30 May 2009

Segerakan Penubuhan Persatuan Penduduk PPR Pantai Ria

Kebanyakkan dari penduduk2 PPR Pantai Ria mengetahui tentang ketiadaan Persatuan Penduduk untuk membela kebajikan dan kepentingan penduduk secara keseluruhan. Malangnya, selepas 2 tahun kita tinggal disini, bayang2 Persatuan Penduduk pun masih belum muncul. Sudah banyak kali mesyuarat antara wakil2 penduduk dengan pihak DBKL diadakan sejak 2 tahun lepas. Tapi pi mai pi mai tang tu juga - kata P Ramlee. Cuma akhir2 ni kita dengar tunggu kelulusan ROS (Pendaftar Pertubuhan ) saja lagi, tapi itu cerita 2 bulan lepas. Kita tidak tahulah dimana kesudahannya episod ini.

Apa yang nyata, ketiadaan Persatuan Penduduk bermakna tiadalah pihak yang dapat mempertahankan kepentingan penduduk samada dari segi kekurangan kemudahan awam, kekurangan tempat riadah, masalah keselamatan, sosial serta kerosakkan kepada hartabenda penduduk. Bagi kami AJK Surau juga merasa bahangnya, orang kata, tiada rotan akar pun berguna. Ramai juga yang datang mengadu kepada pihak surau bila sesuatu yang tak diingini terjadi kerana mereka tiada tempat lain hendak mengadu dan pihak surau sentiasa sedaya upaya cuba membantu. Apalah sangat yang pihak surau dapat buat kalau tanpa sokongan Persatuan Penduduk. Pihak DBKL juga biasanya hanya akan melayan permohonan dari Persatuan Penduduk. Pihak surau pula diminta mendapat sokongan dari Persatuan Penduduk sebelum memohon peruntukkan dari mereka untuk sesuatu aktiviti keagamaan. Bagaimana nak dapat sokongan kalau tak ada Persatuan?

Oleh itu, sama-sama kita semua berdoa supaya pihak ROS dapat meluluskan pendaftaran Persatuan Penduduk dengan segera. Kita juga berharap pihak yang berkenaan kat DBKL dapat berikan sokongan supaya Persatuan dapat ditubuhkan dengan segera.

Sekian, wassalam.

29 May 2009

Majlis Taklimat Peserta Kem Motivasi

Majlis taklimat akan diadakan seperti berikut:-

Hari: Sabtu
Tarikh: 6 Jun 2009
Masa: 12.00 tengahari
Tempat: Surau Al Hijrah

Kepada semua peserta kem motivasi yang telah mengesahkan kehadiran mereka dalam program tersebut pada 13-14 Jun nanti, anda diminta untuk hadir kesurau pada masa dan hari seperti diatas. Dalam taklimat ini, anda akan diberitahu tentang matlamat kem diadakan, harapan terhadap peserta, persiapan yang sepatutnya serta lain-lain perkara supaya kem tersebut akan berjalan dengan lancar. Kehadiran peserta adalah wajib. Ibubapa digalakkan hadir bersama-sama.

Sekian, wassalam

25 May 2009

Berita dari Urusetia Kem Motivasi dan Ibadah

Assalamualaikum kepada semua peserta Kem,

Hanya tinggal lebihkurang 2 minggu lagi sebelum Kem bermula. Sebagai langkah berjaga-jaga, pihak urusetia akan mengambil insuran berkelompok Takaful bernilai RM2.30 untuk setiap peserta. Wang ini akan diambil daripada wang deposit sebanyak RM10.00 yang telah dibayar sebagai wang pendaftaran. Insuran ini akan melindungi peserta sepanjang perjalanan pergi dan balik serta aktiviti2 semasa di kem.

Kadar perlindungan:-

1. Kematian - RM10,000.00
2. Hilang UpayaKekal - RM10,000.00
3. Kecederaan - RM2,000.00 untuk bayaran perubatan (maksima) .

Semoga para peserta dan ibubapa tidak lagi merasa bimbang dengan masalah insuran peserta. Para petugas dan pihak pengurusan Kem Sedayu akan sedaya upaya memastikan semua peserta dalam keadaan selamat semasa dikem serta semasa pergi dan balik. Tetapi kadang-kala takdir Allah S.W.T tiada siapa yang dapat menghalang.

