mulut, katarak (sejenis kerosakan mata yang menyebabkan kanta mata berselaput dan rabun), ulser perut, penyakit jantung, strok, penyakit paru-paru, emfisema paru-paru dan banyak lagi.
iii. Pada masa kini jumlah perokok sama ada dinegara maju atau negara membangun masih begitu besar, walaupun berbagai usaha telah dibuat oleh Kerajaan serta badan-badan sukarela bagi menyedarkan orang ramai tentang bahayanya merokok kepada orang ramai. Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30% daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esophagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut. Sebanyak 50% kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok. Kerajaan telah membelanjakan banyak wang untuk merawat berbagai jenis penyakit yang dikaitkan dengan tabiat merokok dan negara juga mengalami kerugian kira-kira RM 20 billion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.
iv. Imam al-Syafi’e telah mengeluarkan fatwa dalam kitabnya yang masyhur al-Umm iaitu:” Jika mereka mengambil (sesuatu makanan, minuman atau sesuatu yang dihisap, dihidu dan disedut) yang boleh memabukkan, maka perbuatan itu adalah jelas haram. (Termasuklah) yang mengandungi racun yang menyebabkan kematian. Aku tetap menganggap (menfatwakan) ia adalah haram. Allah swt mengharamkan (apapun jenis) pembunuhan kerana pembunuh bermakna membunuh diri sendiri”.
v. Para ulama’ sepakat menyatakan bahawa merokok hukumnya haram kerana ianya jelas memudharatkan kesihatan, membazir dan mensia-siakan harta serta dikategorikan sebagai satu perkara keji, berdasarkan nas-nas berikut:
a. Firman Allah swt dalam Surah al-Baqarah, ayat 195 yang bermaksud: “Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan”.
b. Firman Allah swt dalam Surah al-A’raf ayat 157 yang bermaksud; “ Dan ia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk”.
c. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “ Tidak boleh memberi mudharat dan membalas dengan kemudharatan”. (Hadith riwayat Ahmad, Malik, Ibn Majah dan al-Daraqutni)
d. Kaedah Usul Fiqh: درء المفاسد مقدم على جلب المصالح yang bermaksud “ menolak kerosakan adalah didahulukan daripada mencari kemaslahatan”
e. Imam Ibn. Hazm dalam kitabnya al-Muhalla, jilid 7, halaman 503 (masalah no. 1027) menegaskan bahawa : “Pemborosan adalah haram”. Yang dimaksudkan dengan pemborosan di sini ialah:
i. Membelanjakan wang untuk perkara yang diharamkan oleh Allah swt, samada banyak atau sedikit, walaupun sebesar sayap nyamuk sekalipun.

ii. Pembaziran yang tidak ada keperluannya.

iii. Membuang wang, betapa kecilpun jumlahnya kerana dengan membuang tanpa tujuan itu menjadikannya sia-sia.
vi. Beberapa negara Islam dan beberapa ulama’ muktabar telah mengeluarkan fatwa tentang amalan merokok.
Antaranya seperti berikut:
a. Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan fatwa bahawa merokok, menanam tembakau dan memperniagakannya adalah hukumnya haram kerana daripadanya terdapat kemudharatan.
b. Ulama’-ulama’ semasa Mesir seperti Dr. Abdul Jalil Shalaby mengatakan merokok adalah haram kerana ia boleh mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan masyarakat.
c. Al Imam Abdul Halim Mahmud dalam kitabnya “Fatawa al-Imam Abdul Halim Mahmud” telah memberi fatwa merokok hukumnya makruh jika ia tidak mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan. Sebaliknya adalah haram jika ia mendatangkan kemudharatan kepada kesihatan.
2. Hukum pengharaman arak dan khinzir tidak boleh disamakan dengan hukum haram merokok kerana hukum pengharaman terhadap arak dan khinzir telah dinyatakan secara jelas dan qat’ie oleh Allah swt dalam kitab suci al-Quran. Manakala hukum pengharaman terhadap perbuatan merokok telah diistinbatkan oleh para jumhur ulama’ terdahulu dan masa kini bersandarkan hujah-hujah kepada nas-nas syarak yang jelas dinyatakan seperti al-Quran, al-Hadith, Ijma’ Ulama’, Qaedah-qaedah Fiqhiyah dan sebagainya. Ayat-ayat al-Quran dan hadith seperti yang dinyatakan di atas jelas telah memperincikan isu ini.
3. Al-Syeikh Hasanain Muhammad Makhluf, bekas Mufti Mesir dalam Kitabnya Fatawa Syariyyah Wa Buhuth Islamiyah menyatakan:

“ Sesungguhnya tumbuhan (tembakau) ini dahulunya belum dikenali. Apabila ia diperkenal dan digunakan oleh manusia untuk merokok, maka ulama’-ulama’ fiqh daripada pelbagai mazhab Islam telah membincangkannya untuk menetapkan hukumnya berdasarkan prinsip (qaedah fiqhiyyah) yang telah ditetapkan.”

“Sesungguhnya berdasarkan hukum asal sesuatu itu harus. Tidak akan terkeluar daripada prinsip asal melainkan adanya perkara-perkara yang mengubah hukumnya menjadi haram atau sebagainya.”
Dalam isu merokok ini, sebab yang menjadikannya haram ialah kesan mudharat dan bahayanya sehingga meruntuhkan lima asas utama (al-Kulliyatul Khams) yang wajib dipelihara oleh setiap manusia iaitu
 
a) agama
b) jiwa
c) maruah keturunan
d) akal
e) harta




FAKTA PEROKOK MALAYSIA

• Fakta “Info Sihat” Kementerian Kesihatan mengenai senario dan tabiat merokok di Malaysia menunjukkan hampir separuh daripada lelaki Malaysia merokok.

• Setiap hari sekitar 45 hingga 50 remaja bawah umur 18 tahun mula merokok. Statistik bilangan remaja perempuan yang merokok meningkat 8 peratus dari tahun 2005 hingga 2010.

• Tahun 2004: secara keseluruhannya hampir seorang daripada lima remaja adalah perokok.

• Kes kanser paru-paru dalam negara bertambah dengan kadar 17 peratus setahun dan tabiat merokok juga dipercayai akan menyebabkan hampir setengah juta kes penyakit koronari (jantung).

• Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kebangsaan 2010: tabiat merokok menyebabkan kematian kira-kira 18,000 orang setahun.

Lebih lima juta perokok tegar negara ini membelanjakan sekitar RM15 juta sehari untuk membeli rokok.

• Ini bermakna RM5.8bilion setahun.

06 April 2013

Sanggupkah Anda Minum Kopi Tahi Gajah ?

Kopi Tahi Gajah! Kopi Termahal Di Dunia

 


Harganya ? 50 dollar 1 cawan !

Di utara Thailand, dua puluh ekor gajah setiap hari mengeluarkan kopi termahal di dunia. Mirip seperti kopi luwak (kopi tahi musang Indonesia) , para gajah ini diberi makan biji kopi dan sehari kemudian kotoran mereka dikumpulkan.

Berapa harganya? $1,100 dollar sekilo !  Dan kopi gajah ini sampai hari ini dianggap sebagai kopi termahal di dunia. Peminumnya  tentu saja para pelancong dan penggemar kopi yang berduit.  Kopi ini diberi nama “Black Ivory Coffee” atau “Kopi Gading Hitam”.

Pertama kali di-lancarkan  di beberapa hotel mewah di seluruh dunia – pertama tentu saja di Thailand, lalu Maldives dan sekarang Abu Dhabi. Kopi ini mereka jual dengan harga $50 dollar  secawan!

The Associated Press melakukan perjalanan ke tempat produksi kopi ini di Segitiga Emas, dan mereka menyaksikan sendiri para gajah  ini “bekerja”.

Mengapa guna gajah dan tidak binatang lain?

Ketika seekor gajah makan biji kopi, asam dalam perutnya memecahkan protein yang terkandung dalam kopi, yang menjadi sumber rasa pahit dalam kopi. Jadi kopi gajah ini rasanya sangat lembut dan tidak pahit sama sekali. Inilah sebabnya mengapa kopi gajah harganya jadi lebih mahal dibanding dengan kopi luwak.

Seekor gajah memerlukan  15-30 jam untuk mencerna biji-biji kopi, dan mereka mengunyahnya dengan pisang dan batang tebu, sehingga memberikan rasa kopi yang berbeza pada kopi yang dihasilkannya. Ada proses fermentasi yang terjadi dalam pencernaan gajah yang memberikan rasa yang tidak kita temui pada  kopi lain.




Setakat ini, biji kopi ini tidak  membahayakan kesihatan gajah. Kenapa? Kerana memang perut gajah mampu untuk mencerna biji kopi dengan baik, dan kesihatan parah gajah itu diawasi secara khusus oleh seorang doktor haiwan.

Untuk menghasilkan  1 kilogram kopi gajah, si gajah harus makan 33 kilogram biji kopi. Kebanyakan dari biji kopi itu mereka kunyah, dan sebahagian lagi pecah.  Hanya sebahagian kecil yang dapat digunakan untuk membuat kopi. Sebab itu harganya sangat mahal .

Kopi yang dimakan para gajah itu adalah jenis biji kopi Arabika dan dipetik oleh para wanita dari sebuah perkampungan kecil. Wanita-wanita itu mengumpulkan kotoran gajah, lalu memecahkannya dan memilih biji kopi dari kotoran itu. Setelah dicuci, biji-biji kopi gajah diproses di Bangkok.

Saksikan cara kopi gajah ini dihasilkan, sanggupkah anda meminumnya? Bagaimana hukum meminumnya ? Halal atau haram?





05 April 2013

AKHLAK PEMISAH ANTARA MANUSIA DAN SYAITAN



Akhlak merupakan garis pemisah antara yang berakhlak dengan orang yang tidak berakhlak. Akhlak juga merupakan roh Islam yang mana agama tanpa akhlak samalah seperti jasad yang tidak bernyawa.

Oleh itu salah satu misi yang dibawa oleh Rasulullah saw ialah membina kembali akhlak manusia yang telah runtuh sejak zaman para nabi yang terdahulu ekoran penyembahan berhala oleh pengikutnya yang telah menyeleweng.

  Hal ini juga berlaku pada zaman jahiliyyah yang mana akhlak manusia telah runtuh berpunca daripada mewarisi perangai umat yang terdahulu dengan tradisi meminum arak, membuang anak, membunuh, melakukan kezaliman sesuka hati, menindas, suka memulau kaum yang rendah martabatnya dan sebagainya. Dengan itu mereka sebenarnya tidak berakhlak dan tidak ada bezanya dengan manusia yang tidak beragama.

  Akhlak juga merupakan nilai yang menjamin keselamatan daripada api neraka. Islam menganggap mereka yang tidak berakhlak tempatnya dia dalam neraka. Umpamanya seseorang itu melakukan maksiat, menderhaka kepada ibu bapa, melakukan kezaliman dan sebagainya, sudah pasti Allah akan menolak mereka daripada menjadi ahli syurga.

  Selain itu, akhlak juga merupakan ciri-ciri kelebihan di antara manusia kerana ianya lambang kesempurnaan iman, ketinggian taqwa dan kealiman seseorang manusia yang berakal. Dalam hal ini Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : "Orang yang sempurna imannya ialah mereka yang paling baik akhlaknya."


Kekalnya sesuatu ummah juga kerana kukuhnya akhlak dan begitulah juga runtuhnya sesuatu ummah itu kerana lemahnya akhlaknya. Hakikat kenyataan di atas dijelaskan dalam kisah-kisah sejarah dan tamadun manusia melalui al-Quran seperti kisah kaum Lut, Samud, kaum nabi Ibrahim, Bani Israel dan lain-lain. Ummah yang berakhlak tinggi dan sentiasa berada di bawah keredhaan dan perlindungan Allah ialah ummah yang seperti di Madinah pada zaman Rasulullah saw.