Wassalam.

23 May 2009

GAMBAR2 KAABAH DAN TELAGA ZAM-ZAM
















Pemandangan dalam kaabah




Banjir besar tahun 1941

Gambar semasa pembesar2 masuk kedalam kaabah, polis akan memagar sekeliling kaabah untuk mengelak jemaah hampir kepintu kaabah



Gambar banjir besar tahun 1941



Lagi gambar banjir
















Telaga zama-zam pada zaman dulu, pakai gayung yang diikat tali untuk mengambil airnya

















Peristiwa kaabah dilanda banjir besar
















Gambar atas, keadaan Kaabah 100 tahun yang lepas. Gambar yang bawah pula mungkin lebih dari 125 tahun yang lepas

22 May 2009

ADAB MASUK SURAU / MASJID

1. Melangkah masuk ke dalam masjid/surau dengan kaki kanan sambil membaca doa dan apabila hendak keluar melangkah dengan kaki kiri sambil membaca doa juga.Sebelum duduk tunaikan solat sunat tahiyatul masjid.

2. Jangan sembahyang di tempat yang boleh mengganggu orang ramai daripada memasuki masjid seperti di muka pintu.

3. Jangan bermundar-mandir dalam masjid, ingatlah anda sedang berada di rumah Allah, maka duduklah dengan penuh perasaan tawaduk serta banyakkan berzikir dan bertasbih.

4. Jangan meninggikan suara dalam masjid sama ada berzikir atau membaca al-Quran.

5. Jangan berbual dalam masjid mengenai hal keduniaan.

6. Pakai pakaian yang sopan dan bersesuaian tatkala memasuki masjid.

7. Jangan menggunakan masjid sebagai jalan pintas untuk menuju ke suatu tempat.

8. Jangan menyimpan atau membawa sesuatu yang berbau busuk masuk ke dalam masjid.Jika merokok atau memakan bawang janganlah terus masuk ke masjid, seelok-eloknya cuci dulu mulut kerana ini akan mengganggu keselesaan orang lain disebabkan oleh baunya.

9. Sunat memakai bau-bauan yang diharuskan.

10. Jangan mengambil atau membawa pulang barang kepunyaan masjid untuk kegunaan sendiri kerana segala peralatan masjid diwakaf dan ia untuk kegunaan awam.

21 May 2009

Majlis Bacaan Yassin dan Tahlil

Malam ini, khamis, 21 Mei 2009, selepas solat maghrib, saudara Anuar dari rumah D-16-10 akan membuat majlis tahlil dan bacaan Yassin di surau kita. Semua muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Wassalam

18 May 2009

Latihan Nasyid Kanak-kanak















Kanak2 lelaki sedang berlatih nasyid


Kanak2 perempuan turut serta

Latihan nasyid pada malam tadi, 18 Mei 2009
selepas solat Isyak - dibimbing oleh Ustazah Norbaayah.
Ini latihan kali ke 3

9 Mimpi Rasulullah S.A.W.

Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda: "Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan.... ...."
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah didatang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, maka ia telah diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikut Ahzab, tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga dihalang dari meminumnya, ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan- kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil memimpinnya ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita disekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang-menderang.
8. Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFATSILATURRAHIMNY A DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya, lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.

BERSABDA RASULULLAH SAW, "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"

17 May 2009

Memasang Karpet Surau















Keadaan dalam surau semasa kerja2 memasang karpet. Gambaran ruang untuk imam.

















Azman sedang kusyuk memasang karpet, Aliuddin sedang beri arahan manakala Pak Cik Md Noor dah terduduk atas karpet, letih agaknya
















Dah nak siap dah!















Apa agaknya yang dingomelkan oleh Pak Kahar sampai Azman tak terkata apa2!















Pak Cik Mat Nor masih belum bangun2 lagi? Rasa syok kot dapat dok atas karpet baru....


Terimakasih kepada para jemaah surau yang sanggup mengorbankan masa cuti hujung minggu pada hari ini, 17 Mei 2009, untuk membantu kita memasang karpet untuk ruang solat. Karpet ini adalah karpet terpakai yang disumbangkan oleh surau al makmur kerinchi setelah surau mereka mendapat karpet baru. Walaupun karpet terpakai, tapi keadaannnya masih elok dan bolehlah kita menunaikan solat dengan keadaan yang lebih selesa. Kita juga mendapat sumbangan Papan Kenyataan (Notice Board) bersaiz 8' X 5' dari jemaah kita yang bertugas di angkatan tentera setelah opis mereka diubahsuai. Terimakasih atas keprihatinan anda itu.