Ketiadaan akhlak yang baik pada diri individu atau masyarakat akan menyebabkan berlaku pelbagai krisis dalaman dan luaran seperti krisis nilai diri, keruntuhan rumahtangga, masyarakat belia yang mundur dan boleh membawa kepada kehancuran sesebuah negara. Presiden Perancis ketika memerintah Perancis dulu pernah berkata : "Kekalahan Perancis di tangan tentera Jerman disebabkan tenteranya runtuh moral dan akhlak."

  Pencerminan diri seseorang sering digambarkan melalui tingkah laku atau akhlak yang ditunjukkan. Malahan akhlak merupakan perhiasan diri bagi seseorang sebagaimana aqidah merupakan tunjang agama, syariat merupakan cabang dan rantingnya manakala akhlak adalah yang mewarnai seperti bunga-bungaan yang menyerikan hiasan pokok tersebut.

Akhlak  = perhiasan diri
Aqidah = tunjang agama


  Akhlak tidak dapat dibeli atau dinilai dengan wang ringgit Ia wujud di dalam diri seseorang hasil daripada didikan kedua ibu bapa atau penjaga serta pengaruh dari masyarakat sekeliling mereka. Jika sejak kecil kita didedahkan dengan akhlak yang mulia, maka secara tidak langsung ia akan mempengaruhi tingkah laku dalam kehidupan sehari-hari hinggalah seterusnya.

Proses pembentukan sesebuah masyarakat adalah sama seperti membina sebuah bangunan. Kalau dalam pembinaan bangunan, asasnya disiapkan terlebih dahulu, begitu juga dengan membentuk masyarakat mesti dimulakan dengan pembinaan asasnya terlebih dahulu. Jika kukuh asas yang dibina maka tegaklah masyarakat itu. Jika lemah maka robohlah apa-apa sahaja yang dibina di atasnya.

Akhlak amat penting kerana merupakan asas yang dilakukan oleh Rasulullah saw ketika memulakan pembentukan masyarakat Islam.

 Sheikh Mohamad Abu Zahrah dalam kitabnya Tanzim al-Islam Li al-Mujtama' menyatakan bahawa budi pekerti atau moral yang mulia adalah satu-satunya asas yang paling kuat untuk melahirkan manusia yang berhati bersih, ikhlas dalam hidup, amanah dalam tugas, cinta kepada kebaikan dan benci kepada kejahatan.

CIRI-CIRI AKHLAK ISLAM

-Islam menyeru agar manusia menghiasi jiwa dengan akhlak yang baik dan menjauhkan diri dari akhlak yang buruk. Yang menjadi ukuran baik dan buruknya adalah syarak, iaitu apa yang diperintahkan oleh syarak, itulah yang baik dan apa yang dilarang oleh syarak itulah yang buruk.
-Lingkungan skop akhlak Islam adalah luas meliputi segala perbuatan manusia dengan Allah, manusia dengan manusia dan manusia dengan makhluk selain manusia. -Islam menghubungkan akhlak dengan keimanan. Orang yang paling sempurna keimanannya ialah orang yang paling baik akhlaknya.
-Adanya konsep balasan dan ganjaran pahala atau syurga oleh Allah dan sebaliknya orang yang berakhlak buruk akan mendapat dosa atau disiksa dalam neraka.


PEMBENTUKAN AKHLAK MULIA

Akhlak adalah sesuatu perilaku yang boleh diubah dan dibentuk, contohnya Saidina Umar al-Khattab, sebagaimana keadaan beliau semasa berada di zaman jahiliyyah berbanding keadaannya sesudah memeluk agama Islam. Dari sini dapat disimpulkan bahawa akhlak merupakan sesuatu yang semulajadi tetapi ianya perlu dibentuk. Terdapat beberapa cara untuk membentuk dan membina akhlak mulia. Antara cara-cara itu ialah melalui :

a) Pendidikan Iman sebagai Asas Akhlak

Pendidikan merupakan salah satu cara untuk mencorak manusia menjadi seseorang yang beriman. Iman adalah asas kepada akhlak Islam. Tidak akan sempurna iman seseorang jika tidak disertai oleh akhlak yang baik. Contohnya dengan melaksanakan segala perintah Allah yang berupa ibadah kerana kesemua perintah Allah tersebut bertujuan untuk membersihkan diri dan menyuburkan jiwa manusia dengan sifat-sifat terpuji.

Lantaran itu setiap ayat al-Quran menyeru manusia berbuat baik dan mencegah manusia daripada melakukan perbuatan mungkar. Biasanya didahului dengan panggilan "Wahai orang-orang yang beriman" kemudian barulah diikuti dengan perintah atau larangan. Iman yang teguh tetap memerlukan akhlak yang teguh. Jika berlaku kemerosotan akhlak di kalangan manusia, puncanya adalah kelemahan iman dan tertakluk kepada kefasikan atau kejahatan yang dilakukan oleh seseorang.

Pendidikan iman bolehlah disimpulkan sebagai suatu pemulihan tenaga keimanan seseorang supaya dapat mempertahankan diri manusia daripada segala kerendahan dan keburukan serta dapat mendorong manusia ke arah kemuliaan.

b) Melalui Latihan dan Bimbingan Pendidik Berkualiti

Pendidikan yang diberikan itu hendaklah bermula dari rumah yang ditangani oleh ibu bapa. Selepas itu barulah berpindah ke peringkat sekolah hingga ke pusat pengajian tinggi bagi pendidikan berbentuk formal. Ibu bapa seharusnya mempunyai keperibadian dan akhlak yang mantap sebagai pendidik dan pembinbing seperti lemah lembut dalam pertuturan, pergaulan, sabar, lapang dada, istiqamah, berwawasan dan seumpamanya.

c) Mengambil Rasulullah saw Sebagai Contoh

Rasulullah adalah contoh teladan dan ikutan yang paling tepat bagi semua peringkat kehidupan. Bersesuaian dengan itu, Allah swt telah berfirman bahawa Nabi Muhammad saw diutuskan kepada manusia untuk menyempurnakan akhlak di kalangan mereka. Firman Allah yang bermaksud : "Demi sesungguhnya bagi kamu pada diri Rasulullah saw itu contoh ikutan yang baik bagi orang-orang yang sentiasa mengharapkan keredhaan Allah dan balasan baik di hari akhirat serta sentiasa menyebut dan memperingati Allah dalam masa senang dan susah."