Sekian, wassalam

15 May 2009

Kumpulan Nasyid Kanak-kanak

Alhamdulillah, pada hari Isnin minggu yang lepas, lebih dari 30 orang kanak-kanak telah hadir ke surau kita untuk mendaftar dan menjalani latihan yang pertama sebagai ahli kumpulan nasyid Kanak2 Surau Al Hijrah. Latihan nasyid akan dibimbing oleh Ustazah Norbaayah. Kami, AJK surau merasa gembira kerana kanak-kanak ini nampaknya begitu bersemangat sekali semasa berlatih. Sekurang-kurangnya, kanak2 ini akan terbiasa dengan suasana surau dan melakukan sesuatu yang bermanafaat. InsyaAllah, mereka akan membuat persembahan pertama di depan penonton pada majlis Israk dan Mikraj nanti.

Wassalam.

13 May 2009

Kem Motivasi dan Ibadah 2009

Pengumuman dari Urusetia Kem

Penerimaan borang penyertaan telah ditutup mulai hari ini, Rabu, 13 Mei 2009 kerana kita telah menerima sebanyak 70 nama peserta (had maksima). Untuk peserta yang telah mendaftar, sila tunggu pengumunan selanjutnya dari pihak urusetia. Insyaallah, pihak Urusetia akan mengambil insuran berkelompok untuk melindungi semua peserta semasa perjalanan dari PPR Pantai Ria, semasa aktiviti di Kem serta semasa pulang.

Walaubagaimanapun, bagi mereka yang gagal mendaftar untuk kem ini, jangan kecewa, Masjid Ikhlasiah, Kg Kerinchi akan mengadakan Kem Motivasi di masjid tersebut pada 30dan 31 Mei ini dengan bayaran RM15.00 seorang. Borang boleh diambil di surau (terhad).

Sekian.

11 May 2009

Kelas Tuisyen untuk UPSR

Kami ingin memaklumkan bahawa kelas Tuisyen untuk pelajar2 yang akan mengambil peperiksaan UPSR akan dimulakan tidak lama lagi. Pelajar2 yang tinggal di PPR Pantai Ria dan berminat untuk mengikuti kelas ini diminta menghubungi Puan Salmiah di rumah C-4-16 untuk mendaftar / maklumat lanjut. Bayaran hanya RM2.00 sebulan (untuk bil elektrik dan kertas latihan). Difahamkan telah ada lebih dari 20 orang pelajar yang telah memberi nama mereka. Para pengajar adalah terdiri dari para sukarelawan. Kelas akan diadakan pada hari setiap hari Sabtu dan Ahad.

Sekian.