Contoh-contoh akhlak Rasulullah saw :

1. Akhlak Rasulullah saw dengan Allah swt

-Mengabdikan diri setiap detik dan masa kepada Allah dengan penuh kepatuhan, ketaatan, kecintaan dan kesyukuran yang tidak berbelah bagi terhadap Allah di samping redha dengan apa yang telah ditentukan oleh Allah kepadanya.
-Melaksanakan kewajipan yang wajib atau difardhukan serta amalan-amalan sunat seperti bangun malam mengadakan Qiyamullail, berpuasa sunat, zikir, istighfar, doa, tasbih, tahmid dan sebagainya.

2. Akhlak Rasulullah saw dengan sesama manusia

-Akhlak Rasulullah saw meliputi aspek kekeluargaan, sosial, ekonomi, politik dan sebagainya. Dari aspek kekeluargaan, Rasulullah saw berjaya mewujudkan suasana yang harmoni dan Rasulullah saw pernah bersabda : "Rumahku adalah syurgaku."

-Rasulullah saw merupakan seorang yang bertanggungjawab, sentiasa memberi kasih sayang, berlemah lembut dan bertolak ansur terhadap semua ahli keluarganya.

-Rasulullah saw juga selalu berbincang dengan para sahabat dan menghargai pandangan yang diberikan oleh mereka. -Begitu juga akhlak dan sikap Rasulullah saw terhadap orang bukan Islam iaitu menghormati mereka, bersopan santun dan memberi haknya kepada mereka terutama dari segi kejiranan. Contohnya kisah baginda dengan seorang wanita Yahudi (jirannya) yang akhirnya wanita Yahudi tersebut telah memeluk Islam atas keprihatinan, kesabaran dan kemuliaan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah saw.

-3. Akhlak Rasulullah saw dengan makhluk lain.

-Rasulullah saw begitu peka dan prihatin terhadap makhluk yang lain seperti haiwan, tumbuha-tumbuhan dan alam sekitar.
-Rasulullah saw menasihati umatnya supaya berlaku ihsan kepada haiwan dan binatang ternakan serta tidak menzalimi atau menyiksa mereka. Demikian juga tumbuh-tumbuhan dan alam sekitar.

SEBAB  KERUNTUHAN AKHLAK

  a) Persekitaran

  Faktor persekitaran banyak mempengaruhi pembentukan peribadi seseorang. Antaranya ialah :
-Individu yang hidup dalam keluarga yang tidak mengamalkan cara hidup yang berakhlak, maka jiwanya akan terdidik dengan tingkah laku, tutur kata dan gaya hidup yang tidak baik.

  -Kehadiran teknologi canggih dalam media massa sama ada bercetak atau elektronik juga sedikit sebanyak memberi kesan dalam pembentukan akhlak seseorang iaitu melalui adegan-adegan ganas dan berunsur seks yang boleh merosakkan jiwa mereka.

  -Pengaruh rakan sebaya dan masyarakat sekeliling juga merupakan faktor yang membentuk keperibadian dan akhlak seperti tingkah laku, tutur kata dan cara bertindak.

  -Permasalahan keluarga yang melibatkan ibu bapa contohnya pergaduhan dan perceraian boleh membawa kepada permasalahan sosial seperti lari dari rumah, menyertai rakan sebaya mahupun kumpulan yang rosak akhlaknya sehingga membawa kepada pergaulan bebas, perzinaan, pengambilan dadah, pelacuran (bohsia) dan seumpamanya.

  -Budaya masyarakat yang cenderung ke arah liberalisme juga membawa masyarakat kini mudah terjeba dengan budaya rock, rap, lepak dan seumpamanya.

b) Nafsu

  Nafsu adalah anugerah Allah swt kepada manusia dan nafsu juga adalah musuh sebati dengan diri manusia yang melaksanakan hasrat nafsu manusia. Manusia yang terlalu menurut kehendak nafsunya akan terdorong untuk melakukan keburukan. Seandainya nafsu tidak dapat dikawal, sudah asti boleh menghilangkan maruah diri, agama dan nilai budaya sesebuah masyarakat dan membawa kepada kemungkaran sebagaimana berlaku dalam masyarakat kini.

c) Syaitan

Satu lagi musuh ghaib yang sentiasa mendampingi manusia dengan memperalatkan nafsu manusia iaitu syaitan. Fungsi syaitan adalah sebagai agen perosak akhlak manusia berlaku sejak Nabi Adam a.s. dan berterusan hingga ke hari kiamat.
Kesimpulannya setiap manusia yang hidup terpaksa menghadapi ujian dan cubaan hidup dalam usaha melatih diri menjadi manusia yang berakhlak dan bersedia menghadapi segala rintangan.

Cara-cara mengatasi dan memperbaiki akhlak :

  a) Menguatkan nilai-nilai aqidah dan keimanan dalam jiwa.

  b) Mengawal pancaindera daripada melihat atau mendengar perkara-perkara yang membangkitkan atau menguatkan syahwat dan hawa nafsu yang menjadi punca segala sifat buruk dan keji. 

  c) Mempelajari huraian atau penjelasan al-Quran dan Hadith serta penafsirannya oleh para ulama mengenai akhlak terpuji untuk membersihkan jiwa.

  d) Melatih diri membiasakan perbuatan-perbuatan baik seperti ibadah berupa solat, puasa dan lain-lain dan menjauhkan diri daripada segala perbuatan buruk dan keji.

  e) Berkawan dan berjiran dengan orang-orang yang berakhlak mulia kerana kawan atau jiran memberi kesan atau pengaruh dalam pembinaan akhlak seseorang.

  f) Mempelajari kehidupan para nabi, sahabat, ulama atau auliya dan menjadikan kehidupan mereka sebagai contoh teladan dalam kehidupan kita.

  g) Dalam segala tindak tanduk kita hendaklah sentiasa mengikuti dan menggunakan akal fikiran dan janganlah mengikut perut dan hawa nafsu kita.

  h) Sentiasa berdoa memohon bantuan Allah swt agar dilengkapkan diri dengan akhlak yang mulia dan mendapatkan perlindungan daripada perkara-perkara yang tidak diingini.


Wallahu a'lam

04 April 2013

Ustazah Zawiah Hassan di Surau Alhijrah


Ustazah Zawiah Hassan
Mantan Penolong Pengarah Kanan JAKIM Bahagian Kekeluargaan Islam
Penceramah Bebas / Tv / Radio / Mursyidah Ustazah Pilihan Astro

 
Kuliah Fekah bulanan untuk muslimah oleh Ustazah Zawiah Hasan akan diadakan pada
 
Hari:            Ahad
Tarikh:         7 April 2013
Masa:          11.00 pagi
Tempat:      Surau AlHijrah PPR Pantai Ria
 
Semua muslimat dijemput hadir

03 April 2013

PRU13 - Masa Untuk Memilih Dengan Bijaksana



Parlimen telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihanraya umum ke 13 yang dijangka diadakan penghujung bulan April ini.  Maka 5 tahun sekali, rakyat malaysia yang layak dan berdaftar, akan sekali lagi menunaikan tanggungjawab untuk memilih kerajaan untuk 5 tahun akan datang.

Walau apapun pilihan anda sebagai pengundi, maka sayugialah diingatkan bahawa setiap dari anda mempunyai tanggungjawab dan amanah yang amat besar untuk membuat pilihan pada mereka yang berhak.

Sekali anda membuat pilihan yang salah, anda akan merasa kesannya untuk 5 tahun mendatang. Fikirlah dengan bijaksana dan gunakan kematangan anda untuk memilih hanya mereka yang boleh membawa Malaysia ke arah yang lebih baik pada masa depan demi untuk generasi kita akan datang.

Harapan rakyat akan diterjemahkan dalam bentuk undi.

PRU13: Statistik Komposisi Pemilih Mengikut Negeri

PETALING JAYA: Berikut adalah statistik umum pilihan raya bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) mengikut negeri (2013):

JOHOR
Jumlah kerusi Parlimen: 26
Jumlah kerusi DUN: 56
Komposisi pemilih:
Melayu 53.23% (838,871)
Cina 39.30% (619,402)
India 6.54% (103,077)
Pengundi Awal (Polis) 11,040
Pengundi Awal (Tentera) 13,736
> Jumlah keseluruhan: 1,575,904

Kedah
Jumlah kerusi Parlimen: 15
Jumlah kerusi DUN: 36
Komposisi pemilih:
Melayu 76.18% 778,709
Cina 15.52% 158,610
India 6.79% 69,416
Pengundi Awal (Tentera) 10,170
Pengundi Awal (Polis) 6,120
Jumlah keseluruhan: 1,022,136

Kelantan
Jumlah kerusi Parlimen: 14
Jumlah kerusi DUN: 45
 Komposisi pemilih:
Melayu 94.46% 853,609
Cina 3.78% 34,171
India 0.33% 2,944
Orang Asli 0.54% 4,885
Lain-lain 0.75% 6,748
Pengundi Awal (Tentera) 7,522
Pengundi Awal (Polis) 4,619
Jumlah keseluruhan: 903,670

Melaka
Jumlah kerusi Parlimen: 6
Jumlah kerusi DUN: 28
Komposisi pemilih:
Melayu 58.04% 252,172
Cina 34.18% 148,520
India 6.42% 27,895
Pengundi Awal (Tentera) 12,004
Pengundi Awal (Polis) 4,619
Jumlah keseluruhan: 434,485

Negeri Sembilan
Jumlah kerusi Parlimen: 8
Jumlah kerusi DUN: 36
Komposisi pemilih:
Melayu 52.59% 286,657
Cina 30.69% 167,280
India 14.87% 81,063
Pengundi Awal (Tentera) 15,340
Pengundi Awal (Polis) 6,291
Jumlah keseluruhan: 545,071

Pahang
Jumlah kerusi Parlimen: 14
Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 42
Komposisi pemilih:
Melayu 69.73% 505,665
Cina 21.35% 154,854
India 4.65% 33,744
Orang Asli 3.72% 26,971
Pengundi Awal (Tentera) 14,013
Pengundi Awal (Polis) 5,735
Jumlah keseluruhan: 725,186

Perak
Jumlah kerusi Parlimen: 24
Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 59
Komposisi pemilih:
Melayu 48.30% 673,975
Cina 38.01% 530,460
India 11.63% 162,239
Orang Asli 1.50% 20,883
Pengundi Awal (Tentera) 25,159
Pengundi Awal (Polis) 12,800
 Jumlah keseluruhan: 1,395,492

Perlis
Jumlah kerusi Parlimen: 3
Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 15
Komposisi pemilih:
Melayu 84.14% 113,313
Cina 11.66% 15,706
India 1.52% 2,050
Pengundi Awal (Tentera) 1,691
Pengundi Awal (Polis) 1,755
Jumlah keseluruhan: 134,674

Pulau Pinang
Jumlah kerusi Parlimen: 13
Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 40
Komposisi pemilih:
Melayu 34.76% 289,644
Cina 53.92% 449,267
India 10.84% 90,349 Pengundi Awal (Tentera) 4,790
Pengundi Awal (Polis) 5,690
Jumlah keseluruhan: 833,159

Sabah
Jumlah kerusi Parlimen: 14
Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 42
Komposisi pemilih:
Melayu 14.80% 145,647
Cina 17.08% 168,111
India 0.38% 3,725
Bumiputera Sabah 61.59% 606,093
Lain-lain 5.43% 53,471
Pengundi Awal (Tentera) 10,802
Pengundi Awal (Polis) 8,764
Jumlah keseluruhan: 984,034