10 May 2009

JADUAL KULIAH / PENGAJIAN BULAN MEI 2009

1 MEI JUMAAT USTAZAH HAMNAH LEPAS ISYAK MEMBACA ALQURAN UNTUK WANITA
2 MEI SABTU LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
3 MEI AHAD LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
5 MEI SELASA USTAZ KHOIRUDIN LUBIS LEPAS MAGHRIB TAJWID UNTUK SEMUA
6 MEI RABU USTAZ YASSIR LEPAS MAGHRIB TAFSIR / FEKAH UNTUK SEMUA
7 MEI KHAMIS USTAZAH NORBAAYAH LEPAS ISYAK TAJWID UNTUK WANITA
8 MEI JUMAAT USTAZAH HAMNAH LEPAS ISYAK MEMBACA ALQURAN UNTUK WANITA
9 MEI SABTU LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
10 MEI AHAD LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
12 MEI SELASA USTAZ KHOIRUDIN LUBIS LEPAS MAGHRIB TAJWID UNTUK SEMUA
13 MEI RABU USTAZ HANIF AL HAFIZ LEPAS MAGHRIB AKIDAH MUSLIMIN UNTUK SEMUA
14 MEI KHAMIS USTAZAH NORBAAYAH LEPAS ISYAK TAJWID UNTUK WANITA
15 MEI JUMAAT USTAZAH HAMNAH LEPAS ISYAK MEMBACA AL QURAN UNTUK WANITA
16 MEI SABTU LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
17 MEI AHAD LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN WANITA
19 MEI SELASA USTAZ KHOIRUDIN LUBIS LEPAS MAGHRIB TAJWID SEMUA
20 MEI RABU USTAZ YASSIR LEPAS MAGHRIB TAFSIR / FEKAH UNTUK SEMUA
21 MEI USTAZAH NORBAAYAH LEPAS ISYAK TAJWID UNTUK WANITA
22 MEI USTAZAH HAMNAH LEPAS ISYAK MEMBACA ALQURAN UNTUK WANITA
23 MEI SABTU LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
24 MEI AHAD LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN UNTUK WANITA
26 MEI SELASA USTAZ KHOIRUDIN LUBIS LEPAS MAGHRIB TAJWID UNTUK SEMUA
27 MEI RABU USTAZ HANIF AL HAFIZ LEPAS ISYAK AKIDAH MUSLIMIN UNTUK SEMUA
28 MEI KHAMIS USTAZAH NORBAAYAH LEPAS ISYAK TAJWID UNTUK WANITA
29 MEI JUMAAT USTAZAH HAMNAH LEPAS ISYAK MEMBACA ALQURAN UNTUK WANITA
30 MEI SABTU LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN WANITA
31 MEI AHAD LEPAS ISYAK LATIHAN MARHABAN WANITA

07 May 2009

YB Nurul Izzah ke Surau Al Hijrah pada 7 Mei 2009















Jemaah lelaki sedang membaca Yassin















Jemaah wanita bergambar bersama YB Nurul Izzah (berdiri ditengah2, 4 dari kiri, berbaju kuning)















YB Nurul Izzah dan jemaah wanita sedang membaca Yassin

Pada 7 Mei 2009, hari Khamis, Ahli Parlimen Lembah Pantai, YB Nurul Izzah membuat kunjungan silaturrahim ke Surau Al Hijrah. Bersama-sama jemaah lelaki dan wanita, majlis membaca Yassin, Tahlil serta Doa Selamat diadakan seperti kebiasaan yang dilakukan oleh surau pada setiap hari Khamis malam Jumaat selepas solat maghrib.

Jawatankuasa surau berterimakasih dan berbesar hati atas kunjungan YB ke surau al hijrah walaupun beliau tidak berkesempatan untuk menikmati juadah bersama-sama jemaah surau selepas solat Isyak kerana beliau terpaksa ke majlis yang lain pula.

04 May 2009

KELAS TAEKWANDO

Kelas taekwando untuk para remaja di PPR Pantai Ria akan dimulakan tidak lama lagi. Pihak Surau tidak mengenakan apa-apa bayaran (mungkin bayaran minima). Bila kelas ini akan dimulakan akan diumumkan dalam masa terdekat ini. Ia mungkin diadakan pada hari sabtu atau ahad oleh pengajar yang bertauliah.

Sekian, harap maklum

03 May 2009

KEM MOTIVASI DAN IBADAH 2009

ANJURAN BERSAMA
PERKIM KEBANGSAAN
DAN SURAU AL HIJRAH PPR PANTAI RIA
- 2 HARI 1 MALAM


Tarikh : 13 & 14 Jun 2009 ( Sabtu & Ahad )
Tempat : Pusat Rekreasi Sedayu.
Batu 12 ¾ ,Jalan Bentong Lama,
Alang Sedayu, 53100 Gombak,
Selangor.
Tarikh Tutup : 15 Mei 2009 ( Jumaat )
Deposit : RM 10.00* ( Kepilkan bersama borang )
Pendaftaran dan penyerahan borang hanya boleh dibuat di surau.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN.

1) Warganegara Malaysia.
2) Berumur 12 tahun hingga 17 tahun.(Lelaki dan Perempuan)
3) Sihat tubuh badan / tiada penyakit kronik atau berjangkit.
4) Penghuni PPR Pantai Ria sahaja.
5) Pengambilan terhad kepada 70 peserta sahaja.
-Yang berdaftar awal akan diutamakan.
-Hanya 2 orang (maksima) setiap keluarga layak menyertai.
-Untuk pertanyaan dan mengambil borang, sila datang ke surau mulai hari ini diantara waktu Maghrib dan Isyak sebelum tarikh tutup.