Sarawak
 Jumlah kerusi Parlimen: 31
 Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 71 (tidak dipertandingkan)
 Komposisi pemilih:
Melayu 19.70% 209,528
Cina 32.51% 345,771
India 0.19% 1,998
Bumiputera Sabah 0.41% 4,358
Bumiputera Sarawak 46.98% 499,716
Pengundi Awal (Tentera) 12,242
Pengundi Awal (Polis) 8,133
Jumlah keseluruhan: 1,063,740

Selangor
 Jumlah kerusi Parlimen: 22
 Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 56
 Komposisi pemilih:
Melayu 50.21% 1,007,612
Cina 34.06% 683,597
India 14.39% 288,709
Pengundi Awal (Tentera) 6,826
Pengundi Awal (Polis) 16,525
Jumlah keseluruhan: 2,006,868

Terengganu
Jumlah kerusi Parlimen: 8
Jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri: 32
Komposisi pemilih:
Melayu 95.87% 602,714
Cina 3.59% 22,567
India 0.25% 1,603
Pengundi Awal (Tentera) 2,482
Pengundi Awal (Polis) 4,229
> Jumlah keseluruhan: 628,689

Wilayah Persekutuan & Labuan; Putrajaya
Jumlah kerusi Parlimen: 8
Jumlah Dewan Undangan Negeri: Tiada
 Komposisi pemilih:
Melayu 36.62% 292,659
Cina 51.42% 410, 969
India 10.51% 83,985
Pengundi awal (Tentera) 24,979
Pengundi Awal (Polis) 15,845
 Jumlah keseluruhan: 799,266

02 April 2013

Khatam AlQuran Perdana Masjid Wilayah Persekutuan


Dimana Ustaz Azhar Idrus Bulan April 2013 ?




Ustaz Azhar Idrus  -  penceramah paling popular sekarang

Hari Anugerah Cemerlang SPM 2012





Hari Anugerah Cemerlang SPM 2012 untuk anak-anak yang tinggal di PPR Pantai Ria akan diadakan pada tarikh berikut:-

Hari:        Khamis
Tarikh:    11 April 2013
Masa:      Mulai Solat Maghrib
Tempat:  Surau AlHijrah

Aturcara

7.23 malam   Solat Maghrib
                      Bacaan Yassin dan Tahlil
8.23 malam    Solat Isyak
                       Doa Selamat
                       Ucapan Pengerusi Surau
                       Ucapan Menteri Wilayah Persekutuan
                       Penyampaian Hadiah
                       -   5 pelajar terbaik SPM
                       Jamuan Makan

Penerima Anugerah Cemerlang Surau AlHijrah

1. Muhammad Ridhwan bin Ahmad Jani
Rumah: C-8-8 Keputusan: 9A2B
Sekolah Menengah Agama KL (SMAKL)

2. Aliff Nai'm bin Mustapa
Rumah :A-15-9 Keputusan: 8A1C
SM Vokasional Seri Manjung, Perak

3. Ariffatul Amirah bt Hairun Anuar
Rumah: D-16-10 Keputusan: 7A3B1D
SMK Puteri Wilayah, KL

4. Nursuraya bt Mohamad Aris
Rumah: C-12-5 Keputusan: 6A4B1C
SMA Majlis Agama Islam WP (SMA-MAIWP)

5. Nurfatin Solehah bt Husin
Rumah: A-4-14 Keputusan: 6A3B1C
SMK Sri Pantai, KL

Setiap orang akan menerima
1.  Hadiah Wang Tunai
2.  Sijil Penghargaan


Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir bersama keluarga.

01 April 2013

Hujan lebat, ribut petir akibat peralihan monsun: Jabatan Meteorologi


KUALA LUMPUR: Perubahan cuaca pada masa ini dengan panas pada waktu pagi dan hujan lebat serta petir pada sebelah petang dan malam, adalah berikutan angin peralihan monsun baru bermula, kata Jabatan Meteorologi Malaysia.

Pengarah Pusat Ramalan Cuaca jabatan itu, Muhammad Helmi Abdullah, berkata fenomena itu dijangka berlarutan sehingga awal Mei menggantikan angin monsun timur laut yang baru tamat Mac lalu.
"Perubahan cuaca ini biasanya pada sebelah pagi cerah dan petang pula banyak pembentukan awan hujan terjadi.

"Pada waktu ini ribut petir akan berlaku ketika hujan pada petang dan malam. Oleh itu, orang ramai dinasihatkan sentiasa peka dengan perubahan cuaca bagi mengelak perkara tidak diingini berlaku," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Muhammad Helmi berkata, penduduk di pedalaman pantai timur iaitu Kelantan, Terengganu dan Pahang dinasihatkan merancang aktiviti terlebih dahulu pada waktu petang kerana hujan dan ribut petir bersama angin kencang mungkin berlaku.

Sementara itu, Naib Presiden Persatuan Pakar Perubatan Kesihatan Awam Malaysia (PPPKAM) Dr Othman Warijo berkata perubahan cuaca yang tidak menentu itu boleh menyumbang kepada peningkatan demam denggi.

"Ini kerana air hujan akan bertakung di bekas-bekas yang terbiar di luar rumah sekaligus memberi peluang kepada nyamuk Aedes untuk membiak.
"Selain itu, suhu juga boleh mempengaruhi pembiakannya (Aedes) kerana dipercayai cuaca panas mempercepatkan lagi proses penetasan telur nyamuk menjadi Aedes dewasa," katanya.

Dr Othman juga berkata, selain demam denggi, orang ramai akan mudah demam, batuk dan selesema.

"Terutama sekali kepada kanak-kanak kerana apabila cuaca panas mereka kurang minum air, apabila kurang minum air maka ia akan menyebabkan kekurangan air dalam badan," katanya.

Justeru Dr Othman mengingatkan orang ramai supaya meminum air sekurang-kurangnya enam gelas sehari, selain sentiasa berwaspada bagi memastikan nyamuk Aedes tidak membiak di dalam atau di luar rumah.

- BERNAMA

31 March 2013

Kubur Pintu ke Alam Barzakh




Dalam sebuah hadis ada disebutkan, KUBUR ITU PINTU KE ALAM BARZAKH (alam perantaraan).. Dalam hadith yang lain disebut, malam pertama adalah malam yang paling menakutkan di Alam Barzakh, oleh itu jinakkanlah roh dengan membaca ayat-ayat al-Quran.. Alam Barzakh amat menakutkan, kerana ia adalah satu tempat yang roh belum pernah sampai dan melaluinya....


Gambaran jenazah dalam kubur

Setiap alam ada masalah-masalah pada individu tersebut, termasuklah Alam Barzakh... Ada orang rasa sekejap sahaja masa di alam barzakh, ada yang merasa lama... Rasulullah s.a.w. mengingatkan umatnya supaya mereka MEMOHON PERLINDUNGAN ALLAH S.W.T. dari azab dan siksaan kubur... Kubur itu satu taman dari TAMAN-TAMAN SYURGA atau satu gaung dari GAUNG NERAKA... Terpulanglah kepada keadaan AMALAN seseorang... Kitalah yang menentukan bagaimana keadaan kita di alam kubur nanti....

Antara golongan yang disiksa dengan AZAB KUBUR ialah mereka yang tidak berjaya menjawab soalan malaikat Mungkar dan Nakir..,(yang menjawab segala soalan malaikat adalah AMALAN sendiri)  seperti  mereka yang tidak sembahyang atau tidak cukup bilangan sembahyangnya,   mereka yang melaga-lagakan orang lain (adu-domba), mereka yang tidak membersihkan air kencingnya....

Rasulullah S.A.W. bersabda: “(Allah) akan memberi kuasa untuk menyeksa orang kafir di dalam kuburnya kepada 99 EKOR ULAR yang akan mematuknya hingga berdirinya kiamat... Jika seekor saja dari ular itu meniupkan bisanya ke bumi, nescaya tidak akan ada tumbuhan hijau yang tumbuh (di atas muka bumi).” (Hadis riwayat Imam Ahmad)....

Daripada Ibn Abbas r.a. : ” Sesungguhnya Nabi s.a.w. melalui dua kuburan , lalu Baginda s.a.w bersabda :'' Sesungguhnya kedua dua penghuni kuburan ini sedang disiksa dan mereka tidaklah disiksa kerana dosa besar.... adapun yang seorang disiksa kerana TIDAK ISTINJAK SETELAH KENCING, sedangkan yang satu lagi kerana SUKA MENGADU-DOMBA...


Kemudian Baginda s.a.w. meminta satu pelepah kurma lalu dibelahnya menjadi dua , lalu bersabda : ''Semoga pelepah kurma ini akan dapat meringankan siksaan mereka berdua, selama ia belum kering''.( HR Bukhari dan Muslim )....




@ Jadi masyarakat kini, bila waktu pengebumian sering mereka pacakkan batang pokok puding atau pokok lainnya. Bunga kemboja  serta bungaan menjadi pilihan untuk menaburkannya di pusara.Ada pula yang akan tanam pokok bunga bagi menghiasi kubur, kadangkala menanam  rumput "karpet" seakan kubur itu sebuah taman yang indah dimasa kini.

30 March 2013

Hukum Hudud - Penyelesaian Masalah Jenayah


Statistik Jenayah seluruh Malaysia yang dikeluarkan PDRM


Tujuan Hukuman Hudud, Qisas, Diyat dan Ta'zir
Hukuman hudud, qisas, diyat dan ta`zir diperuntukkan dalam qanun jinayah syar`iyyah adalah bertujuan untuk menjaga prinsip perundangan Islam yang tertakluk di bawahnya lima perkara:

1. Menjaga agama, iaitu menjaga aqidah orang-orang Islam supaya tidak terpesong dari aqidah yang sebenar dan tidak menjadi murtad. Orang yang murtad akan disuruh bertaubat terlebih dahulu dan sekiranya dia enggan bertaubat maka hukuman bunuh akan dikenakan ke atas mereka. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:

"Sesiapa yang menukar agamanya (murtad), maka bunuhlah dia." (Riwayat Bukhari)

2. Menjaga nyawa,iaitu menjaga jiwa seseorang dari dibunuh termasuklah menjaga anggota tubuh badan seseorang dari dicederakan atu dirosakkan. Sesiapa yang membunuh manusia atau mencederakan anggota tubuh badan mereka itu dengan sengaja wajib dijatuhkan hukuman qisas atau diyat sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:



"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

         3. Menjaga akal fikiran,   iaitu memelihara akal fikiran manusia dari kerosakan disebabkan minum arak atau minuman-minuman yang memabukkan. Mereka yang meminum arak wajib dijatuhkan hukuman sebat tidak lebih dari lapan puluh kali sebat sebagaimana yang telah diriwayatkan oleh Saiyidina Ali di dalam sebuah hadith yang bermaksud:

"Rasulullah s.a.w. telah menyebat orang yang minum arak sebanyak empat puluh kali sebat, dan Saiyidina Abu Bakar telah menyebat empat puluh kali sebat juga, dan Saiyidina Umar menyebat sebanyak lapan puluh kali .

4. Menjaga keturunan, iaitu memelihara manusia dari melakukan perzinaan supaya nasab keturunan, perwalian dan pewarisan anak-anak yang lahir hasil dari persetubuhan haram itu tidak rosak. Orang yang melakukan perzinaan wajib dijatuhkan hukum sebat dan rejam sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadithnya yang diriwayatkan daripada `Ubadah bin As-Somit r.a. yang bermaksud:

"Ambillah peraturan daripada aku, ambillah peraturan daripada aku. Sesungguhnya Allah telah memberi jalan untuk mereka. Perawan dengan jejaka yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat, dan dibuang negeri selama setahun. Dan janda dengan janda yang berzina hukumannya disebat sebanyak seratus kali sebat dan direjam." (Riwayat Muslim dan Abu Daud)

5. Menjaga harta benda, iaitu memelihara harta benda manusia dari dicuri dan dirompak dengan menjatuhkan hukuman potong tangan ke atas pencuri, dan menjatuhkan hukuman mati atau potong tangan dan kaki kedua-duanya sekali atau dibuang negeri ke atas perompak. Hukuman ini tertakluk kepada cara rompakan itu dilakukan sebagaimana firman Allah s.w.t. yang bermaksud:

"Dan orang lelaki yang mencuri dan perempuan yang mencuri maka (hukumannya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah maha Kuasa lagi Maha Bijaksana." (Surah Al-Ma'idah: 38)

Firman Allah s.w.t. lagi yang bermaksud:

"Sesungguhnya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan bencana kerosakan di muka bumi (melakukan keganasan merampas dan membunuh orang di jalan ) ialah dengan balasan bunuh (kalau mereka membunuh sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka dengan berselang (kalau mereka merampas sahaja, atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman awam). Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat kelak mereka beroleh azab siksa yang amat besar." (Surah Al-Ma'idah: 33)

29 March 2013

Siapakah Malaikat Jibril ?





Malaikat Jibril


Malaikat Jibril adalah malaikat yang menyampaikan wahyu kepada para Nabi dan Rasul.  Berdasarkan kepada Al-Quran, Malaikat Jibril juga merupakan ketua kepada keseluruhan para Malaikat.

Malaikat Jibrail a.s. adalah salah satu dari para malaikat yang cantik, besar, kuat dan mempunyai kedudukan yang sangat tinggi di sisi Allah s.w.t. Ia ditugaskan sebagai penyampai wahyu kepada para rasul a.s. Malaikat Jibrail a.s. mempunyai enam ratus sayap, setiap sayapnya menutupi ufuk. Dari sayapnya berjatuhan permata dan yakut yang berwarna warni. Imam Ahmad r.a dengan sanadnya dari Ibn Mas'ud r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Aku melihat Jibrail di Sidratul Muntaha, dia mempunyai enam ratus sayap".

Tetapi secara keseluruhannya, Malaikat Jibril turun kepada baginda Muhammad s.a.w. sebanyak 124,000 kali, tidak seperti nabi yang lain. Nabi Isa a.s. hanya ditemui 10 kali oleh Malaikat Jibril manakala Nabi Musa a.s. beberapa puluh kali.

Malaikat Jibril sering turun ke bumi dan berubah menyerupai manusia (lazimnya lelaki) untuk mudah bertemu dengan para nabi. Antaranya adalah peristiwa ketika Jibril bertanyakan Nabi Muhammad s.a.w. tentang Iman, Islam dan ihsan serta tanda hari kiamat. Jibril juga pernah mengiringi Nabi Muhammad s.a.w. dalam Isra’ dan Mikraj iaitu perjalanan malam dari Makkah ke Baitul Maqdis lalu naik ke langit sebelum Nabi Muhammad sendiri menemui Allah di Sidratul Muntaha.


Nama Malaikat Jibril ada disebut di dalam al-Quran iaitu:

"Katakanlah (wahai Muhammad): Sesiapa memusuhi Jibril maka sebabnya ialah kerana Jibril itu menurunkan Al-Quran ke dalam hatimu dengan izin Allah, yang mengesahkan kebenaran Kitab-kitab yang ada di hadapannya (yang diturunkan sebelumnya), serta menjadi petunjuk dan memberi khabar gembira kepada orang-orang yang beriman." – (Surah Al-Baqarah: 97)

"Sesiapa memusuhi Allah (dengan mengingkari segala petunjuk dan perintahNya) dan memusuhi Malaikat-malaikatNya dan Rasul-rasulNya, khasnya malaikat Jibril dan Mikail, (maka dia akan diseksa oleh Allah) kerana sesungguhnya Allah adalah musuh bagi orang-orang kafir." – (Surah Al-Baqarah: 98)

"Jika kamu berdua bertaubat kepada Allah (wahai isteri-isteri Nabi, maka itulah yang sewajibnya), kerana sesungguhnya hati kamu berdua telah cenderung (kepada perkara yang menyusahkan Nabi) dan jika kamu berdua saling membantu untuk (melakukan sesuatu yang) menyusahkannya, (maka yang demikian itu tidak akan berjaya) kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat juga menjadi penolongnya" – (Surah At-Tahrim: 4)

Malaikat Jibril a.s. mampu terbang dalam keadaan yang sangat pantas. Seperti kalau ada orang bertanyakan sesuatu kemusykilan agama kepada Rasulullah s.a.w., belum pun selesai pertanyaan itu, malaikat Jibril a.s. telah pun sampai dengan jawapan berupa wahyu dari Allah s.w.t. Padahal jarak antara setiap lapisan langit adalah sejauh lima ratus tahun perjalanan.

Ketika Allah s.w.t. memerintahkan malaikat Jibril a.s. turun untuk memusnahkan kaum nabi Luth a.s., dikatakan malaikat Jibril a.s mampu mengangkat kesemua tujuh bandar yang didiami oleh 400,000 orang, haiwan, rumah serta bangunan dan kesemuanya hanya dengan menggunakan hujung satu sayapnya sahaja, lalu diangkat hingga ke permukaan langit, sehinggalah para malaikat yang berada di langit dapat mendengar bunyi kokokan ayam dan lolongan anjing yang turut berada dalam bandar-bandar tersebut. Kemudian malaikat Jibril a.s. membalikkan bandar-bandar tersebut hingga menjadilah bahagian atasnya terlungkup ke bawah.


Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Jibril a.s. sentiasa mengharap hendak menjadi manusia kerana tujuh perkara :-

Manusia boleh

1. sembahyang lima waktu secara berjemaah
2. duduk bersama para ulama
3. menziarahi orang sakit
4. menghantar jenazah ke kubur
5. memberi air minum
6. mendamaikan di antara 2 orang yang bermusuh-musuhan
7. memuliakan jiran dan anak-anak yatim